logo text

13; Kepulangan

*HYERA NG.'S POV*
"Gege, rinduuuu." Aku dah menangis masa call abang Jikwang.
"Hahah. Sejak bila adik aku jadi gini? Terharunya." Katanya. Aku dapat agak yang dia pum turut mengesat air mata halimunannya.
"Gege. Bila kau nak cuti? Aku dah rindu sangat sangat dengan kau. Oh ya. Nanti kau balik bawak sekali kakak ipar. Aku nak hang out dengan bakal kakak aku. Takkan kau sorang je boleh kan?" Dihujung ayat aku tergelak. Macam lawak pulak cakap macam tu dengan JiKwang.
"Banyaklah kau punya hang out. Akak kau tu tak habis sem lagi. Lainlah macam abang kau ni. Eh dik. Ce kau masuk bilik aku kejap." Aku bangun dari katil menuju ke pintu. Telefon masih diletakkan di telinga.
"Kau nak buat ape suruh aku gi situ? Dah ah bilik kau tu gelap. Berhaba pulak tu." Rungutku. Setelah memboloskan diri, aku menuju ke biliknya. Tak jauh pon. Selang 2 bilik dari bilik aku je. Tombol pintu bilik JiKwang, aku pulas.
"Eh kejap. Jangan pulas tombol tu lagi."
"Aik? Macam mana kau tahu aku pulas tombol pintu ni hyung? Kau pasang cctv ke?" Aku melihat sekeliling. Tak ada tanda tanda yang cctv dipasang.
"Kau cari dokumen jap dalam drawer sebelah katil aku tu. Pastu kau kasi nombor siri dokumen tu." Terangnya. Kalini aku pulas tombol. Tangan meraba mencari suis di tepi pintu. Mana suisnya?
"Woi bang! Mana suis lampu kau? Asal aku tak jumpa ni? Hello JiKwang.... gege!!" Aku pandang skrin telefonku. Cis. Dah tutup rupanya. Takut kredit habislah tu.
Aku teruskan pencarian aku. Suis oh suis. Where are you? Semasa proses cari suis tu, sempat jugaklah aku menari nari sikit. Dah aku sorang je yang ada dalam ni. Buat gila gila sikit.
"Woi! Jangan menarilah. Rosak mata aku tengok kau buat macam tu." Aku terkejut. Gosh. Datang dari mana pulak dah suara ni?
Bilik yang gelap bertukar terang. Cis. Suara jahat. Berani kutuk aku. Jap. Sape yang bukak suis ni? Aku rasa aku tak sentuh lagi suis.
"Kau ni memang tak boleh diharap dik. Lain aku suruh lain kau buat." Mata aku terancap pada tubuh milik seseorang.
"GEGEEEEE!!" Aku memeluk jejaka yang sedang berpeluk tubuh.
"Woo. Easy young lady. Abang kau dah balik ke pangkuan ni. Janganlah nangis." JiKwang cuba pujuk aku.
Aku kesat air mata dan hingus di bajunya. Haha. Rasakan. Sape suruh kau tinggal aku lama lama mereput dekat sini.
"Yukss. You suck sisto. I hate you. Baju favourite aku dicabuli dengan hingus kau." Dia berlari menuju ke tandas.
"Aku sayang kau jugak, gege. Tu hadiah sebab lama tak balik. Weh bang, mama ayah tahu tak kau balik ni?" Aku mendekatkan diri dengan pintu tandas. Tangan ditongkat di sisi pintu.
"Dah. Kau je lambat." Dia keluar dari tandas sambil tayang body. Aku tepuk perutnya.
"Kau fikir kau tough ah gitu? Abs pon tak de. Dan kau pon cemarkan mata aku. Dah dua kali harini aku tengok body orang." Kataku. Abang pandang aku pelik. Aku tersalah cakap ke?
Aku menepuk mulut setelah tersedar dengan kata kataku. Mulut jahat. Mulut jahat.
"Kau tengok body orang dua kali?! Dik, mata kau dah tak suci. Aku tak pernah ajar adik aku jadi macam ni." Dia menggeleng kepala. Ayat yang penuh dramatik. Kakinya melangkah menjauhi aku. Sehelai baju yang berada di dalam almari diambil lalu disarungkan.
"Sape yang bertuah sangat tu? Biar aku ajar sikit orang yang meragut kesucian mata adik ni." Dia duduk di atas katilnya. Aku pon turut serta duduk di sebelahnya.
"Yang kau bodo sangat ni kenapa? I'm not a kid anymore brother. Dah ah. Aku lapar. Nak sambung makan cokelat aku ni. Apa apa hal, kau gi ah bilik aku."
Aku bangun dan berlalu keluar dari bilik dia dan masuk ke dalam bilik aku. Menyambung aktiviti yang tergendala. Makan cokelat lagi bagus dari tengok muka kau bang. Ada juga faedahnya.
_____________
*KEI KIM'S POV*
"AWAK JANGAN NAK TIPU SAYALAH! AWAK INGAT SAYA TAK TAHU KE YANG AWAK DAH JAHANAMKAN SEORANG PEREMPUAN?!"
"KAU JANGAN KURANG AJAR SANGAT DENGAN AKU! AKU NI SUAMI KAU! MEMANG! MEMANG AKU DAH AMBIK DARA DIA! PUAS?! TU JAWAPAN YANG KAU NAK KAN?"
"CERAIKAN SAYA! CERAIKAN SAYA SEKARANG! AKU DAH TAK NAK HIDUP LAGI DENGAN LELAKI DAYUS MACAM KAU!"
"KURANG AJAR!"
Bunyi kaca pecah dan diselangi tangisan mengejutkan aku dari tidur.
Aku mengusutkan rambut. Ape lagilah masalah papa buat kalini? Haish. Segera aku bangun dari katil. Pintu dibuka sedikit dan kepada aku jenguk.
Ni kelebihan bilik berdekatan tangga yang bawahnya ada ruang tamu. Paham kan maksud aku?
Aku tengok mummy dah terduduk menangis. Papa? Entah hilang ke mana. Mungkin dah bunuh diri kut.
Tak pon pergi merosakkan perempuan yang jual diri dekat club tu.
Aku turun ke ruang tamu dan terus memeluk mummy. Kenapalah papa tak sedar diri lagi? Dah tua bangka pon ada hati nak buat benda terkutuk tu dengan anak orang. Kenapa tak lepaskan mummy ni?
"Mummy. Sabar. Kei selalu ada dengan mummy." Pujukku.
"Mumny dah tak tahu nak buat ape dah dengan papa kamu. Mummy dah sakit hati. Kenapa dia tak lepaskan mummy je? Mummy dah penatlah. Mummy dah penat." Mummy menangis dalam dakapan aku.
"Dah. Dah. Jangan nangis mummy. Malam ni mummy tido dengan Kei eh? Dah lama mummy tak tido dengan anak mummy ni. Kei rindu nak peluk mummy." Aku menolong mummy bangun. Sekarang bukan masanya untuk aku turut sama lemah.
Sampai dalam bilik, aku pimpin mummy ke katil. Dia baring dan aku selimutkan dia.
"Mummy tido dulu eh. Kei nak duduk luar kejap. Nak tenangkan fikiran." Mummy mengangguk. Aku tutup suis lampu yang terang dan tukar jadi lampu oren.
"Night mum." Kataku sebelum turun menuju ke laman.
______________
"Segarnya." Aku terus bergolek golek di atas rumput. Hilang sekejap perkara yang menyerabutkan kepalanya.
Lepas aku penat menggolekkan diri, aku terbaring. Melihat cahaya bintang yang menghiasi langit malam.
Kan best kalau aku jadi bintang? Boleh tengok semua orang dari atas. Muncul masa malam je. Tapi aku tak boleh jaga mummy dari dekat. Hanya mampu lihat dari jauh.
Macam tu jugak Hyera. Aku nak jaga dia. Selalu. Kalau boleh aku tak nak lepaskan dia. Walaupun minah tu datang balik. Aku takkan terima. Takkan.
"Haih bintang! Tolonglah jaga orang orang yang aku sayang. Jangan bagi sesiapa pun sakitkan mereka. Jaga mereka bintang. Jagalah mereka bintang. Aku harap sangat." Aku memejamkan mata. Kan best kalau Hyera ada dekat sini. Boleh aku peluk peluk dia. Hehehe. Gatal.
Aku mengibas seluar yang kotor dengan tanah. Kaki aku hayunkan masuk ke dalam rumah. Nak tido. Esok nak sneak in bilik Hyera.
Aku mengucup dahi mummy. Harap papa dapat berubah. Mata aku tutup. Mahu meninggalkan dunia yang penuh penipuan ni. Sekejap. Bye.
Okay. Berduduknya saya di sini adalah untuk menerangkan pelan rumah mereka.(tempat tinggal mereka)
Sebenarnya, rumah mereka ni bungalow yang ada tanah sendiri. Camne nak cakap ek? Rumah diorang ni sebijik sebijik. Dan setiap rumah tu ada taman sendiri. Tak pon laman untuk diorang cucuk tanam. Kalau rumah Kei tu, saya tanam rumput karpet. Kiranya senanglah dia nak golek golek atas rumput tu. Tapi sakit sikitlah.
Tapi kalau rumah Hyera, saya tanam pokok epal yang rendang. Dekat bawah tu ada bangku.
Okey. Yang tu baru luar. Sekarang ni nak cerita pasal dalam rumah pulak.
Rumah setingkat.(patern rumah sama). Mula mula masuk pagar besar, anda akan melalui garage yang boleh tempatkan 4 biji kereta. Masuk pintu rumah tu, anda akan jumpa ruang tamu, 2 bilik tamu dan kemudian ruang makan. Terus sambung dgn dapur. Dekat tengah tengah alam tu (jalan ruang tamu) ada tangga yang hubungkan ruang tamu dgn tingkat satu.
Tingkat satu. Ada 6 bilik. (3-3). Kalau rumah Hyera bilik dia yang hujung sekali. Lepastu stor. Lepastu bilik abang/gege dia. Depan bilik dia, bilik toilet. Tepi tu bilik mama ayah dia. Lepas tu bilik game. Kadang kadang dia dengan abang dia main video game dkat situ.
Rumah Kei. Still sama macam Hyera. Tapi hanya bilik dia dekat atas. Yang lain bilik yang penuh dgn cermin, bilik stor, bilik kosong, bilik kedap bunyi (selalunya dia menjerit dalam tu) dan bilik kosong. Memang tak digunakan.
Bumbung. Rumah mereka atas tu ada kolam.
Okay dah. Habis dah saya terang. Jadi kalau tak paham habaq mai kat kami na.

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters