Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 43
Nizam juga terbaca berita itu di media sosial.Dia mulai berasa bimbang.Dia terfikir apakah yang akan difikirkan Zamri sekarang.
"Apa yang dah jadi ni?"
Katanya separuh berbisik.Pintunya diketuk.Nizam segera membenarkannya masuk.Kelihatan seorang lelaki yang berusia masuk ke biliknya.Dia adalah salah satu kakitangan syarikat.
"Maafkan saya,encik.Encik dah tahu kah berita tu.."
Katanya tertib.Memandangkan Nizam adalah anak kepada pengerusi syarikat,dia seharusnya menghormatinya.Nizam segera memandangnya.
"Ya,saya ada baca.Apa sebenarnya yang dah jadi ni..."
"Sebenarnya,mungkin encik patut tahu hal ni.."
Nizam berkerut dahi.
"Hal apa?"
Nizam ingin tahu.Apa yang diberitahu oleh kakitangan syarikat itu kepada Nizam?
***
Hari semakin senja.Nizam menanti dengan penuh sabar di pesisiran pantai.Kereta Putra baru tiba di situ.Lalu dia segera membuka pintu keretanya dan berjalan menuju ke arah Nizam.Putra tersenyum melihat Nizam sanggup menantinya lama di situ.Tapi,apa yang berlaku sebenarnya?Mengapa tiba-tiba Putra juga berada di sana?
Sebelum ini...
Putra duduk tenang di kerusi putarnya.Dia kelihatan seperti sedang menanti panggilan seseorang.
Telefonnya berdering akhirnya.Pantas dia menjawab panggilan itu.
"Encik,saya dah bagitau dia pasal encik.Sekarang ni saya rasa dia akan jumpa encik tak lama lagi.."
Rupanya kakitangan syarikat yang baru sahaja berjumpa dengan Nizam tadi menghubunginya.Putra tersenyum.
"Baiklah,terima kasih ya.."
Katanya sebelum memutuskan panggilan.
"Mesti dia terkejut sangat sekarang ni.."
Katanya separuh berbisik.Tidak lama kemudian,telefonnya sekali lagi berdering.Putra dapat meneka sesuatu daripada panggilan itu.
"Ya,siapa yang bercakap ni?"
"Ini saya,Nizam yang tengah bercakap dengan awak sekarang ni.."
"Oh awak rupanya,Encik Nizam.Ada apa ya.."
"Saya nak jumpa awak sekarang..Saya nak tanya awak sesuatu.."
"Oh encik nak jumpa saya sekarang kah?Hmm tapi saya ada kerja lain sebenarnya..Mungkin petang nanti baru saya dapat jumpa encik.Macam mana ni?"
"Kalau macam tu,saya akan tunggu awak petang ni.Nanti saya bagi lokasi untuk kita berjumpa."
"Baiklah,encik."
Masing-masing memutuskan panggilan.Putra tergelak kecil.
"Dah tiba masanya dia tahu perkara sebenarnya ayah dia yang jahat tu.."
Putra ada rancangan lain lagi.Apa maksud Putra sebenarnya?
***
Putra menghampiri Nizam.Nizam masih belum sedar kedatangannya di situ.
"Dah lama kah encik tunggu saya.."
Nizam segera berpaling memandangnya.Kini mereka berdua bersemuka.
"Awak dah selesai dengan kerja kah..."
Kata Nizam memulai perbualan.
"Ya..Ada apa encik nak jumpa saya ni..Macam ada sesuatu yang penting ja."
"Awak kah..yang laporkan mayat tertanam kat tanah projek tu?"
Nizam mula menyoal.Putra sekadar tersenyum.
"Kenapa..encik syak saya kah?"
"Mungkin..Sejak awak bekerja kat syarikat tu..macam-macam yang dah berlaku.Itu memang awak kan.."
"Hmm biar saya fikir..rasanya encik ni dah buang masa saya saja sekarang.Encik jumpa saya nak cakap macam tu saja.Mengarut betul lah..Kalau tak ada apa-apa nak cakap,saya pergi dulu ya.."
"Putra..."
Terhenti langkah Putra untuk meneruskan perjalanan.Nizam sudah menyebut nama itu.
"Itu awak kan.."
Nizam akhirnya tahu identitinya.Putra sedikit tersenyum lalu segera mengubah riak wajahnya setelah berpaling ke arah Nizam.
"Siapa yang encik cakapkan tu?"
"Awak Putra kan..Jangan cuba nak tipu saya.Betul kan apa yang saya cakap.."
Wajah Putra yang serius tiba-tiba tersenyum lebar.Nizam seperti bertekad ingin tahu identitinya yang sebenar.
"Nampaknya awak dah tahu.Ya!Putra yang dulunya awak cabar tu ialah saya.Sayalah Putra tu!"
Nizam membulatkan matanya.Dia teramat terkejut.Setelah bertahun lamanya mereka tidak berjumpa,akhirnya mereka bertemu lagi.Mereka berdua saling bersemuka.Mata saling memandang tajam.Apa pula kali ni helah Putra?Kenapa Putra begitu berani membongkarkan identitinya sendiri?Apa tindakan Nizam setelah mengetahui identiti sebenarnya?
****
Nizam tergamam saat mendengar pengakuan itu.Dia terkelu untuk berkata apa-apa.
"Awak dah dengar kan...Pergilah bagitau ayah awak pasal saya.Saya akan pastikan ayah awak hancur dalam genggaman tangan saya."
Putra sedikit menekankan Nizam.Nizam semacam tidak percaya.
"Kenapa...kenapa awak rahsiakan diri awak yang sebenarnya...dan kenapa baru sekarang...awak dedahkan diri awak pada kakitangan syarikat?"
"Sebab...saya nak bagitau awak sesuatu.Perkara yang awak perlu tahu dah terjadi dalam hidup awak sekarang.Sepatutnya...awak berasa malu bersemuka dengan saya..bila awak dah tahu perkara sebenarnya.."
Nizam berkerut dahi.Apa maksud Putra padanya?
"Awak nak tahu tak..apa kejadian yang menakutkan sehingga boleh merendahkan reputasi seseorang?Walaupun berpengaruh besar?"
Nizam mendengar dengan teliti.Putra senyap seketika sambil memandang pemandangan pantai yang indah.Tenang hatinya merasakan tiupan angin yang lembut.Dia memandang Nizam.
"Kejadian yang menakutkan itu..adalah..mem.bu.nuh."
Tersentak Nizam mendengarnya.Dia semakin ingin tahu maksud Putra.
"Apa maksud awak?"
"Awak dah dengar berita tadi kan..Mayat ayah saya..dijumpai tertanam di tanah projek syarikat.Awak rasa..siapa yang berani buat macam tu..kalau bukan pemilik sebenar tanah tu."
"Putra,jangan cakap awak..."
"Saya muncul sebagai orang lain..hanya untuk perangkap ayah awak ke dalam umpan saya.Sebab...pembunuh dan dalang di sebalik semua ni..adalah berpunca daripada ayah awak.Pembunuh yang dicari selama ni."
Membulat mata Nizam mendengar.Namun dia merasakan Zamri dihina di depannya.Nizam naik angin.
"Awak cuba nak tipu sayalah!Awak sengaja cakap macam tu..sebab awak dah lama berdendam dengan saya.Kan!"
"Kelakar juga awak ni.Cepat sangat menafikan benda tu..Baik,saya akan tunjukkan awak bukti yang ayah awak dah bunuh..ayah saya."
Dengan segera,Putra tunjukkan segala-segalanya kepada Nizam.Beberapa keping gambar dan dua perakam suara daripada Nashita sendiri.Nizam pun segera melihat bukti-bukti itu.Dari gambar sehinggalah perakam suara.Tapi,lebih mengejutkan Nizam adalah perakam suara itu.Semuanya dirakam penuh terperinci.Dia pantas memandang Putra.
"Betul kah apa yang saya dengar ni..."
"Awak hanya dipergunakan saja selama ni oleh ayah awak.Awak langsung tak tahu kan.."
Nizam semakin marah.Disebabkan emosinya tidak terkawal,dengan pantas dia menarik kolar baju Putra.Putra sekadar memandangnya.Kelihatan ketinggian mereka berdua hampir sama sahaja.
"Saya tak percaya dengan semua ni..Tak mungkin..ayah saya bunuh ayah awak."
"Itulah hakikat bagi awak.Tolong sedar dari dunia kegelapan awak.Saya buat semua ni,bukan sebab awak..tapi mak awak.Dia lebih menderita dalam rumah tu.Awak langsung tak tahu kan.."
"Putra...."
Hampir sahaja Nizam mencekik leher Putra.Tapi...
"Mak awak sayangkan kamu berdua.Tolonglah mak awak bebaskan diri dia daripada 'sangkar' ayah awak yang kejam tu..."
Putra sayu melihat reaksi Nizam.Mereka berdua saling bertatap mata.Selama seminit mereka saling bertatapan,akhirnya Nizam melepaskan kolar Putra.Dia terduduk menangis.Dia sendiri berasa malu berhadapan dengan Putra.Putra sekadar mengeluh melihatnya.
"Buatlah demi mak awak..."
Kata Putra sambil memperkemaskan kolar bajunya.Kemudian berlalu pergi meninggalkan Nizam.Kata putus untuk Nizam daripada Putra untuk bangkitkan semangatnya.Akhirnya,segalanya rahsia yang selama ini tersembungi diketahui juga oleh Nizam.Dia berasa sebak.
***
Putra segera berjumpa dengan Danish setelah berjumpa dengan Nizam.Langit semakin gelap.Putra terlalu sibuk dengan penyiasatannya demi mencari dalang pembunuh ayahnya.Mereka sekadar berjumpa di rumah Danish.
"Ada apa encik datang ke rumah saya.."
Kata Danish dengan membawa secawan minuman untuk Putra.Putra duduk tenang di sofa.Cuba menenangkan diri setelah penat mencabar emosi tadi.Dia memandang Danish.
"Saya nak awak bagi bukti ni pada Rayyan esok.Minta dia simpan baik-baik.Bila dah tiba masanya,barulah kita beraksi.."
"Baik,encik."
Danish menurut perintah.
"Encik..tak nak tidur kat sini kah?Dah malam ni.Sebaiknya encik berehatlah kat sini buat sementara.."
"Maaflah,Danish..Saya tak ada masa nak rehat sekarang.Perlawanan masih berlangsung.Saya takkan mengalah dengan mudah kali ni.."
Putra tekad.Danish pula sekadar menghembuskan nafas.
"Oh yalah..awak ada alat nak karaoke kah?"
Tiba-tiba idea itu terlintas di fikirannya.Danish berkerut dahi.
"Ada..Tapi,kenapa.."
"Mana alat tu..Saya nak pinjam."
"Ada kat dalam bilik saya letak.."
Putra pantas mencari alat itu di bilik Danish.Danish ingin tahu.
Alat yang dicarinya akhirnya ditemui.Agak lama disimpan di dalam bilik.Dia segera membawa keluar alat itu.
"Encik nak buat apa tu.."
"Awak tunggu dan lihat ja.Dengan keadaan yang macam ni lagi menyusut,saya yakin dia tidak akan bertahan lama lagi.Mesti dia tekanan sangat bila saya buat hal lagi.."
Danish agak risau dengan keyakinan Putra.Masih lagi belum diberitahu tujuan dia membawa alat itu.
"Baiklah,jangan lupa hantar ya..Saya balik dulu.Jaga diri.."
Katanya sebelum bergegas keluar dari situ.Danish sendiri hanya mampu berdoa untuk Putra.Pasti akan ada harapan yang baik nanti.
"Apalah..agaknya dia buat tu.."
***
Zamri belum balik lagi dari kerja.Hari ini sangat meletihkan baginya.Terlalu banyak masalah yang perlu ditanggungnya.
Putra yang sudah bersiap sedia dengan alat itu segera menghidupkan alat itu.Misinya bermula.Memasang lagu karaoke dengan kuat pasti akan membuatkan Zamri hilang akal nanti.Putra sengaja.
Zetty dan Nashita segera turun ke bawah melihat bunyi bising itu.Kelihatan Putra sudah bersiap sedia untuk menyanyi.
"Apa..awak buat ni?"
Kata Zetty berkerut dahi.Pantas dia memandang Zetty dan Nashita yang sedang menghampirinya.Dia mengukir senyuman.
"Saya nak menyanyi.Tekanan betul lah saya kat syarikat tadi..."
"Tapi kan..sekarang dah malam.Mungkin awak patut buat esok ja.."
Zetty berasa bimbang.Selama ini,Zamri amat melarang sama sekali mereka semua berbuat bising di rumah.Ini adalah kali pertama bagi mereka.Nashita pula sekadar memerhatikan Putra.Pasti ada maksud disebaliknya.
"Kalau macam tu,boleh saya ikut sekali dengan kamu.."
Nashita cuba memahami misi Putra.Putra sudah tersenyum lebar.Nampaknya Nashita tahu akan niat Putra.Zetty pula sekadar memandang mereka berdua.
"Cik Zetty,marilah ikut sekali.."
Kata Putra sambil menghulurkan mikrofon kepada Zetty.Dia berasa ragu-ragu.Apa pilihan Zetty?Adakah dia juga menyertai mereka berdua?
***
Akhirnya,Zamri tiba di rumah.Dari luar rumah lagi,suara mereka menyanyi kedengaran kuat.Zamri tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah itu.Dia memasukinya dengan langkah yang longlai.
Putra,Zetty dan Nashita tidak menyedari kehadiran Zamri pada masa itu.Mereka bersuka ria.Seronok rasanya dapat berkumpul dengan makcik dan sepupunya.Putra begitu gembira.
Zamri yang terlihat mereka bertiga sedang bersuka ria menyanyi,langkahnya terhenti memandang mereka.Lalu mereka pun menyedari Zamri.Zetty dan Nashita memudarkan senyuman saat melihat Zamri.Putra pula masih tersenyum.
"Apa yang kamu cuba buat ni?"
"Hei,Tuan Zamri.Marilah ikut sekali dengan kami.Hilang segala tekanan bila awak menyanyi.."
Putra mulai menunjukkan belang.Zamri mengeluh panjang.
"Boleh tak awak dalam sehari jangan timbulkan masalah?Saya tak nak bising-bising kat rumah ni.."
"Suka hati sayalah..Saya kan manusia juga dalam rumah ni.Bukannya hantu.Suka hati sayalah nak buat apa pun.."
Zamri sekadar mengetam bibirnya.Dia berusaha mengawal emosinya.Hanya disebabkan Putra adalah pemegang saham terbesar,dia sekadar memandang tajam kepada Putra.
Namun tidak lama pandangan mereka,Zamri mengalah.Dia segera berlalu dari situ menuju ke bilik.Putra masih tersenyum.Dia akan buat juga misinya sehingga berjaya.Apakah misi yang Putra ingin selesaikan itu?Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All