Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 35
Mereka saling memandang antara satu sama lain kerana tidak tahu cara untuk memulakan cerita mereka berdua sehingga sanggup bekerjasama.Danish berdiri di hadapan mereka.
"Apa..puan buat kat sini?"
Danish berkerut dahi sambil membawa makanan untuk Putra.Dia memandang Nashita.
"Sebenarnya.."
Nashita teragak-agak untuk menjawab persoalan itu.
"Sebenarnya dia melawat saya ke sini.."
Mendengar jawapan Putra telah menyentakkan mereka berdua.Putra selamba sahaja.
"Melawat?Apa maksud,encik.."
"Maafkan saya sebab lambat nak bagitau awak.Sebenarnya kami dua dah bekerjasama untuk menentang Zamri.Lagipun,semua ni bermula daripada Zam sehingga dia bagitau identiti saya kepada dia.Awak tak perlulah bimbang,walaupun dia isteri kepada Zamri..Tapi dia berpihak pada kita."
Putra menjelaskannya.Nashita tarik nafas lega.
"Jadi,puan dah tahu siapa encik yang sebenarnya.."
Mereka berdua mengangguk serentak.Danish mengeluh.
"Danish,saya tahu mungkin awak masih rasa was-was dengan saya.Tapi sebab saya berpihak pada kamu adalah demi anak saya.Lagipun saya buat keputusan untuk bercerai dengan Zamri.Mula-mula kahwin dia nampak seperti..lelaki yang sangat baik.Jaga anak,hargai isteri dia..Tapi bila cakap pasal harta..nyawa anaknya pun dia sanggup korbankan.Saya tak nak hidup dengan lelaki macam tu lagi."
Putra terdiam.Danish mulai faham situasinya.
"Tengok sajalah Nizam tu,dia asyik ikut telujuk ayah dia saja.Dia hanya mempergunakan Nizam demi untuk mendapatkan apa yang dia nak..Saya sayang anak saya.Sebab saya dah nampak dengan mata saya sendiri..dia langsung tak pandang anaknya sekalipun.Biar sakit kah apa kah..bagi dia,anak-anaknya macam tak wujud langsung."
Semua keluhan Nashita membuatkan air matanya mengalir.Putra sekadar memegang bahu Nashita untuk menenangkannya.Kini,Danish sudah faham.Dia telah membukakan hatinya untuk bersangka baik kepada Nashita.
"Saya minta maaf,puan.Saya langsung situasi puan.Maafkan saya sekali lagi."
Nashita pun mengesat air matanya dengan belakang tangannya.Lalu memandang Danish dengan senyuman.
"Tak pahlah.Saya faham awak masih belum tahu keadaan diri saya."
Nashita pun memahaminya.Putra berasa lega namun hatinya masih sedih mengingatkan Suriana.Dia cuba menenangkan dirinya.
"Memandangkan makcik dan awak ada kat sini,aturkan rancangan tu untuk saya.Semuanya saya dah bagitau pada makcik tadi."
Putra tukar topik.
"Makcik,makcik boleh siap sedia untuk berikan saham makcik kepada saya.Bila dah tiba masanya,barulah saya gunakan untuk peluang terakhir.Buat masa ni,kita tunggu dan lihat saja.Saya yakin,saham syarikat tu pasti akan jatuh merundum."
Putra semakin cekal.Danish dan Nashita sekadar menganggukkan kepala.Putra berfikir sejenak.
'Tunggu saya datang,nek.Saya yakin,dia pasti akan terima balasannya.Saya akan cari nenek sampai dapat.'
Putra sangat tekad.Hatinya berharap dia dapat selamatkan Suriana walau apa pun cara sekali pun.Dia tetap dengan pendiriannya.Kini,mereka sekadar menunggu masa yang sesuai untuk mulakan rancangan baru.
***
Suriana dibawa ke hospital sakit jiwa oleh Zamri.Rupanya Zamri sengaja lakukan seperti itu supaya memudahkan dia membolot kesemua harta.Suriana berjalan perlahan di taman.Ramai pesakit mental juga berada di situ.Tapi,Suriana seperti semakin lupa akan segalanya.Dia berjalan dan berjalan sehingga dia menangis tiba-tiba.
"Cucu saya..mana..."
Sakitnya kembali.Dia membayangkan cucu lelakinya dimaksudkan itu hilang dari pandangannya.Dia menangis teresak-esak.
Zamri sengaja membiarkan Suriana lupa sendiri kerana penyakitnya.Dia juga tidak ingin membenarkan Suriana makan ubat yang sering dimakannya setiap hari supaya penyakit Suriana semakin melarat.Sebaknya di hati melihat Suriana terduduk menangis sendirian di situ.Harapannya pasti akan tercapai.
***
"Tuan,nampaknya pengawal peribadi Puan Suriana belum datang lagi.."
"Takkanlah dia akan datang kerja kalau dia sendiri terima padahnya..Biarkan dia..Kalau dia dah kembali ke sini,saya akan pecat dia serta-merta.Suriana...dah tak ada lagi."
Seronoknya Zamri dengan kejayaannya.Dia tersenyum lebar.Namun dia baru teringatkan sesuatu.
"Oh ya..Saya hampir terlupa dengan Maisarah..Dia tu tak layak berada di sini...Dia langsung tak berguna dalam syarikat ni.Tak ada satu pun saya nampak dia buat kerja."
Kata Zamri mulai memikirkannya.
"Jadi,tuan nak buat apa kali ni?"
Kata pembantunya.Dia berfikir sejenak.
"Uruskan pemecatan dia.."
Kali ini kekejaman Zamri telah membara.Zamri tidak akan memberi peluang langsung kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.Nampaknya dia betul-betul tamak biarpun dengan keluarganya sendiri.
****
Semua rakan setugasnya pulang pada waktu tamat bekerja.Rayyan sejak dari hospital melawat Putra dari tadi asyik memikirkan jalan penyelesaiannya.Dia semakin kusut.Banyak sekali cabaran yang dihadapinya.Dan semakin bertambah penderitaan Putra sejak Zamri semakin berkuasa.Rayyan asyik termenung.
Rakan karibnya selama ini juga berasa pelik melihatnya.Rayyan terlalu senyap.Semua sudah pulang kecuali dia dan Rayyan.Dia segera menghampiri Rayyan.
"Rayyan,awak tak balik kah?"
Tersentak Rayyan.Lalu memandangnya.
"Awak pergilah balik.Hati-hati ja dalam perjalanan balik.Jangan risau pasal saya."
Rayyan tersenyum hambar.
"Baiklah,jumpa esok."
Katanya sebelum pergi meninggalkan Rayyan sendirian di pejabat.Rayyan kembali serius.Dia mengimbas kembali kejadian yang berlaku selama ini.Bermula dengan kes kematian Zam,Airil dan sekarang pula Suriana diculik.Semuanya seperti disengajakan.Dia meletakkan Zamri,dan Shira dalam senarai suspek yang disyaki.Dia juga berasa curiga dengan Shira.
Sebelum ini,Putra pernah memberitahu Rayyan tentang orang yang disyakinya.Oleh sebab itulah,Rayyan juga mengesyaki Shira.Orang yang terdekat akan menjadi suspek utama dalam kes itu.Dia sekadar duduk termenung sehingga matahari terbit.
***
Shira yang baru bersiap turun ke tingkat bawah menuju ke dapur.Dia segera membuka peti sejuk untuk mengambil minuman jus segar.Lalu dituangkan ke dalam gelas kacanya.
Telefonnya tiba-tiba sahaja berdering.Belum sempat dia menghirup,dia segera mengambil telefonnya dari dalam poket seluarnya.
"Ya,ada apa ni?"
Katanya menjawab panggilan itu.
"Puan,Tuan Zamri ingin mengumumkan pemecatan Cik Maisarah daripada bekerja di syarikat hari ni,puan."
Pembantu setianya menghubunginya.Membulat mata Shira mendengarnya.
"Apa?!Zamri nak pecat Mai daripada terus bekerja di syarikat tu?!"
Shira bertambah marah mendengar berita itu.Shira berasa dirinya dikianati secara terus oleh Zamri.Telefon masih dipegang.
***
"Apa?!Dia nak pecat saya?!Tapi kenapa?!"
Maisarah juga baru tahu melalui setiausahanya.
"Saya tak pasti,cik.Sekarang,para kakitangan syarikat juga menghadiri majlis pemecatan cik di bilik mesyuarat."
Maisarah yang bersikap sama seperti ibunya berasa marah mendengarnya.Dia bingkas berdiri dari kerusi putarnya lalu melangkah besar menuju ke bilik mesyuarat.Dia beremosi tinggi.
Setelah memasuki bilik itu,semuanya dalam keadaan bising kerana kekecohan pemecatan Maisarah secara tiba-tiba.Maisarah berasa sangat marah melihat Zamri sekadar duduk tersenyum menunggunya.Memang semuanya dirancang.
"Apa ni?Pakcik cuba nak singkirkan saya kah?Kenapa nak pecat saya?"
Maisarah berdiri betul-betul depan Zamri.Zamri mentertawakannya.Semua orang yang berada di situ juga menumpukan perhatian terhadapnya.Nizam pula sekadar berdiam diri memandangnya.
"Saya tahu awak akan tanya soalan macam tu pada saya...Biar saya bagitau awak ya..Awak langsung tak menyumbang apa-apa pun dalam syarikat ni.Selama ni awak buat apa?Perempuan macam awak ni sepatutnya sibuk di rumah...bukan bekerja di sini."
"Wah..awak dah makin berlagak ya,Zamri..Berani awak nak pecat anak saya?!"
Muncul pula Shira dengan membawa beg tangan mahalnya.Dia menghampiri mereka.Suasana semakin janggal.
"Baguslah awak ada kat sini..Bawa sekali anak awak ni balik rumah...Semua di sini dah mengundi atas pemecatan dia.Nampaknya anak awak dah tak ada harapan lagi."
Zamri berdiri menghadap mereka berdua.Shira berasa sangat geram.
"Awak..awak nak kena kah arh?!"
"Pengawal,bawa mereka pergi dari sini.Nanti majlis ni rosak pula oleh mereka ni.."
Pengawal pun menuruti perintah.Mereka bersiap sedia di situ untuk menghadapi kejadian sebegitu.Mereka berdua pun dibawa pergi dari situ.
"Lepaskan sayalah..Lepas.."
Hilang kelibat mereka berdua.Nizam semakin berasa bersalah.Zamri kembali duduk tenang.Seronoknya terukir di wajah Zamri setelah melihat Shira dan Maisarah tumbang olehnya.Semua ini disebabkan harta dan kuasa semata-mata.Nizam tidak tahu untuk berpihak pada siapa sekarang.Dia berdiam diri.
***
Semua orang melihat mereka dipaksa keluar dari syarikat itu.Muka mereka dicam habis-habisan kerana sifat tidak pemalu itu.Shira dan Maisarah ditolak keluar dari syarikat itu.
"Kamu semua?!Berani kamu buat kami macam ni?!Saya akan pastikan kamu semua akan terima akibatnya."
Pengawal pun segera beredar dari situ.Hilang segala layanan baik dan penghormatan mereka kerana Zamri.Mereka saling memandang antara satu sama lain.
"Mama,macam mana ni?"
"Buat masa ni,kita kena balik dulu ya..Mama rasa sangat malu sekarang.Mari kita balik.."
Katanya membawa Maisarah pergi dari situ.Maisarah sekadar mengikut jejak langkah Shira.Mereka juga tidak dapat munculkan diri lagi.Zamri memang semakin teruja dengan kuasa yang dimilikinya.
***
Putra pula yang masih dirawat di hospital ditemani Danish yang masih tidur di sofa dalam wad itu.Dia sekadar tersenyum melihat Danish berasa letih menjaganya siang malam.Dia membuka telefonnya.Dia terima pemberitahuan.
Dia melihat berita yang disiarkan di media sosial.Dia kelihatan serius.Namun siapa sangka,dia agak terkejut mendengar berita bahawa Maisarah dan Shira hilang kelayakan dalam mengambil jawatan dalam syarikat itu.Berita tersebar luas ke semua masyarakat.
Dia mulai berfikir sejenak.Lalu tiba-tiba mencemuh.
"Dia dah semakin bermaharajalela sekarang..Sekarang,mungkin kemenangan berpihak pada awak.Tapi saya tak yakin yang dia akan bertahan lama dengan kemenangan tu.Kemenangan dia pasti akan bertukar menjadi kekalahan teruk baginya."
Dia mengangak perkara itu pasti berlaku.Tunggulah kemunculannya..Apabila dia muncul sekali dalam hal itu,pasti semuanya akan menjadi huru-hara.Putra akan kembali.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (796)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
كتاب رائع وعميق🤯
9h
0yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
2d
0View All