Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 51
Kerana terlalu gembira,Zamri teringin melihat keadaan persiapan majlis itu.Jelas terlihat di wajahnya kegembiraan itu.Dia berasa bangga tiada lagi yang akan menentangnya.Dia berjalan ke sana diiringi oleh pembantunya.
Shira juga berada di sana,melihat kecekapan pekerja yang pantas menguruskan persiapan itu.Semuanya sudah sedia.
Zamri mendekati Shira setelah menyedari kelibatnya di situ.Dengan senyuman,dia mengejutkan Shira dari belakang.
"Cekap betul kan mereka semua buat kerja..Majlis ni hampir siap sepenuhnya untuk malam ni..Tahun yang baru adalah azam baru."
"Macam mana dengan dana awak yang banyak tu?Awak agak kedekutlah tak kongsi dengan saya.."
"Awak tahu juga rupanya..Awak selidik saya kah ni?"
"Mestilah..Awak tu banyak sangat simpan rahsia lah."
"Awak ada baca artikel pagi tadi.."
"Oh artikel pasal Putra tu kah?"
"Ya.."
"Saya ada dengar pasal berita tu..menarik..Penyamaran dia membawa kepada punca kejatuhan syarikat.."
"Ya..betul tu.Orang macam dia,tak sepatutnya ada di sini.Dia kena sedar semua tu.."
"Apa pun,semoga berjaya untuk awak sambut tahun baru nanti.."
Zamri tersenyum kambing mendengar kata-kata Shira itu.Dia abaikan sahaja.
"Saya tak nak buang masa kat sini dengan awak..Tunaikan janji awak pada saya."
Katanya sebelum meninggalkan Shira.Dia cuba mengingati Shira.Perangai Zamri menjengkelkan Shira.Langsung tidak berubah.
Zamri mendongak ke atas melihat lampu kaca mewah digantung di tengah-tengah dewan itu.Dewan itu tersangat mewah hiasannya.Semuanya daripada duit Zamri sendiri.Sambil dia mendongak melihat hiasan-hiasan itu,dia terlihat ada berbonggol di atas.Malah ditutup dengan kain hitam.Zamri berkerut dahi.
"Apa benda yang kain hitam tu?Nampak macam ada sesuatu yang akan jatuh nanti dalam dewan ni.."
"Ya,tuan.Mereka kata itu adalah belon-belon yang akan siap-sedia menghujani majlis malam nanti tepat pada pukul 12 tengah malam."
"Menarik,kreatif..teruskan saja..Oh ya sebelum terlupa,macam mana dengan bunga api?"
"Mereka tengah uruskannya sekarang,tuan."
"Baiklah,tak sabar nak..tengok suasana sebenar majlis ni nanti..Hantar saya pulang sekarang untuk persiapkan pakaian saya.."
"Baik,tuan.."
Mereka pun berlalu pergi dari situ.Kain hitam di atas masih kukuh.Apa benda di sebalik kain hitam itu?Betulkah di dalamnya berisi belon-belon untuk majlis itu nanti?Tiada siapa yang dapat meneka di sebalik kain hitam itu.
***
Putra pula sekadar termenung jauh melihat pemandangan matahari terbit di tingkap pejabatnya.Dia kelihatan gementar.Masa yang sama,Nizam masuk ke bilik pejabatnya selepas mengetuk pintu.
"Putra,semuanya dah selesai."
Kata Nizam memberitahu sesuatu.Putra segera memandangnya.
"Macam mana dengan.."
"Awak jangan risau.Semuanya baik saja.Dia cuba ingat semuanya.Saya pasti dia boleh dedahkannya masa majlis nanti."
"Baiklah,permainan kita masih bermula..Walaupun kita yakin,kita akan menang..kita kena juga ambil langkah berhati-hati supaya dia tak lari dari perangkap kita."
Putra memberi kiasan.Nizam amat mengerti maksud itu.Semuanya akan berjalan lancar.Dia akan pastikan senyuman lebar Zamri berubah menjadi tangisan yang menyedihkan.Bersiap sedialah menerima hukumannya.
Persoalannya,siapa yang dimaksudkan oleh Nizam tadi?Dia mengatakan ada seseorang yang cuba mengingat kembali.Siapa orangnya?Apa yang perlu diingati?Teka teki masih berjalan.Belum tahu apa rancangan sebenar mereka.
***
Malam sangat gemilang dan ceria.Ramai sekali yang hadir ke majlis itu.Kesemuanya dari golongan orang yang berada.Sambutan menyambut tahun baru di dewan syarikat itu menjadi kunjungan ramai.
Mereka semua sudah tiba di majlis itu.Zetty bersama dengan Nashita sambil memerhatikan gelagat orang ramai.Mereka agak serius.Nizam pula kelihatan seperti menanti seseorang.Mungkinkah Putra yang dinantikan?Putra masih belum hadir di majlis itu.Suasana sangat meriah.Tapi hanya dalam kalangan mereka berwajah serius.
Nizam menghampiri Nashita dan Zetty.Mereka berdua nampak menawan dengan pemakaian gaun berjenama.
"Mak,Zetty..mana Putra?Saya tak nampak langsung dia dari tadi.."
"Kami pun tak nampak dia..Dia ada bagitau kah dia ke mana?"
"Tak ada pula.Ini yang saya risau ni.."
"Kamu jangan risau..fokus dengan majlis ni saja.Kita tak boleh gagal."
"Baiklah,mak..Kamu berdua hati-hati.."
Kata Nizam meninggalkan mereka.Nizam pula nampak segak dengan pemakaian baju sut putih dengan reben bentuk kupu-kupu di tengkuknya.Mereka bertiga mula risau.
Tidak terlepas juga,Aisyah datang ke majlis itu bersama dengan ayahnya.Zamri yang baru datang ke majlis itu secara tidak sengaja bertembung.Mereka saling mendekati.Aisyah mulai memandang curiga terhadap Zamri.
"Tak sangka pula awak datang.."
Zamri menyapa.Aisyah nampak cantik dan elegen dengan gaun berwarna merah hati.
"Awak apa khabar?"
"Saya baik.Baik sampai rasa nak berseronok malam ni.."
Zamri berkata.Ayah kepada Aisyah berasa kekok dengannya.Maklumlah Aisyah menceritakan segalanya tentang latar belakang Zamri.Zamri sempat memandang kecantikan Aisyah.
"Dia anak awak kah?"
"Ya,dia anak perempuan saya.."
"Awak nampak cantik.."
Pujian untuk Aisyah.Aisyah sekadar memberikan senyuman hambar.Dia berasa menyampah mendengar pujian itu.
"Ahm saya rasa majlis dah nak mula.Saya pergi dulu ya.."
Dia sengaja tukar topik.Dia berasa kurang selesa melihat Zamri asyik memandang Aisyah dari tadi.
"Oh ya,silakanlah.."
Zamri sekadar melayan.Dia pun mendekati pula dengan rakan perniagaan yang lain.
Aisyah sejak tadi asyik tercari-cari Putra.Langsung tidak ada kelibatnya.Aisyah mengeluh.
'Ke mana pula dia ni?'
Dia berkata dalam hati.Tiba-tiba telefonnya berdering.Dia segera menjawabnya.Memandangkan ayahnya sedang berbual rancak dengan rakan perniagaannya.
"Awak kat mana?Awak kata nak jumpa saya kat sini?"
Katanya dalam panggilan.Matanya terus membulat.Apa yang diarahkan sehingga dia berwajah terkejut?
"Baiklah,saya akan ke sana."
Katanya sebelum memutuskan panggilan.Dia sempat memandang ayahnya dari jauh.Kemudian dia berlalu pergi dari situ.
***
Majlis akhirnya berlangsung.Suasana menjadi senyap.Sambutan tahun baru dimulakan.
"Selamat malam kepada tuan dan puan yang hadir ke majlis pada malam ini.Majlis ini bertujuan untuk menyambut tahun baru pada tengah malam nanti.Dan syarikat juga berkesempatan untuk mengatakan azam baru untuk kejayaan syarikat ini.Terima kasih kerana sudi datang ke majlis malam ni untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis kali ini.
Pengacara bagi majlis itu dengan yakin memberikan ucapan.Para hadirin fokus terhadapnya.Begitu juga dengan para wartawan yang datang atas kehendak Putra.
"Baiklah,tanpa membuang masa..Dipersilakan Pengerusi syarikat iaitu Tuan Zamri untuk memberikan ucapan penghargaan untuk para hadirin.Dipersilakan.."
Zamri segera naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan.Semua bertepuk tangan untuknya.Tapi tidak bagi Nashita,Zetty dan Nizam.Mereka berasa muak memandangnya.
"Terima kasih saya ucapkan kepada tuan dan puan yang sudi hadir ke majlis yang indah ini.Di sini,saya berasa sangat bersyukur kerana berkesempatan untuk memberikan ucapan ini kepada tuan dan puan.Kejayaan ini adalah hasil titik peluh saya selama ini sejak mak dan ayah saya kemalangan jalan raya.Ianya masih melekat dalam memori saya.."
Mendengarkan ucapan itu,membuatkan Nizam berasa kehausan.Dia segera meneguk air kosong.Matanya penuh dengan kemarahan.
"Saya sangat gembira pada malam ni.Meriah sungguh majlis kali ini.Terima kasih saya ucapkan.."
Sekali lagi tepukan untuknya.
"Sementara menanti sambutan tahun baru,apa kata kita tonton dahulu video ini.Khas untuk semua para hadirin malam ni..Video ini adalah usaha saya membina kejayaan syarikat ini..Saya menjemput anda semua untuk menonton bersama video ini."
Katanya sebelum memandang ke arah skrin itu.Akhirnya video itu ditayangkan.Seperti yang dikatakannya,video itu sama seperti yang dikatakan.Video itu mengambil masa selama 30 minit.
Selepas sahaja 30 minit,Zamri bernafas lega kerana video itu telah selesai.Dia kembali memandang semua orang di hadapannya.
"Itulah dia hasil usaha saya selama ni..Saya..."
"Awak yakin kah mereka dapat tangkap Airil?"
Terdiam Zamri memberi ucapan.Dia segera berpaling semula memandang skrin itu.Apa yang mengejutkannya.Itu adalah rakaman CCTV dalam ruang tamu masa tu.Jelas terlihat Zamri dan Shira berbincang.Dia tergamam.
"Mestilah.Saya dah fikirkannya..Mereka perlu buatkan Airil seperti pergi melarikan diri ke luar negara kerana sifat pengecutnya.Kita akan tenang bila tak ada lagi manusia seperti dia wujud di dunia ni."
"Kita tunggu saja...Kemenangan ni akan jadi milik kita."
"Awak memang hebatlah,Zamri.Dia tak sepatutnya ada di sini."
Dia berasa sangat terkejut.Apakah semua ini?Belum selesai lagi,video masih berlangsung.
Kali ini pula rakaman CCTV di kawasan yang gelap.Kawasan Airil diculik pada ketika itu.Sama jelas terlihat kelihatan Zam berlari pecut menyelamatkan mereka tapi hanya Putra sahaja dalam genggamannya.Membulat mata Zamri melihatnya.Begitu juga dengan Shira.Dia terkejut sampai menutup mulutnya.Tangannya mulai menggeletar.
Semua yang hadir juga terkejut.Mulai kecoh.
'Siapa..siapa yang berani buat semua ni?!"
"Saya!"
Suara jeritan dari jauh.Semua memandang ke arah suara itu.Kelihatan Putra dengan segak berpakaian sut tuksedo berjalan perlahan menghampiri pentas.Dia kelihatan dari pintu utama.
"Ya,itu adalah video yang menunjukkan usaha dia selama ni..Usaha yang kejam selama 21 tahun sehingga sekarang."
Semua terkejut.Para wartawan juga berpeluang membuat artikel lagi.
"Ya,saya mengaku..saya menyamar jadi orang lain..Hanya semata-mata,nak perangkap..Singa yang bermaharajalela dan bangga dengan kemewahan dia.."
Dia berkata sambil melangkah.Semua tertumpu ke arahnya.Zamri mulai merah padam memandangnya.Mata mereka saling bertatapan.Apakah yang akan berlaku selepas ini?Apakah Zamri akan mengaku kesalahannya?Apakah semua ini akan berakhir?Putra tersenyum.Manakala Zamri berwajah tegang.Habislah kali ini Zamri dan Shira.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All