Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 42
Putra tidak berasa takut langsung dengan Zamri.Kini mereka berbincang di bilik bacaan Zamri pada malam itu.Senyap seketika suasana dalam bilik itu.
"Saya tak nak awak tinggal kat sini.Maafkan saya.."
Zamri menolak permintaan Putra.Mendengarkan kebenaran itu,Putra tergelak kecil.
"Kenapa pula..bukankah ini pun salah satu permintaan saya juga sebagai pemegang saham.Yalah,sejak Puan Suriana disahkan mengalami sakit jiwa..awak yang dah berkuasa ke atas segalanya termasuk..tanah."
"Ya,saya tahu.Sebab tu lah saya tak nak awak tinggal kat sini."
"Awak cakap macam tu,rasa diri saya tercabar pula.Macam nak batalkan kontrak tu serta merta dan..saya tak perlu lagi berkongsi saham dengan awak.Itu kah yang awak nak.."
Putra menyindir dalam diam.Zamri segera memandang Putra yang sekadar berdiri di hadapannya.Mereka bertatap mata.
"Kenapa pula awak nak tinggal kat sini?Bukan kah awak menginap kat hotel?"
"Hotel lagi..Saya dah bosanlah duduk kat hotel ja.Kadang-kadang,saya ni rindu rumah juga.Senang cerita,berikan saja saya kawasan rumah yang awak nak musnahkan tu."
"Oh..rupanya itu kah sebabnya awak nak tinggal kat sini..Awak cuba buat masalah supaya saya serahkan kawasan rumah tu pada awak.Maaf ya..itu kepunyaan saya bukannya awak."
"Ya,betul tu.Semuanya milik awak.Tapi..macam mana pula dengan hak seseorang yang awak dah rampas tu."
Tersentak Zamri mendengarnya.Dia segera memandang Putra.
"Puan Shira..bukan kah dia juga patut dapat hak yang sama.Tapi apa yang saya nampak,dia macam tak dapat apa-apa langsung.Apa maksudnya?"
"Apa awak nak sebenarnya.."
"Kan saya dah cakap tadi.Serahkan saja kawasan rumah tu pada saya.Kedua-duanya...Sayang rumah cantik macam tu awak nak musnahkan saja."
Zamri mulai naik angin.Putra tersenyum sedikit melihat reaksi Zamri yang semakin merah padam.
"Saya takkan serahkan.Walau macam mana pun,saya tetap akan musnahkan kawasan rumah tu juga minggu depan."
"Okey.Kalau awak yakin sangat.Saya juga akan tetap tinggal di sini.Walaupun awak heret saya keluar dari sini.Awak kena benarkan saya tinggal kat sini."
Putra juga mencabarnya.Zamri yang termakan cabarannya,segera membenarkan sahaja.Dia tidak mampu untuk menolak lagi kerana dia takut Putra tidak akan bekerjasama lagi dengannya.Dia memaksa dirinya untuk menerima hakikat itu.Putra berjaya.
***
Bilik tidurnya sudah pun tersedia awal oleh Nashita.Melihatkan Putra begitu gembira memasuki bilik itu,Nashita cuba menyelinap masuk ke bilik itu dengan senyap.Dia ingin berjumpa dengan Putra.
"Putra,apa kamu buat kat sini?Bahaya kalau kamu ada kat sini..Tempat ni tak selamat untuk kamu."
Kata Nashita risau padanya.Putra pula sekadar memberikan senyuman.
"Makcik jangan risaulah ya..Saya ada sebab kenapa saya tinggal kat sini.Makcik percayalah pada saya."
"Macam mana kalau dia cuba nak bunuh kamu kat sini?"
"Bunuh?Dia tak akan buat macam tu dalam rumahnya sendiri.Saya akan pastikan,saya dapat rumah tu nanti.Tak kira apa pun."
"Putra.."
"Selagi saya ada kat sini,saya akan lindungi makcik.Daripada lelaki keji tu.."
"Baiklah.Pastikan kamu berhati-hati ya.."
Putra sekadar menganggukkan kepala.Nashita menarik nafas lega.Putra kelihatan seperti ada muslihat lain untuk kenakan Zamri.Apa muslihatnya?
***
Pagi yang ceria,Zetty bangun dari katilnya.Nizam dan Zetty belum tahu akan kehadiran Putra.Mereka berdua dengan serentak sama-sama turun ke tingkat bawah untuk bersarapan.Seperti biasa,makanan akan terhidang di atas meja pada awal pagi.Zetty dan Nizam duduk di kerusi menghadap meja makan.Nashita datang membawa lagi hidangan di atas meja.
Zetty berasa pelik.Pinggan lebih satu di atas meja makan.Dia memandang Nashita.
"Mak,ada orang nak datang kah hari ni?"
Nizam juga baru sedar tentang lebihan pinggan itu.Nashita sekadar tersenyum.
"Selamat pagi,semua!"
Putra menyapa ceria mereka berdua.Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat Putra duduk bersama dengan mereka di meja makan.Nizam membulatkan mata.
"Kenapa awak ada kat sini?"
Zetty bertanya dengan senyuman.Dia amat terkejut.
"Hai,Cik Zetty.Awak nampak cantik..sangat pagi ni."
Putra memuji.Nashita sekadar tergelak kecil.
"Mulai hari ni,Encik Redzuan akan tinggal kat sini bersama dengan kita."
Kata Nashita menjelaskannya.Nizam dan Zetty tidak menyangka.Nizam mulai mengesyaki Putra.
"Saya gembira dapat berkumpul dengan kamu semua."
Kata Putra lagi.Zetty juga berasa teruja mendengarnya.Kehadiran Putra dalam rumah itu menjadi kejutan buat mereka juga.Zetty senang menerima Putra.Tetapi tidak bagi Nizam.
Zamri juga akhirnya tiba di ruang makan itu.Dia sekadar duduk tanpa memandang Putra.Nashita juga duduk bersama dengan mereka.
Putra buat-buat tidak tahu akan reaksi Zamri yang menghiraukannya.Dalam masa yang sama,hatinya bersorak gembira.Sudah terlalu lama agaknya untuk dia berkumpul dengan keluarga apatah lagi dengan sepupu-sepupunya.Dia berpeluang dapat merapatkan diri dengan sepupu-sepupunya dalam diam.Nashita juga dapat merasakan kenikmatan Putra gembira dapat berkumpul bersama.
***
Sekali lagi,suasana dalam syarikat menjadi kecoh.Tanah lapang yang terbiar milik syarikat itu akhirnya terbongkar.Kes kematian Airil diungkapkan di dalam siaran berita di media massa dan media sosial.Semua mulai berbisik antara satu sama lain mendengarkan berita mengejut itu.
Kini,baru mereka tahu bahawa Airil bukan lari ke luar negara namun dibunuh dan ditanam di kawasan tanah terbiar milik syarikat.Zamri,Nizam dan Putra baru sahaja melangkah masuk ke dalam syarikat.Semua pekerja memandang mereka.Putra tahu punca mereka memberikan reaksi begitu.Dia buat muka selamba.
Pembantu Zamri bergegas menuju ke arah Zamri.Dia pantas berbisik di telinga Zamri.Putra dan Nizam sekadar memerhatikan gerak geri mereka dari belakang.Walaupun mereka sekadar berbisik,tetapi di wajah Zamri berubah merah padam.Itu menunjukkan Zamri berasa tidak puas hati mendengar berita itu.Dia segera melangkah besar bersama dengan pembantunya ke bilik pejabat.
Nizam memandang sekeliling lalu memandang Putra.Putra sekadar mengangkat bahunya.Nizam kelihatan seperti ingin tahu apa yang telah terjadi sebenarnya.Dia juga bergegas menuju ke bilik pejabatnya.Hanya tinggal Putra sahaja yang berdiri di tengah jalan sambil memandang mereka semua.Suasana syarikat ini menjadi kecoh sejak kehadirannya.Putra tersenyum puas.
'Apa awak nak buat selepas ni..Berita ni akan tersebar juga walaupun awak berusaha nak tutup kes tu.Saya akan buat awak mengalah akhirnya bila awak dah bersedia nak terjun dari "tanduk binasa" awak.'
Putra berkata dalam hati.Dia amat yakin dengan keputusan yang dibuatnya.Matlamatnya kali ini hanyalah untuk memberikan tekanan lebih kepada Zamri sebagai satu ujian baginya untuk bertahan.Habislah Zamri..
***
"Siapa yang laporkan mayat Airil ada tertanam di sana?!"
Zamri bernada kuat.Pembantunya sedikit gementar melihat Zamri melepaskan kemarahannya.
"Saya tak tahu tuan.."
"Macam mana awak boleh tak tahu?!Cari siapa yang buat semua ni!"
"Baik,tuan."
Pembantunya yang sangat gementar itu segera keluar dari bilik itu.Dia segera menurut perintah.Kini,Zamri kesepian dalam bilik pejabatnya sendiri.
Dia sangat cemas dan tertanya-tanya siapakah yang merungkaikan misteri di sebalik kehilangan Airil yang bertahun-tahun lamanya tidak diketahui.Siapa yang tahu pasal itu?
Telefonnya berdering.Sedikit mengejutkan dia pada masa dia berasa cemas.Bila dilihat dari skrin telefonnya,nombor tidak dikenali menghubunginya.Dia segera menjawab panggilan itu.
"Hello.."
"Lama tak dengar khabar kan..Macam mana?Awak terkejut kah?"
"Siapa awak ni?!"
"Awak kan tengah cari saya..anak buah awak sendiri awak nak bunuh juga.Tak cukup kah awak dah bunuh ayah saya.."
"Putra?"
"Dengar sini..Ini baru permulaan untuk rosakkan reputasi awak.Lepas ni,awak pasti akan terkejut bila awak sendiri memandang kekalahan awak yang gilakan kuasa dan harta.Saya akan pastikan...satu dunia tahu kejahatan awak yang sebenar.."
Panggilan segera diputuskan.Zamri yang tersentak berubah riak wajah menjadi merah padam.Dia melontarkan telefonnya sendiri ke lantai.Nampak jelas dia berasa tertekan.
Masa yang sama,Putra masuk ke biliknya tanpa dibenarkan.Dia sedikit tersenyum lalu memandang sekeliling bilik itu.Hanya telefon saja yang dihempaskan ke lantai.Dia buat-buat tidak tahu.
"Apa yang dah berlaku ni?Kenapa tiba-tiba ada mayat tertanam kat tanah projek tu?"
Putra sengaja menaikkan kemarahannya.
"Saya akan siasat benda ni..Saya pasti ada orang cuba nak perangkap saya dan sabotaj saya."
Suara Zamri semakin lemah.Putra sudah mulai gembira sedikit melihat kelemahan Zamri.
"Kalau awak tak selesaikan benda ni secepatnya,syarikat akan dalam bahaya.Selesaikannya secepat yang boleh..ataupun saya akan batalkan saja kontrak tu."
Zamri segera memandangnya.Putra menunjukkan wajah yang serius.
"Saya akan cuba selesaikannya."
Kata Zamri tidak berdaya.Putra sekadar menganggukkan kepala sebelum berlalu pergi dari situ.Zamri belum selesai meredakan kemarahannya.
"Saya akan bunuh awak...Saya akan bunuh awak!Putra!!!"
Zamri menjerit dalam bilik itu.Putra rupanya masih berada di situ.Dia memasang telinga di depan pintu bilik itu.Putra mencemuh.
'Dia nak bunuh saya?Saya yang pertama akan bunuh dia..dan musnahkan mimpi indah dia..'
Kata Putra dalam hati.Dia sangat teruja dapat menjatuhkan Zamri.Langkahnya semakin yakin.Beberapa langkah lagi,dia akan jatuh tanpa bangkit semula kerana kesilapannya.Tunggu sahaja.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All