logo text

10; Pemenang

*HYERA NG.'S POV*
Hari yang tidak dinantikan akhirnya tiba. Aku hanya mengeluarkan hembusan yang kuat. Mengeluh. Itu sahaja yang mampu aku lakukan sekarang.
Pertandingan akan bermula beberapa jam sahaja lagi. Dan aku sekarang ni tengah berlatih seorang diri dalam bilik tarian. Bilik yang betul. Bukan yang aku curi curi masuk haritu.
Lagu yang aku pilih untuk dijadikan soundtrack tarian aku adalah alunan piano. Lagu asal All of Me. Aku akan menari tarian ballet dalam competition ni. Tarian yang sama masa aku dalam bilik larangan haritu.
Bunyi alunan piano mula kedengaran setelah aku mula menghidupkan lagu. Aku berdiri di hadapan cermin dan mula tipitoe setempat. Aku membuat beberapa pusingan dan kemudiannya menekan kaki ke lantai berkali kali.(harap anda paham). Beberapa lentikan badan juga aku masukkan dalam tarian ini.
Setelah lagu habis, aku meneguk air dengan rakus. Berusaha untuk menghilangkan penat dan debaran di dada. Sepatutnya dalam tarian ni ada penari ballet lelaki yang akan tolong angkat aku yang macam dalam bilik larangan aku haritu. Dan aku agak aku perlu suruh Sehun tolong aku kali ni. Sebab aku yakin dia yang menari ballet dengan aku malam tu.
2 jam sebelum pertandingan.
Untuk kali ke berapa entah aku pusing kawasan uni ni. Mencari lelaki yang putih melepak bernama Oh Xihun.
Dan aku terlupa satu tempat. Bilik larangan. Segera aku menuju ke sana.
Pintu yang sentiasa berkunci itu aku buka guna taktik aku. Dan yup. Selalunya berhasil. Aku menjengulkan kepala ke dalam untuk melihat manusia yang berada di dalam bilik itu.
Seperti biasa, penghuninya akan terdiri daripada 2 orang manusia yang tak lain tak bukan, Xihun dan Kei. Dan seorang perempuan? Macam pelik je?
Aku melangkah masuk dan memandang Xihun yang sedang mengajar Kei beberapa step untuk competitionnya nanti.
"Xihun. Sini." Tangan aku digerakkan beberapa kali ke depan. Xihun melangkah menghampiri aku.
"Nak apa?" Tanyanya dengan lembut.
"Tolong saya. Tolong jadi male dancer saya. Awak masuk sekali je dalam competition saya nanti. Just angkat saya je. Please." Terangku kepadanya dengan suara perlahan. Takut jugak kalau Kei dengar.
"Tapi-"
"Tak apa, saya bayar."
"Tak tak. Saya bukan maksudkan duit. Tapi ni kan pertandingan awak dengan Kei je."
"Jebal. Saya tak ada orang lain dah yang boleh diharapkan. Lagipun haritu awak kan yang menari dengan saya kan?"
Air muka Xihun terus berubah. Macam riak takut.
"Tapi dengan syarat."
"Izinkan saya pakai topeng."
"Okay." Aku tersenyum gembira.
____________
*KEI KIM'S POV*
Ape yang dia buat lama sangat dekat luar tu? Tak boleh ke nak berbincang dalam ni je? Haih bikin panas je.
Melihat Xihun masuk semula membuatkan aku lebih gembira. Bukan apa. Terasa sakit hati bila tengok Xihun rapat dengan Hyera.
"Jom start semula. Oh ya. Kei, nanti aku nak keluar awal 30 minit. Ada hal." Kata Xihun dengan tenang.
"Dan Hyemin. Teruskan practise awak dengan Kei, okay?"
Hyemin hanya mengangguk.
"Kau nak pergi mana?" Tanyaku.
"Ada hal." Jawabnya ringkas.
Mengenai tarian, aku rasa aku nak menari poping. Macam yang aku buat masa kelas haritu. Dan aku rasa aku tak perlukan bantuan Hyemin untuk buat pergerakan ni.
"Aku rasa aku nak menari poping. Sebab tu yang paling aku terer. Dan kalau Hyemin nak stay sini pon tak apa. Aku tak kesah." Tapi seeloknya kau blah dari sini. Kata kata tu terlekat dalam hati je. Tak sampai jantung nak luahkan depan depan. Nanti ada yang berdrama air mata pulak.
Aku terus berlatih tarian poping dengan bantuan lagu I'll Show You by JB. Dan ia berhasil.
30 minit sebelum competition.
"Aku gerak dulu eh bro. Jaga adik aku elok elok." Xihun melangkah pergi dari bilik rahsia kami.
Aku meneguk air Milo yang sejuk. Membasahkan tekak aku serta menggantikan semula tenaga yang telah habis.
Tiba tiba tangan Hyemin merayap. Memeluk pinggang aku dari belakang. Aku terdiam. Menanti gerakan seterusnya.
"Gege, kita berdua je dekat dalam ni." Dia mengetatkan lagi pelukan. Dah kenapa dengan minah ni. Kepalanya disandarkan pada dada aku.
Dia kemudiannya melepaskan pelukan. Butang baju ditanggalkan satu persatu dari atas. Dia yang buat sendiri okay. Bukan aku yang tanggalkan.
"Kei." Rengeknya. Hampir separuh butang atas ditanggalkan. Sehingga menampakkan baju kecil yang dipakainya. Sumpah scary.
"Hyemin, Kau okay tak ni?" Aku rasa dia ni dah semacam.
Apa kata aku pecut dulu sebelum terjadi apa apa dekat aku.
"Kei, Make out with me?" What tha! Serius ke ni adik Sehun? Ke sasaeng aku? Aku merapatkan diri ke arah pintu. Dia semakin mendekat. Rambutnya diserabaikan.
Apabila tangan aku mencapai tombol pintu, cepat cepat aku memulasnya dan memboloskan diri dari bilik rahsia. Barang barang aku yang tak berharga aku tinggalkan dalam tu. Mana sempat nak amek weh. Nasib baik phone aku ada dalam poket selalu.
Aku dalam keadaan cemas terus ke pentas yang akan dijadikan tempat bertanding kami. And guess what. Aku nampak Xihun tengah mengangkat Hyera di udara. Like one of the step in ballet. Yup. She's choose ballet as her dance.
Aku pergi menenangkan diri di bilik belakang pentas. Menguncikan diri di dalam almari baju yang beraircond.
Waktu pertandingan bermula.
"Hyera."
Hyera berada di tempatnya di atas stage. Dia cuba menenangkan dirinya tetapi tidak berhasil. Mana tak nya, beribu pasang mata asyik memandangnya yang berada di atas podium tu.
Sebaik alunan musik kedengaran, Hyera mula menari. Beberapa step yang telah dipractise dengan Xihun masih segar di ingatan. Tipitoe, pusing dan menekan kaki ke lantai secara bergilir gilir Hyera gunakan.
Sekarang tiba part seorang lelaki a.k.a Xihun akan menemannya menari sambil pakai topeng.
Dan dia mengangkat Xihun dengan senang. Tidak seperti practise tadi. Dan meletakkan Hyera dengan sempurna. Lelaki tersebut kemudiannya sambung menari dengan Hyera. Dan tiada step yang Hyera sepadan dengan lelaki tu.
Bunyi riuh kedengaran sebaik sahaja lagu berhenti. Tepukan gemuruh dihadiahkan setelah mereka berdua selesai menari.
"Kei."
Kei berdiri di hadapan audience yang ramai tanpa rasa gentar. Baginya ini perkara biasa dalam kehidupannya.
Pekikan dan lolongan peminatnya yang hardcore tidak kedengaran lagi setelah muzik mula berkumandang.
Kei mula memainkan peranannya untuk memikat hati juri. Dan yup. Setiap gerak gerinya mengundang tepukan dari peminat diehard dan mummynya.
Sempat lagi dia hadiahkan smirk ketika dia menari tarian popping.
Dia juga telah memasukkan breakdance ke dalam tariannya. Dan penulis rasa dia ni suka hati je campur tarian. Sebabnya kejap ballet. Kejap popping. Lepas tu tango. Entahlah. Penulis pon dah pening.
Tepukan gemuruh kedengaran setelah Kei siap menari. Dan Hyera dipanggil untuk turut serta naik ke pentas.
Pengacara majlis berucap dan semua tu diendahkan oleh Kei. Matanya tidak terlepas memandang gadis yang boleh dikatakan pendek di sebelahnya.
"Dan pemenangnya adalah..."
"Kei Kim!"
Kei tersenyum. Piala yang berada di tangan pengacara bertukar pemilik.
Kei mendekati telinga Hyera.
Dibisiknya ayat yang mampu membuatkan para wanita pengsan tetapi bukan pada Hyera.
"I'm win. So, from now on. You're my girlfriend."
"Forever."
Kei tersenyum kemenangan.
Dia kemudiannya melangkah turun dari pentas dan meninggalkan Hyera kaku. Terkedu dengan ayat yang baru diungkapkan Kei sebentar tadi.

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters