logo text

17; Kim

*HYERA NG.'S POV*
ANOTHER day for uni. Dan kena hadap muka hensem Kei.
Aku bergerak menuju ke arah superbike a.k.a Jongin. Abang dah mula bekerja dekat syarikat apa tah. Nama panjang sangat. Dia jadi officer. Ayah dah lama pecut gi kerja. Mama? Hmm. Dah melekat dekat rumah dekan lah tu.
Aku? Tengah tunggang Jongin gi uni lah. Takkan nak berjoget tengah jalan ni pulak.
Sedang aku tunggu trafic light ni tukar hijau, tiba tiba aku dapat hon dari kereta sebelah. Haduh. Nak cari gaduh siang buta ni ke? Nasib aku pakai topi keledar ala ala power rangers gitu. Tak delah orang cam sangat.
Aku perhati je kereta sebelah ni. Bising nak mati kot. Aku rasa 2 orang je kot dalam kereta ni. Tapi ya ampun! Macam 70 orang dalam satu kereta. Haa tipu je.
Lampu dah bertukar hijau. Aku tukar clutch dan terus pecut. Tapi yeah. Kereta tu makin pecut dan bagi aku makan asap. Cissss. Kuajaqqqq. Pantang betul aku. Dan lah hari panas. Kau nak panas kan aku lagi ni pehal? Ajak berlumba gamaknya.
Aku memotong kereta tersebut. Sian Jongin aku. Dah lah aku dah lama tak race. Zaman jahil dulu tak yah cakap. Memang aku lah juara.
Kereta tu pintas lagi. Mamat kereta ni dah gila ke apa ni? Aku surrender awal awal. Tak nak aku. Kalau jatuh, Jongin aku yang cantik ni calar. Dah satu hal nak kena baiki semula.
Aku memarking Jongin di tempat biasa. Sebelah tempat kereta Kei. Aku berjalan menuju ke bilik tarian yang berada di tingkat dua. Sambil sambil aku jalan tu, aku tengok jam aku. Eleh. Awal lagi. 12 tengah hari. Kelas start pukul 2. Saja datang awal. Mama pon tinggalkan aku macam tu je tadi.
Aku pandang hadapan tapi aku terlanggar seseorang. Atau lebih tepat dada seseorang. Apa ke kurus mamat ni. Sakit hidung aku langgar rusuk kau.
"Sorry." Aku ke belakang sedikit dan menunduk berkali kali. Setelah itu aku pandang lantai.
"Emm. Boleh tolong aku tak?" Aku memandang lelaki itu. Tinggi lebih kurang Kei.
Aku mengangguk. Eh. Tak. Aku geleng kembali.
"Tolong ape?"
"Tunjukkan bilik dekan." Lah. Budak baru ke? Patut tak pernah
"Belok kiri. Lepas tu jalan straight kemudian belok kanan. Okay dah sampai." Kataku sambil tangan terhuyung hayang di udara.
Aku pandang muka dia. Asal macam familiar je muka mamat ni.
"Awak?" Aku menepuk tangan di hadapan mukanya.
Sah sah berangan. Tapi tak yah ah tenung aku macam tu. Seram siot.
"Ah. Ye. Okay okay."
"Apa yang okay?" Tanyaku. Yelah. Aku tak cakap pape pon yang dia tiba tiba okay sesorang ni pahal? Mental ke?
Dia tersenyum. Menampakkan lesung pipit miliknya. Cute.
Dia menggeleng.
"Kau ikut jelah aku. Nanti sampai bilik dekan kau pergilah." Lelaki itu menarik lengan sweater aku. Aku hanya memandang lengan aku. Nasib ada alas.
"Hmm. Nak tunjuk tu boleh tapi lepaskan tangan saya boleh tak? Saya tak kenal siapa awak dan saya bukan sakit dan perlukan bantuan awak untuk pimpin saya. Jadi lepaskan." Tangan aku aku tarik slow slow. Dia hanya memandang.
"Awak jalan dulu. Nanti simpang sana ambil kiri." Kataku dari belakang. Tangan aku sibuk meraba beg tepiku. Mana phone ni.
Aku cari cari cari dan terus cari. Well. Biasalah. Beg perempuan. Banyak barang. Tapi beg aku bukan barang mekap okay.
Okay dah jumpa. Tapi aku baru ingat nak call Kei. Malangnya...
Number dia pon aku tak de.
"Hmm. Lepas tu nak ke mana?" Suara lelaki tu menyedarkan aku.
"Ke kanan." Aku memandangnya yang menghadap hadapan. Haih kenapalah lama sangat nak sampai ke bilik dekan ni.
___________
*KEI KIM'S POV*
"Hey budak. Asal kau lambat jumpa pakwe kau?" Aku menegur Hyera semasa dia sudah sampai di depan bilik tarian.
"Hai." Kata Hyera lemah. Dia masuk ke dalam bilik tu tanpa pandang wajah aku.
Aik? Dia ni kenapa? Badmood ke?
"Kau asal? Macam tu ke kau greet pakwe kau yang macho ni?" Aku membuat pistol menggunakan tangan aku dan letakkannya di dagu.
"Tak de pape." Dia duduk di sudut bilik dan bersandar di cermin.
"Sure?"
Dia mengangguk.
"Okay." Aku mengangkat bahu. Aku duduk di sebelah dia. Kejap. Ke dia kene dengan fans aku? Tapi dia tak ada cedera pon.
Sir masuk dengan seorang lelaki dan belakang dia ada Xihun. Tsk. Asal pulaklah dia ni lambat.
"Kelas, kita ada pendatang baru." Aku lihat sir ni tepuk bahu lelaki tu. Pendek macam suami kak Nani, Abdullah Akhi
"Hai semua. Nama saya Minsoo Kim. Panggil L." Lelaki tu tunduk hormat. Aku malas nak cara dia. Tapi mata dia tu aku rasa nak cungkil je. Mana taknya. Dari dia masuk tadi dia pandang je Hyera.
Xihun datang dekat aku. Kami bersalaman seperti biasa dan dia tegur Hyera. Tapi tak dilayan.
"Haha. Dia layan aku jelah Oh Xihun." Kataku slow. Sehun mencebik.
"Tapi kenapa Hyeron macam tu?" Dia tanya aku. Aku mengangkat bahu.
Aku bisikkan dia sesuatu.
"Mungkin period?"
Sehun tersenyum.
"Kau fikir ape ah, Hun?" Tanyaku sebab senyuman dia tu creepy dari biasa.
"Yang belakang tu dah habis cakap?" Tanya sir. Dia menunjukkan ke arah aku dan Xihun. Serentak dengan itu semua mata yang ada dekat dalam bilik tu pandang ke arah kami berdua. Aku menggaru belakang tengkukku.
Aku memandang sir dan mengangguk. Jap. Mana mamat tu?
_____________
*HYERA NG.'S POV*
Aku masih lagi teringatkan kejadian yang menimpanya beberapa minit lalu.
"Hmm. Awak dah ada teman lelaki ke?" Lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai L itu tanya aku.
Aku mengangguk sambil mata sibuk pandang telefon yang tak guna. Aku buka mesej. Alah. Konon konon sibukkan diri.
Tiba tiba dia berhenti. Dan yup. Aku langgar belakang dia.
"Ya kenapa?" Tanyaku. Sebab cara dia pandang aku semacam. Ke memang cara dia pandang macam tu? Entahlah.
"Aku.....kau." katanya. Whut? Aku tak dengarlah.
"Pardon?" Tanyaku. Berharap agar dia ulang balik.
"Nothing." Katanya. Dan tiba tiba...
Dia peluk aku.
Shit.
Aku melepaskan pelukan dia dengan kasar. Dia ni sapa?
Perangai macam hmm. Malas nak cakap. Kang kene kecam pulak.
"Lepas ni awak terus je dan jumpalah bilik dekan nanti. Saya pergi dulu." Aku terus menjarakkan diri dan berpusing. Shit. Shit. Shit. Ape masalah dia tetiba nak peluk aku?
Dan dia ada cakap something tapi aku malas nak layan.
"Hai." Tegur seseorang. Yang pasti tu bukan Kei.
"Hye." Aku pandang wajah orang yang menyapa.
"L?" Aku pandang muka dia lagi. Aku bangun dan terus pergi dekat Kei.
Lantaklah peminat diehard dia nak cakap apa pon. Aku takut dengan lelaki tadi.
Kei hanya menghantar pandangan pelik. Begitu juga Xihun. Tapi aku biarkan je. Rendahkan ego sekejap tak salahkan?
Aku fokus memandang step baru sampailah kelas habis.
_______________
"Aku takkan lepaskan kau, Shin Young Do. Takkan buat kali kedua."

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters