logo text

11; Kekasih

Hyera masih terpinga pinga. Nasib dia sorang je yang dengar. Kalau tak memang naya ah kene kejar dengan fans Kei tu.
Hyera mula menuruni tangga backstage satu per satu. Fikirannya bercelaru sekarang ni. Nampak gayanya dia kene fikir banyak syarat supaya Kei tak sentuh dia. Langsung! Saya ulangi. Kei tak boleh sentuh dia langsung. Saya ulangi. Kei tak boleh sentuh dia langsung. Ulang lagi. Tak boleh sentuh dia langsung. Ulang la--okay okay. Tak ulang dah.
Dia tiada kelas selepas ni. Jadinya dia bercadang nak balik. Dah lama tak basuh Jongin tu. Hyera mengatur langkah menuju ke parking lot uni mereka.
Dia mula menghidupkan Jongin dan tak hidup.
"What?!" Hyera memerhati motor miliknya. Nak cakap aku tak service, aku rasa dah service. Dia menilik meter minyak.
"Shit. Minyak habis. Ergh. Macam mana nak balik ni?" Hyera mengetuk Jongin. Kenapalah dia tak perasan yang minyak dah sikit? Padahal semalam baru isi 7 won.
"Need any help?" Seorang lelaki menegurnya. Dengan suara yang annoy.
Hyera memandang pemilik suara. Mukanya bertukar mimik. Menyampah. Dah lah paksa paksa orang. Ingat orang suka gamaknya couple dengan awak.
"Ni mesti kerja awak kan?" Hyera mengagak.
Kei mengangguk.
"Yah! Isi balik!" Hyera menyilang tangannya ke dada.
"Not until you back home with me." Kata Kei.
"Saya rela naik kenderaan awam dari naik dengan awak." Hyera berkata dengan perlahan.
"Apa? Aku tak dengar. Cuba cakap kuat sikit."
"Saya cakap. Berdiri jauh sikit. Takut nanti ada biawak." Hyera memandang Kei dengan rasa tak puas hati.
"Awak! Isi balik minyak!"
"Give me a kiss as a payment."
Kei memperlahankan suaranya. Eleh. Bukannya ada orang pon kat situ.
"Takada maknanya. Dah ah. Baik saya tarik je Jongin ni sampai rumah." Hyera mula menolak motornya dan menjauhi Kei.
Kei tidak berdiam diri. Dia mula mengikut Hyera dari belakang tapi jauh sikit. Nasib baik Kei sampai di depan guard, dia memesan kepada ajusshi tu untuk serahkan kunci kereta miliknya kepada Xihun. Almaklumlah Xihun tu kan selalu menumpang kereta Kei.
"Woi girlfriend. Tunggulah boyfriend ni." Jerit Kei setelah mereka berada jauh dari uni mereka.
Hyera hanya menggulingkan mata. Aku ingat mamat hitam ni tak ikut aku. Ikut jugak rupanya.
Hyera memperlahankan langkah. Badannya dipusingkan supaya dapat menghadap Kei. Jongin masih berada di dalam tangannya.
"Siapa suruh awak ikut? Dan mana kereta awak?" Hyera memusingkan badannya kembali. Dia berjalan sambil menuntun Jongin kesayangannya.
Kei berlari sehingga dia berada di sebelah Jongin Hyera. Handle Jongin dipegangnya.
"Jap. Girlfriend. Aku ada satu soalan. Kenapa kau letak nama bende ni Jongin?" Tanya Kei.
"Perlu ke awak tahu?" Tanya Hyera semula.
"Aku tanya dulu okay. Jadi sila jawab." Kei memandang Hyera sebelum memandang semula ke depan. Tangan sebelah kirinya diletakkan di dalam poket seluarnya.
"Yelah. Yelah. Sebenarnya nama Jongin ni saya letak sebab dia ni first love saya. Haha. Kecik kecik dah menggatal. Tapi dia pindah masa saya umur 6 tahun. Kami sebaya. Dia tu jiran saya sebelum dia terpaksa pindah ikut appa dia pergi Edinburgh, London. Sebelum dia pindah tu, dia ada bagi saya sepit rambut yang bentuk butterfly. Dan sekarang sepit tu entahlah pergi mana. Okay dah. Sampai situ je. Jangan tanya lebih lebih. Sebab sekarang ni saya tak tahu dia dekat mana." Hyera membelok ke kanan. Masuk ke taman perumahan mereka.
Kei hanya diam sambil mengusap janggut halimunannya. Seperti dia sedang memikirkan sesuatu.
"Habis tu, kalau kau jumpa dia semula, kau akan tinggalkan aku ke?" Tanya Kei.
"Tengok keadaan. Kalau awak curang, saya pergi dekat dia." Hyera berhenti seketika. Dia memandang Kei.
"Awak, tolong belikan minyak untuk Jongin. Guna duit awak." Hyera tersengih. Menayangkan barisan gigi hadapannya.
"Yelah. Tapi nanti aku tuntut ganti rugi dari kau." Kei berlalu pergi sambil menuntun Jongin. Dia datang semula setelah tangki minyak Jongin diisi penuh.
"Dah naik." Arah Kei. Hyera hanya memandang Kei.
"Awak reti ke bawak Jongin ni?" Hyera curious. Kang tak pasal pasal baru beberapa meter nanti dua dua tergolek.
"Naik jelah."
Hyera akur. Segera dia menaiki badan Jongin kesayangannya.
_________
"Dah sampai dah. Eh. Eh. Nak kemana tu? Rumah saya kat sinilah." Hyera memukul belakang badan Kei.
"Sakitlah. Kau duduk jelah diam diam. Kang aku buat kau menangis lagi kang. Aku nak kau ikut aku balik rumah aku kejap. Nak tunjuk something. Duduk diam diam." Mata Kei masih fokus ke hadapan. Hanya sebelah tangannya memegang tangan Hyera.
"Don't touch me you moron." Hyera menepuk nepuk tangan Kei yang memegangnya.
Kei hanya bersabar. Nasib baik atas motor. Kalau dalam kereta ni, dah lama aku berhenti mengejut. Biar kepala tu kena dashboard.
Nasib baik rumah Kei hanya beberapa selang buah rumah lagi dari tempat mereka.
*KEI KIM'S POV*
"Dah masuk." Aku membuka pintu rumah. Menolak Hyera perlahan masuk ke dalam rumah.
Wajah mummy yang sedang bersilang tangan di hadapan mata aku tatap. Disalamnya tangan tua mummy.
"Mummy. Nini bawak kawan. Boleh ke?" Tanyaku.
Mummy mengangguk.
Aku pandang Hyera. Dia seperti tak percaya dengan orang yang berada di depannya.
"Woi. Salamlah mummy aku." Tegurku. Dia yang baru sedar hanya tersengih dan mencium tangan mummy.
"I take her upstairs ya mummy."
Mummy mengangguk lagi.
Tangan Hyera aku tarik sampailah kami berdua masuk ke dalam bilik aku.
Sekali lagi dia terpinga. Haduh minah ni. Aku menggoyangkan tanganku di hadapan mukanya.
"Teruknya bilik awak." Katanya. Secara automatik dia mengutip segala baju yang bergelimpangan di atas lantai. Dimasukkan ke dalam bakul yang aku letak di sudut bilik.
Aku hanya membiarkan dia kutip semua tu. Aku malas nak halang dia sebab aku rasa malas. Haha.
Aku berbaring di atas katil aku dan membiarkan Hyera yang kusyuk mengemas. Aku rasa ada baiknya aku tido. Lagipun masih awal lagi. Aku mencabut baju yang sedang dipakai dan terus terlentang. I love sleep.
*HYERA NG.'S POV*
Aku terkejut bile tengok muka dekan dalam rumah Kei. Rupanya dekan ni mummy dia. Gosh. Patutlah dia dapat tahu pasal competition tu lagi awal.
Lepas aku salam dekan, Kei tarik aku naik ke atas. Suka hati mak nenek dia je naik pegang tangan aku.
Dia membuka pintu. Terserlah keseluruhan bilik tidurnya. Mak aih. Ni bilik ke tempat pembuangan sampah?
Aku yang tercengang tu tersedar bila tangan Kei tergoyang goyang depan muka. Terkeluar ayat dari mulut mungil aku.
"Teruknya bilik awak." Rasa jijik tahu nak pijak lantai bilik dia. Aku dengan rasa rendah diri mengutip semua pakaian yang berselerakan atas lantai. Kat sofa pon ada jugak. Gila pengotor lelaki cina ni.
Aku lihat Kei bergerak menuju ke katil miliknya. Jangan kata kau nak tido. Dan dia berbaring. Matanya ditutup. Gosh. Sleepyhead. Dia bangun semula dan mencabut bajunya di depan aku. DEPAN AKU! Ahh. My innocent eyes. Rosak mata aku. Dan dia tido. Dengan tenang.
Dah siap aku kemas baju dia tu, aku pergi ke meja studynya. Gambar seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan menarik minat aku untuk mengambilnya dan lihat secara dekat.
Jap. Kenapa muka budak perempuan ni macam aku? And this boy look like Jongin?
Ah sudah. Makin pening ni.

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters