Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 46
Wajahnya semakin lebam oleh kerana pukulan Zamri yang kasar padanya.Zetty tidak mampu berbuat apa-apa selain mengalir air mata melihat Nizam dibelasah teruk oleh Zamri.Nizam tidak berdaya sehingga terbaring di lantai.
"Papa,sudahlah!Akh!"
Zetty ditolak akhirnya.Zamri hilang waras dalam keadaan mabuk.Dia masih meneruskan memukul Nizam.Tapi,seseorang menerjah masuk terus menumbuk muka Zamri.Tertolak Zamri ke dinding kerana tumbukan itu.Kali ini terselamat Nizam.
"Abang,abang tak apa-apa kah?"
Zetty menghampiri Nizam yang terbatuk-batuk darah.Dia berasa marah kepada Zamri melihat keadaan di situ sangat teruk.Nizam terbatuk-batuk darah dan Nashita pula pengsan.
"Apa awak dah buat ni?!"
Zamri tergelak kecil memandamgnya.
"Encik Redzuan..awak datang juga ya.."
Rupanya yang datang itu ialah Putra.Putra berbaju jaket kulit hitam datang dengan wajah serius.Dia sangat marah.
"Kenapa awak buat macam ni?!Awak nak matikah?!Sanggup awak pukul anak sendiri?!"
Putra bernada tinggi.Zamri berusaha untuk mendekati Putra.Dia masih tersenyum seperti mentertawakan Putra.Mereka bersemuka.
"Pukul lah saya..Pukul lah."
Putra terdiam.Dia memandang tajam Zamri.
"Kenapa...awak tak berani kah?Nampaknya awak takut dengan..."
Putra terus menumbuk sekali lagi Zamri.Habis wajahnya lebam.Putra menumbuk sekali lagi.Sehinggalah Zamri terduduk di lantai.
"Saya akan bagi peringatan pada awak..Jangan sampai...saya tamatkan reputasi kebanggaan awak tu,Zamri..."
Tersentak Zamri mendengar Putra dengan berani menyebut namanya.
"Apa?Berani awak..."
"Saya tak kisah..awak orang yang 'tinggi' dari saya..Saya berani menentang awak."
Kata ancaman bagi Zamri.Sebelum Putra meneruskan berdebat,dia berpaling memandang ke arah Zetty,Nashita dan Nizam.
"Boleh awak bawa Puan Nashita keluar?Tunggu saya kat luar ya.."
Zetty menurut kata Putra.Dia segera memapa Nashita keluar dari bilik itu.Nizam pula berdiri sambil memandang tajam Zamri.Dia kaku.
"Awak juga,Nizam.Keluar dari bilik ni sekarang."
Kata Putra bernada perlahan.Namun Nizam berdegil.Dia masih di situ memandang tajam Zamri.
"Saya kata keluar sekarang!"
Putra bernada keras.Barulah Nizam mendengar kata.Kini hanya mereka berdua sahaja dalam bilik itu.
"Saya rasa kecewa sangat..nampak perangai awak macam ni.Zalim,dan tidak berhati perut.Dalam keadaan awak macam ni pun,awak masih menangkan duit..berbanding kasih awak dalam keluarga.Saya akan cakap terus-terang kat sini,duit bukanlah segala-segalanya..sebab duit akan lenyap juga..bila awak salahgunakannya.Ingat pesan saya ni..."
Amaran dan pesanan bagi Zamri.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Itulah sikap Zamri.Dia tidak mengendahkannya.Putra pergi dari bilik itu tanpa menoleh ke arah Zamri.
Danish sudah berada di luar rumah.Zetty memandang Danish yang sedang mendekati mereka.Dia berasa sangat mengenali Danish.
Putra begitu pantas sekali keluar dari rumah itu.Dia berjalan mendekati mereka.
"Encik..."
"Danish,bawa mereka pergi ke rumah saya.."
"Apa dah jadi ni,encik?"
"Nanti saya ceritakan pada awak.Awak bawa mereka ya..Hati-hati.."
Kata Putra membantu Zetty memapa Nashita masuk ke dalam kereta.Danish menurut perintah.Mereka bertolak.Terlintas di fikiran Putra mengenai Nizam.
"Nizam..."
Dia berbisik perlahan.Lalu segera mencarinya di merata tempat.Namun beberapa langkah sahaja,dia menemui Nizam.Kelihatan Nizam berdiri membelakanginya di halaman rumah.Putra menghampiri.
"Nizam,mak dan adik awak saya bawa ke rumah saya.."
Putra berkata.Nizam tidak memberi reaksi.
"Puaskah hati awak.Awak dah nampak kan macam mana perangai ayah awak..Kalau awak masih berfikir nak ikut jejak ayah awak tu,kesianlah kat mak awak.Dia dah lama menanggung derita bila dengan ayah awak.Sedarlah diri awak.Jangan nak ego lagi dengan keluarga.."
Putra bernada sedikit keras.Sebelum dia berlalu meninggalkan Nizam di situ.Akhirnya,Nizam berpaling memandang Putra yang sedang berjalan menuju ke kereta.Dia sebak.
'Maafkan saya...Putra.'
Hatinya berkata benar dan ikhlas.Dia sendiri malu untuk bersemuka dengan Putra.Kini,barulah dia faham mengapa Putra sanggup mempertaruhkan nyawanya demi keluarga.Rupanya keluarga mereka bertopengkan manusia yang kejam.Dia amat memahami kesengsaraan Putra sekarang.
***
Danish membantu Zetty memapa Nashita ke katil.Wajahnya juga lebam kerana Zamri.Zetty berasa kecewa dengan sikap ayahnya.Dia memandang sebak Nashita.
"Cik,awak tak apa-apa kah?"
"Saya tak...apa-apa."
"Kalau ada apa-apa,cik boleh panggil saya ja ya..Oh ya,saya juga ada sediakan bilik untuk cik."
"Tak pah..Saya akan tidur dengan mak saya."
"Baiklah kalau macam tu,saya pergi dulu ya.."
Danish hampir melangkah menuju keluar tapi Zetty menghalangnya.
"Saya..macam kenal awak.Bukankah awak..pembantu Putra sebelum ni?"
"Ya,saya..pembantu Encik Putra."
"Jadi..mesti awak ada jumpa Putra kan..Dia..dia kat mana?"
"Ahm..Encik Putra..."
"Macam mana dengan makcik?"
Putra tiba-tiba datang mendekati Nashita.Terdiam mereka berdua.
"Dia..dalam keadaan baik,encik."
"Baguslah..Bagi dia rehat ya.."
"Baik,encik.."
"Kejap..encik?Takkanlah..awak ni...Putra kan?"
Putra tergamam melihat reaksi Zetty.Mereka berdua memandang antara satu sama lain.
"Maafkan saya,Zetty.Saya lambat bagitau awak..Maafkan saya.."
"Putra.."
Zetty jatuh pengsan.Putra bergegas menyambutnya.Agaknya Zetty terlalu terkejut sekarang.Semuanya berlaku dengan pantas.
Putra segera mendukungnya ke katil bersama dengan Nashita.Lalu selimutkan mereka bersama.
"Saya tahu..awak pasti terkejut sangat..Maafkan saya.."
Kata Putra memandang wajah Zetty yang terbaring di atas katil.Danish juga turut sama merasakan seperti Putra.Malam yang sangat panjang..
***
Seperti yang dirancang,Putra berjalan menuju ke bilik pejabatnya diiringi dengan Danish.Melihat kehadiran mengejut Danish di samping Putra,semua tertumpu ke arahnya.Didengari khabar cerita Danish telah menghilang tanpa khabar berita selepas kejadian Airil dibunuh.
Putra agak tenang walaupun dia tahu ramai yang kehairanan melihat kemunculan Danish.Itulah diri Putra.Dia lebih suka membuat kejutan pada orang ramai.
Zamri juga baru tiba di syarikat itu.Dijanjikan mereka ada mesyuarat sebentar lagi.Zamri bergegas ke bilik mesyuarat bersama dengan pembantunya.
Siapa sangka pertembungan berlaku antara Zamri dan Putra di antara dua jalan yang berbeza telah membuatkan mereka bersemuka.Zamri dari jauh tergelak kecil setelah melihat Danish di sampingnya.
"Wah,tengoklah siapa kat sini?Awak ada..bawa tetamu kah?"
Berani Zamri berkata begitu.Putra mencemuh.
"Dia bukan tetamu..Tapi pembantu saya sekarang."
Tersentak sedikit Zamri.Kemudian dia segera menyembunyikan riak wajahnya.
"Kenapa..awak macam kenal dia.."
"Dia..nampak macam seseorang yang saya kenal.Tapi apa pun..saya menantikan sangat..pembalasan dari awak.Kalau awak agak lambat nak balas balik pada saya,mungkin...saya yang akan bertindak dulu."
Geramnya Putra mendengarnya.Ingin sahaja ditumbuk wajah kejahatan itu.Begitu berani setelah berbuat jahat pada isteri dan anaknya semalam.Danish agak takut melihat ugutan Zamri.Dia bimbang akan keselamatan Putra.
"Tuan,mesyuarat tak lama lagi berlangsung.."
Pembantu Zamri berkata.
"Saya nantikannya ya.."
Zamri berkata putus sebelum masuk ke bilik mesyuarat.Putra sekadar memandang Zamri yang berjalan masuk ke bilik itu.
"Encik,saya risau Tuan Zamri akan buat apa-apa dengan encik..Macam mana kalau dia tahu nanti pasal encik?"
"Saya tak rasa dia tak tahu...Kalau dia tak tahu,dia pasti akan terkejut dengan kemunculan awak kat sini.Tapi,dia langsung tak bagi reaksi macam tu..Dia..memang dah tahu pasal saya."
"Apa?Pasti Tuan Zamri akan membahayakan encik nanti.."
"Tak pah,Danish.Saya tahu nak buat apa.Awak tak perlu risau..Kita akan tamatkan juga riwayat dia nanti.."
Kata Putra berjalan masuk.Danish sekadar mengikut jejak langkahnya.
***
"Disebabkan kejadian kes pembunuhan Airil menular sekarang..Saham syarikat semakin merosot sejak kebelakangan ini.."
Kata pengurus bagi saham syarikat memberikan keterangan.Putra sekadar berdiam diri.Manakala Zamri pula mulai pening kepala memikirkan masalah itu.
"Jualan kita juga semakin merosot.Kita perlu fikirkan cara untuk kembangkan semula ekonomi syarikat ini.."
"Tuan,ada apa-apa cadangan.."
Semua kakitangan di situ bekerjasama dengan Putra.Mereka sengaja membuatkan fikiran Zamri bercelaru.Zamri terdiam sebentar.Namun,mesyuarat kali ini tanpa kehadiran Nizam.Putra mengeluh panjang.
Tapi malangnya,seorang wanita berpakaian mewah datang menuju ke bilik itu.Dia terus menerja masuk.
"Hai,semua..Kamu semua apa khabar?"
Kata wanita itu teruja.Semua terkejut melihatnya.Putra juga memandangnya.Membulat matanya.Zamri juga begitu.Boleh dikatakan semua orang dalam bilik itu terkejut melihatnya.
Siapa sangka,Shira dengan pakaian mewahnya datang terus menerja masuk ke syarikat itu.Kelihatan dia lebih teruja dari yang biasa.Mengapa Shira dengan berani muncul ke syarikat itu?Apa pula rancangan Shira?Semuanya menjadi tanda tanya.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All