BAB 38

Senyuman terukir di bibir Putra.Awal pagi lagi wajahnya sangat ceria dengan membawa beberapa kotak minuman ke bonet keretanya.Dia memandu dengan senang hati menuju ke tempat kerja.Dulu,tinggal di rumah kecil sekarang dia menginap di hotel buat sementara.Dulunya naik papan selaju sekarang dia menaiki kereta yang agak mewah.Perubahan dalam hidupnya serba sedikit menyenangkan dirinya.
Tiba di tempat kerja,Fina iaitu setiausahanya menantinya di pintu masuk syarikat.Sebelum itu,Putra sempat menghubungi Fina untuk menantinya di depan pintu syarikat.Fina terlihat kereta Putra berada di tempat letak kereta.Dia segera menghampiri Putra yang baru keluar dari kereta.
"Selamat pagi,tuan."
"Selamat pagi.."
Katanya sambil mengeluarkan beberapa kotak minuman dari bonet keretanya.Fina berkerut dahi melihat Putra.
"Tuan nak buat apa?"
"Oh yalah..Terlupa nak bagitau tadi.Tolong saya bahagikan minuman-minuman ni pada semua orang ya.."
Putra berkata lagi sambil mengangkat kotak minuman itu.Fina sekadar menutup bonet itu.
"Tuan,boleh saya bantu tuan.."
Risau Fina dengan tindakan Putra.
"Tak pah..Awak kan perempuan.Perempuan ni tak boleh angkat barang berat.Biar saya saja yang buat ya..Awak jangan lah risau."
Terharu Fina mendengar kata-kata itu.Ini adalah kali pertama baginya seorang pengarah syarikat begitu pentingkan pekerjanya.Dia sekadar mengikut jejak langkahnya.
Setelah mereka memasuki syarikat itu,baru beberapa orang pekerja lelaki membantu Putra mengangkat kotak-kotak itu.Ringan beban Putra.
Dengan senyuman,Putra memberikan setiap seorang minuman tin dari kotak itu tidak kira sama ada pekerja biasa ataupun atasan.Semuanya dibahagikan sama rata.Semua yang menerimanya berasa diri mereka dihargai atas kerja keras mereka.Semuanya memuji kebaikan Putra.Fina juga membantu Putra memberikan minuman tin kepada semua.Putra akhirnya menjadi contoh yang baik kepada mereka semua.
Setelah selesai,barulah Putra dan Fina berjalan menuju ke bilik pejabat.Senang hati Putra.
"Semua dah dapat kan.."
"Ya,tuan.Semua dah dapat."
Mendengarkan jawapan itu memberi ketenangan bagi dirinya.Namun ada sesuatu yang kurang.Dia melihat Fina.Belum ada apa-apa di tangannya yang menerima minuman tin itu.
Dia segera mengambil sesuatu dari beg kerjanya.Fina tidak tahu akan niat Putra.
"Nah..ambil lah.Sebagai tanda hadiah dari saya untuk awak."
Putra memberikan kotak sederhana kecil kepada Fina.Fina berasa ragu-ragu namun dia mencapainya dengan perlahan.
"Bukalah.."
Putra berkata dengan senyuman.Fina pun membukanya.Kelihatan seutas rantai emas yang cantik dalam kotak itu.Tergamam Fina melihatnya.
"Macam mana?Cantik tak?"
"Tuan,maafkan saya..tapi saya susah nak terima hadiah ni..Lagipun ini hari kedua saya bekerja dengan tuan."
"Janganlah menolak.Sebenarnya..saya faham perasaan pekerja saya bila bekerja dengan orang atasan.Terpaksa ikut arahan mereka demi mencari rezeki yang halal.Jadi,tolonglah terima hadiah tu dan pakailah pada setiap hari awak bekerja.Anggap saja hadiah tu sebagai usaha kerja keras awak."
"Betul kah ni,tuan?"
Putra menganggukkan kepala.Tersenyum Fina mendengarnya.Fina dapat merasakan keikhlasan Putra padanya.
"Terima kasih,tuan.Saya akan buat yang terbaik untuk tuan."
Putra memberikan senyuman.
"Awak boleh sambung kerja awak ya..Berusaha!"
Putra memberikan semangat.Memang itulah perangai Putra.Fina sekadar tersenyum lalu segera berlalu pergi dari bilik itu.Dia berasa malu.Putra tergelak kecil melihatnya.Dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja.
Senyap seketika,tiba-tiba telefonnya berdering dari dalam poket baju sutnya.Dia segera mengangkat panggilan itu setelah melihat nama terpapar di skrin telefonnya.Kelihatan Nashita menghubunginya.
"Walaikumsalam,makcik.Ada apa makcik telefon ni?"
Terukir senyuman di bibirnya.
"Apa?Makcik nak jumpa saya sekarang?"
Putra sedikit tersentak.Ada apa Nashita ingin berjumpa dengannya?Timbul persoalan di fikirannya.
***
"Ada apa makcik nak jumpa saya?"
Katanya setelah memesan minuman.Nashita kelihatan mencurigakan.Dia memakai topi hitam dan memakai kaca mata hitam.Putra buat-buat biasa sahaja.
"Saya nak bagi kamu sesuatu."
Katanya pula sambil menyerahkan perakam suara kepada Putra.Putra berkerut dahi.
Nashita tanpa berkata-kata,dia segera membuka kaca mata hitamnya.Tiba-tiba,Putra berubah riak wajah.Kelihatan ada kesan lebam di mata Nashita.
"Apa dah berlaku dengan makcik?Kenapa.."
"Tolong dedahkan perangai sebenar lelaki keji tu pada dunia..Saya dah tahan lagi..Perangai dia semakin berubah.Saya risau..anak-anak saya juga akan jadi mangsanya."
"Ini mesti Zamri lagi kan.."
Melihat reaksi Nashita yang berdiam diri,ternyata betul sangkaan Putra.Dia mencemuh.
"Rakaman ni..saya harap cukup untuk dijadikan bukti pengakuan dia dalam kes itu."
Nashita berharap perakam suara itu mencukupi.Putra menerima dengan tenang.
"Nanti saya akan dengar rakaman ni dan bagi pada Rayyan.Makcik bertahan lah sedikit lagi.Saya akan pastikan..dia terima balasannya."
Putra cuba meyakinkan Nashita.Nashita amat mempercayainya.Masa itu juga,Putra berfikir sejenak.Apa yang difikirkannya untuk selesaikan masalah itu?
***
Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja,dia sempat memasang perakam suara itu di dalam keretanya.Dia mendengar dengan teliti.Rupanya ada dua rakaman suara yang dibuat pada waktu malam.Namun siapa sangka,pada malam Nashita didera juga dirakam dalam perakam suara itu.Kedengaran suaranya mengerang kesakitan didera dan dipukul oleh Zamri.Putra agak geram mendengar rakaman itu sehinggakan dia berhenti di tepi jalan.
Dia masih marah mendengar rakaman itu.Dengan jelas kemarahannya,dia memukul stereng itu sekuatnya.Tercungap-cungap dibuatnya.Putra juga tidak mampu bertahan lagi dengan perangai sebenar Zamri.Penuh dengan kepura-puraan.
"Awak cuba nak berkuasa kah...Jangan mimpilah,Zamri.Kuasa awak akan hilang bila reputasi awak rosak depan orang lain.Saya akan pastikan..."
Putra menggenggam stereng itu sekuatnya.Habislah kali ni Zamri.Kemarahan Putra semakin meletus.
***
Dia tiba di syarikat dengan wajah yang serius.Dia berhasrat untuk menerja bilik pejabat Zamri pada masa itu.Namun,ada sesuatu yang menghalang dirinya.Dia terlihat ramai orang berkumpul di tingkat bawah.Dia segera mendekatinya.Rupanya,salah seorang pekerja kakitangan malah turut menghadiri setiap mesyuarat pengsan di tengah-tengah kawasan itu.Dia segera mendekatinya.Kelihatan seorang lelaki yang berusia terlantar di lantai.
"Tuan,tuan bangunlah.Tuan.."
Tanpa berlengah,dia segera mengangkat tubuh lelaki itu di belakang badannya.Dia membawa lelaki berusia itu ke dalam keretanya.Sekali lagi,Putra keluar dari syarikat itu.Dengan segera,dia melajukan sedikit keretanya ke hospital.Sejak dari kejadian itu,semua orang dalam syarikat itu menjadi kecoh.
***
Putra menanti penuh sabar di luar wad kecemasan.Beberapa minit kemudian,seorang wanita berusia sebaya lelaki yang pengsan tadi datang bersama dengan anak perempuannya.Mereka berdua bergegas mendekati Putra.Putra yang melihat mereka berlari mendekatinya pantas berdiri.
"Kamu kah yang telefon saya tadi?"
"Ya,puan.Saya yang telefon tadi."
"Kenapa dengan suami saya?Apa yang dah jadi?"
Putra agak keberatan untuk mengatakannya.Tapi memandangkan keluarga lelaki berusia itu bertanya,dia menjawab persoalan itu.
"Tuan pengsan di syarikat tadi.Saya tak tahu apa yang dah jadi pada tuan..Saya harap puan bersabar ya.."
Wanita itu berasa cemas.Begitu juga dengan anak perempuannya.Seminit kemudian,doktor keluar dari bilik itu.Mereka segera menghampirinya.
"Macam mana dengan keadaan suami saya,doktor.."
"Dia dalam keadaan yang stabil buat masa ni.Cuma saya nak tanya,adakah dia mengalami tekanan yang melampau dari rumah ataupun dari kerja?Saya dapati dia mengalami tekanan yang serius kerana kurang rehat yang mencukupi."
Masing-masing memandang antara satu sama lain.Namun Putra seperti dapat meneka masalah lelaki itu.
Mereka dibenarkan masuk untuk melawatnya.Kelihatan lelaki berusia itu sedar dari katil.
"Abang..tak apa-apa kah.."
Isterinya berasa risau.Lelaki itu sekadar mengeluh.
"Kenapa saya ada kat sini?"
"Saya dengar abang pengsan masa kerja.Dia yang bawa abang ke sini."
"Siapa?"
Isterinya menunjukkan ke arah Putra yang sedang berdiri di hadapannya.Terkejut dia setelah melihat kelibat Putra.
"Encik Redzuan..."
Putra sekadar tersenyum hambar melihatnya.Anak perempuan mereka juga memandang Putra.
"Maafkan saya,puan.Tapi..boleh kah saya nak bercakap dengan suami puan sendirian?"
Isteri kepada lelaki berusia itu dan anaknya tersentak sedikit.Lalu tanpa tahu sebabnya,mereka berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.Hanya tinggal Putra dan lelaki berusia itu sahaja.Putra segera duduk di kerusi yang disediakan di tepi katilnya.
"Maafkan saya sebab bertanya.Tapi saya nak tahu,tuan tekanan atas sebab kerja kan.."
Pantas dia memandang Putra.Kelihatan riak wajahnya mengatakan benar.
"Apa sebenarnya yang dah terjadi..Tuan tak perlu risau..Saya takkan bagitau sesiapa pun pasal tuan.Percayalah.."
Putra meyakinkannya dengan senyuman.Akhirnya dia bersuara.
"Sebenarnya..saya baru saja berjumpa dengan Ketua Syarikat.Saya nak bertanya pasal pesaraan saya.Umur saya dah mencapai tahap untuk saya berhenti kerja dari situ.Tapi,dia mengabaikan saya.Dia kata,.."
***
Sebelum itu..
"Saya takkan berhentikan awak dari kerja tu..Saya tak setuju."
"Tapi tuan..umur saya dah meningkat usia.Saya..."
"Kalau awak nak sangat bersara,saya akan ambil 50 peratus dari saham awak sebagai pampasan."
"Pampasan?Apa maksud..."
"Pampasan sebab awak cuba nak lari dari masalah..Takkan lah semudah itu awak bersara dari sini.Awak kena ingat,sekarang ni..saya yang berkuasa mengawal kesemuanya.Jadi,jangan cuba nak bantah arahan saya."
***
"Apa?!Tergamak dia..."
"Saya tak dapat nak buat apa-apa lagi..Saya terpaksa ikut saja arahan dia..Tapi,tolong...jangan bagitau dia pasal ni..Mungkin dia pasti akan ambil hak saya dengan mudah."
Putra semakin marah.Meletus segala kemarahannya.
"Ini tak boleh dibiarkan..Saya takkan biarkannya.."
Putra berkata sambil memikirkan sesuatu.Lelaki itu sekadar berdiam diri.
"Baiklah..Memandangkan keadaan sekarang sudah semakin teruk,jam 7 malam minta semua para kakitangan syarikat berjumpa dengan saya.Saya akan bagi alamatnya pada tuan."
"Encik nak buat apa.."
"Saya akan bagitau kepada semua tentang sesuatu yang harus mereka tahu termasuk tuan.Tapi,pastikan hanya kita saja yang ada di sana.Tanpa membawa Tuan Zamri.."
Lelaki itu tidak dapat meneka niat sebenar Putra.Putra sangat serius.Pastinya perjumpaan itu sangat penting bagi mereka untuk mempertahankan hak mereka.Apa rancangan Putra?

Book Comment (796)

  • avatar
    MomtazSalah din

    كتاب رائع وعميق🤯

    3h

      0
  • avatar
    Difah Cah

    yyyyyyyy

    1d

      0
  • avatar
    Angelo Hermoso

    it is so beautiful

    2d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters