logo text

15; Keluar

"Weh. Rumah kau ni tak ada tempat tersorok ke?" Tanya seorang lelaki yang lebih tinggi dari anak pemilik rumah.
"Ada je. Kenapa nak tahu?"
"Kau ni. Selalu macam tu. Aku tanya dulukan. Bagilah jawapan. Aku tak nak soalan." Balas lelaki tersebut. Anak pemilik rumah hanya mampu menggulingkan matanya. Takkan nak gulingkan mata tu pulak.
"Jom ikut saya." Anak pemilik rumah mula berjalan menuju ke laman rumahnya. Pokok epal yang ditanam oleh penulis tumbuh dengan lebatnya. Dia kemudiaannya duduk di atas bangku yang disediakan oleh penulis.
"Nilah tempat tersorok saya. Biasanya hyung takkan jumpa saya merajuk dekat sini. Langsung tak jumpa. Jadi, apa tujuan awak ajak saya pergi tempat tersorok ni?" Anak pemilik rumah memandang lelaki yang tinggi itu.
"Kau diri kejap." Anak pemilik rumah hanya menurut.
"Kalini aku terpaksa peluk kau. Bukan suka suka. Tapi untuk keselamatan. Jadi sekarang ni, tujuan aku kat sini adalah untuk tanya kau. Kau nak pergi mana? Maksud aku tempat yang kau nak sangat melawat?" Lelaki itu meletakkan tangannya di pinggang anak pemilik rumah.
"Hmm. Lotte World?" Kata anak pemilik rumah setelah lama terdiam.
"Okay." Lelaki tersebut berkata dengan seringkasnya.
"Sekarang ni. Tutup mata kau. Aku nak bawa kau ke sana." Kata kata lelaki tersebut membuatkan anak pemilik rumah ketawa.
"Are you kidding, Nini? Jangan cakap kita pergi sana dengan terbang." Anak pemilik rumah berkata sambil melepaskan ketawanya yang masih bersisa.
"Nanti kita tengok siapa yang kidding siapa. Okay, Yeila? Jadi. Baik kau tutup mata kau sebelum aku yang tolong tutupkan guna cara aku." Lelaki tersebut mengetatkan pelukan. Anak pemilik rumah hanya menutup mata. Tangannya merayap memeluk badan tegap lelaki yang lebih tinggi darinya itu.
Dalam sekelip mata, mereka hilang dari pokok epal itu.
_________________
*HYERA NG.'S POV*
"Kau boleh buka mata sekarang." Bisik Kei dengan lembut. Aku membuat seperti yang disuruh.
"Waaaaa. Jap. Kita kat mana ni? Bukan dalam pokok epal yang penulis ni tanam kan?"
Aku memandang Kei. Dia mengangguk. Angguk?
"Awak tak tipu saya kan?"
Kei mengangguk. Kemudian dia gelak. Kepala hangguk dia. Nak melawak boleh. Tapi bukan sekarang. Aku tengah serius ni.
"Ish kau ni. Lembab sangat kenapa? Kan aku cakap yang aku nak bawak kau pergi sana. Kau tak caya. Dah ada depan mata pon tak nak percaya lagi ke?" Kei menunjal dahi aku. Bukan sekali. Berkali kali kau tahu.
"Aaaahh. Lotte World!" Aku memeluk Kei. Tak lama lepas tu aku tersedar.
"Hehe. Excited sangat dapat pergi Lotte World. Terima kasih." Aku menggaru kepala. Diri aku jauhkan sikit dari Kei. Malu lah pulak.
"Hahaha. Ye. Ye je kau. Kata jelah nak peluk aku. Dah lah. Takkan nak tunggu sini sampai bila bila. Tak nak masuk dalam ke?" Tanyanya. Aku mengangguk laju.
Dia tersenyum. Lengan baju aku dia pegang. Menarik aku mengikutnya masuk ke dunia buatan manusia.
"Nah ni kau punya token. Aku nak gi dekat drunken basket. Kau nak ikut ke?" Tanya Kei.
Aku mengangguk.
"Takkan nak tinggal saya sorang dekat tempat besar ni." Aku mengembungkan pipi. Harapnya berjaya kalini.
Aku nampak Kei mengeluh. Lengan baju aku ditarik sekali lagi menuju ke drunken basket.
Aku memasang lagu dekat earphone dan mula naik ke drunken basket bersama dengan Kei
_________________
"Wooohoooooo. Best gila. Kau tahu tak muka kau macam mana tadi? Buruk siot." Kata Kei dengan suara mengejek. Siap dengan copy paste muka Hyera lagi. Dah lah naik mende tu memeningkan.
"Ish. Diamlah. Kalau tadi game awak, sekarang game saya. Kita pergi Camelot Carrousel. Okay Nini?" Kata Hyera lalu melangkah laju ke tempat yang disebutnya. Meninggalkan Kei yang terkulat di situ.
Hyera mula menaiki kuda yang bergerak.(I mean tempat kuda berpusing tu). Kei hanya memandangnya. Baginya permainan tu langsung tidak menarik. Tidak adventure untuknya. Tak manly. Tak cool. Dan seangkatan dengannya.
Jadi dia hanya duduk di tengah jalan tu memerhati Hyera sambil berpayung. (Payung tu Kei ambil dekat rumah dia. He's got to teleport himself to get it)
Dia membuka kamera telefon miliknya. Dan berlakulah perkara klise yang selalu pakwe lakukan untuk makwe dia. Kai menangkap beberapa keping gambar Hyera yang sedang ketawa keriangan di atas carrousel itu. Dia tersenyum sendiri. Dah kemaruk cinta lagaknya.
Setelah dia menunggu Hyera siap bermain, dia terpandang tempat yang paling best. Sekali lagi dia tersenyum.
"Dah habis dah tersenyum sorang?" Tegur Hyera ketika dia melihat Kei tersenyum seperti kerang busuk.
"Belum. Jom gi sana. Yang ni aku belanja." Baju di bahagian legan Hyera ditarik sekali lagi. Mengikut jejak Kei yang berada di hadapannya.
_________________
Mereka berdua kini berdiri di hadapan Giant loop. Permainan seperti roller coaster. Tak. Tak. Bende ni memang roller coaster. Dan yang paling menarik tentang benda ni adalah 'ia' akan berhenti bila time puncak dan kita terbalik. Can you imagine it?!
"Lets rock the world." Kei terus menaiki kabin dan tidak lupa juga menarik Hyera yang kaku itu bersama.
"Awak. Saya takut tinggi." Hyera memandang Kei. Namun pandangannya diendahkan. Kei sangat ralit melayan perasaannya yang overexcited itu.
Ingin saja Hyera menarik diri dari menaiki kabin itu tapi apakan daya, kabin mereka telah bergerak ke hadapan.
Tangan Kei dipegang erat. Hampir mencengkam lengan lelaki itu. Dia terpaksa pegang. Kalau tak memang dah pengsanlah Hyera dekat situ. Hyera hanya memejamkan mata.
Bunyi jeritan dan sebagainya yang keluar dari mulut penumpang kabin masih kedengaran. Nak nak lagi time upside down yang berhenti secara tiba tiba menyebabkan mereka seperti tergantung disitu.
Kepala Hyera mula pening apabila dia dengan tidak sengaja membuka mata di tempat yang tinggi. Peluh mula terbit di dahinya. Nak sahaja dia menjerit di situ tapi memikirkan bila bila masa sahaja dia akan muntah, dia batalkan saja niat itu.
Kei yang sedang riang menjerit tidak langsung memandang Hyera yang berada disebelahnya. Dia bagaikan berada di alam buatannya sendiri.
Setelah lima pusingan berlalu, kabin mereka berhenti juga akhirnya. Hyera terus melompat keluar dari kabin dan terus memuntahkan segala isi perutnya di semak samun. Nasib jumpa. Kalau tak memang lantailah yang menjadi mangsa dia muntah.
"Kau okay tak?" Tanya Kei. Sempat lagi dia mencari air masak yang entah dari mana dia dapatkan dan dia pass kepada Hyera.
"IM NOT OKAY AND NOW! PLEASE! JUST LET ME CALM MYSELF!" Hyera menjerit. Memang dia marah dengan Kei sebab dia benci. Benci dengan tempat yang tinggi.
Hyera meninggalkan tempat tersebut(giant loop) bersama air mineral yang Kei bagi. Dia hanya menurut langkah kakinya sehingga dia sampai ke satu tempat.

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters