BAB 36

Seminggu sudah berlalu.Apa yang diagak oleh mereka semua telah terjadi.Saham syarikat jatuh merundum kerana masing-masing tidak berpuas hati apabila berurusan niaga dengan Zamri.Zamri sentiasa meletakkan syarat keras sebelum berunding tentang perniagaan.
Hatinya tidak tenteram memikirkan keadaan syarikatnya yang hampir muflis.Tiga orang yang tidak yakin dengan pelantikkan Zamri tempoh hari datang menerjah masuk ke bilik pejabat Zamri.Riak wajah mereka terukir kemarahan.
"Kami nak bercakap dengan awak sekarang,Zamri.."
Penghormatan Zamri hilang di mata mereka bertiga.Pantas Zamri memandang mereka sambil duduk gelisah di kerusi putarnya.
"Apa kamu semua buat kat sini?Pergi buat kerja sekarang."
"Macam mana kami nak buat kerja kalau awak dah abaikan pengorbanan kami?Macam mana dengan saham kami?"
"Ya..Sekarang syarikat ni bila-bila masa saja akan muflis bila awak tersilap langkah."
Mereka bergilir-gilir meluahkan segala kemarahan mereka terhadap Zamri.Dia semakin pening.Mendengar mereka asyik berleter di situ membuatkan Zamri semakin marah.
"Saya akan pulihkan balik syarikat ni!Saya dah cakap kan,saya akan bertanggungjawab atas semuanya.Tolong pergi dari sini!"
Zamri menengking.Terdiam mereka bertiga melihatnya.Disebabkan Zamri hilang sabar,mereka pun mengalah dan keluar dari bilik itu.Keadaan bilik kembali normal.
Pembantunya berasa bimbang lalu mendekatinya.
"Tuan,tuan tak apa-apa kah?"
"Ya,saya tak apa-apa."
Zamri kembali tenang.Namun hatinya masih gelisah.Dia takut usahanya selama ini akan menjadi sia-sia sahaja.Dia berusaha memikirkannya.
"Sekarang..saya tak tahu macam mana lagi nak selamatkan syarikat ni..Semua pemegang saham juga lari daripada terus bekerjasama dalam syarikat ni.Kita dah tak dapat berhubung dengan mereka lagi.."
"Sebenarnya,kita ada satu pilihan.."
Pembantunya dapat idea baru.Pantas Zamri memandangnya.
"Saya ada dengar..ada seorang lelaki yang merupakan pemegang saham terbesar sedang mencari Puan Suriana.."
"Siapa lelaki tu?"
"Saya tak pasti tentang maklumat dia..tapi yang benar dia memang sedang mencari Puan Suriana sekarang.."
Kata pembantunya dengan terperinci.Zamri berfikir sejenak.
"Baiklah,aturkan perjumpaan dengan dia sekarang.."
"Baik,tuan."
Pembantunya menuruti perintah sebelum beredar dari situ.
"Kenapa dia nak cari orang tua tu pula?Apa pula hubungannya dengan dia?"
Zamri keseorangan.Dia berharap apa yang dikatakan pembantunya tadi adalah benar.Pasti dia ada peluang untuk menipu lelaki yang dikatakan itu.
***
Putra sembuh seperti biasa.Kini,dia berada di rumah Danish.Sekali lagi mereka tinggal bersama buat sementara.
Disebabkan dia telah mensasarkan musuh utamanya iaitu Zamri,dia berfikir lagi cara untuk memperdayakan Zamri.
Setiap hari,dia mesti menonton berita semasa di laptopnya untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan syarikat itu.Dia fokus membaca artikel berkenaan tentang reputasi syarikat itu.
Danish berasa cemas.Dia berlari masuk ke dalam rumah.Lalu mencari-cari Putra.Danish yang baru sahaja membeli barang dari kedai segera mencari Putra.Kelihatan seperti dia mengetahui sesuatu.
"Encik Putra..Encik Putra.."
"Saya kat dalam bilik ni."
Danish dapat mencari arah suara itu.Kelihatan Putra duduk berhadapan dengan laptop di meja kerja biliknya.Dia mendekatinya sambil membawa barang yang dibelinya tadi.
"Encik,saya ada berita baik ni.."
"Berita apa?"
Kata Putra leka membaca artikel di laptop.
"Zamri...Zamri nak aturkan perjumpaan dengan encik."
Danish tercungap-cungap.Putra tersentak sedikit.Pantas dia memandangnya.
"Betul kah?"
"Ya,encik.Saya baru terima panggilan dari pembantunya."
Putra mulai berasa gembira.Peluangnya telah tiba.Tiba masanya dia menggunakan pengaruh besarnya untuk memperdayakan Zamri.
"Nampaknya dia dah semakin terdesak..."
Putra berkata.Danish sempat duduk di birai katil Putra.Dia cuba meredahkan keletihan.
"Sediakan saya pengawal peribadi dan seorang setiausaha..Saya kenalah datang ke sana bersama mereka supaya saya nampak seperti pemegang saham sebenar."
"Baiklah,encik."
Danish menghembuskan nafas lega.Putra sempat memandang barang yang dibeli Danish.Kelihatan buah-buahan segar dalam beg plastik itu.
"Buah tu untuk saya kah.."
Katanya turut serta duduk di birai katil itu bersama Danish.
"Ya,encik."
"Buat masa ni,kita kena tenang.Musuh dah depan mata,tinggal kita buat perangkap saja.Baik kita makan buah dulu.Awak tu kan dah tua..kenalah cergas sikit."
Putra sempat menyakat Danish.Danish adalah harapan Putra untuk berteman.Segala perjuangannya pasti akan berhasil.
"Hmm sempat lagi encik nak sakat saya.."
Putra tergelak kecil.Danish sekadar duduk tenang bersamanya.Mereka masing-masing mengukirkan senyuman.Masa-masa inilah Putra akan bergurau senda.Cuba nampak biasa.
***
Masanya telah tiba.Putra berpakaian segak dengan diiringi beberapa pengawal peribadi dan seorang lelaki yang merupakan setiausahanya.Dia tersenyum masuk ke syarikat itu sambil memakai kaca mata hitam.
Semua orang memandangnya.Putra semakin kacak dengan menunjukkan dirinya yang sebenar.Dia berjalan tenang menuju ke bilik Zamri setelah menerima sambutan daripada pembantu Zamri.
Zamri juga berasa gementar menantinya di dalam bilik itu.Harap semuanya berjalan lancar.
Putra semakin dekat dengan bilik itu.Zamri bersiap sedia menyambut kedatangannya.Dia mengukir senyuman.
Akhirnya Putra tiba di bilik itu.Malah melangkah masuk ke dalam bilik itu.Zamri masih tidak mengecam Putra kerana Putra masih memakai kaca mata hitamnya.
"Awak dah datang.."
Katanya sambil mendekati Putra.Putra tergelak kecil.
"Kita jumpa lagi,Tuan Zamri.."
Kata Putra sambil membuka kaca mata hitamnya.Lalu memandang Zamri.
"Awak masih ingat saya lagi kah?"
Putra berkata lagi.Pudar senyuman Zamri memandang Putra.Dia dapat kenal wajah itu.
Mereka saling memandang antara satu sama lain.Sunyi sebentar di bilik itu.Apakah yang akan berlaku kepada Putra dan Zamri selepas ini?Apakah Zamri dapat mengecam wajah Putra yang pernah bekerja di syarikat itu sebagai pengawal peribadi Suriana?Putra masih tersenyum.
******
Mereka saling memandang antara satu sama lain.Zamri semacam tidak percaya bahawa pemegang saham terbesar yang dimaksudkan pembantunya tadi adalah Putra.Dia tergelak kecil.
"Betulkah awak orangnya.."
Zamri inginkan kepastian.Putra pula tergelak kecil.Pantas pembantunya mendekati mereka.
"Ya,tuan.Dialah orangnya..Encik Redzuan.."
Pembantu barunya sendiri pun tidak mengenalinya.Zamri berasa tertipu.
"Kenapa..awak tak percaya kah?"
Putra seperti dapat baca riak wajah itu.Dia dengan selamba duduk di sofa yang tersedia di bilik itu.Setiausahanya sekadar berdiri di sampingnya.Manakala pengawal peribadinya pula sekadar menunggu di luar bilik.Putra berlagak seperti biasa.
"Saya rasa..pembantu saya dah silap orang.."
Kata Zamri sebelum duduk serta bersamanya.Mereka berdua bersemuka.
Mendengarkan keluhan Zamri,setiausaha Putra segera memberikan sebuah fail yang boleh membuktikan Putra adalah pemegang saham terbesar kepada Zamri.Zamri segera membuka fail itu.Tidak diduga,fail itu telah membuktikan dia betul-betul memiliki saham terbesar.Pantas Zamri memandangnya.
"Macam mana..awak dah percaya kah.."
Putra bertanya.Zamri akhirnya terpedaya.
"Kenapa awak rahsiakan semua ni..Bukankah awak boleh saja terus kerja di sini dengan jawatan yang tinggi selain bekerja jadi pengawal peribadi.."
