Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 33
Suriana tiba di rumah dengan selamat.Dia segera duduk di birai katil sambil mengeluh.Dia tersangat letih.Putra pula sekadar berdiri di hadapannya dengan sayu.
"Kamu agak lambat datang ke pejabat tadi..Kamu ada urusan kah.."
Putra berat hati ingin berbicara namun dia memandang Suriana.
"Saya..ada urusan penting tadi.Maafkan saya,puan."
Nadanya semakin lemah.Dalam hatinya hanya penuh dengan jeritan yang memilukan.Luka di hati masih terasa.Suriana sekadar menganggukkan kepala.
"Yalah.."
"Puan,boleh saya buat satu permintaan.."
Katanya berpura-pura selamba.Suriana mengangkat muka memandangnya.
"Boleh saya..peluk puan walau seminit.."
Putra sangat teringin.Dia terfikir kemungkinan Suriana juga akan menerima nasib yang sama seperti Airil dan Zam.Dia tidak sanggup kehilangan lagi.
"Baiklah,saya takkan tanya..Mesti kamu rindu dengan keluarga kamu kan..tak pah,marilah sini.."
Suriana peramah dan memahami.Putra pun memeluk Suriana.Dia cuba melepaskan kerinduannya kepada orang yang tersayang termasuklah Suriana,nenek kandungnya.Dengan penyakit yang melarat,dia pasti akan semakin lupa akan dirinya malah keluarga dan cucunya sendiri.Sebak sekali di hatinya namum ditahan.Itulah hari Putra berasa sangat kesepian.
***
"Jalankan tugas awak esok..Jangan lupa dengan apa yang saya dah rancangkan.."
Zamri mengarah pula kepada pembantu barunya.
"Baik,tuan."
Dia menurut perintah.Zamri menghembuskan nafas panjang dengan tersenyum.
"Kita tengok apa yang akan jadi esok.Dalam sekelip mata saja,saya akan 'naik' lebih tinggi daripada awak,Suriana..."
Zamri semakin yakin.Apakah yang dirancang Zamri sebenarnya?Apakah ianya ada kaitan dengan Suriana?Hari esok pasti hari yang mengejutkan.
***
Putra lebih awal bangun berbanding Suriana.Putra juga sudah bersiap sedia untuk menghantar Suriana selepas bersarapan.
"Hari ini ada apa ya.."
Kata Suriana bertanya ketika bersarapan bersama dengan Putra.Putra tertib.
"Setahu saya,puan ada mesyuarat hari ni.."
"Oh yakah..Nanti siap sedia semuanya di bilik mesyuarat macam biasa.."
"Baik,puan.."
Kata Putra tersenyum hambar.Dia berasa tidak sedap hati dari tadi.
Setelah bersarapan,dia mengiringi Suriana ke kereta.Suriana masuk dengan selamba setelah Putra membukakan pintu belakang.Lalu Putra pun turut masuk dan bertolak ke tempat kerja.
Namun setelah hampir menuju ke sana,suatu jalan di hadapan dihalang kerana pembinaan jalan raya.Agak pelik pada masa ini tiba-tiba ada pembinaan jalan.Semalam,jalan sangat lancar dan tidak terhalang langsung.Putra masih tidak mengetahui sebabnya.
Melihatkan papan tanda,Putra segera menuruti arah papan tanda itu yang menuju ke arah kiri.Semakin dia berjalan masuk ke jalan itu semakin sunyi.Putra mulai berasa pelik.
Malang tidak berbau,ada sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan mereka.Kelihatan seperti sedang menanti kedatangan mereka.
Mereka pantas meluruh ke arah kereta itu lalu memecahkan cermin kereta.Mereka berdua dalam bahaya.
"Keluar sekarang!"
Suriana dan Putra ditarik keluar.Melihatkan mereka semua,Putra seperti mengenali mereka.Dia baru teringat samseng-samseng yang cuba menganggu Suriana sebelum ini.Putra sekali lagi bertemu dengan mereka.
"Apa ni!Lepaskan saya..Saya kata lepaskan saya!"
Kata Suriana meronta-ronta.Mereka bertegas menarik Suriana masuk ke dalam kereta mereka.Putra yang ditahan di pintu kereta asyik meneliti samseng-samseng itu.
Tanpa berlengah,Putra mulai menyerang mereka.Dia menggunakan kemahirannya yang dipelajarinya.Satu persatu jatuh kerana tumbukan dan tendangannya.Suriana juga melihat Putra menentang mereka semua.
"Redzuan,hati-hati!"
Suriana berasa bimbang melihatnya.Putra fokus menentang mereka.Namun apakan daya,pembantu Zamri yang baru datang secara senyap dari belakang telah memukul kepala Putra dengan kayu.Suriana terkejut melihatnya.
"Redzuan!!!"
Suriana menjerit ketakutan melihat Putra semakin goyah kerana pukulan di kepalanya.Bukan setakat itu sahaja,dia juga menikam perut Putra.Suriana menangis melihat pengorbanan Putra dari jauh dengan tangannya ditahan kuat oleh samseng itu.
"Redzuan..Tolong!Tolong jangan bunuh dia..Saya mohon..Kamu boleh bawa saya..Tapi jangan bunuh dia.."
Suriana tidak sanggup lagi melihatnya.Putra tidak berdaya.Dia termuntah darah sambil melihat orang yang menikamnya.Dia juga melihat Suriana menangis kerananya.Dia ingin maju,namun mereka segera menarik Suriana ke dalam kereta.Putra tidak berjaya selamatkannya.
"Puan..."
Katanya lemah.Dia akhirnya rebah tidak sedarkan diri.Suriana berjaya diculik oleh samseng-samseng itu.Malang sekali,Putra dibiarkan di situ dengan darah yang asyik mengalir dari perutnya.
*****
Rayyan dari semalam asyik memikirkan punca Kamal mati di dalam penjara.Dia berasa sangat kecewa melihat Kamal akhirnya tidak dapat memberikan keterangan dalam kes itu.Dia semakin bingung menyelesaikan kes itu.
"Saya dah tak tahulah macam mana nak selesaikan semua ni..Kamal tu lah satu-satunya saksi yang tahu dalangnya semua.Ini memang tak masuk akal langsung.."
Rayyan berkata.Dia mengeluh keras.Cahaya matahari asyik memancar ke wajahnya.Dari semalam,Rayyan tidak pulang ke rumah kerana sibuk memikirkan cara penyelesaiannya.
Seorang rakan setugasnya datang ke situ dengan tergesa-gesa.
"Rayyan,kawan awak,Putra...dia masuk hospital.."
Mendengar berita itu,pantas Rayyan memandangnya.
"Apa?!"
Dia terkejut.Putra pula dalam bahaya.Dia mulai berasa curiga.
***
Telefon Aisyah berdering di atas meja kerjanya.Dia pada masa itu agak sibuk menyemak laporan.Dia segera mengangkat panggilan itu.
"Ya,pakcik.."
Rupanya Danish menghubunginya.
"Maaflah ya kalau pakcik mengganggu kamu..Tapi pakcik nak cakap sesuatu..Putra,dia masuk hospital sekarang.."
"Apa?!Putra masuk hospital?!"
Aisyah sangat terkejut.Dia juga tersentak mendengar berita itu.
***
Rayyan dan Aisyah tiba di sana dengan serentak.Mereka berlari menuju ke bilik kecemasan.Dari jauh lagi,Danish terlihat sedang berdiri di depan pintu kecemasan.Pantas mereka menghampirinya.
"Pakcik.."
Kata Aisyah setelah mendekatinya.Danish segera memandang mereka berdua.
"Kamu dua dah sampai.."
"Apa sebenarnya yang terjadi ni..Kenapa Putra tiba-tiba masuk hospital.."
Rayyan ingin tahu.
"Saya pun tak tahu apa yang berlaku..Saya tahu pun sebab pihak hospital telefon saya.Dia kata ada orang jumpa dia dengan darah di tengah jalan.."
Danish berasa cemas.Rayyan mengeluh.Aisyah juga berasa bimbang.Perasan mereka bercampur-baur.
Setelah sejam menunggu,doktor akhirnya keluar dari bilik itu.Pantas mereka mendekatinya.
"Macam mana dengan keadaan dia,doktor?"
Kata Aisyah bimbang.Mereka semua berwajah serius.
