Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 49
Hari semakin senja,telefon Rayyan berdering dalam pejabat.Bila dilihat di skrin,terpapar nama Putra.Rayyan terus menjawab panggilan itu.
"Ya,Putra.Awak baik kah kat sana?"
"Ya..Awak pula macam mana?"
"Entahlah..saya dah agak bingung sekarang ni..Kes ni merumitkan tanpa ada bukti.."
"Bukti?Bukankah bukti tu dah ada dengan awak?"
"Dengan saya?"
"Ya,saya minta Danish hantarkan dengan awak bukti- bukti tu.Kenapa?Bukti tu tak ada dengan awak kah?"
Ini menghairankan.Rayyan mulai berasa pelik.Jika Danish sudah menghantarkannya,sudah pasti bukti itu ada pada Rayyan.Tapi,ke mana hilangnya bukti itu?
"Maaf Putra..Saya tak rasa ada bukti tu dihantar dengan saya.Saya langsung tak ada terima apa-apa pun.."
Putra mulai cemas.Dahinya berkerut.Semacam tidak percaya.Terdiam Putra dalam panggilan.
"Rayyan.."
Rakan sekerja Rayyan berlari menuju ke arah Rayyan.Kelihatan di wajahnya penuh cemas.
"Putra,saya akan telefon awak balik kalau ada apa-apa.."
Rayyan segera mematikan panggilan setelah melihat rakan sekerjanya.Lalu memandangnya.
"Ada apa ni?"
"Rayyan,waran tangkap dah keluar.."
"Apa?!Apa maksud awak?"
"Waran tangkap bagi kes pembunuhan Airil tu dah keluar..Tapi..."
"Tapi apa?"
"Waran tangkap tu bukan untuk Zamri,tapi untuk...Danish.Sekarang waran tu diuruskan oleh Inspektor Amirul.Dia dalam perjalanan menuju ke sana untuk tangkap Danish."
"Apa?!"
Semakin panas Rayyan.Bukan dia yang menjadi sasaran mereka.Tapi sebaliknya orang yang tidak bersalah dilibatkan.Siapa dalang semua ini?Rayyan pecut keluar dari pejabat sambil membawa telefonnya.Sambil melangkah besar keluar,dia membuat panggilan dengan Putra.
Putra yang masih berdiam diri dalam biliknya mengangkat panggilan itu.Dia masih tidak tahu apa-apa.
"Ya..Macam mana sekarang?Awak dah jumpa bukti tu?"
"Putra,ada berita buruk.Sekarang pihak polis dalam perjalanan untuk menangkap Danish..Bukan Zamri."
"Apa?!Kenapa...kenapa pula?!"
"Saya tak tahu..Malah yang menangkap dia nanti bukan saya.Tapi pegawai polis yang lain.Saya harap awak boleh buat sesuatu."
"Baiklah,kita jumpa lain kali."
Putra mematikan panggilan.Putra naik angin.Tanpa berlengah,dia segera mendapatkan Danish.
"Danish!"
Putra memanggil Danish.Orang yang dicari itu segera menuju ke arah Putra.
"Ya,encik?Encik nak perlukan apa-apa kah?"
"Kita dah tak ada masa lagi..Awak kena keluar dari sini.."
Kata Putra segera memegang tangan Danish.Dia membawa lari Danish dari situ.Setiausahanya sekadar memandang mereka berdua.
Namun tidak sempat bagi mereka,polis sudah pun sampai ke syarikat itu dengan diiringi pegawai polis yang lain.Putra tidak menggunakan lif tapi sebaliknya dia menggunakan tangga untuk turun ke bawah.
Akhirnya mereka sampai ke tingkat bawah.Tinggal beberapa langkah sahaja mereka akan menuju keluar pintu.Tapi,orang jahat memang selalu mengambil kesempatan.Zamri tanpa disedari Putra menghalangnya di pintu masuk.Terhenti langkah Putra.Tangan masih digenggam erat.
"Awak nak pergi ke mana?"
"Ke tepi sekarang.."
Putra ingin pergi tapi..
"Tuan,dia ada kat sana."
Pegawai polis rupanya masih di tingkat bawah.Mereka nampak kelibat Danish yang dipegang erat oleh Putra.Pantas mereka berlari ke arah mereka bertiga.
"Encik Danish..."
Putra tidak dapat melarikan diri lagi.Akhirnya tertangkap juga Danish.Dia segera berpaling.
"Encik Danish,awak ditahan atas kes pembunuhan Airil pada 21 tahun yang lalu.Sila beri kerjasama."
"Tak.Dia tak bersalah.Dia diperangkap sebenarnya.."
Putra mendepakan tangannya.Dia tidak sanggup melihat Danish ditangkap begitu sahaja.
"Kami ada bukti mengenainya.Cap jari ditemui di pemegang cangkul tempat kejadian..Memang jelas dialah pelakunya.."
Tangan Danish digari.Terlepas genggaman Putra.
"Apa?!"
Dia segera berpaling memandang Zamri dibelakangnya.Senyuman lebar terukir.Jelas nampak raut wajah Zamri memang pesalahnya.
"Danish,tidak..Jangan bawa dia.."
Putra berasa sangat kecewa.Sehingga mengejar Danish ke kereta polis.Danish yang menoleh sebentar berusaha menampakkan raut wajah biasa.
"Saya tak apa-apa,encik.Encik janganlah risau.."
Putra tidak sanggup melihatnya.Walaupun Danish di dalam kereta polis sekali pun,Putra masih setia mengejarnya.Malah berusaha membuka pintu kereta itu.
"Tak,lepaskan dia..Dia tak bersalah."
Kereta akhirnya bertolak.Rayyan rupanya sudah berada di sana tapi tidak mampu berbuat apa-apa.Bukan dia yang berkuasa untuk itu.Putra berasa dirinya ditinggalkan.
"Pakcik..."
Putra memanggil dengan gelaran itu.Memang itulah selalunya dipanggil dari kecil.Mengapa semuanya dirampas daripadanya?Zamri tergelak kecil melihat Putra sekadar melihat kereta polis itu pergi jauh daripadanya.
Kemudian,mendekati Putra dengan senyuman.
"Alahai,kesiannya anak buah saya ni...Mesti awak kesepian sangat kan.."
Segera Putra memandangnya.Padahal hatinya merasakan ingin makan sahaja Zamri itu dalam mulutnya.Kemarahannya memuncak.Matanya semakin merah kerana berasa marah.Rayyan juga menghampiri mereka.
"Awak...awak memang hidup untuk merampas segalanya kah?Awak ni manusia kah..atau binatang?!"
Nada suaranya semakin kuat.Mahu sahaja dipukul wajah ceria itu.
"Awak ingat...awak boleh jatuhkan saya kah?Dah tentu tidak..Sebab apa?Sebab duit masih lagi jadi keutamaan kita.Awak mesti mengaku tu.."
"Awak...."
Rayyan segera memegang tangan Putra.Tanda untuk bersabar buat masa ini.
"Ingat ya..Duit lah segala-galanya.Disebabkan duitlah,awak boleh buat apa-apa saja.Lupakan saja hal yang dah berlalu tu..Dan pergi dari sini."
Katanya sebelum pergi jauh daripada Putra sambil ketawa.Putra berasa sangat marah.Rayyan yang turut mendengar kata-kata Zamri itu juga berasa geram.Sanggup pakcik sendiri buat begitu pada anak buahnya?Luka dalam hati Putra semakin dalam seperti hatinya ditusuk pedang yang tajam.Namun,apa yang sudah jadi?Mengapa bukti itu ditujukan kepada Danish?
***
"Kenapa...kenapa boleh jadi macam ni?"
Mereka berdua berbincang dalam bilik pejabat.Putra semacam tidak percaya.Padahal semua bukti itu memang ditujukan kepada Zamri.Rayyan juga kebingungan.
"Saya rasa,ada orang yang palsukan bukti.."
"Zamri,dia memang tak guna!Saya tahu dia yang buat semua ni!"
Kemarahannya masih belum reda.Rayyan juga merasakan begitu.
"Kalau betul dia..agak-agaknya ke mana bukti tu semua?Mungkin..dia dah hapuskan semua bukti tu dan tukar dengan bukti lain.."
Andaian Rayyan berkemungkinan betul.Putra setakat ini hanya mampu berdiam.Malah dia juga sukar membuat apa-apa tanpa Danish.Ini memang mengejutkan.
Disebabkan kejadian itu,pekerja dalam syarikat juga asyik bercerita mengenainya.Ada yang percaya dan mengatakan bahawa Putra yang mengarah Danish berbuat demikian dan ada pula yang berfikiran positif terhadap Putra.Baru sahaja Danish masuk kerja sudah ditangkap.Apa semua ini?
***
"Bagus kerja awak..Saya rasa seronok sangat dapat tengok reaksi dia..Perut saya asyik sakit saja bila nak gelak.Memang kelakar.."
Pembantunya berasa sedikit bangga.Dirinya dipuji.Zamri tergelak besar pula.
"Awak memang tak sedar,Putra.."
Katanya penuh yakin.Persoalannya,apa yang dirancang oleh Zamri sehingga berlaku keburukan seperti ini?Ke mana pula bukti-bukti tu semua?
***
Sebelum ini...
Danish patuh arahan Putra untuk memberikan bukti itu kepada Rayyan di pejabat.Hampir senja,Danish tiba di sana.Dia melangkah menuju ke pintu masuk pejabat itu.Namun...
"Pakcik.."
Ada seseorang memanggilnya dari jauh.Dia segera mencari arah suara itu.Kelihatan pembantu Zamri datang ke arahnya dengan senyuman.
"Pakcik ni..Pakcik Danish kan?"
Peramah pula dia di sini.
"Ya,saya.Awak ni siapa?"
"Ahm saya ni kawan kepada Rayyan.Dia sibuk sangat buat kerja kali ni.."
Katanya berpura-pura.Danish tidak tahu niat sebenar dia.Dia pula ternampak Danish membawa bukti itu.Mulai mengatur rancangan.
"Apa tu?Pakcik nak hantar kat Rayyan kah?"
"Ya..Pakcik kena cepat.Pakcik pergi dulu ya.."
"Eh kejap pakcik..Biar saya yang bagi.."
"Akh tak pahlah biar pakcik sendiri yang bagi.."
"Alah tak pah.Bagi sini..Saya akan bagi dia ya.."
Dia pantas mengambil bukti itu dari tangan Danish.Lalu masuk ke pejabat itu dengan selamba.Dia menanti di dalam sama ada Danish sudah pergi atau tidak.Akhirnya Danish pergi.Bukti itu sudah dalam tangannya.
Selepas itu,dia segera keluar dari situ lalu membawa bukti itu.Dia juga mengambil cap jari Danish tempat disentuh olehnya tadi.Dia gunakan pelekat untuk mengambilnya.
Malamnya pula,dia dengan senyap pergi ke kawasan kejadian.Lalu melekatkan kembali cap jari Danish ke pemegang cangkul.Itulah sebabnya cap jari Danish dijumpai di pemegang cangkul.
Keesokkannya,dia mulai membuat laporan palsu mengenai bukti itu lalu menghantar dengan selamba ke pejabat.Itulah cap jari itu amat mudah dijadikan sebagai bukti.Apakan daya nasibnya menerima nasib buruk.Dia sendiri juga tidak mampu berbuat apa-apa.
***
Danish disoal siasat oleh Inspektor Amirul dalam bilik itu.Berapa kali pun ditanya soalan,pengakuan tetap sama.Danish tidak mengaku itu kesalahannya.Dia mengatakan bahawa dirinya diperangkap.Namun sifat seorang anggota polis tidak akan mempercayainya.Danish berasa sangat kecewa.
"Saya nak bercakap dengan awak sekarang.."
Kata Rayyan menerja masuk ke bilik itu.Danish sempat memandang ke arahnya.Raut wajahnya mengharapkan pertolongan.
Amirul pun keluar dari bilik itu untuk berbincang dengan Rayyan.Sesama polis berbincang.
"Saya nak bagitau awak sekarang..Dia..dia tak bersalah.Saya yakin sangat.Dia dah diperangkap sebenarnya.."
"Macam mana awak boleh yakin dia tak bersalah?Awak ada bukti kah?"
Terdiam Rayyan berkata apa-apa.Amirul faham maksud itu.
"Lagipun ini adalah arahan ketua sendiri.Bukti tu dah ditunjukkan pada dia..Mustahil awak boleh bebaskan dia tanpa bukti.."
"Jadi,macam mana pula dengan saya?Bukankah kes ini sepatutnya saya yang uruskan."
"Ya,tapi bukan sekarang.Ketua minta saya gantikan awak.Awak jangan risaulah..kalau awak ada apa-apa,jumpa saja dengan saya supaya saya boleh pertimbangkan juga untuk awak."
Amirul sangat faham perasaan Rayyan.Sebelum dia pergi,dia sempat menepuk bahu Rayyan dengan lembut.Rayyan mengeluh kecewa.Sukar baginya lagi untuk meneruskannya.Semuanya sudah tersekat sekarang.
***
Waktu malam,Putra memandu kereta mewahnya.Dia mengelamun panjang semasa memandu.Malah hujan lebat juga berlaku.Keretanya pula berjalan agak lambat.Fikirannya melayang.
'Apa saya nak buat?Kenapa dia..dia masih belum sedar kekalahan dia?'
Dia berkata dalam hati.
'Maafkan saya,pakcik.Saya agak gementar sekarang.Zamri semakin kuat.Saya rasa..saya dah tak ada jalan lain lagi untuk selesaikannya.'
Katanya lagi dalam hati.Pemanduannya kurang fokus.
'Saya pasti..ada jalan penyelesaiannya..'
Putra berfikir-fikir sehinggalah keretanya tergelincir sekejap di jalan raya.Kereta di belakangnya menghon kuat.Baru dia tersedar dari lamunannya.
Kemudian dia merancang ingin pergi ke sesuatu tempat dahulu sebelum pulang ke rumah.Keretanya semakin laju.Berharap akan ada jalan penyelesaiannya.
***
Putra pergi ke rumah Zam.Rumah yang sederhana tapi mendamaikan.Dia berasa rindu saat melihat rumah itu.Mesti banyak kenangan Zam di situ selama ini.
Dia masuk ke dalam rumah itu dengan perlahan.Agak lusuh dan lama.Dia memandang sekeliling rumah itu.Masih seperti dulu.Rumah kecilnya yang pernah disediakan oleh Zam dulu.
Siapa sangka,dalam diam Zam juga merehatkan diri dalam rumah itu sebelum diberikan kepada Putra.Semuanya agak tenang.Melihat meja kerusi televisyen dan almari dapur masih kukuh lagi.Sehinggalah dia ke bilik tidur.Dia memeriksa segala almari dan laci dalam bilik itu.Semuanya kosong.
Namun,tiba-tiba Putra menarik satu laci daripadanya agak aneh.Ruang laci itu agak kecil.Bila ditarik,laci itu sememangnya kecil.Dia merasa dengan tangannya di bawah laci itu.
Matanya berkelip-kelip.Terasa ada sesuatu yang melekat di bawah laci itu.Pantas dia menariknya.
Kelihatan cip kecil dilekatkan dengan pita pelekat di bawahnya.Putra berkerut dahi.
"Cip apa ni?"
Kelihatan seperti cip memori.Putra segera membawa balik.
***
Setelah Putra tiba di rumah,langkahnya laju ke tingkat atas.Dia terus masuk ke bilik.Baju sutnya dibuka.Dia ingin tahu apa kandungan cip itu.
Kemudian dia memasang ke dalam peranti.Dan disambungkan ke laptopnya.Banyak fail tersimpan dalam cip itu.Sehinggalah dia terjumpa satu video.Dia menekan video itu.Setelah beberapa minit menonton video itu,wajahnya berubah riak.Dia agak terkejut.Matanya agak membulat.
"Kenapa...dia ada benda ni?"
Dia teramat terkejut.Video apa yang ditontonnya?Mengapa dia terkejut?Dia ingin tahu kenapa cip itu ada pada Zam selama ini.Hal ini menjadi teka teki.Dia mulai memutarkan semula segala yang berlaku.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All