Telefon Putra berdering di dalam bilik yang telah disediakan oleh Suriana.Putra yang baru sahaja selesai mandi pantas mencapai telefonnya di atas katil Setelah melihat paparan skrin itu adalah Rayyan,dia segera mengangkatnya. "Ya,Rayyan.Ini saya.." "Putra,saya dah tangkap dia sekarang.Nampaknya,rancangan yang awak buat tu berjaya.Memang betul sangkaan awak,memang dia orangnya.Terima kasih,Putra.." "Tak pah.Itu dah cakap untuk cari kebenarannya.Apa-apa pun,awak bagitau ja pada saya kalau ada apa-apa yang berlaku.." "Ya,baiklah.." "Esok,saya nak jumpa dia.Kalau awak soal siasat dia tak nak mengaku,saya sendiri yang akan buat dia mengaku dengan semua kesalahan dia." Putra segera duduk di birai katil sambil mengelap rambutnya dengan tuala. "Baiklah,berkemungkinan kalau dengan awak,dia pasti akan tergamam sedikit kalau dibandingkan dengan saya.Saya akan buat persiapan supaya awak boleh berjumpa dengan dia nanti." "Baiklah,Terima kasih,Rayyan." Kata Putra sebelum mematikan panggilan.Dia mengeluh. "Awak pasti terkejut mendengar soalan saya nanti.." Putra berasa begitu.Dari awal lagi,dia sudah pun memikirkan soalan yang akan buat Kamal tersentak.Pasti Kamal akan berkata benar. *** Seperti biasa,Putra mengiringi Suriana ke tempat kerja.Dia berhasrat selepas menyelesaikan tugasnya,dia akan berjumpa dengan Kamal seperti yang dijanjikan. Namun,tanpa dijangka berita Kamal ditangkap polis semalam semakin tersebar.Hampir satu syarikat tahu berita itu.Putra berasa pelik.Semua orang asyik bercakap mengenai perkara itu.Dia terlihat ada dua orang pekerja lelaki sedang duduk minum di ruang rehat pekerja. "Aduh,kenapa pula dia boleh tertangkap?" "Hei,awak tak tahu kah..Kalau dia dah tertangkap tu,mesti dia ada buat jenayah." "Ish,apalah dia buat kan..Kalau tak silap saya,bukankah dia tu pembantu Tuan Zamri?" "Yalah,mungkin Tuan Zamri ada suruh dia buat macam-macam kah.." "Wah,tak percaya betul lah.." Putra terdengar perbualan mereka.Dia bersembunyi di sebalik dinding.Memang yang dijangka,berita itu akhirnya tersebar.Dia segera berjalan keluar dari situ. Gaya jalannya seperti model dan berwajah serius,tiba-tiba tersenyum sendirian. "Mesti..Zamri juga terkejut dengar berita ni.." Kata Putra berbisik perlahan.Dia berjalan penuh yakin untuk berjumpa dengan Kamal.Baju sutnya asyik berkibar-kibar ke belakang.Siap sedialah menerima 'tolakan' daripada Putra. *** Zamri berasa marah sehinggakan cawannya dibaling jauh ke dinding.Habis berkecai cawan itu dibuatnya. "Macam mana...macam mana dia buat kerja ni?!" Zamri berwajah merah padam.Mendengar bunyi pecah di bilik bacaan,Nashita dan Zetty yang setiap masa ada di rumah segera menjenguknya.Kelihatan sana sini penuh dengan serpihan kaca yang bertaburan di lantau.Zetty terkejut melihatnya. "Abang,kenapa ni?" Kata Nashita.Zetty sekadar tergamam melihatnya.Zamri berfikir sejenak. "Ini mesti..kerja budak tak guna tu.." Zamri berkata separuh berbisik.Dia dapat meneka dalang di sebalik semua ini.Kini,sasarannya tertumpu kepada Suriana dan juga Putra.Rancangan yang dibuatnya awal pagi ini,gagal sekelip mata.Dia akan ingat semua perkara itu. *** "Awak tak nak mengaku semua ni.." Rayyan mencemuh Kamal di bilik soal siasat.Kamal masih berlagak walaupun ditangkap. "Apa bukti awak saya yang buat semua tu?" Kamal memandang rendah.Rayyan tergelak kecil.Dia segera menunjukkan beberapa keping gambar yang tergambar wajah Kamal.Kamal yang melihatnya tersentak sedikit.Dia berusaha menyembunyikan riak wajah gelisahnya. "Inilah buktinya.Awak dah banyak buat kesalahan.Pertama,awak arahkan dua orang dalam gambar ni untuk menculik Zam.Awak bawa dia ke gudang dan lepas tu..awak juga yang tikam dia.Betul tak,Kamal?" Rayyan memandangnya.Kamal tergamam. "Kedua,bukan setakat tu ja..Awak juga telah membunuh Zamri dengan cara awak memasukkan cecair yang beracun ke dalam pek air Zam di hospital.Semua yang saya dapat ni,dari rakaman CCTV.Awak tak boleb nak menipu saya lagi.." Rayyan bermegah. "Jadi,soalan saya..Siapa yang arahkan awak buat semua ni.." "Tak ada.Saya yang buat semua ni sendiri.Ini tak ada kaitan dengan orang lain." "Awak tutup kesalahan majikan awak.Hebatlah awak ni.." Rayyan mencabar Kamal.Kamal kebingungan. "Baiklah,disebabkan kedegilan awak..Awak akan berjumpa dengan seseorang yang akan mengejutkan awak sedikit.Saya pasti dia akan buat awak mengaku...kesemuanya.." Rayyan berasa yakin.Kamal tersentak sedikit mendengarnya.Pasti akan mengejutkan Kamal sebentar lagi. "Masuklah.." Rayyan dibenarkan membawa seseorang ke bilik soal siasat.Pintu dibuka dari luar.Kelihatan Putra melangkah masuk memandang Kamal.Kamal sekadar terdiam.Rayyan pun segera keluar dari situ meninggalkan mereka berdua.Putra segera duduk bersemuka dengan Kamal. "Macam mana?Awak rasa seronok tak dalam bilik ni?" Putra mengejeknya.Kamal sekadar mencemuh. "Apa awak buat kat sini?Bukankah awak pengawal peribadi Puan Suriana?" Kamal tersenyum. "Nampaknya awak kenal saya.." "Kenapa pula awak tiba-tiba ada kat sini?Seseorang yang akan mengejutkan saya?Tak mungkinlah awak.." "Ya,mungkin juga.Sebab saya tahu semuanya pasal awak.." "Apa dia?Kalau awak tak ada apa nak cakap,baik awak berambus saja dari sini." "Oh takutnya saya.Awak masih berlagak lagi walaupun awak kat sini?Zamri tak akan tolong awak.Saya yakin,dia pasti akan merancang untuk bunuh awak kali ni.." Kamal naik angin setelah Putra menyentuh topik Zamri. "Macam mana pula awak boleh yakin?Zamri akan tolong saya keluar dari sini..Lepas tu,giliran awak pula jumpa ajal awak." "Kelakarlah awak ni..Awak memang terlalu lembap.Dia tu hanya nak gunakan awak saja demi dapat apa yang dia nak.Awak masih tak nampak lagi kah.." "Awak datang sini hanya nak bagitau saya pasal tu saja kah?" "Eh taklah..Saya cuma nak tanya awak satu soalan..Di mana awak sembunyikan Airil?Saya tahu awak dan Zamri yang rancang semua tu.." "Walaupun saya tahu,tak mungkin saya akan bagitau awak." "Ya,memang betul.Selepas Zamri datang ke sini nak bunuh awak.." Putra berdebat dengannya. "Percayalah cakap saya..Zamri pasti akan cari orang baru untuk gantikan awak.Walaupun awak dah bekerja lama dalam keluarga tu,saya lebih tahu masalah keluarga tu daripada awak.." Katanya lagi sebelum bingkas berdiri dari kerusi itu. "Kalau awak nak tahu,saya tahu di mana Putra sekarang.." Tersentak dengan jelas di wajah Kamal.Putra tersenyum sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket. "Siapa awak?" Timbul persoalan Kamal.Putra tergelak kecil. "Saya..bayangan Putra.." Katanya sebelum berlalu dari situ.Kamal amat terkejut mendengarnya.Walaupun dia tidak faham maksud Putra itu,dia berasa gelisah.Padahal Redzuan di depan mata itulah Putra yang sebenarnya.Kamal mulai menggeletar.Kali ini,Putra menang walaupun sementara.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
كتاب رائع وعميق🤯
17h
0yyyyyyyy
2d
0it is so beautiful
2d
0View All