Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 44
Mereka bersuka ria lagi sehingga ke tengah malam.Langsung tidak meletihkan bagi mereka.Namun,Zamri yang mencuba duduk tenang di bilik bacaan asyik terganggu dengan bunyi bising mereka.Dia cuba bertahan namun apakan daya kesabarannya juga ada had nya.Dia segera turun ke bawah menemui mereka.Kelihatan Zetty terduduk di sofa sambil melihat Putra berjoget-joget menyanyi.Zamri mendekatinya.
Tanpa diundang,alat karaoke itu dimatikan segera.Terkejut mereka bertiga setelah melihat tindakan Zamri yang tiba-tiba itu.Semua tertumpu ke arah Zamri.
"Apa ni..awak tak bolehkah tengok kami senang sikit?"
Putra mencabar lagi.Zamri mengetam bibirnya sendiri.
"Saya nak jumpa awak sekarang.Di bilik bacaan."
Katanya sebelum naik ke tingkat atas menuju ke bilik bacaan.Putra sekadar memandang gerak-gerinya.Lalu memandang ke arah Nashita.Putra sempat menganggukkan kepala sebagai tanda misi selesai.Nashita juga membalas anggukan kepala itu.Putra dengan yakin dia pun naik ke atas bertemu dengan Zamri.
Walaupun begitu,Zetty tersedar akan reaksi mereka berdua tadi.Dia sendiri berasa pelik.Ada sesuatu yang tidak kena di antara mereka berdua.Timbul segala persoalan di benak Zetty.Dia sekadar berdiam diri.
Zamri kelihatan seperti sedang marah dengan masalah Putra tadi.Putra masuk tanpa berasa takut langsung.
"Apa dia?Kata nak jumpa saya?"
Kata Putra berani.Zamri segera memandang Putra.
"Bolehkah awak berjanji pada saya..yang awak takkan buat masalah lagi.."
Mulai membuat perjanjian.
"Saya akan tunaikan kalau awak ada sesuatu nak bagi saya."
Putra tersenyum.Dengan segera,Zamri melemparkan sekeping sampul di atas mejanya.Putra mencapai dan melihat isinya di dalam.Kelihatan surat itu mencatatkan berkaitan dengan tanah.
"Awak nampaknya dah buat keputusan yang bijak."
"Tunaikan janji awak.Kalau tak,saya akan tarik balik tanah tu nanti.Pergi dari rumah saya sekarang.."
"Wah,bunyinya macam awak menghalau saya.."
Putra mulai teruja melihat reaksi Zamri.Misi yang dimaksudkan itu adalah misinya untuk mendapatkan tanah itu semula.Hari semakin laju akhirnya dia tidak terlambat untuk menghalang rumah itu daripada terus dirobohkan.
"Baiklah,janji akan ditepati.Terima kasih sebab benarkan saya menumpang kat sini ya..Keluarga awak memang...terbaik."
Putra berkata.Zamri sekadar berpaling daripadanya.Misi selesai,tanah itu dengan rasminya telah menjadi miliknya semula.Seperti dalam wasiat sebenar dalam keluarga itu.
***
Nizam tidak mahu pulang ke rumah buat masa ini.Dia sekadar tidur dalam kereta.Dia langsung tidak bertolak dari kawasan pertemuannya dengan Putra tadi.Fikirannya bercelaru.
Dia berfikir sama ada dia perlu ke arah kebaikan ataupun keburukan.Kata-kata Putra masih terngiang-ngiang di fikirannya.Apakah benar apa yang dimaksudkan Putra tadi?Apa yang perlu dilakukannya?Semuanya menyoalkan tentang dirinya sendiri.Dia keliru.
Pada malam itu juga,Nizam berfikir masak-masak.Sejak dari situ,Nizam belum bersedia untuk pulang ke rumah.Dia memaksa diri untuk bersendirian buat seketika.
***
Rumah mereka kembali sunyi setelah Putra berangkat ke rumah baru.Suasana awal pagi tidak lagi seperti dulu.Selalunya Putra akan membantu Nashita di dapur menyediakan sarapan.Kali ini,tiada lagi keceriaan daripada Putra.
"Hmm sunyi pula rumah bila dia dah tak ada.."
Zetty berasa sunyi.Dia bermasam muka walaupun duduk di ruang makan.Nashita menyertai Zetty.Masa itu,hanya mereka berdua sahaja yang bersarapan.Zamri sudah berangkat awal pergi ke kerja manakala Nizam pula belum pulang dari semalam.Menyedari kekurangan antara mereka,Zetty bertanya.
"Mak,abang mana?Dari semalam tak nampak pun dia.."
"Tak tahulah pula..Mungkin dia sibuk dengan kerja semalam.Sebab tulah dia tak balik-balik."
Nashita sekadar meneka.Namun hatinya amat risau.Ada masalah kah kepada Nizam?Nashita sekadar makan sarapan dengan wajah yang muram.
*****
Nizam pulang ke rumah tanpa membuat sebarang bunyi.Dia berjalan masuk menuju ke biliknya.Nashita yang berada di dapur tersedar akan kepulangan Nizam.Dia berfikir sejenak.
Nizam bergegas membersihkan dirinya untuk bekerja.Baru sahaja balik tiada kerehatan bagi Nizam.Fikirannya masih bercelaru.Namun wajah terpapar bahawa dia telahpun berfikir masak-masak dari semalam.Terpulang darinya sama ada pilih jalan yang buruk ataupun yang benar.
Mengambil masa sejam,akhirnya dia berjalan keluar dari bilik untuk bekerja.Nashita sempat bertegur sapa di hadapan pintu utama.Dia ingin tahu.
"Baru balik?Kamu ke mana semalam?Ada masalahkah kat syarikat?"
Nashita bimbang.Nizam pula sekadar mengangkat muka memandang Nashita.Senyap seketika.
"Saya ada urusan semalam.Maafkan saya,mak.Saya kena pergi kerja dulu."
Katanya bergegas keluar.Nashita tidak mampu bersuara.Kelakuan Nizam agak aneh.Cepat sahaja Nashita menangkap kelakuan aneh anaknya.
***
Putra santai mendengar muzik instrumental di bilik pejabatnya.Hanya penuh dengan ketenangan.Sambil-sambil dia memejamkan mata duduk di kerusi putarnya,bayangannya tertumpu kepada Nizam.Dia cuba meramal.
Setelah dia mendedahkan identitinya,adakah Nizam akan bekerjasama dengannya ataupun Nizam mengikut jejak ayahnya?Tidak mustahil jika begitu.Dia cuba menempatkan dirinya seperti Nizam.
"Kalau sayalah,saya akan cari bukti kukuh dulu kalau nak percaya benda tu atau tak.."
Putra berkata sambil mata terpejam lama.Udara disedut dengan tenang.
"Tapi rasanya...dia pasti akan ikut jejak Zamri kalau dia rasa dia nak lindungi maruah keluarga dia.."
Katanya lagi meramal.Sepintas lalu sahaja,Putra melupakan perkara itu.Apa pun yang terjadi,pasti semuanya akan berbalik kepada asal juga.Hukuman tetap akan diterima bagi orang yang berbuat jahat pada orang lain.
***
Namun apa yang diramalkan Putra berkemungkinan benar.Nizam dengan wajah yang serius berjalan laju menuju ke bilik pejabat Zamri.Apa yang difikirkan Nizam?
Zamri baru selesai membuat perbincangan dengan syarikat lain.Mereka menamatkan perbincangan dengan bersalaman buat kali terakhir.
Pintu diterjah masuk tanpa diketuk dari luar.Nizam memandang tajam Zamri dari jauh selepas melangkah masuk ke bilik itu.Lelaki yang berurusan dengan Zamri agak terkejut dengan sikap Nizam yang biadap masuk ke bilik itu.Dia segera keluar setelah melihat reaksi Nizam yang seakan-akan ingin meletus.Kini,hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik itu.
"Kenapa kamu datang ke sini?"
Katanya sambil duduk di kerusi putarnya.Nizam sekadar memerhatikannya.
"Papa,saya nak cakap sesuatu yang penting.Pasal..Putra."
Tersentak Zamri mendengarnya.Dia segera memandang Nizam yang sekadar berdiri di hadapan meja kerja.
"Saya tahu papa..sekarang tengah cari dia.Mungkin papa patut tahu pasal dia sekarang."
"Apa kamu cakap ni?Apa yang kamu cuba nak bagitau papa?"
"Mesti papa tak tahu kan..yang dia sekarang bekerja kat sini tanpa sedar kehadiran dia.."
Tersentak sekali lagi Zamri.
"Apa maksud kamu?Bekerja kat sini?"
Nizam sempat mencemuh sedikit.Melihat reaksi mengejut Zamri.
"Kalau papa nak tahu,pengarah syarikat yang bekerja di syarikat ni..adalah Putra yang papa cari selama ni..Encik Redzuan."
Bingkas berdiri Zamri mendengarnya.Dia berasa sangat terkejut.
"Betul kah..apa yang kamu cakap ni?"
"Ya,nampaknya salah satu kakitangan kat syarikat ni..tahu pasal identiti dia.Itupun papa tak tahu juga kah?"
Apa masalah Nizam sebenarnya?Mengapa dia mendedahkan identiti Putra?
"Putra...nampaknya awak cuba nak serang saya dari belakang ya..Perhatikan saya,kemenangan pasti akan berpihak pada saya juga."
Itulah yang dimahukan Zamri.Kini Zamri sudah tahu perkembangan musuh ketatnya.Nyawa Putra dalam bahaya.Namun,masih menjadi pertanyaan mengapa Nizam berbuat sedemikian?Adakah Nizam benar-benar memilih jalan yang buruk seperti ayahnya?Apakah nasib Putra selepas itu?Berharap semuanya berjalan lancar walaupun Zamri sedang merancang sesuatu yang buruk terhadap Putra.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All