BAB 32

Putra kembali ke pejabat untuk menjalankan tugasnya.Dia masuk ke bilik Suriana setelah dibenarkan.Mereka saling bertatapan wajah.
"Puan,saya nak cakap sikit pasal Encik Zam."
"Pasal Encik Zam?Kenapa?Dia dah sedar kah?"
Suriana belum mengetahuinya.Putra sekadar menghelah nafas panjang.
"Tapi sebelum itu,saya nak minta maaf.."
"Kenapa pula ni?Ada apa-apa yang berlaku kah dengan dia.."
"Dia..dah meninggal dunia,puan."
"Apa?!Bila lagi?"
"Dua hari yang lalu..arwah dah hembuskan nafas terakhir kat hospital."
Putra pula berasa sebak namun ditahannya.
"Dia dah pergi meninggalkan kita.."
Suriana berkata dengan nada lemah.Dia mulai sebak dan menangis.
"Esok,arwah akan dikebumikan pagi esok.Puan akan datang ke sana kah?"
"Ya.Saya akan pergi.Kamu bawa saya ke sana ya.."
"Baik,puan."
Putra menurut perintah.Putra tidak ingin memberitahu perkara sebenar kepada Suriana.Takut Suriana akan lebih bimbang jika Putra memberitahunya bahawa Zam dibunuh semasa menerima rawatan.Putra sekadar berdiam diri melihatnya.
***
Kamal dipanggil ke bilik khas untuk pihak pendakwa raya dan peguam bela menyoal pesalah.Kamal menyangka bahawa peguam yang ingin berjumpa dengan dia sekarang adalah peguam yang diupah oleh Zamri untuk menyelamatkannya.Namun,hati tidak dapat dibaca.Peguam itu datang atas niat lain.
Mereka berdua duduk bersemuka setelah Kamal masuk ke bilik itu.Rakaman CCTV pula langsung tiada.Berkemungkinan ini adalah peluang bagi peguam itu menjalankan tugasnya.
"Awak..Kamal kan.."
Dia memulakan perbualan.Kamal sedikit gembira.
"Ya,saya.Awak peguam yang diupah Tuan Zamri kan.."
"Ya,saya.."
'Nampaknya awak dah tersilap,Putra.Tuan masih mengambil berat pada saya..'
Kamal berdetak dalam hati.Dia berasa begitu.
"Baiklah,tanpa membuang masa..Saya nak tanya awak satu soalan."
Katanya setelah berdiri dari kerusi lalu mendekati Kamal yang sedang duduk dan tangannya yang digari.
"Awak ada bagitau polis kah yang Tuan Zamri arahkan awak buat semua tu.."
Katanya sambil berbisik di telinga Kamal.Kamal segera menggelengkan kepala.
"Bagus,awak dah boleh selamatkan Tuan Zamri.."
Dia tersenyum sambil menepuk bahu Kamal.Tapi,secara tiba-tiba dia memberikan suntikan di leher Kamal.Kamal berasa kesakitan.
Setelah cecair itu masuk ke dalam badannya,dia segera menjauhkan diri daripada Kamal.Kamal berasa pelik.
"Apa yang awak buat ni.."
"Sayangnya,Tuan Zamri nak saya singkirkan awak.Saya minta maaf,Kamal.Saya yang akan gantikan tempat awak.."
Dia berlagak sombong.Kamal berubah riak wajah.Pudar segala harapannya.
"Apa?!Tak guna!Awak memang tak guna!"
Dengan suara tengkingannya yang kuat membuatkan pengawal keselamatan yang berada di luar menerja masuk ke bilik itu.Kamal asyik meronta-ronta kerana berasa marah.
"Awak..memang tak guna!Saya akan pastikan kamu semua hancur!"
Katanya sebelum dibawa pergi dari bilik itu.Hampir dia diserang oleh Kamal tadi.Dia tersenyum lebar.Kamal terpedaya.Segala kepercayaannya terhadap Zamri telah hilang begitu sahaja.
***
Zetty tersangat bimbang.Hari ini dia berasa tidak sedap hati sejak dia melihat pelbagai kejadian yang mengejutkan termasuklah dia terdengar perbualan Zamri dan Kamal tempoh hari.Dia berada dalam dilema.
Nashita pula sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.Melihatkan Nashita berada di situ,Zetty turut serta duduk di samping Nashita.
"Tak nak keluar kah hari ni.."
"Taklah,mak..Zetty rasa baik Zetty temankan mak kat rumah.."
Nadanya seperti ragu-ragu.Fikirannya asyik terganggu kerana kejadian yang tidak disangka-sangkaan itu.Zetty memandang Nashita yang duduk di tepinya.
"Mak..Zetty nak tanya.."
"Hmm.."
"Papa..ada buat silap kah dengan orang?"
Persoalan itu menyentakkan Nashita.Pantas dia memandang Zetty.
"Kenapa Zetty tiba-tiba tanya macam tu?"
"Tak ada apa-apalah,mak.Zetty saja ja nak tanya.."
Zetty tersenyum hambar.Memandangkan Zetty bertanya soalan seperti itu,Nashita terfikir sesuatu.
"Zetty,boleh mak nak tahu pendapat Zetty?"
"Apa?"
"Kalau orang buat silap,kita patut tebus kesalahan tu kan.."
Tersentak pula Zetty mendengarnya.Maksud Nashita itu seperti tertuju kepada Zamri.
"Apa maksud mak.."
"Disebabkan kesalahan kecil itu,orang yang lemah terpaksa menjadi hamba kepada orang yang zalim.Dia sepatutnya sedar nilai diri dia tidak setanding dengan orang yang sentiasa di sisinya."
Nashita berkias.Sebelum ini pun,Nizam juga pernah mendengar kiasan Nashita yang tidak dapat difahami langsung.Zetty cuba memahami maksud itu.Walaupun Nashita leka memandang televisyen,tapi fikirannya asyik melayang memikirkan seseorang.
***
Kamal semakin gelisah.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya sebelum racun itu merebak ke seluruh badannya.Beberapa minit,badan dia semakin bergetar-getar.Dia asyik duduk di sudut dinding itu.Dia semakin takut.
Terlintas di fikirannya tentang soalan Putra padanya pagi tadi.
'Airil..'
Dia berdetak dalam hati.Tanpa berlengah,dia segera mengukir sesuatu di dinding itu dengan batu kapur.Dengan tangannya yang bergetar-getar,tulisannya kelihatan tidak kemas namun dapat dibaca.
Akhirnya,racun itu memberi kesan ketara pada dirinya.Dia tiba-tiba rebah ke lantai dan wajahnya berubah pucat.Penjaga penjara yang baru sahaja lalu di situ terlihat Kamal rebah di lantai dengan mulutnya berbuih.Pantas dia memanggil para penjaga penjara yang lain.Kamal tidak dapat diselamatkan lagi.
****
Rayyan segera ke tempat kejadian.Dia agak terkejut melihat Kamal rebah di atas lantai dengan mulutnya yang berbuih.Dia segera memegang nadi di pergelangan tangan Kamal.
"Macam mana?Dia dah mati kah?"
Kata rakan setugasnya berasa terkejut.Rayyan tergamam.
"Dia dah mati.."
Kata Rayyan bernada lemah.Dia tidak menyangka dia gagal melindungi Kamal.Kamal adalah salah satu saksi juga dalam kes itu.Rayyan berasa terkilan.Ketika Rayyan berfikir sejenak,rakannya sedar ada sesuatu yang diukir di dinding itu.
"Hei,tengok tu.."
Katanya menuding jari ke arah ukiran itu.Pantas Rayyan memandang ke arah jari telujuk rakannya.Kelihatan ada sesuatu yang diukir di dinding itu.Dia menghampirinya.
"Nampak macam alamat tempat.."
Kata rakannya juga terbaca.Rayyan berfikir sejenak.Tidak lama kemudian,dia baru teringat sesuatu.
"Takkanlah ini..alamat ayah dia disembunyikan.."
Katanya dapat meneka.Rakannya sekadar memandangnya.Memang betul sangkaannya,alamat yang diukir di dinding itu adalah tempat Airil disembunyikan.
"Dia..cuba nak sampaikan sesuatu.."
Katanya lagi.
"Bawa pasukan kita pergi ke alamat ni.."
Kata Rayyan mengarah.Rakannya sekadar menurut perintah tanpa berkata-kata.Dia berlalu dari situ.Rayyan asyik leka membaca alamat itu.Pasti Putra terkejut besar tentang ini.
***
"Terima kasih,puan.Saya sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan puan.."
Pemegang saham dan Suriana saling bersalaman.Mereka baru sahaja selesai berurusan niaga.Demi kemajuan syarikat bersama.Putra sekadar berdiri di samping Suriana.
"Saya harap kita dapat bekerjasama dengan baik nanti.."
Kata Suriana tersenyum lebar.Pemegang saham juga berasa senang hati mendengar harapan Suriana.
"Baik,Puan Suriana.Saya pergi dulu ya.."
"Ya.."
Suriana menarik nafas lega setelah melihat pemegang saham itu berlalu pergi dari situ.Dia tidak menyangka semuanya berjalan lancar hari ini.
"Puan nampak gembira hari ni.."
Kata Putra sambil mengiringi Suriana ke bilik pejabat.
"Mestilah..hari ni saya menang besar dengan syarikat lain.."
Suriana berasa gembira.Langkahnya semakin rancak.Putra sekadar tersenyum.
"Tahniah,puan."
"Terima kasih..oh ya..kamu dah makan kah,Encik Redzuan?"
"Ahm,saya.."
Kata-kata tergantung saat telefonnya tiba-tiba berdering.
"Maafkan saya,puan."
"Tak pahlah.Kamu jawablah.Saya akan pergi sendiri.."
Suriana berkata sebelum berlalu pergi dari situ.Setelah melihat Suriana pergi jauh daripadanya,dia segera mengangkat panggilan itu.
"Hello,Rayyan.."
"Putra,saya dah jumpa ayah awak.."
Membulat mata Putra mendengarnya.Tangannya lemah mengangkat telefon itu.Dia tergamam.
