Putra tiba di syarikat dengan membawa emosinya.Dia melangkah besar menuju ke bilik pejabat Zamri.Wajahnya berubah serius apabila menerima pelbagai masalah pada masa yang sama. Pembantu Zamri yang sedang mengawasi di luar bilik pejabat itu,segera menghalang Putra daripada masuk ke bilik Zamri.Mereka saling memandang tajam. "Dia ada kat dalam kah?" "Maaf tapi encik tak boleh masuk sekarang.." "Kalau macam tu saya akan masuk juga.." Putra terus menerja masuk ke bilik itu walaupun dirinya dihalangi.Pantas Zamri memandang ke arah pintu biliknya.Kelihatan Putra berwajah amat serius padanya. "Maafkan saya,tuan.Saya dah cuba halang dia tadi.." Pembantunya segera menjelaskan perkara sebenar.Zamri amat memahaminya. "Tak pah.Awak boleh sambung kerja awak.." "Baik,tuan." Katanya sebelum berlalu dari situ.Hanya Putra dan Zamri saja dalam bilik itu.Mereka senyap seketika. "Kenapa awak buat pekerja kat sini bekerja lebih masa?Malah awak juga mengambil kesempatan dengan kuasa yang awak ada.Awak tengah cuba nak kaut keuntungan untuk diri sendiri kah.." Putra bernada tinggi sedikit.Zamri tersenyum sinis.Kelihatan seperti dia tahu maksud Putra. "Dia bagitau awak kah..." "Itu tak penting sekarang.Apa yang awak cuba nak buat ni?" "Suka hati sayalah nak buat apa pun.Saya yang berkuasa kat sini.Bukannya urusan awak pun." "Bukan urusan saya?!Urusan mereka semua urusan saya juga.Awak sengaja buat macam tu kan..Awak tak fikir kah kesihatan pekerja awak.Tanpa mereka semua,awak takkan berdiri gagah kat sini." "Siapa yang ketua kat sini?Awak kah saya?Buat saja tugas awak.Saya tak kisah pun pasal semua tu.Rugikan masa awak saja bercakap dengan saya pasal tu." Putra agak kecewa.Kemarahannya jelas kelihatan hanya dengan genggaman tangannya yang semakin kuat. "Baiklah..Kalau itu yang mahukan.Tunggu saja nasib awak yang pentingkan diri tu." Katanya memberi amaran sebelum berlalu pergi dari situ.Zamri mentertawakannya. "Siapa awak nak cakap macam tu pada saya.." Zamri memandang rendah.Putra yang keluar dari bilik itu berasa panas.Dia sangat kecewa dan geram.Tanpa berlengah,dia mendail nombor Danish. "Ini saya.Saya nak awak buat sesuatu hari ni.." Katanya dalam panggilan.Lalu menoleh kembali memandang ke bilik Zamri. "Laporkan pada agensi..tentang penyalahgunaan kuasa sebagai pengerusi syarikat." Danish yang mendengar di sana turut terkejut.Putra kelihatan berani menentang Zamri sekarang.Dia menenung lama bilik itu sambil tersenyum sinis. 'Awak fikir saya tak berani buat macam tu pada awak..Sekejap lagi,reputasi awak serta merta akan jatuh kerana sikap ketamakan awak memegang kuasa.' Putra berkata dalam hati.Panggilan masih berlangsung.Kali ini Putra tidak akan berdiam diri lagi. *** Seperti yang dijanjikan,mereka semua berkumpul di sebuah restoran mewah yang agak jauh dari lokasi syarikat.Semua datang ke sana untuk perjumpaan itu tanpa pengetahuan Zamri.Rupanya Putra juga sudah berada di sana sambil menanti mereka.Agak mengejutkan bahawa Putra ingin membuat sesuatu rancangan berani tanpa Zamri.Mereka semua ingin tahu tujuannya. Semua sudah duduk tenang di kerusi masing-masing.Putra yang duduk tenang di tengah-tengah meja itu berdiri sambil memandang mereka semua. "Maaflah ya..Saya tahu kamu semua sangat penat hari ni sebab kita buat perjumpaan ni masa kamu semua balik dari kerja.Tapi agak berbaloi untuk kamu semua kalau datang ke sini.Ada sesuatu yang saya nak bagitau." Semua menumpukan perhatian kepadanya. "Saya tahu..kamu semua tercabar oleh Pengerusi Syarikat kita.Betul tak?" Semua memandang antara satu sama lain. "Kat sini..kamu tak perlu nak berpura-pura membela pengerusi..Sebab saya juga berhadapan situasi macam kamu semua." Semua tergamam mendengar kebenaran itu.Putra sangat tenang. "Ada sesuatu yang kamu perlu tahu.Kamu mesti masih ingat lagi kan..Airil..yang dikatakan sampai sekarang melarikan diri daripada masalah dengan membawa anak dia ke luar negara." Putra mengimbas memori mereka semua. "Sebenarnya..itu tak benar.Airil..bukan melarikan diri.Tapi,dia dibunuh tanpa jejak orang lain." Berat hati Putra mengatakannya.Tapi dia tetap memberitahunya.Semua terkejut mendengar kebenaran itu. "Apa bukti awak dia dibunuh?" Salah seorang yang hadir di situ bertanyakan soalan.Putra mengeluh.Lalu dengan segera dia membuka slaid paparan ke dinding pasal gambar-gambar Airil dibunuh dan ditanam.Semua mulai mempercayai bukti itu.Putra hampir menangis melihat gambar-gambar itu. "Semua dah nampak kan..Jadi,apa tindakan kamu untuk ni?Kamu nak berdiam diri atau laporkan pada pihak polis pasal kejadian ni..Kamu tak terfikir kah..pembantu dia yang dulu,Kamal juga terlibat dalam kes jenayah kerana cubaan membunuh Zam pembantu setia kepada Airil.Jadi,tak salah kan kalau semua ini ditujukan pada pengerusi syarikat yang kamu benci tu." Apa yang dikatakan Putra memang benar.Mereka serba sedikit mempercayai kebenaran itu. "Siapa awak sebenarnya..Macam mana awak boleh tahu semua ni.." Sekali lagi Putra ditanya.Putra tergelak kecil. "Saya..adalah Putra.Anak kepada..Airil yang bakal mewarisi syarikat tu." Mata mereka membulat sepenuhnya mendengar identiti Putra. "Jadi,awak ni.." "Saya sengaja menyamar jadi orang lain untuk kutip bukti yang cukup bagi sabitkan kesalahan ke atas Zamri,iaitu pakcik saya.Dah agak lama saya bertahan..tapi saya bangkit semula untuk cari kebenarannya.Jadi,kamu semua nak bekerjasama dengan saya kah..Saya akan kembalikan semula hak-hak yang dirampas oleh pakcik saya.Siapa yang rasa dirinya perlu bangkit dari jatuh,bekerjasamalah dengan saya untuk jatuhkan reputasi Zamri yang melampau tu." Senyap dalam kalangan mereka.Tidak lama kemudian.. "Kami akan bekerjasama dengan awak,Putra...Mari kita jatuhkan dia sama-sama." Hasrat Putra tercapai akhirnya.Kini,walaupun pengaruh Zamri agak tinggi tetapi apabila pekerjanya yang lain lebih mempercayai Putra..Sebilangannya pasti Putra akan memiliki kemenangan yang sempurna.Putra sekadar tersenyum melihat semangat mereka. *** "Tuan,ada apa tuan panggil saya?" Kata pembantunya datang ke bilik bacaannya pada malam itu.Zamri bersemuka dengannya. "Saya nak awak uruskan dua rumah yang saya nak awak jual tu.Musnahkan rumah tu supaya saya boleh jual balik tanah tu.Uruskannya awal pagi esok.Secepat yang boleh.." Arahan Zamri.Pembantunya sekadar menurut perintah.Nampaknya Putra menghadapi masalah lagi.Tanah milik Suriana dan tanah milik Airil juga dijual walaupun dibina sebuah rumah banglo yang mewah.Zamri berasa semak melihat kedua-kedua rumah itu masih berdiri teguh tanpa penghuninya.Sekali lagi,Nashita memasang telinga mendengar rancangan itu.Dia segera pergi dari situ sebelum diketahui oleh Zamri. *** Telefon Putra berdering.Putra baru sahaja memejamkan matanya di atas katil selepas mandi bersihkan diri.Dia tersedar semula lalu menjawab panggilan itu. "Ya,makcik.Ada apa ni?" "Putra,macam mana ni?Zamri..dia rancang nak minta pembantu dia musnahkan rumah tu.Supaya dia boleh jual balik tanah tu." "Apa maksud makcik ni?" "Rumah nenek kamu dan ayah kamu..akan dimusnahkan esok pagi nanti." "Apa?!Dimusnahkan?!" Terkejut Putra mendengarnya.Sekali lagi,Putra menghadapi masalah.Kali ni lebih teruk daripada jangkaannya.Kedua-kedua rumah itu begitu banyak kenangan baginya.Apa tindakan Putra untuk itu?Bagaimana caranya untuk melengahkan masa Zamri untuk musnahkan rumah itu?
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
كتاب رائع وعميق🤯
1h
0yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
2d
0View All