Hyera berhenti di sebalik pokok yang besar. Dia pon tak tahu dia dekat mana. Dan satu lagi masalah macam mana dia nak balik ke rumah dia? Tu lah kelemahan dia. Bila dia marah, dia akan pergi jauh jauh sampai dia pon tak tahu kaki dia bawa dia ke mana. Gila kan? Dia memeluk lutut. Rasanya tadi baru pagi. Ni dah dekat senja dah ni. Badannya disandarkan di pokok besar itu. Berharap agar Kei datang menemuinya di situ. . . Meanwhile Kei... . . Aku ada je sebalik pokok ni. Aku ikut dia walaupun dia tak bagi ikut. Anak dara orang tu. Dah lah aku yang bawak dia keluar. Takkan nak tinggal macam tu ja. Aku nampak Hyera sedang menutup mata. Penat mungkin. Tapi dia tak takut ke duduk dalam ni... I mean hutan tebal ni? Keadaan menjadi senyap. Hanya bunyi unggas unggas menyapa telinga. Aku tengok dia sekali lagi. Dan yup. Dia tido. Baik aku angkat dia dan letak dia bawah pokok epal penulis tu. Lagipun hari dah nak malam. __________ Kei mengangkat Hyera dan meletakkannya di bahu. Dalam sekelip mata, mereka hilang dari pandangan. Tidak lama kemudian, muncul lelaki tinggi di hadapan pokok epal. Membawa pulang anak pemilik rumah yang dipinjamnya beberapa jam sebelumnya. Dia meletakkan anak pemilik rumah di atas bangku dan menunggu di hadapannya sambil duduk memandang anak pemilik rumah. "Epal!" Lelaki tinggi itu bangun dan memetik satu biji epal yang telah masak ranum. "Author-nim, i take one of your apple!" Jerit lelaki itu sambil memandang langit. Dia hanya jerit sampai penulis yang sedang menulis itu memandangnya. Lelaki itu nampak penulis itu mengangguk sambil mulutnya berkata 'Saranghae'. Lelaki itu terkejut. "Eleh. Aku main main je. Yang kau serius sangat ni asal?" Suara Penulis bergema di ruang angkasa. "Hehe." Lelaki itu menggaru belakang tengkuknya. Penulis hanya menggulingkan matanya sebelum dia pergi menghilangkan diri. "Bising ah kau ni!" Hyera menutup telinga. Dia kini sudah duduk memandang Kei. Kei yang sedang makan epal yang berjus lagikan segar hampir saja tercekik. Dan menyebabkan epal itu terjatuh dari pegangannya. "Apa? Kau? Wah. Kemajuan yang baru ni. Tapi aku tak nak kau-aku, aku nak... hmmm... baby-honey?" Kei memegang dagunya. Mengusap janggut halimunan yang sudah lama terbit di tempat itu. "Eh dia ni. Makin melalut. Sepak kang. Dah alang alang muka dekat dengan kaki saya ni, apa kata kalau bagi satu. Boleh kan?" Hyera tersenyum jahat. Rambut Hyera yang diikat sejak awal tadi dah serabai. Kei berdiri lalu menjauhkan mukanya dari Hyera. Dia bercekak pinggang. "Kau fikir elok ah kau buat aku macam ni? Dekat pakwe kau yang hensem lagikan kacak ni?" Hyera bangun dan menghampiri Kei. Dia meniru aksi yang dipertontonnya tadi. "Ohhhh. Dah pandai eh melawan?" "Dah lama dah pandai. Awak je yang tak tahu." Hyera mengangkat tangannya yang membuat simbol pistol. Hujung jari telunjuknya ditiup. "Aku rasa kau ni kene sampuk dengan hantu hutan gamaknya. Jom ah masuk rumah. Aku dah lapar." Kei mengunci tangannya di kepala Hyera. Dia kemudiannya mengheret Hyera menuju ke pintu masuk. "Ni rumah sayalah. Rumah awak kat sana. Baliklah rumah awak. And-" Tangan Kei ditolak ketepi. "No skinship. I hate it." Hyera menyilangkan lengan di dada. Pandangannya dialihkan ke lain. "Woi dik. Ajak ah Jongin kau tu masuk." Suara JiKwang membuatkan mereka memandang ke pintu rumah. "Mana ada orang nama Jongin sini hyung. Mata kau buta ke rabun?" "Mata kau ah buta. Aku rabun je. Nasib ada contact lens ni je yang bantu aku tengok Jongin." Perkara ini berterusan sehinggalah suara ayah mereka menghentikannya. Kei yang dah lama wujud dekat situ terus masuk ke dalam rumah keluarga Ng. Meninggalkan Hyera dan abangnya yang tidak habis habis membazirkan 'peluru' mereka. "Sedapnya bau auntie!" Kei terus duduk di meja makan tanpa disuruh oleh tuan rumah. "Haha. Biasalah. Tengok kaki siapa." "Auntie masak guna kaki?! Tak nak ajar Kei ke? Haha. Kidding je auntie. Auntie masak ape?" Alahai budak ni aku cepuk kang. Kei mula melihat kaki puan Sandara. "Ayam goreng berempah cili kering, jjampong dan air strawberry." Puan Park menjawab soalan Kei sambil tangannya lincah mengacau kuah jjampong. "Ohh. Okay okay. Kei balik dululah. Mummy tinggal berdua je dengan maid. Bye auntie." Kei mengangkat kaki untuk pergi ke ruang tamu namun disekat oleh Puan Sandara. "Ni. Ni. Bagi dekat mummy kamu." Puan Sandara menghulur satu tupperware yang dirahsiakan isi kandungannya. "Okay auntie. Kamsahamnida." Kei menunduk sedikit sebelum menyambung perjalanannya untuk pergi ke Encik Andrew a.k.a ayah mentua. Eh silap. Bakal ayah mentua. "Uncle. Kei balik dulu. Bila bila masa lagi Kei datang sini ya." Kei menunduk hormat kepada Encik Andrew "Baiklah. Jalan elok elok." Encik Andrew memandang Kei sebelum dia kembali memandang surat khabar yang berada di tangannya. Masuk kali ini sudah kali kelima puluh dia membaca muka surat yang sama. "Gege ni, aku bagitahu akak pasal rahsia besar kau kang baru tahu." Hyera masih berperang mulut dengan hyungnya di depan pintu. "Kau nak suruh aku bagitahu Jongin ke rahsia kau?" JiKwang juga tidak mahu menyerah kalah. "Rahsia apa bang?" Kei datang mencelah. Hajatnya kesana hanyalah untuk melalui pintu utama itu, tapi disebabkan kedua dua adik beradik tiri (yang sebenarnya adik beradik kandung) ini bergaduh, dia terpaksa menunggu sampai mereka berhenti. Tapi nampak gayanya tak ada harapan. "Tak de pape. Oh. Awak nak balik dah eh?" Tanya Hyera sambil matanya melirik ke bekas makanan yang dipegang oleh Kei "Haah." Kei memandang JiKwang. "Saya balik dulu bang. Nanti malam saya ceroboh bilik bang JiKwang pulak. Hahaha. Kidding kidding." JiKwang hanya memandang Kei dengan pandangan yang tajam. "Kei, kau suruhlah makwe kau ni bercakap sorang. Aku nak pergi makan. Dah lapar ni. Dinner pon dah nak dekat." JiKwang menepuk bahu Kei sebelum beredar. Mungkin pergi ke sebelah Encik Andrew dengan bertujuan mengacau lelaki tua itu. "Bye Nini." Hyera melambai di hadapan muka Kei sebelum dia juga mengikut jejak langkah hyungnya. "Bye Yeila." ______________ *KEI KIM'S POV* Aku masuk ke dalam rumah dan terus menerpa mummy. "Mummy. Nah. Puan Sandara bagi." Aku menghulurkan bekas makanan itu kepadanya yang sedang khusyuk melayan Kdrama. "Iya? Dah lama mummy tak jumpa dia. Dia apa khabar? Sihat? Anak dia yang lelaki tu ada? Yang sebaya kamu tu belajar dekat mana? Suami dia si-" "Mummy. Tarik nafas dulu. Kei tahu mummy teruja. Tapi mummy, mummy kene ingat manusia adalah mamalia. Perlu bernafas guna peparu." Aku tersenyum bila tengok mummy macam dah stabil. "Puan Sandara sihat. Suami dia pon sihat. JiKwang ada je tadi dan anak perempuan dia pon ada. Hyera namanya. Yang Kei bawak balik haritu. Dialah tu. Dia study dekat kolej mummylah." Aku tarik nafas. "Sekarang ni Kei pulak nak tanya mummy. Papa dah balik ke?" Mummy hanya memandang bekas makanan. Okay. Aku tak sepatutnya ungkit benda ni. "Mummy, Puan Sandara masak apa tu? Jom ajak bibik makan sekali." Aku mengheret mummy ke dapur. Bibik aku pon aku heret sekali. Walaupun dia tak nak. Skip Setelah aku membersihkan diri, aku berbaring di atas katil. Kepala masih lagi mencari jawapan. Mana papa menghilang? Dah mati ke papa aku tu? Atau tengah berseronok dengan betina betina yang jual diri tu? Hanya satu cara je nak tahu keberadaan papa. "Spying." Tapi bukan sekarang. Aku nak tidur dulu. Esok ada kelas. Jadi... Goodnight!
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All