"Ayah....."
Katanya sebelum pecut berlari dari situ.Sekali lagi,Putra berlari keluar dari situ.Setiap langkah lariannya,dia mengenangkan kesemua memorinya bersama dengan ayahnya.
Senyuman,gelak tawa,keriangannya asyik bermain-main di fikirannya.Dia berasa sebak di hati.Akhirnya selama bertahun-tahun lamanya,dia dapat jawapan dengan segala persoalannya.Putra semakin berdebar-debar.
***
Rayyan berasa sangat sedih atas pemergian Airil.Dia telah menjumpai bangkai Airil dalam keadaan tangan dan kakinya diikat dengan tali.Rayyan sekadar memejamkan mata.Dia sendiri tidak tahu apa reaksi Putra mengenainya.Dia menanti.
Putra tiba di sana dengan menaiki kereta.Dari jauh lagi,pelekat lambang polis kelihatan ketara dari jauh.Pantas Putra berlari ke arahnya.
Rayyan sedar kehadiran Putra.Putra kelihatan sangat terkejut.Dia terlihat ada bangkai manusia diletakkan dalam beg mayat.Dia tahu itu adalah ayahnya.
"Ayah..."
Melihatkan Putra semakin merapati kawasan itu,dia segera berlari ke arahnya.Lalu menahan Putra daripada masuk.
"Putra.."
"Rayyan,itu..ayah saya kah..."
Kata Putra memandang Rayyan.Terkelu Rayyan untuk mengatakannya.
"Putra.."
Berat mulut untuk berkata.Putra dapat mengetahuinya melalui riak wajah Rayyan.Dia segera memandang kembali ke arah sana.
"Ayah,kenapa ayah ada kat situ.."
Putra semakin sebak.Dia mengalirkan air mata.
"Ayah,ayah dengar tak,ayah pasti kesejukan kat situ.."
Putra ingin menghampirinya.Namun,Rayyan menghalanginya.Jika Putra masuk ke kawasan itu,dia pasti akan menghilangkan banyak bukti di situ.Rayyan terpaksa.
"Ayah..ayah..."
Putra menangis teresak-esak di situ.Dia tidak menyangka bahawa dia perlu melihat ayahnya dalam keadaan bangkai seseorang.Dia terduduk.Rayyan sekadar memeluk tubuh badan Putra sebagai sahabat.Dia juga merasa sebaknya.Suasana di situ menjadi kekok.
***
Danish juga datang ke kawasan itu.Dia juga bimbang akan Putra.Namun,dia terlihat Putra sekadar duduk termenung di dalam kereta dengan pintunya yang terbuka.Putra kelihatan tenang namun dia mengelamun panjang.
Danish segera mendekatinya.
"Encik..encik tak apa-apa kah?"
Kata Danish berasa bimbang.Putra tidak bersuara.Hampir menjelang malam,Putra masih di situ,ahli forensik juga sama.Mereka sangat teliti menjalankan tugas.
Rayyan juga mendekati mereka.
"Awak..pembantu Putra kah?"
Rayyan bertanya setelah melihat kehadiran Danish.
"Ya,saya dengar..Tuan Airil dah dijumpai."
"Ya.Kami dapat tahu yang dia ditanam hidup-hidup di kawasan ini selama beberapa tahun.Saya sangat bersimpati pada Putra.."
Katanya sambil memandang Putra yang asyik termenung.Danish juga berasa begitu.
"Sabarlah,encik..Semua ni pasti ada hikmahnya.Encik kenalah bertabah menghadapi semua ni.."
Danish memberi dorongan.Putra masih tidak menunjukkan reaksi.
"Ya,Putra.Kuatkan semangat awak.Saya pasti,awak juga akan dapat jawapannya di sebalik semua ni.Bertabahlah,Putra."
Rayyan juga menyokongnya.Dia segera mengangkat muka memandang langit.Hari semakin gelap.Dia baru teringat pada Suriana.Pasti dia sudah selesai dengan kerjanya.
Dia segera berdiri dari situ.Lalu memandang Rayyan.
"Siasat pasal ni dengan senyap..Jangan sampai wartawan tahu tentangnya.."
Katanya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.Mereka berdua sekadar berdiam diri memandang gerak gerinya.Mereka sangat memahami.Putra perlu bersendirian buat seketika.
Tanpa berlengah,dia menghidupkan enjin dan berlalu pergi dari situ.Keretanya pergi begitu sahaja.Rayyan sekadar menghelah nafas panjang.
"Kesian,Putra.."
Kata Danish mengeluh.Rayyan juga berasa begitu.Pasti Putra sangat terseksa selama ini.Rayyan baru memahami kehidupan sebenar Putra selama ini.Penuh dengan penderitaan.

Book Comment (796)

  • avatar
    MomtazSalah din

    كتاب رائع وعميق🤯

    15h

      0
  • avatar
    Difah Cah

    yyyyyyyy

    2d

      0
  • avatar
    Angelo Hermoso

    it is so beautiful

    2d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters