Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 45
Shira selesai bersolek di biliknya.Dia kelihatan tergesa-gesa keluar dari rumah.Maisarah yang syok menonton televisyen tersedar Shira bergegas keluar dari rumah.Tinggal beberapa langkah lagi Shira akan menuju keluar.
"Mama..mama nak pergi mana tu?Pakai baju cantik-cantik nampak."
Katanya sambil menyuapkan snek ke dalam mulutnya.Shira segera memandang Maisarah.
"Mama ada..urusan penting ni.Mai tak apa-apa kah kalau sorang-sorang kat rumah?"
"Mai tak apa-apa pun.Mama pergilah..Jaga diri baik-baik.."
"Oh ya..Kamu pun sayang."
Kata putus Shira sebelum melangkah keluar.Melihatkan cara pemakaian Shira tadi,membuatkan Maisarah terfikir sesuatu.
"Ke mana agaknya mama nak pergi tu..."
Suaranya berbisik perlahan.Lalu menghiraukannya.Dia kembali fokus dengan rancangan televisyennya.
***
Putra yang sebak sekadar memerhatikan gelagat Suriana dari jauh.Dia menjenguk Suriana di taman kawasan orang sakit jiwa.Kelihatan Suriana berlari-lari riang di taman itu.Air mata Putra hampir mengalir.
'Maafkan Putra,nek.Putra terlambat munculkan diri masa penting macam ni.Putra tahu nenek sangat perlukan Putra di sisi nenek.Maafkan Putra..Maafkan Putra...'
Dia sekadar berkata dalam hati.Terlalu sebak untuk memandang lagi.Dia segera berpaling daripada terus melihat Suriana.Dia bersembunyi di sebalik batang pokok di taman itu.
'Bertahanlah nek..Putra akan pastikan lelaki kejam tu terima balasannya.Putra janji..'
Dia cuba tabahkan hatinya.Terlalu banyak cabaran yang dilaluinya sejak kecil.Semakin dia menuju ke depan,semakin banyak yang menjadi tembok penghalangnya.Dia hanya mampu bertahan di mana dia berdiri sekarang.Itulah hakikatnya untuk mengambil semula hak yang dirampas oleh keluarganya sendiri.
***
Shira menanti seseorang di lapangan terbang.Siapa yang ditunggu-tunggu Shira?
Seorang lelaki berusia berambut putih datang menghampirinya sebaik sahaja terlihat kehadiran Shira menantinya.Mereka memberikan senyuman dari jauh.Shira tertunduk sopan.
"Awak apa khabar?"
"Saya baik,tuan pengerusi..."
Lelaki yang berusia itu sempat tergelak kecil.
"Mari..saya bawa tuan minum teh sekejap.."
Shira mempelawa.Lelaki itu menganggukkan kepala.Siapa lelaki berusia itu?Pengerusi?Adakah dia seorang yang ternama?
***
Masing-masing menghirup teh dengan perlahan.Tenang suasananya.Mereka duduk bersemuka.
"Saya dengar awak perlukan pertolongan saya..Kenapa?Awak ada masalahkah sekarang?"
"Ya.Saya betul-betul perlukan pertolongan tuan.Saya..tengah dalam kesulitan sekarang.."
"Bukankah awak sekarang bekerja di syarikat tu sekarang?Apa masalahnya?"
"Saya dah dipecat daripada terus bekerja di syarikat tu.."
"Apa?!"
"Sebab itulah saya nak minta bantuan pada tuan..Boleh tuan bantu saya?"
Shira merayu.Lelaki berusia itu sekadar mengeluh panjang.
"Baiklah,apa yang awak nak saya bantu?"
"Bagi saya..40 peratus saham tuan."
Mereka saling memandang antara satu sama lain.Pertolongan Shira terlalu tinggi.Apakah lelaki itu memberikan bantuan kepada Shira?Siapa lelaki yang bersama dengannya sekarang?Mengapa Shira berbuat demikian?Pasti Shira juga ada rancangan.
****
Rayyan bermula hari ini bergegas menuju ke syarikat untuk membawa Zamri menyoal siasat.Disebabkan berita tentang pembunuhan Airil tersebar,Rayyan berpeluang untuk mengumpul bukti sekali lagi untuk sabitkan kesalahan Zamri.
Wajahnya serius sambil melangkah besar menuju ke bilik pejabat Zamri.Walaupun begitu,Rayyan sempat bertembung dengan Putra di tengah jalan.Mereka saling bersemuka.
"Saya akan soal siasat dia hari ni..Awak..bertahanlah ya.."
Rayyan berkata meyakinkan Putra.Putra sekadar menganggukkan kepala.Rayyan kembali meneruskan langkahnya ke bilik Zamri.Putra amat berharap Rayyan dapat menemui apa-apa untuk kes itu.
"Maafkan saya sebab biadap dengan tuan..Adakah tuan ini Zamri Ismail?"
Rayyan berkata selepas menerjah masuk bilik Zamri.Agak tersentak sedikit pembantunya dan Zamri dalam bilik itu.Rayyan begitu berani.
"Ya,saya.Awak siapa?"
"Saya Inspektor Rayyan.Sila beri kerjasama untuk menyoal siasat awak,Tuan Zamri."
Terdiam Zamri mendengarnya.Sebentar lagi dirinya akan disoal siasat bagi kes itu.
"Kenapa awak datang sorang diri?Tak nampak macam awak polis.."
"Tuan nak saya malukan tuan depan orang ramai kah?Saya sengaja datang sorang diri supaya saya senang nak bawa tuan ke sana.Sila beri kerjasama."
Itulah sifat Rayyan.Dia agak tegas malah cekap menjalankan tugas.Berharap dia dapat menemui apa-apa melalui soal siasat nanti.
***
Masa semakin berlalu,Rayyan dan Zamri asyik memandang antara satu sama lain.Sunyi sekali suasana dalam bilik soal siasat itu.Hanya mereka berdua duduk bersemuka.
"Baiklah,saya nak tanya beberapa soalan.Tuan tahukan kes yang sekarang tersebar yang berkait rapat dengan syarikat tuan.."
"Ya,saya sangat tahu..."
"21 tahun lalu,Airil dikatakan lari bersama dengan anaknya ke luar negara,betul tak?"
"Ya.Betul tu.."
"Tapi..pada suatu masa,tanpa disedari Airil dah dibunuh selama 21 tahun ni.Malah mayat mangsa ditemui tertanam di kawasan tanah projek syarikat tuan..Adakah tuan tahu apa-apa mengenai mangsa?"
"Saya tak tahu apa-apa.Saya terkejut bila dengar mayat abang saya..tertanam di sana.Saya betul-betul tak sangka.Siapa agaknya yang tanam dia di sana?"
"Saya tengah mencari pembunuh dia sekarang.Tapi,pelik.Sebelum ini pembantu tuan yang dulu..Kamal juga disabitkan kesalahan kerana membunuh Zam yang sedang dirawat di hospital.Saya tak rasa Kamal buat begitu tanpa orang mengarahkannya."
"Jadi,awak syak sayalah sekarang?Macam tu?"
"Mungkin..lagipun Airil dan Kamal tu saling berkait rapat dengan tuan.Tidakkah begitu?"
Mendengar Rayyan cuba mengesyakinya,Zamri tergelak kecil.
"Awak agak cekap juga..Tapi sayang..bukan saya pembunuhnya.Saya sendiri pun tengah cari pembunuh abang saya..Kesian dia..Tiada satu pun yang tahu perkembangan dia..Saya harap...awak dapat cari pembunuhnya.Hukumlah dia setimpalnya.Oh saya tak tahu macam mana pula keadaan anaknya buah saya.."
Zamri berpura-pura mengambil berat.Rayyan asyik memerhatikan gerak gerinya.Tanpa disedarinya,Rayyan membuat panggilan kepada Putra.Putra telah dengar segalanya.Semuanya tipu belaka.Geram rasanya Putra mendengar rintihan palsu Zamri.
"Apa? Kesian?Lelaki tak guna.Saya akan buat awak hukum diri sendiri.."
Kata Putra separuh berbisik.Rayyan melirik sebentar ke arah telefonnya yang diletakkan di atas meja.
'Mesti awak rasa marah sangatkan,Putra..'
Dia merasakan Putra berasa begitu.Apakah Rayyan mampu menentangnya juga pada masa ini?Mungkin ya dan mungkin tidak.Kerana Zamri amat berpengaruh dari yang biasa.Baginya,duit adalah segala-galanya.Walaupun dia berada dalam kesulitan,dia masih lagi tergelak dan tersenyum.Kejamnya Zamri.
***
Zamri pulang dari kerja.Hampir jam 12 dia pulang ke rumah.Rumah amat sunyi.Tapi,Zamri kelihatan mabuk pulang ke rumah.
Menyedari pintu bilik tidur dibuka,Nashita terjaga dari tidurnya.Kelihatan Zamri masuk dengan lemah.Lalu membuka baju sutnya.Pantas Nashita menghampirinya.
"Abang,abang pergi mana tadi.."
Pertanyaan Nashita tidak dijawab.Senang sahaja Zamri membuka almari bajunya.Masa yang sama,dia menghidu baju Zamri.Matanya membulat.
"Abang,abang minum kah?Kenapa dengan abang ni?Abang dah gilakah?"
"Jangan sibuklah..Awak tak tahu apa-apa."
"Abang,tadi disoal siasat oleh polis kan..Abang cakap apa?Abang...mengakukah kesalahan abang."
"Awak dah gilakah?!"
Katanya sambil menolak Nashita ke katil.Zamri memang dalam keadaan mabuk.
"Abang..serahlah diri.Abang tak kesian kah kat anak-anak.Pasti mereka kecewa dengan perangai abang ni.."
Panas telinga Zamri mendengarnya.Semakin lama,hatinya memanas.
"Abang..dengar tak ni.."
Dirinya dipengaruhi.Dia segera mencekik leher Nashita di dinding.Sesak nafas Nashita menahannya.Memukul pun tidak berdaya.
"Awak...awak yang buat semua tu kan!Awak patut mati ja lah!"
Nashita hampir kehilangan nafas.Wajahnya berubah merah padam.Zamri semakin kuat mencekik lehernya.Pasu hanya disebelahnya sahaja.Dia berusaha mencapai pasu itu namun pasu itu tertolak ke bawah.Habis pecah pasu bunga yang kecil itu ke lantai.Nashita tidak dapat selamatkan diri.Tapi...
"Papa!"
Nizam segera menolak Zamri daripada terus mencekik Nashita.Nashita terduduk di lantai.Dia tercungap-cungap.
"Mak.."
Risau Nizam melihat perangai sebenar Zamri.Zetty juga bergegas mendekati Nashita setelah mendengar bunyi pecah pasu bunga tadi.
"Mak..mak tak apa-apa kah?Apa yang dah jadi ni mak?"
Zetty bimbang dan cemas.Nizam dan Zamri saling bertatapan.
"Apa..papa tengah buat ni?"
"Kenapa nak masuk campur?Ini urusan papa dengan mak kamu lah!"
"Jadi,memang betul lah..papa yang bunuh Pakcik Airil kan.."
Tersentak Zetty mendengarnya.Dia segera memandang mereka berdua.
"Apa?Macam mana...macam mana kamu tahu ni?Kamu tengah siasat papa kah?"
Tergamam Nizam mendengarnya.Dia sendiri juga berasa geram.Tidak disangka dia juga seperti ayahnya.Berkelakuan buruk dengan orang lain.Dia teringat dia pernah berbuat jahat pada Putra waktu kecil.Kebenaran akhirnya terbongkar.
"Tepi!Papa nak bercakap dengan mak kamu!"
Nizam menghalangnya.
"Apa kamu buat ni?!Kamu nak jadi mangsa macam mak kamu juga kah?!Baik..Kalau itu yang kamu mahukan."
Zamri menumbuk muka Nizam.Dia memukul Nizam seperti dia memukul Nashita.Nashita pada masa itu,pengsan.Dia terlalu terkejut melihat keadaan keluarganya yang huru hara.Zetty mulai cemas.
"Mak..mak!"
Dia berusaha menyedarkan Nashita.Tapi tidak berhasil.Tanpa berlengah,dia menghubungi seseorang.
***
Putra mengimbas kembali memorinya bersama ayahnya dalam rumah itu.Sangat besar dan mewah tapi segalanya hanya tinggal kenangan.Dia memerhatikan setiap barang dalam rumah itu.Dia sedar bahawa dirinya kini menapak di rumah yang memang adalah miliknya.Namun dia tidak keseorangan.Danish juga turut tinggal di situ.
"Encik,tak nak makan kah?"
Kata Danish mendekatinya.Putra menghembuskan nafas.
"Saya tak lapar..Awak makan lah.."
"Encik,saya tahu perasaan encik.Mungkin encik berasa kesepian..tapi saya ada.Saya akan sentiasa ada di sisi encik..Encik kenalah tidur..Dah tengah malam ni.."
Katanya sambil memegang lembut bahu Putra.Putra berasa lega mendengarnya.
"Saya tak rasa boleh tidur..Ya,hanya awak sajalah keluarga yang masih ada di sisi saya..Terima kasih sebab bertahan dan berjuang dengan saya.."
Danish berasa dirinya dihargai.Dia tersenyum.
"Oh ya..Memandangkan saya dah dapat rumah ni balik.Marilah bekerja dengan saya.."
"Bukankah saya memang dah bekerja dengan encik?"
"Ya,tapi secara terbuka.Awak tak perlulah bersembunyi lagi.."
"Apa maksud encik..."
Danish seperti tahu maksud Putra.Putra sekadar tersenyum hambar.Bunyi telefonnya berdering.Dia segera mengangkat panggilan itu.
"Hello.."
Putra begitu serius mendengarnya.Danish sekadar memandangnya.
"Apa?!"
Pantas Putra memandang Danish.Dia berkerut dahi.Siapakah yang menghubunginya pada waktu malam itu?Mengapa Putra amat terkejut setelah mengangkat panggilan itu?Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All