Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 40
Awal pagi lagi,semua berkumpul di hotel tempat penginapan Putra untuk berbincang.Perjumpaan itu melibatkan Danish,Rayyan,Nashita dan Putra.Masing-masing memikirkan cara untuk mengatasi masalah itu.Beberapa jam lagi kerja-kerja memusnahkan rumah akan dijalankan.Senyap seketika suasana di dalam bilik hotel Putra.
"Apa kita nak buat?Bukannya benda ni berlaku pada minggu depan tapi..pagi ni.Saya dah pening sekarang."
Putra tidak tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaiannya.Mereka semua asyik mengeluh.
Tidak disangka,kedengaran bunyi ketukan pintu bilik hotel Putra.Semua agak terkejut mendengarnya sambil memandang ke arah pintu itu.
"Siapa pula yang datang?"
Kata Danish sambil memandang Putra.Putra segera berjalan menuju ke pintu itu.Dia teramat yakin.
Setelah dia membuka pintu itu,kelihatan Aisyah berdiri di hadapan pintunya.Putra tersentak sedikit.
"Aisyah..Apa awak buat kat sini?"
"Saya dengar kamu semua tengah berkumpul kat sini..Saya nak cakap sesuatu pada kamu semua."
"Kalau macam tu,masuklah.."
Kata Putra mempelawanya masuk.Aisyah dengan senang hati melangkah masuk tanpa segan.Semua menumpukan perhatian kepada Aisyah setelah melihat Aisyah masuk ke situ.
"Oh,saya ingat kamu tak datang.."
Kata Danish dengan senyuman.Putra sekali lagi terkejut mendengarnya.
"Awak kah yang suruh dia datang sini?!"
"Aisyah kan nak bantu kita.Apa salahnya kalau dia sama-sama dengan kita kat sini juga.."
Danish berpura-pura tidak bersalah.Nashita pula mulai berkenan dengan Aisyah dari jauh.Dia tersenyum melihat reaksi Putra.
"Apa ni,pakcik.Janganlah susahkan gadis saya ni..Dia kan bekerja lagi nanti.."
Perangai Putra serta merta berubah.Semua tergelak kecil.Begitu juga dengan Aisyah.
"Sebenarnya..saya nak bagitau.Kerja untuk robohkan rumah tu akan ditangguhkan dulu ke minggu depan sebab mereka ada kerja lain nak buat.Jadi terpaksa ditangguhkan dulu buat sementara."
Semua membulatkan mata.
"Macam mana awak tahu?Betulkah apa yang awak cakap ni?"
Putra tersentak lalu memandang Aisyah yang berdiri di sebelahnya.
"Ya..Pengurus saya yang bagitau.Saya ada minta dia untuk pastikan hal ni.Jadi,kamu semua janganlah risau."
Aisyah cuba meyakinkan.Putra bernafas lega.Begitu juga mereka semua.
"Saya harap..saya masih ada peluang untuk ambil balik hak saya ke atas rumah tu.."
Putra berkata.
"Jadi,sekarang apa rancangan awak?Sekarang ni,saya dah persiapkan bukti ke atas kes tu.Perlukah saya tangkap dia sekarang.."
Kata Rayyan mulai bersuara.
"Nanti dulu,saya takkan biar dia dengan mudah tak merasa penderitaannya.Tunggu arahan saya..buat masa ni,saya ada rancangan lain untuk lelaki keji tu."
Nashita mempercayainya.Mereka semua sekadar menghelah nafas panjang.Raut wajah Putra meyakinkan.Pasti ianya petanda yang amat buruk untuk Zamri.Apakah yang akan berlaku nanti?
***
"Apa?Ditangguhkan ke minggu depan?"
"Ya,tuan.Baru saja mereka hubungi saya tadi.Mereka terpaksa tangguhkan atas urusan kerja yang banyak."
Pembantunya memaklumkannya.Zamri masih berada di rumah.Begitu juga dengan Nizam dan Zetty.
Nizam dan Zetty pula baru bergerak menuju ke ruang makan.Sarapan belum disediakan.Nizam yang sampai dulu di ruangan itu berkerut dahi melihat meja makan kosong.Dia tercari-cari Nashita.
"Mak..Mak."
"Kenapa abang.."
Zetty mendekati Nizam.Nizam segera memandangnya.
"Mak mana?"
"Mak?Tadi saya nampak mak keluar awal lagi."
"Keluar?Pergi mana?"
"Saya tak tahulah pula..Mak keluar dengan tergesa-gesa tadi."
Zetty sebelum ini terlihat Nashita keluar tergesa-gesa pada awal pagi.Nizam mulai menjadi tanda tanya.Sebelum ni,Nashita mesti akan sediakan sarapan untuk mereka walau sesibuk mana pun dia.Nizam menganggapnya tidak penting untuk mengetahui punca Nashita keluar dari rumah.
"Mak tak sediakan sarapan kah?"
"Ya,itulah abang tanya."
"Tak pahlah.Abang tunggu sini ya..Biar saya masakkan sarapan untuk abang dan papa ya.."
Katanya sebelum bergerak ke dapur.Nizam tersenyum hambar.Apa pun,mengapa Zamri agak lambat turun ke bawah?Nizam ingin tahu keadaan Zamri di atas.
***
Pusat Agensi datang ke syarikat untuk berjumpa dengan Zamri.Ada apa dengan kedatangan ahli agensi datang ke syarikat itu?Semua memandang ke arah ahli-ahli agensi yang masuk dengan selamba menuju ke bilik pejabat Zamri.Pada masa itu,Putra lebih awal tiba di sana sambil memandang ahli-ahli agensi itu masuk.Dia sekadar memerhatikan dari tingkat atas.
"Itu dia.."
Katanya separuh berbisik dengan senyuman.Putra seperti tahu akan tujuan ahli-ahli itu datang ke syarikat.
Zamri baru menapakkan kakinya di luar pintu syarikat.Zamri diiringi dengan pembantunya dan Nizam untuk masuk ke dalam.Tanpa diketahui mereka,seorang para kakitangan syarikat itu datang mendekati Zamri dengan wajah yang cemas.
"Selamat pagi,tuan.Tuan,ada beberapa orang dari pusat agensi datang ke sini nak jumpa tuan."
Mereka bertiga agak tersentak.
"Apa?!Pusat agensi?"
"Ya.Mereka sekarang ada di bilik pejabat tuan."
Zamri mulai berubah riak wajah.Dia dengan langkah besar segera ke sana untuk mengetahui apa yang berlaku.Putra yang melihatnya dari atas mentertawakannya.
"Wah..boleh nampaklah dari sini dia terkejut..sangat."
Kata Putra mentertawakannya.Beberapa saat kemudian,wajahnya segera berubah menjadi serius dan berlalu dari situ.Putra akan menanti kejutan itu.
***
"Apa?!Maksud kamu,saya cuba gunakan kuasa saya untuk mendesak pekerja saya?"
"Ya,itulah yang kami dengar.Tuan cuba menyalahgunakan kuasa hanya untuk kepentingan diri sendiri.Betulkah aduan itu?"
"Saya rasa kamu semua dah salah faham.Kalau betul lah saya ada buat macam tu,kenapa mereka semua tak berhenti saja bekerja dengan saya?"
Alasan Zamri untuk menyelamatkan diri.Ahli-ahli agensi itu mulai mempercayainya.
"Baiklah,saya akan anggap aduan ni hanya salah faham.Kalau aduan ni benar,kemungkinan kami akan keluarkan saman terhadap tuan kerana tidak mengutamakan pekerja."
"Baiklah,buatlah apa yang kamu rasa perlu buat."
Zamri memaksa diri untuk tersenyum lebar.
"Kami pergi dulu ya..."
Kata mereka semua sebelum berlalu dari situ.Zamri mengukir senyuman penuh kepura-puraan.Setelah kelibat mereka tidak lagi kelihatan dalam bilik itu,senyumannya kembali pudar.
"Apa yang dah berlaku ni?Kenapa mereka semua tiba-tiba datang ke sini?"
Zamri agak marah.
"Saya rasa..salah seorang dari pekerja di syarikat ni buat aduan pada agensi tu pasal tuan.."
Pembantunya berkata mengikut naluri.Apa yang dikatakannya mungkin benar.Pasti ada seseorang yang melaporkannya.
"Kalau betul ada orang yang laporkannya,siapa?"
Zamri bertanya diri sendiri.Dia berfikir sejenak.Namun,baru dia sedari ada seseorang yang cuba menentang dirinya sekarang.Pantas dia bergegas keluar dari bilik itu.
***
"Aku gembira,engkau tertawa..Aku terluka,engkau merana.."
Putra menyanyi penuh gembira.Masa yang sama seperti yang dijangkakan,Zamri menerja masuk ke biliknya dengan murka.Terkejut Putra dibuatnya.
"Apa ni..Awak cuba nak cabut jantung saya kah?"
Kata Putra berpura-pura tidak tahu.Zamri sangat serius.
"Awak kah yang laporkan pasal saya pada agensi tu?"
"Oh yang itu kah awak nak tanya..Ya,memang saya.Jadi kenapa?"
Dengan yakin dia pantas berdiri dari kerusi putarnya.
"Kenapa awak nak buat macam tu?!Awak cuba nak cabar saya kah?!"
"Tak dahlah..Saja nak tengok macam mana tindakan awak.Anggap sajalah itu sebagai latihan kecemasan awak."
"Awak..."
"Apa,apa..awak nak pecat saya?Macam mana?Awak memang tak boleh nak pecat saya pun.Sebab kita ada perjanjian kontrak kan..Takkanlah awak dah lupa.."
Putra mempermainkannya.Zamri terasa bagai ingin meletup dalam bilik itu.
"Baiklah,kali ni saya tak nak awak buat hal lagi.."
Katanya sebelum berpaling menuju ke luar.Tapi..
"Kejap..Saya dengar,awak nak musnahkan rumah milik keluarga awak?Betul kah?"
"Ya,jadi kenapa.."
"Boleh tak bagi saja pada saya rumah tu..Cantik apa..Sayang tau awak nak musnahkan macam tu saja.Bagilah pada saya ya..Anggap sajalah sebahagian dari perjanjian kita."
"Maafkan saya,tapi..saya langsung tak nak bagi awak.Jangan nak timbulkan masalah lagi lepas ni.."
Katanya lagi sebelum melangkah keluar dari bilik itu.Begitu juga dengan pembantunya.Melihatkan kelibat mereka menghilang depan mata,Putra tergelak keci.
"Saya rasa bosanlah pula kalau saya tak buat masalah lagi kan.."
Putra berkata lagi.Fikirannya sekali lagi memikirkan ramalan lagi kepada Zamri.Dia tersenyum lebar.Apa lagi rancangan Putra lepas ni?Habislah kali ni Zamri.Tidak lama lagi pasti dia akan meletus secara tiba-tiba.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All