Homepage/Tuan Muda Mikael/
Bab 9: Penyelamat
❗SELAMAT MEMBACA❗
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mira masih berkurung didalam bilik sendirian. Puan Melissa agak khuatir melihat keadaan anak tunggalnya itu. Makannya kurang, masa banyak dihabiskan didalam bilik saja. Mira juga kurang berkomunikasi dengan Puan Melissa sejak akhir-akhir ini.
Puan Melissa terus mencuba untuk memenangi hati anak kesayangannya. Pintu bilik Mira di dekati Puan Melissa. Tangan kanan berpaut pada tombol pintu.
"Tidak mengapa ke aku masuk begitu saja...?", bisik Puan Melissa didalam hati.
"Cih...Apa aku buat ni...", tambah Puan Melissa sebelum dia melepaskan tangan dari tombol pintu.
"Tuk...Tuk...Tuk...", pintu bilik diketuk.
Mira tersentak diatas katil sebaik saja mendengar bunyi tersebut. Matanya menoleh ke arah pintu dengan perlahan. Raut wajah dalam keadaan dipresi di pasang Mira saat itu.
"Siapa?", ucap Mira perlahan.
"Errr...Mama ni Mira...Mama buka pintu ya?", jawab Puan Melissa.
"Okay..."
"Krakkkk", pintu bilik dibuka perlahan. Mata Puan Melissa tertumpu ke arah Mira yang sedang duduk sambil memeluk lutut di atas katil. Dengan rambut yang tidak bersikatnya itu, cukup membuat Puan Melissa terkedu seketika.
"Mira! Kenapa dengan kamu ni sayang?", ucap Puan Melissa dengan nada yang agak tinggi. Terkejut melihat perubahan pada anaknya.
Mira memandang Puan Melissa sejenak. Kemudia dia langsung mengalihkan pandangannya melihat ke luar tingkap semula.
"Takde apa...", jawab Mira perlahan.
"Apa maksud kamu takde apa?!", ucap Puan Melissa dengan nada yang sedikit marah.
Persoalan Puan Melissa tidak diendahkan Mira. Dia terus membuat hal sendiri membiarkan Puan Melissa berseorangan berdiri di pintu biliknya. Puan Melissa masih cuba untuk bertenang. Dia tidak ingin menambahkan lagi tekanan kepada anak kesayangannya itu.
"Mama...Mira nak keluar...", tiba-tiba Mira bersuara.
Puan Melissa terkedu. Setelah sekian lama Mira tidak berkata-kata seperti itu. Puan Melissa lantas mengangkat wajahnya untuk melihat Mira yang masih duduk memeluk lutut.
"K-Kamu nak kemana?", soal Puan Melissa.
"Mira nak ke bandar...Tempat Mira pernah keluar bersama dengan Mikael...", jawab Mira ringkas.
"B-Boleh...M-Mama hantar ya sayang?", pelawa Puan Melissa.
"Tak perlu...Mira boleh pergi sendiri...", balas Mira ringkas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-DI RUMAH MIKAEL-
Kelihatan Mikael dan Ezekiel sedang menikmati sarapan bersama-sama. Masing-masing tidak mengeluarkan sebarang bicara. Nampaknya Mikael masih lagi berasa janggal didalam kediaman tersebut.
"Kenapa Mikael? Ada apa-apa masalah ke?", tiba-tiba Ezekiel membuka bicara.
"Ah...Takde apa...", jawab Mikael ringkas.
"Begitukah...Aku nak tanya kau sikit boleh?", soal Ezekiel tenang.
"Ya...Apa benda tu?", balas Mikael sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
"Macam mana kau boleh pingsan? Apa yang berlaku?", soal Ezekiel sambil merenung anak mata Mikael.
Mikael langsung menghentikan suapannya. Sudu diletak perlahan diatas pinggang yang berisi nasi. Matanya merenung wajah Ezekiel yang sedang duduk tenang dihadapannya saat itu.
"Takde apa...Kepala aku sakit masa tu...Aku hilang keseimbangan...", balas Mikael menjawab persoalan Ezekiel.
Ezekiel hanya menganggukkan kepala tanda faham. Dia kembali menyuap nasi ke dalam mulut selepas mendengar penjelasan yang dikeluarkan Mikael.
"Ezekiel...Aku ada permintaan...", ucap Mikael perlahan.
"Hah? Permintaan?", soal Ezekiel semula.
"Aku nak keluar...Aku dah terperuk lama dalam rumah ni...", ucap Mikael dengan nada yang tegas.
Ezekiel tersentak. Dia menghentikan suapan untuk seketika waktu. Mata Ezekiel langsung menoleh ke arah Mikael yang sedang duduk sambil merenung tajam anak mata milik Mikael
"A-Ah...K-Kenapa kau nak keluar? Rumah ni tak cukup seronok untuk kau ke Mikael?"
"Cih! Kau ingat aku binatang ke nak kurung-kurung macamni?!!! Aku tak kira...Aku nak keluar!!!", tengking Mikael selepas menepuk meja sekuat hati.
Adriana dan Emilia langsung menoleh ke arah meja makan untuk melihat apa yang berlaku. Tiba-tiba saja Mikael naik berang di pagi hari.
"K-Kenapa tu?", soal Emilia.
"S-Saya tak tahu...M-Mungkin Tuan Muda takde mood pagi ni...", jawab Adriana.
Ezekiel mengangkat kedua-dua belah tangan tanda menyerah. Dia tidak mahu bergaduh dengan Mikael.
"Okay Okay...Tak perlu tengking-tengking macam tu Mikael...Malu la gadis-gadis tengok...", ucap Ezekiel sambil menggerakkan anak matanya ke arah Emilia dan Adriana yang sedang meninjau mereka dari dapur.
"Tch...", keluh Mikael sebelum dia membetulkan posisi.
"Baiklah...Aku akan bagi kau keluar...Tapi kau kena janji dengan aku...Jangan jumpa dengan sesiapa... Faham?", ucap Ezekiel sambil menyeluk poket blazer kelabu miliknya.
Sebatang kunci dicampak ke atas meja. Mikael memandang tajam ke arah kunci tersebut.
"Kunci apa ni?", soal Mikael hairan.
"Kunci motor...Guna lah motor aku dekat dalam garaj tu...", jawab Ezekiel.
Tidak banyak bicara, Mikael langsung mencapai kunci tersebut. Punggung terus diangkat untuk meninggalkan meja makan dengan segera. Mata Ezekiel masih tidak lepas memandang Mikael yang sedang berjalan meninggalkannya seorang diri.
"Hahaha...Kau masih saja keras kepala ya Mikael...", bisik Ezekiel didalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
14 Februari 2008 :
"Ayah!!! Marah sikit la abang Ezekiel ni!!!", ucap seorang budak lelaki sambil menghentak-hentak kakinya ke atas lantai.
"Apa lagi abang kamu buat dekat kamu ni Mika?", soal Tuan Malik (bapa Mikael).
"Ezekiel tak bagi Mika keluar!!! Mika nak keluar!!! Mika bosan!!!", teriak Mikael (10 tahun).
Tuan Malik mengusap lembut kepala milik Mikael. Dia berniat untuk menenangkan Mikael yang sedang melepaskan amarahnya di ruangan pejabat miliknya.
"Baiklah baiklah...Jangan marah-marah ya...Kamu boleh keluar...Pergila kemana pun kamu suka...", ucap Tuan Malik sambil mengusap lembut kepala Mikael.
"B-Betul ni ayah?! Mika boleh keluar?!", soal Mikael semula untuk mendapatkan kepastian.
"Ya...Keluarlah...Tapi janji dengan ayah, jaga diri kamu baik-baik...Faham?", ucap Tuan Malik sambil tersenyum mesra.
"B-Baik!!! Mikael janji!!!", balas Mikael teruja.
Tiba-tiba...
BAAMMM!!!, pintu bilik di terjah seseorang.
Kedua-dua individu didalam bilik tersebut langsung menoleh ke arah pintu. Terdapat satu sosok dengan raut wajah yang sedang menahan marah berdiri di hadapan pintu.
"Ezekiel? Kamu tak pandai nak ketuk pintu dulu ke?", ucap Tuan Malik sebaik saja dia melihat sosok Ezekiel sedang merenung mereka dengan pandangan tajam.
"Ayah! Apa semua ni?! Kenapa ayah izinkan dia keluar macam tu je?! Dia baru 10 tahun tahu tak!!!", teriak Ezekiel (15 tahun).
"Ezekiel... Mikael ni budak lelaki... Kamu tak perlu nak risaukan dia sangat la...", jawab Ayahanda Malik ringkas.
"T-Tapi ayah..."
"Sudah... Biarkan saja Mikael keluar... Kalau dia terus berkurung didalam rumah ni pun apa je dia boleh dapat?"
"Tch...", keluh Ezekiel selepas mendengar kata-kata yang dikeluarkan Ayahandanya.
Mikael melangkah perlahan di sebelah Ezekiel. Ezekiel menjeling seketika tubuh Mikael yang lebih kecil darinya itu. Rasa marah Ezekiel semakin membuak-buak selepas Mikael sempat membuat memek muka yang baginya sangat menyakitkan hati itu.
"Buwekkk!!!", ejek Mikael sebaik saja dia melintas Ezekiel dengan selamat.
"Tch!!! Budak ni!!!", marah Ezekiel sebelum mengejar Mikael dari belakang meninggalkan ruangan Ayahanda Malik.
Ayahanda Malik mengukirkan senyuman selepas melihat gelagat dua anak lelaki yang disayanginya itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Motosikal GPX Gentleman 200 memecut laju di atas jalan raya. Aksi tunggangan berbahaya itu membuatkan kenderaan lain membunyikan hon. Mikael yang menunggang dengan memakai hoodie berwarna hitam kini sedang dalam perjalanan menuju ke suatu tempat.
"Dahsyat wooo motor dia tu!!!", ucap beberapa suara sebaik saja Mikael memakirkan motosikalnya dipinggir jalan.
"Itulah! Anak orang kaya la tu!", tambah lagi seorang lelaki sambil memerhati motorsikal Mikael dari jauh.
Helmet hitam full face di buka. Matanya ligat memandang sekeliling bangunan yang berada didepan mata. Penampilan Mikael saat itu sedikit menarik tumpuan beberapa anak gadis yang lalu lalang dihadapan motosikal Mikael.
"H-Hai...Maafkan saya...", tiba-tiba ada seorang gadis muda menegur Mikael yang sedang duduk sendirian di atas motosikalnya.
"Hah?", ucap Mikael keliru.
"M-Macam ni...Nama saya Alya...S-Saya dah perhatikan awak lama...Awak typical lelaki yang saya minat sangat!...J-Jadi...B-Boleh saya minta nombor telefon awak tak?", pinta gadis tersebut tersipu-sipu malu.
Mikael menjeling sedikit ke arah kelompok rakan-rakan gadis itu yang berdiri tidak jauh dari mereka. Gadis-gadis yang lain itu sedang memerhati Mikael dari jauh sambil berbisik-bisik. Tidak tahu lah apa yang dibisik mereka.
Mikael mengukirkan satu senyuman mesra sebelum mencapai telefon bimbit gadis tersebut. Jari jemarinya teliti menaip nombor telefon didalam telefon bimbit gadis yang tidak dikenalinya itu. Setelah siap menyimpan nombor di dalam senarai kenalan, Mikael menyerahkan semula telefon bimbit kepada tuan asalnya.
Gadis muda itu menerima dengan sungguh riang hati.
"Hehe...Terima kasih awak!", ucap Alya dengan nada yang teruja.
"Saya nak masuk ni...Saya pergi dulu...", ucap Mikael sebelum dia melangkah pergi meninggalkan motosikalnya yang sudah siap diparkir.
Alya tersenyum-senyum sambil melihat Mikael melangkah masuk ke dalam Mid Valley. Setelah Mikael lesap dari pandangan, Alya kembali ke kelompok rakan-rakannya yang sedang menunggu dengan sangat riang hati.
"See babe? Siapa je taknak perempuan cantik macam i?", ucap Alya bongkak.
"Yelah babe! Aku tak sangka pulak dia jenis lelaki murah...Senang-senang je dia bagi nombor dia dekat perempuan yang dia tak kenal!"
"Hahaha...Like i said before la babe...Lelaki semua sama! Dorang semua kan pantang nampak perempuan cantik!"
"Hahaha!!! Cepatla tunjuk lelaki tu save nama dia apa...Kitorang nak tengok!!!", ucap seorang gadis sudah tidak sabar lagi.
"Okay Okay! Kejap..."
Alya langsung mengeluarkan semula telefon bimbit yang sudah disimpan didalam kocek seluar. Mata masing-masing tertumpu ke arah skrin telefon bimbit tersebut.
"Erkk...A-Apa ni?", ucap Alya dengan raut wajah yang bengang.
"Kenapa kenapa? Tunjuk lah!!!", pinta rakan-rakannya yang lain.
Rakan-rakannya yang lain merampas telefon bimbit dari tangan Alya. Wajah masing-masing langsung terkejut selepas melihat apa yang tertera didalam telefon bimbit tersebut.
Name: Dasar Gadis Murahan...
Phone Number: 017 000 000
"B-Babe... Hahahaha!!!!", gelak rakan-rakan Alya yang lain.
"Tch!!! Diamlah!!!"
Alya merampas semula telefon bimbit dari tangan rakannya. Telefon bimbit langsung disimpan ke dalam kocek seluar semula. Perasaan malu membelenggu dirinya saat itu.
"Dasar lelaki tak guna!!!", teriak Alya didalam hati sambil mengenggam tangan kecil miliknya sekuat hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mira kini sedang berjalan sendirian didalam sebuah pusat membeli belah. Matanya hanya tertumpu ke arah beberapa pasangan yang sedang berjalan sambil memegang tangan pasangan mereka. Mira langsung menoleh ke sisi. Matanya menangkap bayangan seorang lelaki sedang berjalan betul-betul disisinya.
"M-Mikael?", ucap Mira dengan nada perlahan.
"A-Awak Mikael kan?!", ucap Mira sekali lagi sambil memandang lelaki tersebut dengan teliti.
Tetapi, semakin lama pandangan Mira semakin kabur. Lelaki yang baru sahaja berjalan disisinya kini hilang secara perlahan. Yang dilihat oleh Mira itu ternyata hanya bayangan Mikael saja.
"H-Hilang?", ucap Mira didalam hati.
Secara tidak sedar, matanya saat itu sedang menahan tangisan dari jatuh membasahi pipi. Orang awam yang lalu lalang sempat menjeling kelakuan Mira yang agak menganggu itu.
"Apa benda budak ni? Sibuk orang shopping...Sibuk la dia nak menangis...", ucap satu suara sebaik saja mereka melintas melepasi Mira yang sedang berdiri seorang diri.
"Hish abang ni... Entah-entah budak tu sesat... Kita mana tahu kan...", balas isterinya yang sedang berjalan sambil memegang tangan encik suami.
Mira lantas mengesat semula air mata sebaik saja dia mendengar kata-kata itu. Dia sendiri tidak sedar air matanya sudah jatuh membasahi pipi. Mata Mira saat itu sedang leka melihat kawasan panggung wayang yang pernah dijejaki olehnya bersama Mikael.
Secara tiba-tiba, ada dua orang lelaki tidak dikenali mula mendekati Mira yang didapati sedang berdiri seorang diri tidak jauh dari kawasan panggung wayang tersebut. Bahu Mira ditepuk seorang lelaki dari belakang.
"Hey adik manis...Nak tengok wayang bersama?", ajak lelaki tersebut seperti tiada apa.
"H-Hah?", balas Mira sambil masih mengesat air mata.
"Dari tadi saya tengok awak sorang-sorang... Kan lebih baik kalau awak join je kitorang tengok wayang? Jangan risau... Kitorang tak buat benda bukan-bukan pun...", ucap lelaki itu lagi.
"A-Ah... T-Takpe... S-Saya taknak tengok wayang pun...", jawab Mira dengan suara yang tersekat-sekat.
"Alah... Kejap je... Habis wayang awak balik la okay? Kitorang ada 1 tiket lebih ni...", pinta lelaki itu lagi. Masih tidak berhenti memujuk.
"S-Saya dah cakap saya taknak kan? A-Apa yang susah sangat awak berdua nak faham ni?!", marah Mira tetapi masih dalam nada yang tersekat-sekat.
"Woah... Garang juga ya... Tak padan dengan kecik!"
Secara tiba-tiba lelaki tidak dikenali itu merentap tangan kecil milik Mira. Mira langsung terkedu. Lelaki tersebut menarik tangan Mira untuk ke suatu tempat. Mira cuba melawan dengan meronta-rontakan tangannya agar dilepaskan lelaki tidak dikenali itu.
"H-Hei!!! A-Apa awak buat ni?!", ucap Mira dengan nada yang cemas.
"Jangan banyak cakap... Awak ikut je kitorang berdua okay?", jawab lelaki tersebut dengan senyuman sinis.
"S-Saya taknak!!! S-Saya dah cakap saya taknak kan!!!", teriak Mira sehingga menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang disekitar kawasan tersebut.
"Hei Hei... Ada apa ni?", ucap satu suara sambil mendekati mereka berdua.
"Takde apa... Adik saya ni degil... Hahaha... Biasalah masalah keluarga sikit...", ucap lelaki tersebut dengan nada tenang.
"O-Oh... B-Baiklah kalau macamtu... Maaflah kalau menganggu...", balas lelaki yang cuba mendekati sebelum dia beredar pergi.
"T-Tip-", Mira cuba menidakkan namun lelaki tersebut mengugut dengan membuat raut wajah yang agak menakutkan.
"Kalau kau nak selamat... Baik kau ikut aku...", bisik lelaki itu ke telinga Mira.
Tshirt yang disarung lelaki itu diangkat sedikit untuk menunjukkan suatu benda yang tersorok dibalik baju. Terdapat pisau yang sudah dibalut dengan sarung anti pengesan tersemat disisi pinggang lelaki tersebut.
Mira semakin cemas. Dia terkedu sebaik saja melihat sebilah pisau yang sudah siap berada di sisi pinggang lelaki tersebut. Dia tidak ingin mati. Apakah dia harus menuruti sahaja kehendak lelaki tidak dikenali itu?
"T-Tolong... Tolong lepaskan saya...", pinta Mira sekali lagi sambil air mata sudah mula membasahi pipi.
"Diam... Sebaiknya kau ikut saja!", balas lelaki itu sambil merentap tangan Mira dengan lebih kuat lagi.
Secara tiba-tiba, seorang lelaki berhoodie hitam menahan tangan lelaki yang sedang merentap tangan Mira. Lelaki tersebut memakai hoodie berwarna hitam sambil menutup kepalanya dan memakai sebuah topeng muka. Wajah itu tidak dapat dilihat Mira dengan jelas.
"Oi budak... Apa kau nak?", ucap lelaki itu dengan nada yang tinggi.
"Lepaskan dia... Aku dah perhati kau dari tadi lagi...", jawab lelaki berhoodie hitam dengan tenang.
"Hah? Kau ingat kau siapa? Kau boyfriend dia ke?!", soal lelaki tersebut sambil merapatkan wajahnya ke arah muka lelaki berhoodie hitam.
"Kau jangan banyak cakap lagi... Kau lepaskan tangan dia sekarang..."
"Hah?! Kalau aku taknak lepas pun... Apa kau boleh buat?!", gertak lelaki tersebut sambil membuat memek muka yang sedang mencabar.
Tiba-tiba, rakannya yang seorang lagi menepuk bahunya sambil berbisik ke telinga.
"B-Bro... T-Tengok gelang dia...", bisik lelaki tersebut.
"Hah?... Erkk!!!", ucap lelaki itu sebaik saja melihat apa yang berada di pergelangan tangn lelaki berhoodie hitam.
"B-Bangle?", ucap lelaki tersebut terketar-ketir.
"O-Oh... M-Maaf... K-Kitorang pergi ya...
Dua lelaki yang mengganggu Mira sebentar tadi langsung meninggalkan kawasan tersebut. Bangle yang terkeluar sedikit sebanyak membuatkan mereka ketakutan untuk berhadapan dengan Mikael.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mikael... Tunggu kejap...", panggil Ezekiel.
"Hah? Ada apa?", soal Mikael hairan.
Ezekiel mula melangkah mendekati Mikael yang sedang duduk diatas tempat duduk motosikal. Sampai sahaja dihadapan Mikael, Ezekiel menyeluk kocek blazer seperti ingin mencari sesuatu.
"Ada apa Ezekiel?", soal Mikael sekali lagi.
"Kejap... Haaa jumpa dah!", balas Ezekiel sambil mengeluarkan sebuah gelang besi yang tidak pernah dilihat oleh Mikael.
"G-Gelang? Untuk apa ni?", ucap Mizuki sambil melihat gelang tersebut dengan penuh tanda tanya.
"Ini gelang bukan sekadar gelang... Ini namanya bangle...Semua anggota harimau berantai ada bangle ni...", balas Ezekiel menjawab persoalan Mikael.
"Hah? Bangle? Untuk apa ni?", soal Mizuki lagi.
"Haih... Nanti kau tahu la... Yang penting sekarang ni, kau pakai je dulu..." jawab Ezekiel sambil memakaikan bangle tersebut ke pergelangan tangan Mikael.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kau okay?", tanya lelaki berhoodie hitam selepas kelibat dua lelaki tersebut hilang dari pandangan.
"A-Ah... S-Saya okay... T-Terima kasih...", balas Mira tergagap-gagap.
"Baguslah kalau macam tu... Aku gerak dulu...", ucap lelaki berhoodie hitam sebelum melangkah pergi meninggalkan Mira sendirian.
"S-Suara ni...", bisik Mira didalam hati.
"T-Tunggu!!!"
Lelaki berhoodie hitam menghentikan langkahnya sebaik saja mendengar Mira bersuara.
"A-Awak... S-Saya rasa kita macam pernah berjumpa...", ucap Mira tergagap-gagap.
Lelaki berhoodie hitam menoleh ke belakang secara perlahan. Matanya langsung memandang ke wajah Mira yang sedang berdiri tidak jauh dari dirinya. Lelaki berhoodie hitam langsung memasang raut wajah yang terkejut.
"E-Engkau..."
~BERSAMBUNG~
~NANTIKAN CHAPTER BERIKUTNYA!~
~BAGI YG MEMBACA NOVEL INI, SEMOGA ANDA DIMURAHKAN REZEKI SELALU!~Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (176)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
jamilu ibrahim
3d
0nc maganda po
23d
0mntp aa
23/09
0View All