BAB 34

Putra akhirnya membuka mata.Aisyah,Danish dan Rayyan masih berada di bilik itu.Mereka kelihatan bimbang padanya.
Aisyah yang termenung melihat wajahnya pun sedar melihat Putra membukakan mata.Terukir senyuman di bibirnya.
"Putra,awak dah sedar.."
Katanya gembira.Mereka berdua yang terdengar suara Aisyah gembira pantas menghampiri Putra dan Aisyah.Mereka berdua dari tadi asyik berdiri di dinding memikirkan penyelesaiannya.
"Putra,awak dah sedar.."
Rayyan berasa lega.Begitu juga dengan Danish.
"Putra,awak ingat lagi tak pada kami semua?"
Aisyah bertanya.Putra segera duduk tegak di katil itu.Namun,badannya agak sukar untuk bergerak.
"Mana..nenek saya.."
Bangun sahaja sudah tercari-cari Suriana.Mereka bertiga terdiam.
"Putra,sebenarnya.."
"Tak..jangan cakap awak.."
Putra berasa kecewa.Pantas dia menanggalkan segala peralatan untuk merawatnya.Lalu berlari keluar.
"Putra.."
Mereka bertiga mengejarnya.Mereka semua tahu yang Putra pasti bertekad untuk mencari Suriana.Tapi dengan kesan tikaman di perutnya masih belum pulih.Dia tidak dapat keluar hospital buat sementara ini.Rayyan segera menghalangnya.
"Putra.."
Rayyan mendepakan tangannya di depan Putra.
"Rayyan,ke tepi."
"Putra,tolonglah..Awak belum pulih lagi nak bergerak.Awak tak boleh bertindak sekarang,Putra."
"Saya tak kisah badan saya sakit.Tapi saya kisah dengan nenek saya.Dia tak boleh disakiti oleh sesiapa.Tolonglah,ke tepi."
"Tak..Putra.Awak belum pulih lagi.Kalau awak macam ni,macam mana awak lawan mereka semua tu.Awak biarkan diri awak dalam bahaya,tiada siapa yang tentang untuk awak.Saya yakin..nenek awak juga tak nak awak macam ni,Putra."
Kata Aisyah pula memberikan keyakinan.Putra menangis.Hatinya terasa pedih saat membayangkan Suriana dibawa pergi daripadanya.Dia terduduk.
"Nenek.."
Mereka bertiga sangat faham keadaannya.Tapi,mereka juga berfikir semula.Jika Putra bertindak dengan dirinya yang belum pulih sepenuhnya,adakah Putra dapat menentang mereka kalau bukan Zamri akan bertindak lebih agresif lagi.Mereka yang berada di luar masing-masing berasa sedih.Begitu banyak sekali keperitan yang dilaluinya.
***
Akhirnya,bilik pejabat Suriana telah menjadi miliknya.Kesemua harta juga menjadi miliknya tetapi tidak kepada seorang wanita ini.
Shira yang mendengar berita Zamri dilantik pantas datang ke syarikat itu untuk berjumpa dengan Zamri.Dia menerja masuk.Hatinya membara saat mendengar berita itu.
"Zamri,apa yang awak dah buat ni?"
"Awak rupanya.Tak sangka pula saya awak akan jumpa saya di sini.Macam mana,saya nampak hebat tak duduk kat sini.."
Zamri berlagak sambil duduk di kerusi putar itu.Shira berasa geram.
"Saya nak cakap pada awak,kenapa pula awak yang dapat mewarisi semua harta tu?!Malah,awak langsung tak bagi saya sesen pun harta tu separuh.Awak ni dah hilang akal kah?!"
"Siapa awak nak saya bahagikan harta tu separuh?"
Tersentak Shira mendengarnya.
"Dengar sini,saya dah jadi pengerusi syarikat ni..Maknanya...saya ada kuasa ke atas harta tu.Jadi,suka hati sayalah nak buat apa dengan harta tu."
"Apa?!Zamri,awak memang dah melampau.Kakak awak sendiri pun awak nak berkira kah?!Saya kakak awak tau!Saya juga ada hak dalam mewarisi harta dan syarikat.Awak nak bolot semua ni sorang-sorang kah?!"
"Kakak?Saya tak ada kakak.Siapa pun awak,saya langsung tak kisah dengan keluarga saya sendiri.Sebab sekarang,saya dah..menang."
Zamri mencemuhnya.Shira hampir sahaja ingin menamparnya di kerusi putar itu.Tapi dihalang oleh pembantu barunya.
"Zamri,awak fikir..awak saja yang tahu rahsia tu kah?Kalau awak nak tahu,saya pun boleh dedahkan perangai sebenar awak ni!"
"Dahlah..Saya dah rimas dengar semua tu.Dah berlalu pun.Buat apa nak ungkit lagikan..Pengawal,bawa dia keluar dari sini.Dan mulai hari ni,jangan bagi dia masuk ke syarikat ni lagi."
"Baik,tuan."
Katanya sebelum memaksa Shira keluar dari situ.
"Hei,lepaskan sayalah.Lepaskan.."
Shira tidak berdaya melawan pembantu baru Zamri.Zamri kembali tenang setelah melihat Shira meronta-ronta dibawa pergi.Dia tersenyum lebar.Dia berasa dirinya sudah menang.
***
Putra kesepian saat dibiarkan keseorangan dalam bilik itu.Dia asyik termenung.Aisyah dan Rayyan terpaksa meninggalkannya kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.Tinggal Danish sahaja menemaninya.Danish keluar sebentar untuk membeli makanan.
Nashita yang berwajah cemas datang ke bilik wad Putra.Dia berlari-lari sehinggalah dia menjumpai bilik Putra.Kelihatan Putra kaku sambil duduk tegak di atas katil.Dia segera menghampirinya.
"Putra,awak tak apa-apa kah?Maafkan makcik sebab makcik lambat datang ke sini.Makcik takut Zamri tahu makcik akan jumpa kamu."
Kata Nashita memegang bahunya.Putra tersedar dari lamunannya.Lalu memandang Nashita.
"Makcik rupanya..Saya tak apa-apa kat sini."
"Apa yang dah terjadi ni?Ada orang cuba serang kamu kah?"
"Nenek saya..dibawa lari oleh sekumpulan samseng di tengah jalan.Saya tak dapat nak selamatkan dia sebab perut saya dah ditikam oleh lelaki tak guna tu."
Putra berasa marah.Nashita sekadar berdiam diri cuba memahami.
"Ini mesti Zamri yang buat.Kamu tahu tak,sekarang Zamri secara terus dia dah jadi pengerusi syarikat tu sekarang.Nampaknya,makcik pun tak tahu macam mana nak lawan dia lagi.Sebab dia dah berpengaruh besar daripada kita."
"Siapa kata..dia berpengaruh besar daripada kita?Saya boleh buktikan..tak kisah dari pengaruh pun..dia dah boleh jatuh dengan mudah."
"Apa maksud kamu?"
Putra berfikir sejenak.Sunyi sebentar di situ.
"Berikan saya kesemua saham makcik."
Dengan yakin,Putra sudah merancang sesuatu.Nashita agak tersentak.
"Kenapa?"
"Dengan saham makcik tu,saya dah boleh bekerja di syarikat tu dengan jawatan yang tinggi.Biarpun dia dah berkuasa,tak semestinya saham syarikat tu tak pandai jatuh.Dia pasti akan jatuh dulu,sebab ramai yang tak setuju dengan pelantikkan tu.Bagi saya,ini adalah peluang untuk saya rampas balik kesemuanya."
Nashita sekadar berdiam diri mendengar rancangan Putra.
"Makcik janganlah risau,bila semua ni dah berakhir..saya akan pulangkan semula saham yang makcik bagi pada saya."
Janji Putra kepadanya.
"Putra,makcik tak kisah pasal tu..tapi makcik harap,kamu boleh kembalikan kebahagiaan makcik.Baiklah,makcik akan sedia membantu kamu demi anak makcik."
Kerjasama sudah terikat.Mereka berdua pasti akan membuat rancangan itu berjaya.Namun,tiba-tiba sahaja Danish terpaku melihat mereka berdua.Dia terkejut melihat Nashita datang menjenguknya.Nampaknya,Danish belum tahu niat sebenar Nashita.
***
"Macam mana ni?Takkanlah kita nak biarkan dia bolot saham kita."
Tiga orang pemegang saham syarikat juga berbincang.Mereka bertiga kelihatan tidak setuju dengan pelantikan Zamri yang tiba-tiba.
"Macam mana dia boleh jadi pengerusi syarikat ni?Ini memang tak masuk akal."
"Ya,apa yang awak cakapkan tu memang betul.Saya yakin,saham syarikat juga akan jatuh disebabkan pelantikkan dia.Memang ini yang akan terjadi nanti."
"Jadi,apa kita nak buat sekarang?"
Semua mulai berfikir saat mendengar soalan itu.
"Kita tunggu saja tindakan dia buat masa ni.Kalau dia dah melampaui batas,barulah kita mula serang dia bersama-sama."
Kedua-duanya menganggukkan kepala.Rupanya ada juga yang berasa benci dengan Zamri walaupun Zamri telah berkuasa penuh sekarang.Semua pekerja dalam syarikat itu tertanya-tanya akan nasib mereka bekerja di syarikat itu sejak Zamri menjadi pengerusi.Tidak lama lagi,imej syarikat itu pasti akan tercalar kerana pelantikkannya.

Book Comment (796)

  • avatar
    MomtazSalah din

    كتاب رائع وعميق🤯

    11h

      0
  • avatar
    Difah Cah

    yyyyyyyy

    1d

      0
  • avatar
    Angelo Hermoso

    it is so beautiful

    2d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters