Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 50
Bukti sebenar masih di tangan Zamri.Api marak menyala.Bersiap sedia untuk menghapuskan bukti itu.
"Tengoklah apa yang saya ada...kes tu dah ditutup serta-merta.Buat apa dia nak menentang saya lagi.Dah tak ada guna.."
Zamri yakin.Sunyinya rumah yang didiaminya sekarang.Disebabkan Nashita dan anak-anaknya dibawa keluar dari rumah itu,Zamri bermaharajalela.Sepuasnya dia mampu membuat apa-apa yang disukainya.Tiada siapa yang nampak apa yang dia lakukan.
"Putra..putra.Saya pun tak nak berdiam diri saja kalau awak berdegil sangat nak lawan saya.Awak tak sedar kah di mana tempat awak sekarang."
Tangannya terus sahaja melemparkan bukti itu ke dalam api marak.Tiada lagi bukti untuk menyabitkan kesalahan padanya.Puas hatinya.Senyuman semakin lebar.
"Saya akan pastikan...awak melutut depan saya."
Zamri tergelak besar.Dia merasakan bahawa kemenangan memang jelas adalah dirinya.Dia berasa yakin bahawa Putra akan berputus asa juga akhirnya.Malam yang sunyi.Gelak tawanya bergema dalam rumah.Gelakan seorang penjahat bersuka ria melihat kemenangan dirinya sendiri.
***
Waktu untuk bersarapan,semua sudah duduk bersarapan di kerusi masing-masing.Nizam tersedar Putra belum ada bersama mereka walaupun makanan sudah terhidang.
"Mak,mana Putra?"
"Oh dia dah keluar awal lagi.."
"Keluar?Pergi mana?"
Kata Zetty pula bertanya.
"Dia kata ada urusan sekejap kat luar.Tapi dia tak ada pula cakap dia pergi ke mana?"
Nizam mula cemas.Dia takut sahaja Putra buat sesuatu dengan sendirian.Harap-harap Putra berfikir dahulu sebelum bertindak.
***
Putra menanti Danish.Rupanya dia melawat Danish awal pagi lagi.Setelah dia melihat Danish,dia segera bingkas berdiri dari kerusi.Wajahnya agak sayu.Danish pula terkejut melihatnya.
Dengan tangan digari,dia dengan perlahan duduk bersemuka dengan Putra.Begitu juga dengan Putra.Hanya menatap mata walaupun dihalang dengan cermin lut sinar.Masing-masing mengangkat ganggang telefon.
"Kenapa...encik datang ke sini?Encik tak apa-apa kah?"
Kata Danish memulakannya.Putra berasa sebak.Air matanya bertakung di mata.
"Awak tak sepatutnya tanya saya macam tu.Awak yang kena jaga diri awak.Jangan risau pasal saya.."
Putra dapat menahan air matanya.Danish terikut sebak.Apakan daya mereka sangat rapat dari kecil lagi Putra dijaga olehnya.Sayangnya Putra padanya selama ini.
"Encik..janganlah banyak menangis lagi.Bukankah encik sangat kuat orangnya.."
"Saya takkan menangis lagi..kalau awak benarkan saya panggil awak 'pakcik'.."
Tergamam Danish mendengarnya.Mata saling menatap lama.
"Encik.."
"Tolong jangan..bantah lagi apa saya cakap.Awak juga panggil saja saya macam biasa dari kecil.Janganlah formal sangat dengan saya.Saya boleh naik gila tahu tak?"
Danish mengalirkan air mata.Dia berasa dirinya dihargai sangat.
"Baiklah...Putra.."
Lega hati Putra mendengarnya.
"Saya akan keluarkan pakcik dari sini..Saya janji.."
Putra sudah berasa yakin.Danish sekadar mengangguk sebak.Senyuman terukir hambar.Putra pasti akan selamatkan Danish.
***
Mesej masuk ke telefon Nizam.Dia yang tersedar isyarat mesej itu segera membacanya.Terlihat mesej daripada Putra.
"Berkumpul sekarang kat rumah.Saya nak bincang sekejap dengan kamu semua.."
Mesej dibaca dengan teliti.Hampir sahaja Nizam melangkah keluar bekerja.Tapi terhalang.Pantas dia berlari ke bawah mencari mereka semua.
"Mak,Zetty..Putra minta kita tunggu dia kat sini.."
"Kenapa?"
Zetty bertanya.Mereka berkerut dahi.Apa perbincangan mereka?Adakah ianya sangat serius?
***
"Tuan,majlis tu siap sepenuhnya untuk malam ni.."
"Bagus..Pastikan lancar malam ni..Nak sambut tahun baru,kena lah meriah sikit.Macam mana pula dengan jemputan?"
"Semuanya juga sudah diuruskan,tuan.."
"Awak boleh pergi.Uruskan yang selebihnya.."
"Baik,tuan.."
Dia segera pergi dari bilik itu.Zamri ditinggalkan sendirian.
"Apa reaksi awak pasal ni,Putra..Pasti awak akan datang sini jumpa saya nanti.."
Zamri tergelak besar.Apa pula kali ini.Zamri juga masih ada helah untuk Putra.Apakah Putra tahu helahnya?
***
Putra tiba di syarikat.Dia nampak selamba berjalan masuk ke syarikat.Agak pelik melihat semua orang mula memandangnya.Dia tidak tahu apa yang berlaku.Dia sekadar melalui sahaja jalan tanpa memandang mereka semua.Tapi..
"Itu dia.Encik Putra?"
Suara dipanggil dari jauh.Sekali Putra mencari arah suara itu.Para wartawan beramai-ramai mendekatinya.Dia terkejut.
"Encik,kenapa encik menyamar jadi orang lain?Apakah benar berita encik pasal penyamaran ini bertujuan untuk sabotaj syarikat?"
"Encik ada motif lain kah pasal ni?"
Pelbagai soalan yang diajukan oleh wartawan di situ.Dia terdiam sebentar.Rasanya dia tahu siapa yang memanggil wartawan ke syarikat ini.Malah menyebarkan berita palsu pasal dirinya.Dia berasa marah.
"Encik,sila beri penjelasan.Apakah benar artikel pasal encik?"
Dia tidak mengalah.Dengan semangat yang tinggi,dia menunjukkan raut wajah yang serius.
"Baiklah,kalau kamu semua nak tahu pasal saya..Datang ke majlis tahun baru malam nanti.Kat majlis tu nanti,kamu akan tahu perkara sebenar cerita yang mengundang kamu ke sini.Saya pasti jawapan yang kamu terima akan bertambah lebih menarik lagi dalam artikel kamu.Itu saja.."
Dia segera melarikan diri dari situ.Seorang pengawal keselamatan,datang membantunya.Dia memberikan senyuman.
"Encik,encik kena pergi sekarang.Jangan putus asa encik..Saya akan halang mereka semua dari sini."
Terharu Putra mendengarnya.Sebelum dia melangkah masuk ke lif dia menganggukkan kepala.Dengan segera dia berlari ke arah lif untuk ke tingkat atas.Pasti dia menuju ke bilik Zamri.
Disebabkan Putra kisahkan pasal pekerjanya,ramai dikalangan mereka lebih menyokong Putra berbanding Zamri.Malah sudah diketahui identiti sebenar Putra,mereka lebih bersemangat untuk membantu Putra.Mereka tahu Putra selayaknya mendapatkan kesemuanya daripada Zamri.Dia tidak keseorangan lagi.Banyak lagi yang berjuang bersamanya.
Pintu dibuka sepantasnya.Zamri segera memandang ke arah pintu itu.Benar sangkaannya.Putra berjumpa dengannya lagi.
"Macam mana?Awak dah bagi komen kah kat mereka semua tu?Saya rasa kesian pula mereka semua sanggup ke sini awal pagi sebab nak dapatkan jawapan awak..Awak kena lah jelaskan semuanya.."
Zamri begitu bangga.Rancangannya berjaya.Putra pula sekadar mencemuh.
"Hebat betul cara awak nak jatuhkan saya..Sampai ke sini tahap tindakan awak.Bukankah awak cuba nak makan diri awak sendiri?"
Sindiran untuk Zamri.Senyuman masih terukir.
"Putra..saya boleh ja lepaskan awak.Tapi awak kenalah bekerjasama dengan saya.Mari kita bina kehidupan yang indah bersama.Awak sepatutnya sedar..kemewahanlah yang membahagiakan awak.Mengarut ja lah kasih sayang tu semua..Saya benci dengarnya."
"Bekerjasama?Saya betul-betul nak tahu.Kenapa...kenapa awak sanggup buat semua ni semata-mata demi wang?"
Sehingga kini,Putra tersangat minat ingin tahu sebabnya.Mulalah Zamri memikirkan kisah silamnya sambil memandang pemandangan di luar jendela.
"Awak nak tahu kah?Baik,saya akan bagitau.."
Katanya membelakangi Putra.
"Awak tahu kan..mak saya..kahwin dengan datuk awak..Awak pun tahu juga kenapa kita boleh jadi keluarga..secara tiba-tiba ja umur saya meningkat tua macam ni ada anak buah tiri.Iaitu awak.Anak buah tiri yang kaya daripada saya.."
Putra mendengarnya.Suasana semakin sunyi.
"Awak tahu tak kenapa saya jadi begini?Sebab saya dulunya..dari keluarga yang miskin..keluarga kami asyik dihina,dicaci..sejak ayah saya meninggal dunia.Tiba-tiba saja,seorang lelaki datang membantu kami semua.Dia baik..kemudian beberapa bulan,datuk awak rancang nak kahwin dengan mak saya.Pada awalnya,adik datuk awak membantah.Dia kata dia tak suka dengan kami.Saya diam kan diri sebab tak faham maksud dia.."
Katanya bercerita lagi.
"Setelah mak saya berhasil berkahwin dengan datuk awak..saya tekad,saya akan pastikan harta tu jatuh ke tangan saya juga.Sehinggalah saya jumpa awak dan ayah awak.Peluang untuk saya singkirkan awak dan ayah awak.Ayah awak berjaya disingkirkan.Tapi awak Putra..."
Zamri berpaling semula memandang Putra.
"Awak sangat berani..Awak juga sanggup menentang saya padahal saya adalah pakcik tiri awak.Saya akui...awak sangat berbeza dengan ayah awak."
Putra sekadar berkelip mata.Dia ingin tahu lebih lagi.
"Kalau disimpulkan kesemuanya,mak saya yang berkahwin dengan datuk saya adalah nenek tiri awak..Begitu juga dengan saya dan kakak saya,Shira..pakcik dan makcik tiri awak.Adik kepada datuk awak pula,Suriana dianggap sebagai nenek awak.Dan awak..adalah anak buah tiri saya.Rumitkan kisah hidup kita..."
Zamri menganggapkan begitu.
"Saya tak nak..orang pijak saya balik sebab terlalu miskin..Biarlah saya lebih utamakan kemewahan untuk menjadi...seorang yang disanjung tinggi oleh semua orang.
"Awak dah salah sebenarnya.."
Giliran Putra pula berkata.Dia cuba membantah.
"Awak anggap kasih dan cinta tu penting..Tapi sebenarnya kedua-dua adalah kekuatan untuk terus hidup..Awak anggap remeh,tapi sebaliknya kedua-kedua masih hingga kini orang cari.Macam mencari pasangan,masing-masing mengharapkan sesuatu untuk menemani mereka..Awak tahu tak apa yang penting bagi mereka?Cinta.."
Zamri pula terdiam.Putra cuba membalikkan kesemuanya.
"Saya nak tanya awak sekali lagi..Katakanlah wang tu penting sangat dalam hidup ni,tak kisah pasal kasih dan cinta tu..mesti dunia penuh dengan kesuraman,kejahatan,kegelapan..Tapi bila ada nya kedua-dua tu,awak tahu apa akan jadi pada dunia..Bahagia,sejahtera..begitu juga dalam keluarga.Soalnya,awak masih fikir kasih dan cinta tu boleh dibeli kah dengan duit.Jawapannya tidak.Sebab ianya wujud dalam diri kita sendiri.Walaupun sesusah mana pun,orang akan sentiasa ingat..kasih dalam keluarga jangan pernah putus.Awak tak faham lagi kah?"
Zamri cuba tidak mendengarnya.
"Lagi utama,kalau tak ada mak ayah..hidup kita jadi susah..sebab apa?Sebab mereka adalah panduan hidup kita.Awak cuba bunuh ayah saya..awak fikir saya bahagia..Macam mana perasaan mereka yang tak ada mak ayah,macam tu lah saya.Biar saya ingatkan lagi sekali,kasih dan cinta tidak boleh dibeli dengan duit.Duit langsung tak penting kalau nak bahagia.Sebab perasaan itulah yang jadi teman awak sehingga akhir hayat.Bukan duit.."
"Awak tahu tajuk cerita yang bagus untuk kita bertiga,Takhta Tiga Kuasa...Tiga orang yang berlumba-lumba untuk mendapatkan harta yang mewah tu..Malah lagi teruk,persaingan tu antara dua orang yang dah berusia menentang anak buah tiri sendiri..Pakcik dan makcik dia..Bukankah cerita tu teruk sangat.."
Putra mengeluh panjang.Zamri berfikir panjang.
"Saya akan buktikan pada awak,wang adalah segalanya.Bukan macam yang awak cakap tu.."
"Teruskanlah..Saya juga akan buktikan tanggapan awak pasal wang tu salah.Saya akan buktikannya.."
Katanya sebelum melangkah keluar.Zamri mendengus keras.Dia cuba kawal kemarahannya.Putra pula berasa puas bertikam lidah dengannya.
'Awak salah,Zamri..Tunggu saja malam ni..Awak dah cuba pasang perangkap sendiri tanpa saya yang buat..Awak tengok ja lah nanti..'
Putra sudah mengatur segalanya.Lihatlah hasilnya nanti apa yang akan berlaku malam nanti.Segalanya akan berakhir juga riwayat bahagia Zamri.Segalanya akan musnah.Nantikan sahaja penamat kisah hidup kesengsaraan Putra.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All