"Ya,sepatutnya..Tapi saya nak tengok macam mana syarikat ni berjalan lancar bila giliran awak pula yang pegang.Tapi,sayang...syarikat ni hampir muflis."
Putra cuba menaikkan emosi Zamri.Zamri mencemuhnya.
"Wah..rupanya awak sedang memerhatikan kami ya..patutlah awak berani sangat nak cakap benda mengarut masa majlis ulang tahun tempoh hari.."
Mereka berdua ketawa hambar.Masing-masing mengejek dalam diam.
"Memandangkan awak memang pemegang saham terbesar..Mungkin awak dah tahu,saya perlukan bantuan awak."
"Hmm saya akan pertimbangkannya..melainkan awak tepati syarat saya."
"Apa syarat awak?"
"Benarkan saya berjumpa dengan Puan Suriana..saya betul-betul nak tahu dia di mana sekarang."
Putra mulakan langkah pertama.Zamri tergelak kecil.
"Buat apa awak nak tahu pasal dia..Dia dah tak penting lagi..Yalah,mungkin awak terhutang budi dengan dia selama awak bekerja kat sini.."
"Ya,tepat sekali.Sebab itulah saya nak jumpa dia..Awak sepatutnya berterima kasih dengan dia sebab benarkan awak mengambil jawatan penting ni.."
"Awak tak ada syarat lain kah selain nak berjumpa dengan dia?Nilai dia lebih tinggi kah berbanding kuasa..Kalau awak sudi tolong saya..saya akan cuba tunaikan apa saja yang awak nak.Termasuk kuasa dan wang."
Putra tergelak kecil.Begitu cara Zamri memujuk mereka yang berkuasa hanya dengan kuasa dan wang.Putra semakin meluat.
"Itu tak penting bagi saya..Saya hanya nak berjumpa dengan dia ja..Yang lain tu,lain kali ja.."
Putra mempercepatkan perbincangan.Zamri berfikir sejenak.Agak lama Zamri memikirkannya.Putra mengeluh.
"Awak dah banyak buang masa saya.Kalau macam tu,saya nak pergi dulu.."
"Nanti.."
Putra yang belum melangkah segera memandang semula Zamri.
"Baiklah,awak boleh jumpa dia.Tapi hanya sebentar saja.Pembantu saya akan bawa awak ke sana.Tapi janji,awak kena bantu saya."
Kemenangan berpihak kepada Putra.Putra ingin bersorak dalam hati.
"Apa saja untuk awak,saya akan cuba yang terbaik."
Katanya menghulurkan tangannya kepada Zamri.Zamri pun segera berdiri dan menyambut huluran itu.Masing-masing mempunyai niat yang lain.Kini,mereka berdua pula saling menentang antara satu sama lain.
***
Putra akhirnya dibawa ke hospital sakit jiwa.Putra tidak menyangka bahawa Zamri sanggup memperlakukan Suriana begitu.
Putra semakin faham.Zamri sudah mengetahui penyakit Suriana.
"Sila ikut saya,encik.."
Pembantu Zamri membawa Putra berjumpa dengan Suriana.Putra pun mengikut jejak langkahnya.Apabila masuk,macam-macam pesakit gila berkeliaran di bilik bahagian pesakit mental.Putra tercari-cari sehinggalah dia ditemukan.
Putra mulai sebak melihat Suriana sedang duduk di birai katil sambil menangis.Mereka mendekatinya dengan perlahan.
"Ini dia,encik."
Katanya menunjukkan Putra ke arah Suriana.Putra dengan perlahan mendekatinya.
"Puan.."
Putra terpaksa memanggil dengan gelaran itu.Takut identitinya terbongkar.
Suriana terasa ada seseorang sedang mendekatinya dari belakang.Dia terus menangis dan memeluk Putra setelah berpaling.
"Cu..kamu pergi mana..Nenek tunggu kamu kat sini tahu tak?Nenek risau sangat dengan kamu.."
Kelihatan Suriana sudah lupa segalanya.Dia dibiarkan tanpa memakan ubat yang selalu dimakannya.Putra menahan sebak.Pembantu itu mulai curiga melihat reaksi Suriana mengaku Putra adalah cucunya.Dia sekadar memerhatikan dari jauh.
"Puan,puan tak apa-apa kah kat sini?Puan dapat makan dengan baik kah?"
Putra berkata kosong.Suriana masih memeluknya sambil menangis.
"Janganlah pergi..nenek rindu sangat dengan kamu.Atuk kamu pun rindu kamu juga tau..."
Katanya menatap wajah Putra.Putra tidak menahan lagi.Dia menolak lembut Suriana lalu berjalan keluar dari situ.Dia segera mencari tandas.
