logo text

Bab 11: Utusan Malaikat Maut Mu

❗SELAMAT MEMBACA❗
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(HOSPITAL)
Mikael sedang terbaring santai sambil memerhati sebuah novel yang diberikan oleh jururawat untuk mengisi masa Mikael didalam wad tersebut. Novel yang bertajuk 'Kehidupan Baru Di Dalam Lucid Dream' itu dibaca Mikael didalam hati.
Nampaknya novel itu berjaya mencuri perhatian Mikael. Dengan adanya novel tersebut, Mikael tidaklah berasa bosan untuk terus bersendirian didalam wad hospital.
Tidak lama selepas itu, pintu bilik wad dibuka perlahan. Mata Mikael yang pada awalnya tertumpu pada helaian isi novel kini beralih ke arah pintu. Sosok jururawat wanita sedang melangkah masuk sambil membawa sebekal makanan untuk disantap Mikael.
"Hai Mikael...Boleh saya masuk?", ucap jururawat sebaik saja pintu wad dibuka.
Mikael tidak menjawab, sebaliknya dia hanya menganggukkan kepala tanda membenarkan. Setelah mengenal pasti isyarat dari Mikael, jururawat tersebut mula melangkah mendekati Mikael.
Bekal yang berisi makanan itu diletakkan diatas meja kecil yang berada disebelah kepala Mikael. Sebaik saja bekal makanan diletakkan diatas meja, Mikael memerhati sejenak bekal makanan tersebut.
"Ini bukan bekal makanan hospital", bisiknya.
"Ini bekal dari seseorang...Dia minta saya serahkan bekal ni kepada awak...Jangan risau, saya dah periksa...Tiada racun atau apa-apa yang bahaya...", ucap jururawat tersebut seperti tahu-tahu saja Mikael sedang berbisik mengenai bekal tersebut.
"Dari seseorang? Siapa dia?", soal Mikael hairan.
"Orang yang bawa awak ke sini...Orang yang sama juga menghantar bekal ini...", jawab jururawat tenang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(PEJABAT EZEKIEL)
Ezekiel kini sedang bersandar di kerusi empuk miliknya yang berada didalam pejabat persendirian. Kepalanya yang tersandar mendongak melihat shiling rumah. Seperti ada sesuatu yang sedang difikirkannya.
Dalam masa yang sama, telefon bimbitnya berdering kencang. Ezekiel terbangun dari lamunan yang kelihatannya agak jauh. Ezekiel mengembalikan kedudukan asalnya untuk mencapai telefon bimbit yang terletak diatas meja.
Nama yang tertera didalam skrin telefon ditatap Ezekiel. Dia lantas mengetik butang 'jawab' untuk menerima panggilan tersebut.
"Ya Andika...Ada apa-apa info baru?", ujar Ezekiel sebaik saja telefon bimbit berada ditelinga.
"Kami dah jumpa...Sarang mereka...", jawab Andika bersahaja.
"Betulkah?! Hantarkan koordinasi...Aku kesana sekarang...", ucap Ezekiel tegas.
"Baik...", balas Andika sebelum mematikan panggilan.
Ezekiel mengemas barang yang agak bersepah diatas meja sebelum dia berangkat pergi ke koordinasi yang dihantar oleh Andika. Helaian kertas yang bertaburan dikumpulkan kembali oleh Ezekiel sebelum dia meletakkan kedalam fail semula.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jururawat yang menghantar bekalan makanan tersebut dihalang Mikael untuk meninggalkan ruangan tersebut. Sepertinya ada sesuatu yang ingin diketahui oleh Mikael sebelum jururawat tersebut meninggalkan Mikael seorang diri.
"Errr...A-Apa lagi Mikael?", soal jururawat tersebut hairan.
Mikael menghalang jururawat yang sedang tersandar didinding. Tangannya didepakan ke arah dinding supaya jururawat tersebut tidak dapat melarikan diri dengan mudah. Anak mata jururawat tersebut ditatap Mikael dengan sangat dalam.
"Beritahu aku...Siapa yang perempuan tu?", ujar Mikael dengan wajah yang sedikit tegas.
Raut wajah bengis Mikael ditatap jururawat itu sehingga membuatkan dia sedikit ketakutan. Mana tak nya, hanya mereka berdua sahaja didalam wad tersebut. Pastilah dia takut Mikael mengapa-apakan dia didalam wad tanpa diketahui orang lain.
"Errr...D-Dia tak benarkan saya beritahu identitinya...", jawab jururawat itu tergagap-gagap.
"Jangan main-main dengan aku...Beritahu aku siapa perempuan tu!", jerkah Mikael sambil mengenggam kuat pergelangan tangan jururawat itu.
"S-Sakit...L-Lepaskan saya Mikael...", pinta jururawat dengan raut wajah yang ketakutan.
"Jawab soalan aku...Aku akan lepaskan kau!", ujar Mikael tegas.
"B-Baiklah! M-Mira! Nama dia Mira!", jawab jururawat tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Pergelangan tangannya yang digenggam erat kini dilepaskan Mikael secara perlahan. Mikael melangkah sedikit ke belakang untuk memberi ruang kepada jururawat tersebut untuk meninggalkan ruangan wad dengan segera.
Setelah jururawat itu hilang dari pandangan, Mikael melabuhkan punggungnya ke atas katil hospital. Kepalanya dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Matanya ditutup rapat seperti ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan lama yang pernah dilaluinya.
"Mira...S-Siapa Mira?", bisik Mikael didalam hati.
Penglihatan Mikael semakin lama semakin pudar. Bayangan seorang wanita mula muncul dibalik samar-samar penglihatannya. Kejadian yang sama menimpanya apabila bersama dengan Adriana sebelum ini.
Gambaran yang dilihat oleh Mikael itu adalah seorang wanita yang seusia dengannya sedang berkata-kata tidak jelas. Mikael mencuba untuk menangkap apa yang ingin disampaikan oleh bayangan tersebut. Wajah yang dilihat juga masih samar-samar. Hanya bahagian mulut sehingga hidung sahaja yang dapat dilihatnya dengan jelas.
"A...K...U...A...D...A...D...I...L...U...A...R...", bisik wanita bayangan itu.
"D-Di luar?", soalnya didalam hati.
Mikael membuka mata perlahan setelah dipejamnya dengan erat. Pintu wad ditatapnya sebelum dia membangkitkan diri. Kakinya melangkah mendekati tombol pintu. Tangan kanan digunakan untuk memulas tombol pintu agar dia dapat melangkah keluar dari wad tersebut.
Biarpun kepalanya masih agak pening-pening, Mikael membuat keputusan untuk keluar juga. Dia sudah tidak kisah lagi dengan apa yang akan berlaku. Suara yang berbisik itu diburu Mikael.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(DI SATU TEMPAT TIDAK DIKENAL PASTI)
"Ini ke sarang mereka?", ucap Ezekiel sambil memerhati dari dalam kereta.
"Ya... Tidak disangkal lagi... Kami dah kenal pasti dengan teliti...", jawab Andika tenang.
"Masuk ke dalam...Bawa Yinzo dan Kenzo sekali...Berikan pada aku ketua mereka dan budak perempuan tak guna itu...", arah Ezekiel sambil menghembus asap rokok keluar tingkap.
Andika mengangguk tanda faham. Yinzo dan Kenzo melangkah mengikuti Andika dari belakang. Mereka bertiga berdiri dihadapan sebuah rumah kosong usang yang berada didalam tengah-tengah hutan.
Kedengaran suara riuh didalam rumah tersebut. Seperti sedang membuat 'private party'. Takkanlah siang hari pun ada orang buat 'private party'? Hal itu hanya berlaku pada Nomad sahaja. Mereka hanyalah anak muda mentah yang baru ingin berjinak-jinak didalam dunia kegelapan.
Kelihatan Boss Achai sedang tersandar tenang sambil menghirup segelas wine merah. Tangannya merangkul pinggang seorang gadis muda yang berpakaian seksi. Anak buahnya yang lain sedang melayan muzik sambil menari dengan riang hati.
Dalam sedang tenggelam dek kenikmatan dunia, tiba-tiba sahaja pintu rumah kosong mereka di rempuh seseorang. Muzik kuat yang mengisi ruangan rumah tersebut dihentikan sebaik saja mereka melihat pintu rumah terbuka.
"Siapa tu?", soal beberapa anak buah Boss Achai.
Tidak lama selepas itu, seorang lelaki melangkah masuk ke dalam rumah tersebut seperti tiada apa. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar sambil berdiri ditengah-tengah ruangan rumah tersebut.
"Boss Achai!!! Buat party tak ajak!!!", teriak Andika seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku.
Sebaik saja nama Boss Achai disebut, Achai meminta gadis yang dirangkulnya untuk melangkah sedikit jauh dari dirinya. Boss Achai berdiri lalu melangkah mendekati Andika dengan gagah berani.
"Siapa kau?", soal Boss Achai sambil berdiri berhadapan Andika.
"Nama aku tidaklah penting...Cukup kau tahu...Aku adalah utusan malaikat maut mu...", jawab Andika sambil tersenyum sinis.
Andika menepukkan tangannya untuk memberi isyarat kepada Yinzo dan Kenzo untuk melangkah masuk. Yinzo dan Kenzo melangkah masuk sambil memegang senjata yang bernama 'Uzi'.
Raut wajah anak buah Boss Achai langsung berubah. Ketakutan mula menyelibungi diri mereka. Mereka berundur sedikit kebelakang kerana dihantui ketakutan untuk berhadapan dengan kematian.
"H-Hoi...A-Apa kalian cuba lakukan?!", jerkah Boss Achai dihadapan muka Andika.
"Shuhhh...Cukup diam dan perhati saja...", jawab Andika sebelum mengacukan pistol tepat ke arah dahi Boss Achai.
"Kalian yang merasakan diri wanita...Tolong berdiri disebelah sana...Aku tidak ingin kalian mati...Lebih-lebih lagi...Kau...", ucap Andika sambil menjelingkan mata ke arah seorang gadis yang sering berkepit dengan Boss Achai.
Para gadis mula bergerak untuk berdiri di tempat yang diarahkan Andika. Mereka berdiri didalam satu kawasan yang sama.
"Baiklah...Laki-laki...Tolong berdiri disebelah sana...", arah Andika dengan senyuman sinis.
"T-Tolong! T-Tolong jangan bunuh kami! Boss!!! T-Tolong kami!", teriak beberapa anak buah Boss Achai.
"Hey Hey...Aku suruh kau berdiri disana saja...Ada aku cakap nak bunuh ke?", jawab Andika untuk meyakinkan mereka.
"B-Baikalah!!! K-Kami berdiri disana!!!", teriak mereka sambil bergerak ke kawasan yang diarahkan Andika.
"Terima kasih kerana sudah mengikut arahan...Yinzo...Kenzo...Jalankan kerja kalian...", arah Andika dengan senyuman misteri.
Yinzo dan Kenzo mula melangkah mendekati laki-laki yang sudah siap dikumpulkan. Senjata Uzi mereka berdua dihalakan ke arah anak buah Boss Achai yang sedang ketakutan.
"Hoi...A-Apa yang kalian ingin lakukan...", ucap Boss Achai dengan nada pasrah.
Matanya masih tertumpu melihat anak-anak buahnya yang sedang berkumpul sesama sendiri.
"Tembak", arah Andika.
"TRETTTT...TRETTTT...TRETTTT...", bunyi tembakan Uzi dilepaskan.
Anak buah Boss Achai yang terkena tembakan mula menggeletek diatas lantai. Darah merah pekat mula mengalir membasahi lantai rumah tersebut. Dalam sekelip mata sahaja, Boss Achai kehilangan 50 anak buah tersayangnya.
Mayat anak buah Boss Achai bergelimpangan diatas lantai. Anak buah Boss Achai mati dihadapan mata kepalanya sendiri. Boss Achai tidak bertindak apa-apa. Dirinya saat itu sedang mengalami 'shock' buat seketika waktu.
Para gadis mula melutut sambil memeluk tubuh masing-masing akibat ketakutan yang amat sangat. Bunyi tembakan Uzi itu memenuhi segenap penjuru ruang rumah tersebut.
Setelah Yinzo dan Kenzo mengenal pasti mereka sudah mati, Yinzo dan Kenzo menghentikan tembakan mereka. Asap-asap keluar dari muncung senjata tersebut akibat daripada tembakan tanpa henti yang dilepaskan.
"Baiklah...Sekarang ini...Giliran kau pula...", ucap Andika sambil merenung anak Boss Achai.
"E-Eh?", Boss Achai tersentak.
Kakinya berasa lemah longlai. Dia seakan-akan sudah tidak kuat lagi untuk berdiri. Raut wajah Boss Achai yang berani kini berubah menjadi pucat.
"Yinzo...Kenzo...Bawa gadis-gadis itu kedalam van...Tinggalkan yang sorang itu saja...", arah Andika sebelum dia memberikan hukuman kepada Boss Achai dan gadis yang dari tadi dijelingnya.
Yinzo dan Kenzo mula melangkah untuk menggerakkan gadis-gadis tersebut kedalam van mereka yang sudah diparkir diluar rumah tersebut.
Andika memanggil gadis yang sendirian itu untuk berdiri bersebelahan dengan Boss Achai. Gadis tersebut tidak berdaya untuk melihat wajah Andika dek kerana ketakutan yang menghantui dirinya.
"Apakah kalian tahu, dengan siapa kalian mencari masalah?", soal Andika kepada mereka berdua.
Persoalan yang dilontarkan Andika tidak dibalas oleh mereka berdua. Mulut mereka hanya dia membisu sambil merenung lantai dengan raut wajah dalam ketakutan.
"Tiada jawapan...", keluh Andika sebelum kedua-dua belah tangannya digenggam rapat.
"BAMMM!!!", tumbukan hinggap ke wajah dua individu tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(DI SEBUAH GEDUNG KOSONG)
Ezekiel sedang bersandar di sebuah kerusi mewah sambil membontoti pintu gudang tersebut. Kehadiran Andika dan yang lain sangat ditunggu-tunggu olehnya.
Tidak lama dia membuang masa, enjin kenderaan mula kedengaran. Ezekiel melakar senyuman sinis sebaik saja dia mendengar kenderaan anak buahnya sudah pun tiba. Ezekiel menggosok tangannya kerana sudah tidak sabar lagi untuk pergi ke agenda seterusnya.
"KRAKKKKK", pintu gudang usang dibuka.
Andika mengheret dua individu yang sudah cedera parah ke arah Ezekiel. Mereka langsung melutut sebaik saja mereka tiba di hadapan Ezekiel. Ezekiel mula bangkit. Posisi membontoti akhirnya diubah memandang ke hadapan.
Matanya merenung tajam ke arah Boss Achai dan pasangannya. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sebelum Ezekiel mula mengeluarkan suara.
"Andika...Perempuan itu kau bawa ke sana...", arah Andika dengan nada yang tenang.
Sementara itu, Boss Achai pula diminta untuk duduk disebuah kerusi yang dilengkapi dengan tali untuk memgikat dirinya. Mulut Boss Achai juga ditutup Kenzo dengan menggunakan kain buruk.
"Baiklah...Boleh kita mulakan semua ini?", ujar Ezekiel sambil menunjukkan sebuah penyepit kepada Boss Achai.
Raut wajah Boss Achai langsung berubah. Dahinya dikerut kerana dia tidak tahu apakah yang akan dilakukan Ezekiel terhadap dirinya...
-BERSAMBUNG-
-NANTIKAN CHAPTER BERIKUTNYA-
-YG MEMBACA NOVEL INI SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI SELALU-

Book Comment (176)

  • avatar
    ibrahimJamilu

    jamilu ibrahim

    3d

      0
  • avatar
    Chinson Eduardo

    nc maganda po

    23d

      0
  • avatar
    Miki

    mntp aa

    23/09

      0
  • View All

End

Recommendations for you