Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 52
Sebelum majlis itu bermula, Putra sempat bertemu dengan Rayyan di kawasan yang agak tenang untuk dikunjungi. Persisiran pantai yang bersih dikala ombak tidak berhenti-henti naik ke daratan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sehingga mengenakan libasan ke rambut depannya disapa kedinginan. Rayyan yang baru tiba lantas berlari menuju ke arahnya.
"Putra, ada apa awak nak jumpa saya ni?Awak ada dapat sesuatu kah?" Putra pantas berpaling memandangnya. Wajahnya agak tenang sepertimana ombak di lautan.
"Ya, tolong saya tangkap Zamri malam ni." Katanya sambil menyerahkan cip kecil itu kepada Rayyan. Pastinya bukti ini akan jadi tayangan kejahatan seseorang.
"Apa isi kandungan cip ni?"
"Bukti. Awak tengoklah nanti. Nampaknya bukan saja Zamri yang terlibat..makcik saya, Shira juga sama bersekongkol dengan Zamri dalam kes tu. Saya rasa jijik pula bila tengok fail dalam cip tu."
"Baiklah, saya akan buat siasatan pasal kes ni dengan cip yang awak bagi ni. Tapi, macam mana awak boleh jumpa benda ni?"
"Saya jumpa kat bawah laci. Almari dalam rumah lama saya yang dulunya pernah didiami pembantu saya dulu.."
"Maksud awak Encik Zam kah? Bukti ni ada dengan dia selama ni?"
"Ya, pelik. Arwah rupanya dah lama simpan cip ni dari saya sejak kecil. Saya lega dapat jumpa cip ni. Saya ada salinannya juga. Jadi awak tak payahlah risau. Pasti berguna untuk majlis tu nanti."
"Awak..okey kah ni? Awak seriuskah nak akhiri semua ni?"
"Mestilah. Saya tak nak dia ada peluang lagi lepas ni. Langkah dia nak ambil 'takhta', saya akan pastikan dia hanya bermimpi saja.."
Putra berkata yakin sambil menikmati pemandangan yang luar biasa di hadapan matanya. Pukulan ombak tenang didengari halus dari kejauhan. Dalam tak sedar, bibirnya mulai mengukir senyuman.Namun tiba-tiba, bunyi telefonnya berdering.
"Ya?" jawabnya setelah menekan butang hijau di skrin telefonnya.
"Kami dah siap sedia sekarang. Kami akan tunggu awak kat sini.." jawab Zetty dalam panggilan di sana. Hatinya semakin berdebar.
"Baiklah, saya akan ke sana sekarang.." pantas dia memutuskan panggilan. Rayyan sekadar memandangnya.
"Saya pergi dulu ya.." ujarnya sebelum berlalu dari situ. Rayyan merenung cip itu dalam tempoh yang lama. Dia juga bersemangat kembali bagi meneruskan siasatan yang agak rumit dirasakan pada waktu itu.
Disaat Zetty siap menghubungi Putra tentang perkembangan mereka, Nizam terlebih awal hadir ke syarikat seperti yang dirancangkan. Dia bertugas untuk memerhatikan gerak geri Zamri dalam senyap. Kerjasama mereka tersangat lancar. Segalanya siap dalam masa yang singkat.
***
Masanya telah tiba. Kini, Putra bersemuka dengan Zamri di atas pentas yang mereka olahkan. Mata bertembung mata. Seolah-olah ada peperangan yang akan meletus tidak lama lagi.
"Kamu semua..bekerjasama nak hapuskan saya?"
"Kejahatan awak..takkanlah nak dibiarkan. Awak kena mengaku kesilapan awak selama ni. Awak dah bunuh ayah saya, awak juga dah bunuh Pakcik Zam, awak dah luluhkan perasaan orang, segala-galanya.." Zamri cepat bertindak balas. Wajahnya berkerut merah padam mendengarnya. Namun Putra terasa seronok melihat raut wajahnya.
"Oh ya..Mesti awak nak tahu kan? Apa benda dalam kain hitam kat atas tu? Awak akan tahu juga nanti."
"Putra, awak fikir..awak boleh hapuskan saya. Awak akan makan diri sendiri juga nanti."
"Makan diri sendiri? Siapa? Sayakah? Awak salah..Sebenarnya awak yang makan diri sendiri."
"Apa?!"
"Sebab kenapa saya cakap macam tu, awak dah buat saya terkenal. Awak dedahkan diri saya. Awak fikir, orang tak tahukah yang sebenarnya saya yang berhak memiliki syarikat ni selain awak. Orang dah tahu. Dari mana? Sekarangkan zaman canggih..semuanya dah dapat hanya dari hujung jari ja. Mengaku kalahlah, atas kejatuhan awak."
Mereka bertatapan agak lama. Shira semakin berasa gelisah dibawah pentas menonton mereka berdua yang bagaikan bertikam lidah sesama sendiri. Maisarah segera menggenggam tangannya yang duduk disampingnya.
"Mama, menyerah dirilah untuk saya.." kata-kata yang diucapkan Maisarah berbaur kematangan sehinggakan Shira merenung wajah anak perempuan tunggalnya. Dia kini faham sebab Putra menyamar jadi orang lain.Shira berusaha melepaskan genggaman itu tetapi Maisarah tidak melepaskannya.Mereka juga berasa sulit dibawa.Apalagi Putra dan Zamri di atas pentas.Para wartawan sibuk mencatat segala-galanya pasal mereka.
Bunyi jam bergema.Tepat pukul 12 tengah malam,bunga api sudah berlangsung di luar.Para hadirin berasa janggal sekali dalam majlis itu.
"Awak nak tahu kan?Tengoklah atas."
Kata Putra mencabar.Seperti yang diarahkan Nizam siang tadi,kain hitam dilepaskan.Siapa sangka,hujan duit dalam majlis itu mengejutkan mereka semua.Zamri pula mulai berasa gelisah melihat duit-duit itu melayang depan matanya.
"Duit?Apa yang awak cuba buat ni?!"
"Duit ni..duit awak..Tak sangka pula awak ada dana haram.Ish ish ish..Awak nampak sangat menakutkanlah sekarang."
Kemarahannya tidak lagi tertahan.Dia segera menarik kolar baju Putra.Geramnya dia.Semua terkejut melihat reaksinya.
"Awak...memang tak gu.."
"Zamri!!!"
Suara lantang dari jauh.Kelihatan Suriana berdiri megah kembali seperti dulu.Zamri terkejut besar.Begitu juga dengan Shira.
"Lepaskan..cucu saya!"
Tergamam Zamri dibuatnya.Putra segera melepaskan genggaman tangan Zamri daripada terus menarik kolar bajunya.Apa yang dah terjadi?Mengapa tiba-tiba Suriana muncul pada saat genting ini?
***
Suasana di hospital bahagian pesakit sakit jiwa begitu bising.Ramai di kalangan pesakit berlegar-legar di hospital itu.Putra berbaju doktor tidak disedari ramai orang di situ.
Dia berusaha memasuki bilik pesakit sakit jiwa untuk berjumpa dengan Suriana.Dia sememangnya ada rancangan.
Suriana pada masa itu sedang duduk termenung panjang di birai katilnya.Putra sebak namun ditahan.Rindunya teramat tebal sekali selama ini.Dia mendekatinya.
"Nek.."
Suriana berpaling lemah ke arahnya.Di matanya dia sekadar melihat seorang doktor sedang berdiri di belakangnya.
"Nek,mari..saya bawa jalan-jalan kat taman."
Suriana tidak bersuara.Dengan wajahnya yang suram dia menurut perintah.Mudah sahaja Putra membawanya.Dia membantu Suriana duduk di kerusi rodanya.Kemudian pergi dari situ dengan selamba.
Beberapa langkah lagi dia sudah menuju keluar.Tetapi,ada halangan di depan pintu itu.Langkahnya terhenti.Rupanya seorang pengawal Zamri sudah berada di hadapan mereka.Dia melihat dengan teliti sehinggalah..
"Awak ni siapa?"
Dia sedar Suriana dibawa keluar dari situ.Kemudian Putra pun bergegas menolak kerusi roda itu keluar.Dia berusaha melarikan diri.
"Hei,berhenti..Tangkap dia!Cepat!"
Dia mengarahkan konconya yang lain.Seramai lima orang mengejar mereka.Suriana yang kehairanan segera memandang ke belakang.
"Kenapa..mereka kejar kita?"
"Kita tengah main kejar-kejar nek..Kita tak boleh tertangkap,kalau tak kita akan..kalah."
Katanya tegang.Pintu van hitam dibuka.Putra segera memasukkan Suriana ke dalam van itu.Zetty turut membantu.
"Kenapa dengan mereka tu?"
"Kita kena kejar..Kita kena cepat!"
Kata Putra segera masuk ke dalam van diikuti dengan Zetty.Nashita pula memandu van itu.Akhirnya bertolak.Pengawal Zamri tertinggal di belakang.Mereka selamat.
"Nenek,maafkan saya."
Kata Zetty segera memberi suntikan ubat tidur ke tangan Suriana.Dia memejamkan mata.Putra lega melihat Suriana.
"Maafkan saya,nek..Saya baru datang selamatkan nenek.."
Putra berasa sangat bersalah.Zetty sekadar memegang bahu Putra.Dia dapat merasakan perasaan Putra.Nashita pula tersenyum sambil memandu.
"Mari kita..tamatkan semua ni,Putra."
Kata Nashita memberi semangat.Putra kembali membara.Dia akan pastikannya.
***
Suriana kembali sihat kerana kesan sampingan ubat yang disuntik oleh doktor pakar.Dia juga disuntik untuk memulihkan ingatannya kembali.Kesan itu sangat berkesan.
"Kalau kamu semua nak tahu,dia lah dalang disebalik semua ni.Dia buatkan saya seperti orang sakit jiwa.Dan juga dia dah hancurkan hidup keluarga cucu saya.Zamri!Awak dah tak boleh lari lagi.."
Suriana bersuara.Akhirnya semuanya jelas terbukti.Zamri berfikir sejenak.Tiada lagi jalan penyelesaiannya.Dia malu tahap tinggi.Disebabkan kekalahannya,dia terduduk.Polis juga baru tiba bagi menangkap Zamri.Rayyan berkuasa menahannya.Kini tangan Zamri digari.Mereka bersemuka semula.
"Saya nak cakap sekali lagi..Duit tak berguna untuk awak kalau dah buat silap.Tapi bila ada seseorang yang mempercayai awak melalui hati,saya yakin..ada orang yang akan bantu awak.Sesusah mana pun.Itulah makna kasih dan cinta yang sebenarnya.Sedarlah..dari kesilapan awak.Saya harap,lepas ni awak berfikirlah demi keluarga awak."
Kata Putra memberikan pesanan terakhir.Zamri tidak memberikan sebarang reaksi.Dia dibawa selepas Putra selesai berbicara.Dia sekadar memandang Zamri dibawa pergi darinya.Namun,tiba-tiba..dia ternampak bayangan roh Airil sedang memandangnya dari jauh.
"Ayah.."
Putra memanggil perlahan.Airil di sana tersenyum bangga melihatnya.Putra sebak.Jelas sekali Airil berasa tenang.Kemudian dia menghilang dengan memberikan senyuman.Dia tidak terlepas melihat ketenangan Airil.
'Tenanglah..di sana,ayah...'
Katanya dalam hati.Dia juga tersenyum puas.Duit masih melayang terbang.Kepala semakin berat.Tidak lama selepas itu,dia jatuh pengsan.Semua yang ternampak Putra pengsan di atas pentas segera mendekatinya.
"Putra!"
Semua memanggil serentak.Semua juga berkelam kabut mendekatinya.Putra tidak sedarkan diri.
Shira pula akhirnya ditangkap juga.Dia masih meronta-ronta minta dilepaskan.Namun tangannya digari.Maisarah pula menangis sedih.Dia berasa sangat malu melihat kelakuan Shira.
Putra gembira sekali walaupun dalam tidak sedar dia dapat merasakan ketenangan akhirnya.Penderitaannya kini berakhir.Biarlah kali ini datangnya cahaya bersinar dalam hidupnya.
***
3 Bulan kemudian..
Danish akhirnya bernikah dengan kekasihnya.Selama ini dia terhalang untuk meneruskan perkahwinan.Dan akhirnya tercapai.Dia hidup bahagia dengan pasangan hatinya.
Nashita pula tenang menghirup kopi panas di kafe kegemarannya.Penceraian juga selesai antara dia dengan Zamri.Kini,dia tidak lagi terikat dengan Zamri.
Zetty dikhabarkan mendapat pekerjaan yang baik di luar negara.Pada hari ini,dia berangkat ke sana dengan menaiki kapal terbang.Senyuman terukir tenang.Dia mengharapkan akan ada sesuatu yang datang baik untuk dirinya.
Nizam pula berjaya menjalinkan hubungan perniagaan dengan negara luar.Dia semakin maju kerana usahanya selama 3 bulan.Kesemuanya atas pertolongan Putra sendiri.Dia berjaya mendapat pangkat CEO yang terbaik di syarikat itu.Bahagia dirasakan sepenuhnya.
Suriana tidak lagi berkait dengan syarikat itu kerana umurnya yang semakin tua.Penyakitnya semakin melarat.Penyakitnya tidak dapat diubati lagi kerana umurnya yang semakin meningkat.Namun dia bahagia kerana akhirnya keluarga yang diimpikannya dari dulu tercapai.Sehingga gambar sekeluarga juga digantung di dinding.Dia sangat bahagia.Cukup baginya untuk mengenang kenangan terindah ini.
Dan semua orang nak tahu perkembangan Putra.Putra akhirnya menjadi pengerusi syarikat itu.Dia berpakaian segak dan bergaya.Tapi pada hari ini,dia ada tugas istimewa.
Aisyah bergaya dan cantik sekali setelah keluar dari rumah.Kereta sudah di depan rumah tapi dia teringatkan sesuatu.
"Janganlah naik kereta,awak jalan kaki ja ke sana.."
Kata-kata itu terngiang-ngiang di fikirannya.Aisyah berasa pelik juga.
"Kenapa dia nak saya jalan kaki?"
Katanya berkerut dahi.Kemudian dia pun berjalan kaki keluar.Tidak jauh lokasi restoran dari rumahnya.Cantiknya Aisyah dilihat dari jauh.Rambut ikal mayang nya ditiup lembut oleh angin bayu.Dia tersengih-sengih saat berjalan ke restoran itu.Masa itu juga,ramai peniaga berjual barang di tepi jalan itu.Dia melaluinya.Tapi..
"Cik,pakailah ini..Cik pasti nampak cantik sekali."
Tiba-tiba sahaja dia dipakaikan terus di kepalanya bunga-bungaan.Dia sangat pelik.
"Tapi..ini kan.."
"Ini percuma cik..Selamat berbahagia cik.."
Kata peniaga itu kepadanya.Aisyah sekadar tersenyum hambar.Dia meneruskan langkah lagi.Kemudian ada lagi yang menghalanginya.
"Cik,hadiah dari saya untuk cik.Bunga ni sangat segar seperti wajah cik yang manis dan cantik.."
"Kejap,kenapa awak.."
"Ambil lah cik..Semoga ceria selalu.."
Sekali lagi dikatakan begitu Aisyah segera berlalu dari situ.Tapi dia sangat gembira.Kini tangannya memegang sejambak bunga yang cantik.Dia meneruskan perjalanan.Hampir sampai akhirnya.Restoran itu sudah di depan mata.Dia masuk.Apa yang mengejutkannya adalah suasana restoran itu penuh dengan belon-belon.Dia tersenyum lagi.
"Apa semua ni?"
"Aisyah.."
Segera dia mencari arah suara itu.Kelihatan Putra dengan senyuman berdiri di sebalik belon itu.Mereka menatap mata.
"Apa awak buat ni?Kenapa..ada banyak sangat belon kat sini?"
Aisyah masih tidak faham.Putra pula masih tersenyum.Manisnya wajahnya memandang kecantikan Aisyah.Dia sungguh tertarik.
"Nampaknya awak ikut cakap saya juga..Awak nampak can...tik sangat."
"Mengada-ngadalah awak ni.."
Mereka sama-sama tergelak.
"Awak tak tengokkah bunga tu?"
"Hmm tengok bunga ni?"
Aisyah berkerut dahi.Kemudian dia pun segera melihat bunga itu.Tiada juga apa-apa di dalamnya sehinggalah dia ternampak sesuatu yang berkilau di sebalik dahan bunga itu.Dia segera mengambilnya.Dia terkejut besar.
"Macam mana?Cantik tak?"
Rupanya sebentuk cincin ditangan Aisyah.Aisyah terdiam.Apa sebenarnya yang bermain di fikiran Putra?Itu yang menjadi tanda tanya.Dengan pantas Putra mengambil cincin itu semula sebelum melutut depan Aisyah.Dia seperti tahu situasi ini.
"Aisyah..selama ni,awak dah banyak bantu saya..dari saya susah sampailah senang.Awak juga dah ceriakan hati saya..Saya tertarik dan rindu pada awak.Saya rasa..saya dah jumpa gadis impian saya.Awak..awaklah orangnya.."
Aisyah tergamam.Dia melihat Putra dengan perasaan gementar.
"Jadi,selama ni awak jadi 'gadis saya'..Boleh kah saya tukar gelaran tu untuk kita berdua.."
Putra bersungguh-sungguh.Dan inilah yang dinantikan.
"Sudikah awak..jadi permaisuri hati saya selamanya?"
Aisyah terkejut sehingga dia menutup mulutnya.
"Ya,saya..sudi."
Putra bangun kemudian sarungkan cincin itu di jari manisnya.Putra juga gembira sangat.Cintanya diterima.Aisyah teruja melihat cincin itu.Akhirnya dia sudah jadi milik seseorang.
"Saya..cintakan awak,bakal permaisuri saya.."
Putra melafazkan cintanya.Mereka menatap lama wajah antara satu sama lain.
"Saya pun..cintakan awak,Putra.."
Bibit cinta terukir jua.Mereka berpelukan.Gembiranya di hati.Putra tersenyum lebar.
"Marilah kita bercinta selepas kahwin.."
Putra berkata dalam pelukan.Pelukan semakin erat.Bahagia nya mereka berdua.Akhirnya..cinta mereka juga dibina dengan jayanya.
Janji ditepati.Semuanya bahagia di penghujungnya.Macam mana pula dengan Zamri dan Shira?
Zamri dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana kes nya yang terlalu banyak.Manakala Shira pula hanya dikenakan hukuman selama 2 tahun.Shira sekadar bersekongkol sahaja dengan Zamri jadi dia berpeluang menerima hukuman ringan.
Itulah akibatnya bila lebih mempercayai kemewahan mampu menyelamatkan diri dan berbuat sesuka hati.Tapi sebaliknya malang menimpa diri.Akhirnya diri sendiri menghukum atas kesilapan yang dilakukan.Dibandingkan kasih sayang dengan wang,kasih tidak mampu dijual beli kerana ianya dihasilkan sendiri tanpa sedar di hati setiap hati nurani.Hidup bahagia bukanlah terletak pada kemewahan semata-mata,tetapi bukti kasih dan cinta itulah membentuk kebahagian hidup seseorang.Terutamanya dalam keluarga.Lihatlah betapa pentingnya keluarga bila bersama semuanya kerana bahagia itu mudah didapati.Melalui keluarga...
~TAMAT~Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (795)
Share
End
Recommendations for you
yyyyyyyy
1d
0it is so beautiful
1d
0top please give me money
4d
0View All