"Dia dalam keadaan yang stabil sekarang.Kami dah buat sehabis mungkin untuk selamatkan dia.Nasib baik dia dihantar cepat ke hospital,kalau tidak dia pasti akan banyak kehilangan darah.Seharusnya,dia tidak perlu banyak bergerak pada masa ni..nanti kesan jahitan itu akan terbuka."
Kata doktor bedah itu.Mereka semua berasa lega.
"Terima kasih,doktor.."
Kata Aisyah sangat menghargainya.Doktor itu pun berlalu pergi dari situ.
***
Semua para kakitangan mulai kusut setelah menunggu terlalu lama di bilik mesyuarat.Nizam dan Maisarah sekadar berdiam diri.
"Kenapa puan tak sampai-sampai lagi.."
Kata salah satu kakitangan di situ.Semua yang berada di situ memiliki saham untuk kemajuan syarikat itu.Mereka amat mengharapkan Suriana dapat menggunakannya sebaik mungkin untuk kebaikan.
Nizam juga semakin tidak tahan melihat kekecohan mereka di dalam bilik mesyuarat itu.Akhirnya,dia bingkas berdiri.
"Memandangkan kita dah tunggu lama di sini,baik tuan dan puan beredar dari sini.Mesyuarat hari ini bersurai."
Kata Nizam cuba menghentikan kekecohan itu.Maisarah sekadar memandangnya.Namun,dari bawah lagi telah mengejutkan ramai orang.Seseorang sedang berjalan menuju ke bilik itu dengan seorang pembantu di sisinya.
"Mesyuarat belum selesai lagi.."
Semua memandang ke arah suara itu.Dan kemudian mereka semua terkejut.Begitu juga dengan Nizam dan Maisarah.Tidak disangka,Zamri dengan yakin melangkah masuk ke bilik itu.Dia tersenyum lebar.
"Nampaknya kita berjumpa lagi.."
Kata Zamri mulai bermegah.Mereka berasa pelik.
"Saya nak maklumkan pada kamu semua,Puan Suriana disahkan ada penyakit sakit mental..Dia sekarang sedang dibawa ke hospital sakit jiwa untuk menerima rawatan.."
Berita yang disampaikan Zamri mencurigakan.Maisarah berasa Zamri sedang berbohong depan orang ramai.Seorang daripada para kakitangan di situ bingkas berdiri.
"Apa bukti awak puan ada penyakit sakit mental?Semalam saya tengok puan baik-baik saja.."
Dia cuba tidak mempercayainya.Mereka semua bersetuju.Zamri segera mengeluarkan sekeping kertas lalu mengangkat kertas itu kepada semua orang.
"Inilah buktinya..Dia ada penyakit sakit mental.."
Semua terganga melihat bukti itu.Bagi mereka bukti itu nampak benar.Tapi tidak bagi Maisarah.Dia tahu perkara sebenarnya.
"Sekarang,dah percaya kan..Sekarang,saya nak umumkan lagi satu yang sangat penting untuk kebaikan syarikat kita.Siapa yang layak memegang syarikat ini mulai sekarang."
Zamri mulai mengatur rancangan.Mereka semua terdiam.Mereka tidak mengharapkan Zamri akan naik menjadi pengerusi.
"Saya dah terima wasiat yang sebenar-benarnya..Nampaknya,saya akan menggantikan Puan Suriana mulai sekarang."
Semua mulai tidak berpuas hati.Nizam pula menyangka bahawa dia yang akan menjadi pemegang rasmi syarikat itu namun harapannya pudar setelah mendengar Zamri sendiri akan menjadi pengerusi syarikat itu.
"Saya tak setuju dengan pelantikan ni.."
Zamri tergelak kecil melihat mereka semua menolaknya.
"Baiklah,siapa yang berani membantah pelantikkan saya..Saya akan rampas saham dia dan pastikan..dia takkan bekerja di sini lagi.Kamu faham tak?!"
Semua terdiam mendengar ugutan Zamri.Tidak mampu lagi menentangnya.Zamri tergelak besar.Dari situlah,Zamri mulai berlagak hebat daripada orang lain.Apalah nasib syarikat itu apabila jatuh ke tangannya..Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (796)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
كتاب رائع وعميق🤯
13h
0yyyyyyyy
2d
0it is so beautiful
2d
0View All