Putra pun menangis sepuas-puasnya.Dia tersangat sebak.Sanggup Zamri buatkan Suriana dalam keadaan begitu.Apakah dia memang tidak berhati perut langsung walaupun dengan keluarga sendiri?Putra dapat merasa derita Suriana.Putra harus melepaskan perasaan sebaknya sebelum dia keluar.Dia hanya mampu berdiam diri.
***
"Macam mana?Awak dah bawa dia ke sana kah?"
Kata Zamri bertanya.
"Ya,tuan.Saya dah bawa dia ke sana.."
Pembantunya kembali setelah menghantar Putra pulang.Zamri menghembuskan nafas.
"Tuan,tadi saya rasa pelik."
"Apa maksud awak?"
"Puan Suriana terus peluk dia..dan dia cakap,Encik Redzuan tu cucunya."
Tersentak pula Zamri mendengarnya.
"Betulkah dengan apa yang awak cakap ni?"
"Betul,tuan.Saya tengok sendiri di sana.Encik Redzuan pula,biarkan saja puan peluk dia..Saya rasa,Encik Redzuan ada kaitan dengan Puan Suriana selain menjadi pekerjanya."
Zamri berfikir sejenak.Dia mulai rasa curiga.
"Betul juga..Saya pun rasa macam tu juga.Takkanlah dia..budak tu?"
Zamri terfikir tentang budak yang bernama Putra.Sehingga kini dia masih belum menjumpainya.
"Siasat kesemua latar belakangnya tak kira apa pun.Mungkin siasatan Nizam tu tak betul.Dia pasti ada rahsia lain.."
Zamri mengarah.
"Baik,tuan."
Pantas dia segera menuruti perintahnya.Zamri tersangat curiga.Apakah nasib Putra jika Zamri mulai tahu siapa dia sebenarnya?
***
Nashita juga memikirkannya.Dia hanya berdoa agar Putra berjaya dengan rancangan itu.Dia berkali-kali mengeluh sambil memandang suasana di luar tingkap rumahnya.
'Dia berjaya kah..'
Tiba-tiba sahaja,dia terdengar ada bunyi tapak kaki sedang menuju ke bilik tidur.Dia berpura-pura memandang tingkap itu.
Kelihatan Zamri baru pulang dari kerja.Dia terlihat Nashita sedang berdiri memandang tingkap.Lalu dia mendekatinya.
"Apa yang awak tengok tu.."
Mendengarkan soalan Zamri,dia segera berpaling.
"Tak adalah.Abang dah makan kah.."
"Dah..Abang rasa penat sangat."
Kata Zamri sambil membuka tali lehernya.
"Abang,boleh saya nak tanya sesuatu?"
"Hmm.."
"Kalau abang dah tak mampu nak ambil jawatan pengerusi tu,abang akan beri kah kepada Nizam untuk gantikan abang?"
"Tak mungkin abang akan bagi dia..Walaupun abang nazak sekali pun,abang tetap jadi pengerusi tu."
Selamba Zamri berkata sambil membuka baju sutnya.Nashita berusaha ingin tahu niat sebenar Zamri.
"Abang,Nizam tu kan anak abang.Abang sepatutnya wariskan syarikat pada dia juga.."
"Nashita..apa masalah awak ni?Kenapa pula tiba-tiba awak baru terfikir pasal tu?"
Zamri naik angin.Nashita memandangnya.
"Abang,abang kena fikir pasal dia juga.Selama ni,siapa yang jadikan abang sebagai pengerusi syarikat tu kalau bukan Nizam?Abang dah tak pedulikan dia lagi kah?Jangan cakap abang hanya gunakan Nizam tu sebagai alasan untuk abang dapatkan pengaruh?!"
Nashita bernada keras.Zamri semakin marah mendengarnya.
"Ya,abang hanya gunakan dia saja supaya abang dapat apa yang abang nak..Puas hati?!"
Zamri berkata.Nashita tidak menyangka.
"Abang memang..tak ada hati perut langsung!"
"Hei,dengar sini..Jangan cakap pasal benda ni lagi.Kalau tak,dia akan jadi mangsa sebab awak.Ingat tu?!"
Katanya sebelum berlalu pergi dari situ.Mereka berbalah.Namun,Nashita pula tersenyum.
Dia segera mengambil telefon pintarnya di bawa bantal.Tidak disangka,dia telah merakam segalanya.Lalu dia pun mematikan rakaman itu.
Rupanya,itu juga menjadi satu rancangannya.Pasti rakaman suara itu juga akan menjadi bukti pada seseorang.Nashita kembali tenang.

Book Comment (796)

  • avatar
    MomtazSalah din

    كتاب رائع وعميق🤯

    7h

      0
  • avatar
    Difah Cah

    yyyyyyyy

    1d

      0
  • avatar
    Angelo Hermoso

    it is so beautiful

    2d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters