BAB 37

Rancangan Putra berjaya akhirnya untuk melibatkan diri ke dalam syarikat itu.Seperti yang dijanjikan,Zamri akan melantik Putra sebagai Pengarah Syarikat itu.Masing-masing menandatangani kontrak perjanjian bagi membuat perkongsian saham untuk membangunkan syarikat itu kembali.
Setelah selesai menandatangani kontrak itu,mereka pun saling bersalaman dengan mengukirkan senyuman.Mereka sekadar memaksa diri untuk tersenyum sebagai tanda kerjasama antara mereka berdua.Disebaliknya,penuh dengan rasa benci yang tidak terhingga.
Seperti yang diumumkan Zamri,akan ada mesyuarat untuk mengumumkan pelantikkan Putra yang secara tiba-tiba.Setelah Zamri berjalan masuk ke bilik itu diiringi dengan pembantunya dan Putra,semua tertumpu kepada Putra.Riak wajah mereka agak terkejut.Begitu juga dengan Nizam.
Zamri bersiap-sedia mengumumkan sesuatu.Wajahnya seperti berasa kurang selesa.
"Pada hari ni,saya nak mengumumkan pelantikkan pengarah syarikat baru iaitu...Encik Redzuan.Akan turut bekerjasama dengan kita."
Semua mulai kecoh kerana pelantikkan Putra secara tiba-tiba.Putra sekadar tersenyum lebar sambil berdiri di hadapan mereka semua.
"Saya tahu kamu semua agak terkejut dengan pelantikkan ini,tapi dia adalah penyelamat kita.Dia merupakan seorang pemegang saham yang terbesar...yang sudi bekerjasama dengan kita."
Sekali lagi,mereka terkejut.
"Apa khabar semua..Saya Redzuan yang bekerja di syarikat ini sebagai Pengarah Syarikat baru akan memberikan kerjasama yang terbaik untuk syarikat kita..Saya tahu,kamu semua agak terkejut dengan pelantikkan ni..Dengan status pekerjaan saya sebagai pengawal peribadi Puan Suriana,adalah langkah saya untuk membalas jasa Puan Suriana yang pernah membantu saya sebelum ini.Saya sengaja menyamar sebagai pengawal peribadi beliau,supaya saya ada peluang untuk melihat perkembangan syarikat ini sendiri.Tapi apakan daya,nampaknya saya terpaksa munculkan diri saya untuk membantu syarikat ini.Jadi,sila beri tunjuk ajar pada saya berkaitan dengan hal-hal di syarikat ini.Sekian,terima kasih.."
Mendengarkan penjelasan itu,semua berubah fikiran untuk menerima dirinya tetapi tidak bagi Nizam.Dia berasa dirinya tercabar.Dia sekadar berdiam diri.Zamri pula asyik memerhatikannya.Dia syak sesuatu.
Pelantikkannya akhirnya telah diketahui para kakitangan syarikat itu.Senang sekali hati Putra.Dia tersenyum hambar.Selesai sahaja mesyuarat itu,Zamri mendekatinya.
"Jalankan tanggungjawab awak dengan baik.Saya harap pelantikkan ini sudah cukup untuk membalas 'kebaikan' awak."
Zamri berkata selamba.Putra sekadar tersenyum sambil melihat mereka berlalu pergi depan matanya termasuk pembantu Zamri dan Nizam.Setelah berpaling memandang gerak-geri mereka,Putra memudarkan senyumannya.Melalui mata,kelihatan dirinya sangat tekad menjatuhkan Zamri.Itu janji Putra.
***
Seorang setiausaha perempuan iaitu Fina membawanya ke bilik pejabat baru untuk Putra.Setelah dia tiba di bilik itu,kelihatan barang dan perabot lengkap dan tersusun rapi dalam bilik itu.Putra meliarkan matanya memandang sekeliling.Kali pertama baginya memasuki bilik itu.
"Saya Setiausaha Fina.Kalau tuan perlukan sesuatu,tuan boleh meminta bantuan saya."
Katanya hormat Putra.Putra pun memandangnya.
"Baiklah.."
Setelah Putra membalas pertanyaan Fina,Fina segera meninggalkan Putra di bilik itu.Putra keseorangan.Dengan senang hati,dia mendekati kerusi putar itu lalu duduk dengan bergaya.Terpegun melihat tempat kerjanya yang baru.
"Ini taklah berapa sangat.Bukan tempat ni yang saya nak.Ini baru saja permulaan..."
Katanya separuh berbisik.Dia tersenyum.Putra ada matlamat sebenar selain daripada itu.
*****
"Kenapa tiba-tiba papa lantik dia jadi pengarah syarikat?!"
Kerana ingin tahu,dengan berani Nizam bertanyakan soalan itu.Zamri tidak memberikan reaksi.Dia sekadar termenung ke cermin tingkap bilik pejabatnya.
Melihat Zamri berdiam diri tanpa berkata,Nizam merasakan sesuatu yang pelik antara Zamri dan Putra.Dia mengesyaki sesuatu.
"Jangan cakap dia cuba mengugut papa dalam diam?"
"Pergi buat kerja kamu..Biar papa yang uruskan."
"Jadi,betul lah dia cuba nak ugut papa?Tapi kenapa..apa yang dia nak sebenarnya dari papa?"
"Nizam!Jangan masuk campur urusan papa.Pergi buat kerja kamu.Papa tak nak kamu ada kat sini.Pergi sekarang."
Zamri menengking Nizam.Tergamam melihat reaksi mendadak Zamri terhadapnya.Dia segera berlalu pergi dari situ tanpa berkata-kata.
Zamri cuba menenangkan dirinya sambil duduk di kerusi putarnya.Kamal sekadar berdiri di hadapannya penuh tertib.Zamri berfikir sejenak.
"Rahsiakan hal ni daripada Nizam..Saya nak awak perhatikan Redzuan.Bagitau saya kalau ada apa-apa yang mencurigakan pasal dia."
"Baik,tuan."
Pembantunya segera menurut perintah.Fikirannya amat bercelaru.Kedatangan Putra amat mengejutkan semua orang di syarikat itu.
***
Zetty pada hari cuti asyik sibuk membaca artikel berita melalui media sosial.Dia melayari laman web bagi mendapatkan maklumat selanjutnya.Kerana kebosanan berada di rumah,dia mengisi masa lapang dengan mencari maklumat atau membaca berita terkini terutamanya berita yang berkaitan dengan selebriti tempatan.Dia duduk tenang di birai katil.
Tanpa disengajakan,dia terbaca satu artikel yang mengatakan tentang syarikat ayahnya,Zamri.Zetty segera membaca artikel itu.Artikel itu mengatakan bahawa seorang yang dulunya bekerja sebagai bawahan syarikat itu kini menjadi seorang pengarah syarikat yang baru.Dia melihat beberapa gambar yang dimasukkan ke dalam artikel itu.
Zetty sempat berkerut dahi setelah melihat wajah sebenar pengarah syarikat itu.Namun ada sesuatu yang membuatkan dia mengenali lelaki itu.
"Macam kenal ja lelaki ni.."
Dia cuba mengingatinya.Hampir seminit,wajahnya berubah riak.Dia baru teringat.
"Dia ni..bukankah lelaki yang saya jumpa kat syarikat tempoh hari..."
Imbasannya pada masa lalu akhirnya diingati semula.Namun dia terfikir sesuatu yang aneh.
"Tapi..kenapa pula dia tiba-tiba dilantik menjadi pengarah syarikat tu?"
Timbul persoalan dalam fikirannya.Perkara ini agak menghairankan Zetty.Dia merasakan ada sesuatu yang berlaku antara Zamri dan juga lelaki yang dikenalinya.
***
Zamri yang penat dari kerja baru tiba ke rumah dengan pakaiannya yang selekeh.Memang jelas kelihatan Zamri agak sibuk sekali pada hari ini.Dia segera menuju ke bilik tidur.Suasana rumah agak sunyi kerana Zamri pulang agak lewat berbanding biasa.Dia menaiki tangga dengan selamba.
Setelah tiba di bilik tidur,kelihatan Nashita masih terjaga di bilik itu.Dia membelakangi Zamri sambil duduk di birai katil.Zamri yang menyedarinya berpura-pura tidak nampak kelibatnya.
"Abang..saya nak cakap sikit pada abang.."
Nashita bersuara tanpa memandang Zamri.Zamri tersentak sedikit.
"Esok sajalah awak cakap..Saya penat.Saya nak rehat."
Mendengarkan kata selamba Zamri,dengan segera Nashita bingkas berdiri lalu mendekati Zamri yang sedang berdiri di almari pakaian.Nashita kelihatan sedih.Dia mendekati Zamri sambil membawa sekotak sederhana kecil.
"Abang..abang ada bunuh orang kah di belakang saya?"
Persoalan itu menyentakkan Zamri.Dia memandang tajam Nashita.
"Awak ni tengah mengigau kah dari mimpi?Tiba-tiba cakap benda mengarut macam tu malam-malam buta ni?"
"Saya tanya abang..Betulkah abang ada bunuh orang?Betulkah.."
Terdiam sebentar Zamri.Reaksinya semakin mendadak.
"Dari mana awak dapat tahu benda yang saya takkan buat tu?Awak gila kah?Awak tuduh saya macam-macam lepas awak bergaduh dengan saya hanya sebab Nizam tu?"
Zamri berpura-pura tidak faham.Nashita mencemuhnya.
"Jadi ni apa..Apa ni?!Kenapa ada kotak yang penuh dengan ugutan pasal abang ni?!"
Nashita bernada tinggi sambil melemparkan kotak itu ke katil.Zamri segera mengambil kotak itu.Kelihatan kotak yang bersaiz sederhana kecil itu dipenuhi dengan gambar Zamri dan dibasahi sedikit dengan cecair warna merah yang membawa maksud darah seseorang.Zamri terkejut melihatnya.
Bukan setakat itu sahaja,kotak itu juga memberi mesej kepada Zamri.
'Saya akan dedahkan segalanya pada dunia perangai terkutuk awak...'
Setelah membaca mesej dalam kotak itu,Zamri berfikir sebentar dalang di sebalik kotak ugutan itu.
"Jadi..betul lah ni abang ada bunuh orang.."
Nashita bersuara.Zamri menyembunyikan riak wajah sebenarnya.
"Siapa?Siapa yang abang dah bunuh tu?!Kenapa abang buat macam tu?Kenapa..."
Kata Nashita menarik kolar bajunya sambil menangis.Zamri segera menepis tangannya dari memegang kolar bajunya.
"Ini tak betul..Pasti ada orang cuba nak perangkap saya.."
Zamri masih tidak mengaku.
"Saya tak percaya apa yang abang cakap tu..Abang memang keji..Abang bukan manusia!Tapi sebenarnya binatang yang bertopengkan manusia!"
Kemarahan Zamri tidak dapat ditahan lagi.Dia melepaskan tamparannya ke pipi Nashita.
"Awak nak tahu sangat kan..Baiklah,saya akan bagitau.Kalau awak nak tahu,awak sepatutnya menyesal kahwin dengan saya.Ya,saya ada bunuh orang.Saya mengaku saya ada bunuh orang.Nak tahu sebab apa...Sebab kuasa dan wang.Tak ada apa yang mampu melawan kuasa dan wang bila dah ada depan mata."
Dengan yakin dia berkata.Nashita memandang semula wajahnya.
"Awak sepatutnya..dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa.Hanya sebab ketaksuban awak,awak dah tumpahkan darah seseorang.Awak nampaknya dah tak kisah lagi pasal hidup awak..Awak memang lelaki tak guna!"
Nashita juga berasa tertekan.Mendengar kenyataan Nashita,Zamri dengan beremosi dia memukul Nashita dengan tali pinggang di seluarnya.Waktu ketika Nizam dan Zetty tidur lena di bilik masing-masing,tiada siapa tahu Zamri cuba mendera Nashita di bilik tidur.Penderitaan Nashita semakin memuncak kerana sikap mendadak Zamri.Rupanya Zamri melepaskan rasa geramnya terhadap Nashita hanya dengan melakukan kekasaran yang melampau.Hanya Tuhan sahaja yang tahu penderitaan Nashita pada malam itu.

Book Comment (796)

  • avatar
    MomtazSalah din

    كتاب رائع وعميق🤯

    5h

      0
  • avatar
    Difah Cah

    yyyyyyyy

    1d

      0
  • avatar
    Angelo Hermoso

    it is so beautiful

    2d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters