*KEI KIM'S POV* Selepas je kelas habis, aku ingat nak isi perut. Tapi kene ajak Xihun dengan Hyera sekali. Hyera masih berdiri di tepi aku. Muka dia pucat. Dia ni sakit pulak ke? "Weh. Kau okay tak?" Bahu dia aku pegang. Dia memandang tangan aku. Oh okay. No skinship. Aku alihkan tangan aku dari bahu dia. "Kau okay tak ni?" Tanya aku lagi. Dia mengangguk lemah. "Kalau tak okay cakap dekat aku. Boleh aku hantar." Kataku lalu memandang sekeliling. Mencari kelibat Xihun Tapi pandangan lain pulak aku dapat. Dari lelaki L. Seriously? Kenapa mesti nama L? L tu stand for? Lalat? Long sleeve? Or large? Aku renung dia semula. Dia alihkan pandangan tapi sekejap je. Dan mata tu... PANDANG HYERA! "Bro. Kau ada masalah ke dengan awek aku?" Tanya aku apabila aku berada dekat dengan tempat dia berdiri. Dia tersenyum. Sarkastik kau tahu! Nak je aku tumbuk lelaki ni. Dia tak jawab soalan aku tapi dia terus keluar dari bilik tu sambil matanya memandang Hyera. Aduh dia ni. Nak je aku cungkil cungkil mata dia. ___________ "Kau okay tak ni?" Kei tanya lagi soalan yang sama berulang kali. Naik rimas Hyera dibuatnya. "Awak. Saya okay. Saya okay. Janganlah risau sangat." Hyera masih menegakkan kebenaran. Kei menyentuh dahinya. "Kau demamlah sengal. Jomlah balik." "Tak naklah Kei. Lepas tu awak suruh saya makan ubatlah. Itu lah. Inilah. Saya benci ubat. Saya benci semua adik beradik yang seangkatan dengan ubat." Hyera membuat mulut herot. Dan yang pastinya mendapat cubitan di pipinya. Hyera memandang pemilik tangan. Kei hanya tersenyum. "Maaf. Tak boleh kawal tangan. Jom ah aku hantar kau balik." Kei jalan di hadapan Hyera. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Namun Hyera masih tidak bergerak. Kei merasakan tiada orang yang mengikutinya. Jadinya dia pandang belakang. "Kau buat apa lagi tu? Cepatlah. Aku baik hati nak hantar kau balik ni." Kei berhenti seketika. Bunyi mesej masuk mula kedengaran. Kei mengambil telefonnya dari dalam poket. Aku balik dulu,bro. Min buat hal. -Yehethethet- Kei membalas mesejnya dengan simbol jari telunjuk dibengkokkan ke ibu jari. Telefonnya disimpan semula ke dalam poket. "Wahai sayangku. Nak suruh aku guna kuasa aku ke suruh kau gerak?" Kei menampal smirk di mukanya. Hyera menayangkan muka menyampah. Dia mula berjalan super perlahan. Mengira satu tapak ke satu tapak yang lain. Kei sudah geram. Dia mengetap gigi. Haih budak ni. Buat hal pulak dah. Aku ingat Min je buat hal. Kau pon buat hal jugak ke? Kei sudah pergi ke tempat Hyera berdiri. Segera dia angkat Hyera dan meletakkan Hyera di atas bahunya. Bukan main meronta Hyera suruh dilepaskan. "Yah Kei! Turunkan saya!" "Nope honey. Kau jalan lembab sangat. Kalah siput. Kalah kura kura kau tahu." "Just let me go you idiot!" Hyera memukul mukul belakang badan Kei. Dan perbuatan mereka itu membuatkan seseorang tertarik untuk melihat 'kebahagiaan' mereka. Senyuman tepi dilepaskan dari bibir. "Aku bagi kau peluang untuk bergembira dulu ye, Shin Young Do." ________ *HYERA NG.'S POV* "Ajusshi! Jongin saya tu. Takkan nak tinggal lagi? Saya baru je basuh." Aku memeluk tubuh. Memandang lelaki yang sedang memakaikan aku seatbelt dengan cekap. "Siapa suruh kau basuh?" Katanya. Haih. Nak je aku pinjam kuali mama yang gedabak tu untuk pukul kepala lelaki ni. Lelaki itu kemudiannya menutup pintu keretanya. "Okay." Balasku. Aku ingat nak bagi cold-shoulder je sepanjang harini. Tapi boleh je kan? Ada sesiapa nak bantah? Lelaki itu mula menghidupkan enjin dan terus memandu meninggalkan Jongin kesayangan aku di belakang. Sepanjang panjang perjalanan tu aku langsung tak pandang dia. Langsung tak bukak mulut. Aku letak emas 99 dalam mulut aku. Kalau bukak terburai jatuh pulak kang. Naa. Kidding je. Pandanganku aku buang ke luar tingkap. Kejap. Ni bukan jalan ke rumah aku ni. Tapi aku masih mendiamkan diri. Yeah. Mogok harus diteruskan. Tiba tiba dia berhenti di kedai urut. What!! Bangang ape dia ni? Dah horny sangat ke sampai perlu ke sini? Dalam banyak banyak deretan kedai, kedai ni jugak yang dia pilih? "Turun." Katanya sepatah. Aku masih membatu. Tak nak aku pergi tempat macam tu. Kalau hyung tahu memang dia sekeh kepala aku cukup cukup. "Yeila. Turun." Dia melembutkan suara. "Cepatlah turun. Aku lapar ni." Katanya lagi. Memanglah kau lapar. Lapar nafsu. "Please." Dia buat aegyo pulak dah. Sakit mata nengok. Jadi untuk tidak menyeksakan jiwa raga mata hati hempedu aku lagi, aku menanggalkan seatbelt dan membuka pintu kereta. "Jom." Kei mula berjalan di hadapan. Aku hanya membontotinya. Tapi kaki dia straight je ke hadapan. Tapi kedai urut tu dah lepas. Bukan dia nak pergi situ ke? Dan yeah. Dia berhenti di depan klinik. Urgh. Clinic is not my style. Seumur hidup aku bencikan klinik. "Masuk tuanku. Nanti kau sakit aku yang susah." Kata Kei. Nak tunjuk caring ah ni? Aku takkan terpikat lah pakcik oi. ___________ "Auntie. Anak auntie ni demam. Kei nak tolong jagakan dia boleh?" Senyuman semanis gula ditampal dimuka Kei. Aku menayangkan muka menyampah. Eleh. Nak ambil hati mama lah tu. "Boleh boleh. Lagi boleh kalau Kei angkut anak auntie ni naik ke atas. Auntie nak siapkan bubur ayam kejap." Mama ketawa kecil. Aku pandang mama dengan muka yang tak percaya. Macam tu je mama bagi kepercayaan dekat mamat hitam ni? "Omma. Orang ada kaki lah nak naik atas tu. Tak pay-YAH! YAAA! TURUNKAN SAYA!" Kurang hasam betul lelaki kulit sawa matang ni. Ade ke patut aku tengah cakap dia nak angkat aku. Aku menggoyangkan kaki. Tangan memukul mukul dada bidangnya. "Kalau awak sayang ABS AWAK TU TURUNKAN SAYA!" Aku cucuk cucuk perut dia. Biar rasa. Aku dah cakapkan no skinship. Harini dah berapa kali dia sentuh aku. Shit. Kei membuka pintu bilik dengan senang. Dia meletakkan aku elok elok di atas kerusi hitam yang berada di sudut membaca. Dia tunduk sikit supaya sama tinggi dengan muka aku. Dia kemudiannya menjentik dahi aku. Bukan sekali tapi tiga kali. "Auchh. Sakitlah. What's that for?" Aku menggosok dahi aku. "Kalau kau sakit memang macam ni eh perangai kau?" Aku menggeleng. Aku bangun dari kerusi tu dan tolak dia duduk dekat situ. "Awak duduk sini diam diam. Saya tahulah macam mana nak jaga diri saya." Aku berlalu pergi ke katil. Selimut aku tarik sampai menutup kepala. Bunyi ketukan pintu berkali kali kedengaran. Aku malas nak tengok. Biarlah dia yang bukak. Nak sangatkan jaga aku. "Ni bubur Hyera. Kalau Kei nak makan, Kei makanlah. Share." Suara mama! Dan dia suruh aku share?! Dah kurang waras gamaknya mama aku ni. "Okay auntie. Bye. Biar saya jaga Hyera." Bunyi pintu ditutup. Ah. Malas aku cara. Biar aku tidur. Nanti eloklah demam aku ni.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All