"Apa Mai cakap?Dia menghidap penyakit Alzheimer?" "Ya,mama.Mai baru analisis ubat tu hari ni..Mai pun tak sangka betul,rupanya nenek ada sakit rupanya.." "Bagus anak mama ni,macam nilah mama rasa bangga sangat dengan Mai." "Thank you,mama.." "Dahlah.Mama nak letak telefon dulu,ya.." Kata Shira mematikan panggilan.Wajahnya terukir bahagia.Tanpa berlengah,dia pun segera menghubungi Zamri. Telefon Zamri pula berdering.Dia segera mengangkat panggilan itu. "Ada apa ni?" "Hei,Zamri.Saya ada berita baik ni.." "Apa dia.." "Suriana..rupanya menghidap penyakit Alzheimer.." "Apa?!Betulkah apa yang awak cakap ni?!" "Ish,memang betul lah apa yang saya cakap ni.Saya tak sangka,Mai jumpa pil dia kat dalam bilik.Rupanya pil tu untuk pesakit Alzheimer." Zamri mulai meredakan kemarahannya terhadap kejadian pagi tadi. "Jadi,macam mana?Awak ada rancangan tak?" Kata Shira tidak sabar.Zamri mulai tersenyum. "Saya rasa..saya ada idea." Zamri mulai mengatur rancangan jahat.Mereka berdua begitu taksub sekali terhadap harta.Mereka pasti tidak akan bertangguh masa lagi.Rancangan mereka akan berjalan lancar. *** Zetty dari pagi lagi asyik termenung dalam bilik tidurnya.Begitu banyak yang terjadi di sekelilingnya. Segalanya diimbas semula.Dia teringat bahawa dia terdengar perbualan Zamri dan Kamal dalam bilik bacaan.Perbualan itu menunjukkan ke arah jalan yang salah.Dia berasa keliru. Hari ini pula,ada kejadian yang mengejutkan di luar pagi tadi.Kereta ayahnya dipecahkan dan dipenuhi dengan cecair berwarna merah seperti warna darah.Dia asyik berfikir tentangnya. "Apa sebenarnya yang terjadi ni.." Katanya separuh berbisik.Lalu dia teringatkan seseorang. "Jangan-jangan...Putra dah kembali ke sini?" Dia terkejut.Sangkaannya memang betul.Dia agak terlambat untuk memikirkannya.Namun dia tidak tahu,kejahatan ayahnya begitu banyak sekali.Ruangan biliknya dipenuhi dengan pelbagai persoalan dalam fikirannya. *** Jelas terbukti,dalam rakaman CCTV itu terpapar dua orang suruhan Kamal yang menaiki van hitam segera menculik Zam dari belakang sebelum Zam memasuki kereta.Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain. "Ini mesti orang suruhan Kamal.Dia memang nak kena.." Putra berwajah merah padam setelah melihat rakaman itu. "Putra,nampaknya saya dah boleh keluarkan waran tangkap.Awak bertahanlah sikit lagi.Saya akan pastikan dia tertangkap nanti." Rayyan berjanji. Tanpa membuang masa,dia pun meminta salinan rakaman itu.Dengan bukti yang ada,mereka berdua segera berpecah.Putra terpaksa pergi ke syarikat atas tanggungjawabnya terhadap Suriana.Rayyan yang ditinggalkan segera pergi ke ibu pejabat untuk meneruskan siasatan. **** Suriana baru selesai menandatangi beberapa fail di atas mejanya.Hari semakin senja,Putra pun segera memasuki bilik itu.Dia tahu tugasnya berada di sisi Suriana pada masa ini amat diperlukan.Kelihatan Suriana berwajah pucat. "Puan,puan tak apa-apa kah?" "Saya rasa peninglah.Hantar saya balik ya hari ni.." "Baik,puan." Putra menurut perintah.Setelah Suriana berjalan keluar dari bilik itu,Putra pun mengiringinya sehingga ke kereta. *** "Rayyan,waran tangkap dah dikeluarkan." Kata rakan setugasnya memberikan waran tangkap itu.Rayyan berasa gembira. "Kita jangan buang masa lagi.Bergerak sekarang.." Rayyan yang mengetuai kes itu segera berjalan keluar dari pejabat bersama rakan sepasukannya.Mereka dalam perjalanan untuk menangkap Kamal dan dua orang suruhannya. 'Demi sahabat saya,saya akan pastikan dia terbalas akhirnya..' Rayyan tekad dalam hati.Mereka ke sana diiringi dengan bunyi siren. *** Sunyi sepi di dalam kereta.Putra sekadar melihat Suriana melalui cermin kereta.Kelihatan Suriana memejamkan mata duduk di belakang.Putra tersenyum sendirian. Setibanya di rumah,Putra mengiringi Suriana masuk ke dalam rumah.Dia sekadar mengikut jejak langkah Suriana ke bilik tidur.Melihatkan keadaan Suriana yang semakin berusia,Putra semakin ingin menjaga dia sepenuh hatinya. Suriana terus berbaring di atas katil setelah Putra membantunya.Lalu dia berdiri di tepi katil Suriana. "Puan dah makan ubat?" Putra bertanya kerana bimbang. "Sudah,terima kasih ya.." Suriana tersenyum kepadanya.Putra berasa senang hati melihatnya. "Encik Redzuan,boleh tak duduk sekejap kat sini?" Katanya dengan nada lembut.Putra pun segera duduk di kerusi yang ada di situ. "Saya nak cakap pada kamu bukan sebagai majikan kamu..Tapi,sebagai keluarga kamu." Putra tersentak sedikit mendengar kata-kata itu.Suriana sekadar bercakap sambil baring di atas katil.Dia kelihatan tidak berdaya. "Sebenarnya,saya rindu sangat dengan cucu saya.Apatah lagi anak buah saya.." Putra tergamam sebentar. "Saya nak buat permintaan pada kamu..boleh kah kamu cari mereka berdua demi saya?Kalau ada apa-apa pada mereka,bolehkah awak lindungi mereka?" Suriana sangat berharap.Dia memegang tangan Putra. "Saya rasa..macam makin hari,saya makin lupa..Lama-lama,mungkin saya akan lupa mereka.Awak boleh janji pada saya kan.." Suriana bergenang air mata.Putra mengesat air mata Suriana.Mereka saling bertatapan. "Puan,saya janji..Saya akan tepati janji tu..Walaupun dia dah dekat dengan puan.." Katanya dengan perjanjian.Suriana berasa lega.Dia kembali tersenyum lalu memegang pipi putih Putra. "Terima kasih,Redzuan.." Putra sekadar menganggukkan kepala.Dia pasti akan menunaikan janji itu demi Suriana. *** Seperti yang dijangka Danish,dia sememangnya pergi ke lokasi Putra.Dia pergi ke rumah kecil Putra yang telah lama disediakan oleh Danish untuk menyembunyikan identiti Putra.Putra tidak lagi tinggal di situ.Kini,dia tinggal bersama dengan Suriana.Kamal yang tertipu segera meluruh masuk ke dalam rumah itu dengan dua orang suruhannya. Dia segera melihat sekeliling dan tercari-cari Putra di dalam rumah itu.Langsung tiada.Hanya perabot yang masih tersusun rapi di dalam rumah itu. Kamal sedar Putra tiada di situ.Namun,dia terlihat ada sekeping kertas yang berlipat di atas meja ruang tamu.Dia segera membuka lipatan dan membaca catatan itu.Dia teramat terkejut. 'Awak dah masuk perangkap.' Itulah yang ditulis dalam kertas itu sehingga Kamal terkejut.Bunyi siren bergema di luar.Rayyan pantas meluruh masuk ke dalam rumah itu. "Encik Kamal,awak ditangkap atas cubaan membunuh Zam.Kami perlu tangkap awak untuk membantu siasatan." Kata Rayyan sebelum mengarahkan pasukannya menggari tangan Kamal dan dua orang suruhannya.Kamal tergamam sambil melihat tangannya digari. "Apa semua ni?" Kamal bertanya untuk menafikannya.Rayyan memandang lama padanya. *** Sebelum itu.. "Tolong apa?" "Tolong saya tangkap pembunuhnya di rumah saya." "Rumah awak?" "Ya,ini pasti akan menjadi mudah untuk awak menangkap dia.Bila dia dah masuk perangkap saya,awak akan tahu siapa dalangnya." Putra merancang awal. "Baiklah kalau macam tu,serahkan saja pada saya." Kata Rayyan menurut perintah. Rancangan mereka berjaya akhirnya.Rayyan dapat menangkap dengan mudah kerana rancangan Putra.Kamal tertangkap. "Tak,bukan saya!Bukan saya!" "Awak boleh bersuara bila disoal siasat nanti.Bawa dia sekarang." Rayyan mengarah.Mereka pun menurut arahan Rayyan.Walaupun dia meronta-ronta,gari tetap bukan lawannya untuk melepaskan diri.Rayyan sekadar memandangnya dari jauh.Dia berasa perlu berterima kasih kepada Putra kerana rancangannya untuk menangkap Kamal dan dua orang suruhannya berjaya dengan mudah.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
كتاب رائع وعميق🤯
19h
0yyyyyyyy
2d
0it is so beautiful
2d
0View All