Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 41
Maisarah berasa rimas di bilik tidurnya.Dia berkali-kali membuat panggilan kepada teman lelakinya selama ini.Akhirnya dia mengalah lalu menghempaskan telefonnya di atas katil.Dia berpeluk tubuh.
"Ke mana pula dia ni?Dah berapa hari dah call tak jawab.Mesej tak balas.Takkan sibuk lagi dengan kerja?"
Maisarah berasa geram.Lelaki itu langsung tidak bertanya khabar tentang dirinya.Dengan membawa emosi,dia bergegas bertukar pakaian dan membawa telefon sambil memakai beg tangannya.Dia keluar dari bilik itu.
Shira baru sahaja bergerak menuju ke dapur tetapi setelah melihat Maisarah turun dari tingkat atas,Shira segera memandangnya.Kelihatan Maisarah berwajah serius dengan tergesa-gesa keluar dari rumah.
"Mai nak pergi mana ni?"
Terhenti langkah Maisarah setelah mendengar pertanyaan itu.
"Mai nak keluar kejap..Ada urusan penting.."
Katanya sebelum bergegas keluar dari situ.
"Urusan penting?Urusan apa..Mai!"
Panggilan Shira tidak sama sekali dijawab.Maisarah keluar tanpa menunjukkan reaksi.
"Kenapa dengan dia tu?Macam ada sesuatu ja.."
Kata Shira berasa pelik.Beberapa saat kemudian,dia pun menghiraukannya.Lalu berjalan kembali menuju ke dapur.
***
"Hmm..apa nak buat ni ya."
Kata Putra berasa bosan.Dia berfikir sejenak.
"Jap..gadis saya tengah buat apa?"
Putra tersenyum lebar.Tanpa berlengah,dia pun segera membuat panggilan kepada Aisyah.
Panggilan di sana dijawab.Rupanya Aisyah sibuk dengan kerja-kerja kontrak di pejabat.
"Assalamualaikum.."
Kata Putra tersenyum lagi.
"Walaikumsalam..ada apa telefon ni.."
"Awak tengah buat apa?"
"Saya sibuk dengan kerja ni."
"Oh yakah.Hmm.."
"Kenapa tanya?"
"Saya laparlah..Nak ajak awak makan.Tapi awak sibuk pula."
Aisyah tergelak kecil mendengar keluhan Putra.
"Makanlah sorang-sorang.Saya tengah kerja ni.Lain kali,kita makan sama-sama ya.."
"Alah..kalau awak tak ada,makanan tu jadi tak sedap.Macam mana ni?"
Putra semakin pudar senyumannya.Aisyah geli hati mendengar keluhan Putra.
"Dahlah.Awak makan lah dengan Pakcik Danish.Dia tu mesti nak makan sekarang.."
"Hmm dia tu dah ada girlfriend..Saya ni..kesepian tanpa awak.Hmm..."
Putra sengaja buat nada comel.Aisyah tergelak kecil lagi.
"Pergilah makan.Nanti sakit pula.Dahlah,saya sibuk ni.Kalau ada masa,saya akan makan dengan awak ya..Ta..ta."
Aisyah mematikan panggilan.Putra sekadar tergamam mendengarnya.
"Nampaknya..saya terpaksalah makan sorang-sorang hari ni.."
Kata Putra sambil berdiri dari kerusi putarnya.Dia berjalan menuju keluar untuk mencari makan.Aisyah pula di sana asyik tersengih-sengih mengenangkan keluhan Putra tadi.Tertawan hati dibuatnya.
***
Maisarah sekali lagi menghubungi teman lelakinya.Masih tidak terjawab.Semakin lama,kesabarannya hilang had.Dia berjalan mencarinya sambil membuat panggilan.Namun,kemarahannya meletus saat melihat teman lelakinya bersama dengan perempuan di sebuah restoran.Kelihatan sangat jelas melalui cermin restoran itu yang lut sinar.
"Siapa pula perempuan tu?"
Maisarah mulai mengesyaki sesuatu antara mereka.Tidak lama kemudian,dia bergegas ke sana.Dengan berani,dirinya ingin menyerang mereka berdua.Apa yang terjadi lepas tu?
***
Putra baru beberapa langkah lagi hampir tiba di sebuah restoran untuk makan.Dia berjalan dengan selamba sambil mengeluh.
"Kalau ada dia kan bagus..Taklah saya mengeluh saja dari tadi.Aduhai.."
Katanya separuh berbisik.Dia pada masa itu belum tahu apa yang terjadi di hadapannya.Dia selamba berjalan menuju ke restoran itu.Sehinggalah dia memasuki restoran itu.Tapi...
"Apa?!Awak kata..awak tak kenal saya?!Berani awak?!"
Kedengaran suara yang lantang bergema satu restoran itu.Suara itu membuatkan Putra tertarik mendekati arah suara itu.Ramai sekali orang berkumpul di situ.Putra ingin tahu.Melangkah maju ke hadapan,kelihatan Maisarah sedang berdiri sambil berpeluk tubuh menghadap seorang lelaki dan seorang wanita.
Putra yang mengecam wajah Maisarah sekadar memerhatikan tindakannya.Sambil-sambil itu juga,matanya peka memandang reaksi wanita yang duduk berhadapan dengan lelaki yang diakui adalah teman lelaki Maisarah.Kelihatan di jari manis wanita itu mempunyai cincin kahwin.Nampaknya Putra seperti tahu jalan cerita di sebalik pergaduhan itu.
"Siapa awak?Kenapa tiba-tiba kata suami saya ni boyfriend awak?Awak tak dengar kah dia kata dia tak kenal awak?!"
Kata wanita itu pula berasa geram.Lelaki itu pula sekadar tertunduk diam.
"Awak tak tahu rupanya...Suami awak ni curang pada awak!Awak tahu tak?!"
"Apa?!Berani awak cuba fitnah suami saya macam tu?!"
Katanya sambil bertindak ingin menampar Maisarah.Maisarah memejamkan matanya melihat tindakan wanita itu.Tetapi....
"Dia tak bersalah.."
Putra menahan tangan wanita itu daripada terus menampar wajah Maisarah.Wanita itu segera memandang Putra.
Maisarah yang terdengar suara Putra segera membuka matanya memandang ke arah suara itu.Kelihatan Putra sedang berdiri di sampingnya sambil menahan tangan wanita itu.Dia sendiri tidak menyangka Putra juga berada di situ.
Lelaki itu dan isterinya saling memandang ke arah Putra.Begitu juga dengan Maisarah.Orang yang berada di situ juga terkejut melihat tindakan Putra mempertahankan Maisarah.Apa yang sudah jadi?
*****
Wanita itu segera melepaskan tangannya daripada genggaman Putra.Putra pula segera memandang lelaki yang curang itu.Kelihatan wajahnya agak selamba menerima hakikat itu.
"Maafkan saya bagi pihak dia..sebab buat kekacauan di sini."
Kata Putra terlebih dahulu meminta maaf.Maisarah pula berasa marah.
"Kenapa pula awak nak minta maaf pada dia?Dia ni memang lembap.Dia langsung tak tahu yang lelaki tak guna tu pernah bercinta dengan saya!"
"Apa awak cakap?!Saya tak suka dengan perangai awak yang langsung tak ada adab tu!"
"Apa?!Wah..hebat betul lah.Kamu berdua memang sama saja perangai!Saya pun tak suka perangai awaklah!"
Mereka berdua bertikam lidah.
"Ya,memang betul kamu berdua tak suka antara satu sama lain..Tapi,lelaki yang duduk macam pengecut tu yang suka tengok perangai kamu berdua ni.Bergaduh disebabkan dia."
Mereka berdua terdiam.
"Hei,awak yang duduk kat situ.Keluar sekejap.Saya nak cakap sikit dengan awak.Kita kena bincang antara lelaki dan lelaki kat luar.Bukan kat sini."
Kata Putra dengan penuh yakin.Lelaki itu terpaksa akur dengan Putra.Maisarah dan isteri lelaki itu pun mengikut jejak langkah mereka sehingga ke luar.Putra dan lelaki itu akhirnya saling bersemuka di luar.
"Siapa awak ni?!"
Apabila lelaki itu mulai bersuara kepadanya,Putra segera menumbuk wajah lelaki itu.Maisarah dan isteri lelaki itu sekadar melopong mulut melihat tindakan Putra.
"Apa awak buat ni?!"
"Itu untuk awak yang cuba malukan kaum lelaki."
Katanya sebelum menumbuk wajahnya lagi.
"Itu pula sebab awak curang dengan isteri awak."
Katanya lagi sebelum menumbuk lagi wajah lelaki itu buat kali terakhir.
"Dan ini...sebab awak sakitkan hati Maisarah."
Putra mengawal dirinya.Lelaki itu pula terduduk di lantai dengan mulutnya berdarah.
"Awak kena ingat.Perempuan bukan untuk digunakan sebagai patung awak..atau hanya sekadar hawa nafsu awak!"
Pesanan Putra.
"Tujuan kita dilahirkan..adalah sebab melindungi mereka.Tanpa mereka,kita takkan lahir melihat dunia.Awak tak sedar lagi kah?!Awak sepatutnya melindungi mereka.Bukan menyakiti hati mereka!"
Putra menengking keras.Terdiam lelaki itu.
"Ingat pesan saya ni!Kalau awak cuba sakiti hati perempuan lagi..Tak kisah lah dia isteri,mak,kakak kah atau kawan kah..Awak sendiri akan kena karma daripada Tuhan.Cukuplah.."
Katanya Putra sebelum berlalu pergi dari situ.Langkah Putra terhenti setelah melihat Maisarah terkejut melihatnya.Lalu dia mendekatinya dan dengan segera dia menarik tangannya untuk membawa pergi dari situ.Maisarah berasa terharu melihat tindakan Putra membelanya.Seperti mereka berada di alam yang lain.
"Abang tak apa-apa?"
Kata isteri lelaki itu berlari ke arahnya.Dia memandang tajam Putra dari jauh.
"Siapa pula lelaki tu?"
Katanya separuh berbisik.Dia ingin tahu betapa hebatnya tindakan dan pesanan Putra padanya.Dia berasa harga dirinya tercalar.
***
Putra segera melepaskan tangan Maisarah setelah membawa pergi jauh dari situ.Mereka saling memandang antara satu sama lain.
"Kenapa dengan awak ni?!Awak cuba nak malukan diri sendiri kah?"
Kata Putra pula menengking Maisarah.Maisarah terdiam.
"Mana ada saya malukan diri saya sendiri.Memang patut pun dia terima macam tu."
Maisarah menyembunyikan riak wajahnya yang gembira melihat tindakan Putra membelanya tadi.Hatinya masih terpaut.
"Tunggu sini.Saya nak beli minuman dulu."
Kata Maisarah lagi sebelum bergegas pergi untuk membeli minuman.Putra sekadar mengeluh.
Setelah selesai membeli minuman.Maisarah segera duduk bersama dengan Putra di bangku yang disediakan di taman itu dengan teduhan pokok di atasnya.
"Nah..awak minumlah."
Katanya sambil memberikan minuman kepada Putra.Putra pun mengambil sahaja minuman itu.Sementara Maisarah pula tersenyum melihat Putra yang duduk di sampingnya.
Putra segera membuka tin minuman itu lalu menghirupnya.Maisarah masih menahan hati daripada menunjukkan wajah ketara dia masih terharu dengan kejadian tadi.
"Boleh tak awak..jangan mudah sangat jatuh cinta dengan lelaki?"
"Yalah..Saya tahu.Saya sepatutnya berhati-hati bila bercinta.Apa-apa pun,terima kasih sebab tolong saya.Saya rasa lega sangat tadi."
"Lain kali jangan percaya sangat dengan janji manis lelaki..Kenal dulu macam mana perangai dia pada awak."
Kata Putra sambil menghirup air tin minuman itu.Maisarah berasa bersalah.
"Oh ya..Awak masih bekerja kah kat syarikat tu?"
"Awak tak tahu kah?"
"Tak tahu?Tak tahu apa?"
"Rupanya awak ni langsung tak baca berita pun.Oh silap.Perempuan macam awak ni mustahil lah baca apa-apa berita melainkan gosip saja."
"Ish..saya tahulah.Kenapa?Kenapa dengan berita?"
"Awak bacalah sendiri.Malas nak cakap.Hilang pula selera saya nak cakap dengan awak ni."
Katanya sebelum berlalu pergi dari situ.
"Hei,awak nak pergi mana pula?"
Putra langsung tidak berpaling ke arahnya.Namun Maisarah sekadar tersenyum sahaja.Lalu dia berkerut dahi.
"Berita?Berita pasal apa?"
Maisarah bertanya diri sendiri.Apakah yang dimaksudkan Putra?
***
"Penatnya..."
Kata Maisarah baru balik ke rumah.Shira bergegas mendekatinya yang baru sahaja duduk di sofa.
"Mai..mama nak cakap ni."
"Apa dia.."
"Lelaki yang bekerja jadi pengawal peribadi nenek kamu tu,rupanya seorang pemegang saham terbesar."
"Siapa yang mama cakap ni?"
"Ni lah.Tengok ni.."
Kata Shira menunjukkan sebuah artikel berita di tabletnya.Maisarah agak terkejut membaca artikel itu.Lalu dia mengimbas kembali.
"Rupanya awak ni langsung tak baca berita pun.Oh silap.Perempuan macam awak ni mustahil lah baca apa-apa berita melainkan gosip saja."
Rupanya betul kata Putra.Melalui beritalah Maisarah perlu tahu status pekerjaannya sekarang.Maisarah tidak menyangka.
"Patutlah dia nampak macam yakin saja tadi..Pakaian pun nampak macam jenama mahal."
"Kenapa?Mai ada jumpa dia kah tadi.."
"Ya.."
Mendengarkan Maisarah berkata begitu,Shira terus berminat mendekati Maisarah.
"Macam mana kamu jumpa?Dia kenal Mai kah?"
"Ya..Mai tak sangka betul dia..jadi pengarah syarikat tu."
"Itu dah cukup bagus dah.Mai kenalah rapatkan diri dengan dia tu.Dia tu kaya tau tak.."
Shira berkenan dengan Putra.Maisarah pula berfikir sejenak.Sehingga sekarang,dia masih mengingati kejadian itu.Baginya sangat indah sekali untuk dikenang.
***
Nashita walaupun pada waktu malam agak sibuk mengemas rumahnya bagi menghilangkan tekanan.Sejak Zamri berperangai buruk,sukar baginya untuk bertenang di rumah.Dia membawa dirinya untuk letih membuat kerja rumah.
Seseorang sedang menuju ke rumah mereka.Dia membawa beg bagasi masuk ke halaman rumah mereka.Nashita masih tidak dapat meneka kehadiran seseorang pada malam itu.
Pintu utama diketuk.Pantas Nashita membuka pintu itu.Namun agak pelik baginya ada seseorang yang datang ke rumah pada waktu malam.Dengan perasaan ragu-ragu,dia membuka pintu itu.Namun alangkah terkejutnya dia melihat kedatangannya telah mengejutkan dirinya.
Dia masuk sahaja tanpa diundang oleh Nashita.
"Mana Zamri..Saya nak jumpa dia.."
"Dia ada kat atas.Kenapa awak kat sini?"
Kata Nashita cemas.Dia pula tersenyum.
"Mana dia?"
"Awak cari saya kah?"
Kelihatan Zamri baru turun dari tangga tingkat atas menuju ke arah dirinya.Zamri juga terkejut melihat kedatangan tanpa diundang itu.
Rupanya..Putra secara mengejut membawa beg bagasinya lalu datang ke rumahnya pada waktu malam.Putra memberi kejutan pada mereka semua.Nashita pula berasa cemas.
"Encik Redzuan.."
"Hai,kita jumpa lagi kan..Nampaknya,kita dah boleh tinggal serumah.."
"Apa..maksud awak?"
Kata Zamri mendekatinya.Putra pula tergelak kecil.
"Saya nak bermalam kat sini..boleh?"
Kata Putra sebelum memberikan kenyitan mata kepada Zamri.Dari situ,Nashita dan Zamri saling terkejut mendengarnya.Apa rancangan Putra setelah tinggal di situ?Apa muslihat dan helahnya?Putra sekadar tersenyum.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All