BAB 47

"Kenapa pula awak datang kat sini?Awak tak ingat kah yang awak dah tak bekerja kat sini lagi?"
Zamri berkata sambil duduk di kerusi putarnya.Shira pula tergelak kecil.Dia berasa dirinya dipandang hina.
"Sebab itulah saya datang kat sini..Saya nak awak ambil saya balik bekerja kat sini.."
"Agak mustahil saya nak terima awak balik bekerja kat sini..Lagipun,awak dah tak ada apa-apa sekarang..Tapi masih berpakaian macam ni lagi.Dasyat betul.."
"Ya,awak patut ambil saya balik..Kalau tak awak akan menyesal.Yalah,bukan perkara mudah nak dapatkan pemegang saham lagi selain Redzuan tu.."
"Kenapa pula saya nak menyesal?"
"Sebab saya pun ada saham juga..Bukankah syarikat ni memerlukan sedikit bantuan daripada orang macam saya.."
Zamri agak terkejut.Tertanya tanya dari mana Shira mendapatkan saham.Dia sekadar berfikir sejenak.Padahal tempoh hari dia telah merampas segala saham yang dimiliki Shira.Mengejutkan..
"Saya tertanya-tanya..Tapi apa pun,awak kata nak bantu saya kan..Baik,saya akan uruskan hal awak tu nanti..Satu lagi,awak patut pasal tu.Putra yang kita cari,dia ada kat sini."
"Apa?!Dia ada kat sini?Apa maksud awak?"
"Dia bekerja kat sini..Sebagai pengarah syarikat."
"Pengarah syarikat?Kejap,jangan cakap yang.."
"Ya,Redzuan.Dia Putra yang sebenarnya..Saya dengar sendiri Nizam bagitau.."
"Apa?!Nizam yang bagitau?!Macam mana pula dia tahu?!"
"Kakitangan syarikat bagitau dia pasal tu..Nampaknya..pekerja saya sendiri pun menikam belakang saya tanpa sedar.."
"Habis tu,macam mana pula dengan kes Airil tu?!"
"Saya dah uruskan pasal tu..Kita tunggu ja apa yang berlaku selepas ni..Lagipula Danish juga ada kat sini.Patutlah..semenjak dia bekerja kat sini,macam-macam yang jadi kat syarikat ni."
"Itu memang mengejutkan saya..Apa rancangan awak?"
Shira ingin tahu.Zamri pula senyap seketika.Apa pula rancangan Zamri kali ni?
***
"Apa?!Makcik awak yang jahat tu pun ada kat sana?Wah,tak tahulah saya..Pakcik dan makcik awak memang geng penjahat lah.."
Putra sempat bertemu dengan Aisyah pada ketika itu.Mereka duduk tenang di bangku yang disediakan di taman itu.Dekat sahaja jarak syarikat Aisyah dari kawasan taman itu.Putra sendiri datang berjumpanya.
"Saya pun pening ni..Apa pula rancangan dia kat situ?Saya takut dia juga akan bekerjasama dengan Zamri.."
"Kalau itu tak mustahil juga..Putra,kenapa awak tak tangkap ja Zamri tu..Saya rasa macam geram sangatlah.Awak asyik biarkan ja pakcik awak yang kejam tu menang."
"Bukti tu dah ada kat Rayyan sekarang..Biarlah dia yang bagi keputusannya.Saya dah minta Danish hantarkan bukti tu kat dia.Kita tunggu ja lah.."
Melihatkan Putra tertunduk kecewa,Aisyah berasa kesian pula dengan Putra.Hatinya juga turut sebak.
"Mesti awak dah banyak menderita kan?Saya faham sangat.Padahal dulunya awak seorang yang ceria,gila..Tapi bila awak dah sampai kat sini..Awak dah nampak lain sangat.Macam bukan diri awak yang sebenar."
Putra memandang Aisyah yang duduk di sampingnya.Tidaklah terlalu rapat jarak mereka duduk.
"Itulah hidup saya..Saya teringin nak macam keluarga orang lain.Bahagia bersama mak dan ayah..Tapi rasanya dunia saya sangat berbeza.Mereka hanya pandang kemewahan dan kekayaan berbanding membina sebuah keluarga yang bahagia.Saya rasa nak putus asa ja."
"Apa ni..Awak kan seorang lelaki yang kuat.Awak hebat,baik,dan.."
Putra terus memandangnya.Ingin tahu lebih lagi.
"Yalah,macam tu.Awak kena berusaha.Arwah ayah awak pun pasti tak suka tengok awak macam ni.Teruskan semangat.Saya pasti,awak akan berjaya dapatkan semula hak awak.."
Tersenyum Putra dibuatnya.Hatinya berasa senang.Waktu dihabiskan bersama dengan Aisyah seperti hanya mereka berdua sahaja.
"Terima kasih,Aisyah..Awak dah banyak temani saya tiap kali saya ada masalah.."
Aisyah juga tersenyum.Dia cukup gembira melihat Putra gembira bersamanya.
"Oh ya..Perut awak tak laparkah.Apa kata kita makan dulu..Awak sejak kebelakangan ni,makin cantiklah.Macam..saya nak cepat-cepat kahwin ja lah.."
"Apa ni..Awak nak saya tumbuk kah mata awak tu?"
"Kenapa?Betul lah saya cakap kan..Umur kita dah lama nak tua..Jadi,apa salahnya kalau..kita fikir pasal tu.Ada anak,panggil kita 'mama papa'.Kan best tu."
Jauh sangat keinginan Putra.Tersipu-sipu malu Aisyah dibuatnya.
"Awak ni kuat berangan juga.Macam ja awak tahu saya ni berjodoh dengan awak."
"Ya,saya yakin sangat.Tunggu ja lah.Bila semua ni dah berakhir,saya akan mulakan hidup baru dengan awak.Macam mana?Kalau awak kata kita macam tak ada jodoh,habis tu..kenapa saya boleh jumpa awak lagi.Dah lah duduk rapat-rapat macam ni.."
Datang gila Putra kali ini.Dia main mata pada Aisyah.Pipi semakin merah.Dia tidak mampu bersembunyi lagi.Pantas dia berlari meninggalkan Putra.
"Hei,gadis saya!Marilah makan dulu..Kenapa awak lari?"
Putra juga bingkas berdiri dari bangku.
"Tak naklah!Saya tak nak makan dengan awak!Saya sibuk!"
Kata Aisyah sambil berlari.Tergelak kecil Putra.
"Comelnya dia berlari..Saya tak tahu..Saya rasa..saya dah mula cintakan awak."
Putra sedar akan dirinya.Dia telah menemui gadis idamannya.Itulah perasaan sebenarnya kepada Aisyah.
***
"Dia..dia Putra?Awak pasti kah ni?"
Kata Maisarah berjumpa dengan Nizam di sebuah restoran.Mereka duduk bersemuka.Tenang sahaja suasana restoran itu.
"Ya,dia sendiri yang bagitau saya."
"Jadi,pasal kes pembunuhan tu..dia kah yang buat?"
"Ya,dia yang sebarkan berita pasal kes tu juga.."
Maisarah terkejut sangat sehingga dia bersandar di kerusinya.
"Apa dah jadi ni..Kenapa..baru sekarang dia bagitau?"
"Sebab...dia nak saya tahu sesuatu."
"Tahu apa?"
Nizam terus memandang Maisarah.Wajahnya kelihatan serius.Maisarah patut tahu pasal itu jika Nizam betul-betul sedar di mana tempatnya berpijak sekarang.Mereka memandang antara satu sama lain.Apa yang ingin diberitahu oleh Nizam padanya?
***
Putra dan Nizam tiba pada waktu yang sama.Mereka bertembung di luar syarikat.Mata saling menatap antara satu sama lain.Rambut mereka asyik bertiup oleh angin bayu di luar syarikat itu.Begitu juga dengan baju sut mereka.Kemudian,Nizam mendekatinya.Kini mereka bersemuka.
"Saya nak cakap sekejap dengan awak kat dalam.."
Putra terdiam.Masing-masing berwajah serius.Nizam pasti ada sesuatu ingin dikatakan.
Mereka bercakap di bilik pejabat Putra.Akhirnya masa yang tiba untuk berkata.Senyap seketika mereka berdua dalam bilik itu.
"Apa awak nak cakap dengan saya.."
Putra berkata serius.Nizam tertunduk senyap.Apa yang bermain difikiran Nizam?Apa yang dilakukan oleh Nizam selepas ini?Adakah dia akan bersikap biadap lagi dengan Putra?Atau dia meminta maaf segala kesilapan yang berlaku?

Book Comment (795)

  • avatar
    Difah Cah

    yyyyyyyy

    1d

      0
  • avatar
    Angelo Hermoso

    it is so beautiful

    1d

      0
  • avatar
    SaidiDidi

    top please give me money

    4d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters