logo text

19; Kenangan

*KEI KIM'S POV*
"Yeila. Makanlah bubur ni. Penat mama kau masak." Aku cuba memujuk Hyera yang sedang berkelubung di dalam selimut.
"Awak makan jelah kalau awak nak makan. Saya tahu awak lapar. Jangan kacau saya. Saya nak tidur." Hyera membalas dengan dingin.
Aku meletakkan semangkuk bubur yang diberi ommanya tadi di atas meja kecil berhampiran tempat tidurnya.
"Hyera! We should see the sky." Kataku di telinganya. Aku tahu dia dengar dan aku syak dia tengah senyum dalam selimut tu.
Aku bangun dan menuju ke sudut membaca dia. Banyak novel dan buku ilmiah. Hmm. Budak bijak. Dan aku terjumpa something yang menarik.
Album.
Yup. Album. Album lama lama. Aku duduk di atas sofa hitam dan meletakkan album itu di riba. Aku membuka muka surat pertama.
My lovely memory
-1997-2015
Aku tersenyum. Gambar Hyera yang masih kecil menghiasi muka surat itu. Yeila. Rindunya aku dekat kau. Aku alih pandangan ke muka surat kedua.
Sekali lagi aku tersenyum. Gambar JiKwang gege dan Hyera mula ditayangkan di sini. Satu gambar yang aku suka. Hyera memakai topi koboi dan JiKwang mencubit pipi Hyera sambil caption:
Lelaki gila! Suruh aku panggil dia gege sebab katanya oppa hanyalah untuk kakak aku nanti.
Aku membelek belek lagi album itu sehinggalah aku terpandang satu gambar ni. Gambar yang aku rasa aku tak tangkap dengan dia tapi gambar tu macam candid. Umur aku masa tu 6 tahun. Dalam gambar tu, aku pakai baju ballet dan tengah buat spin di dalam satu bilik. Dan satu spotlight disuluh dari atas. Lebih kurang macam dalam competition. Tapi kenapa aku tak ingat?
Aku membelek lagi ke muka surat seterusnya.
Dan seterusnya.
Seterusnya dan seterusnya.
Dan stop...
Tangan aku membelai gambar Hyera. Di bawah gambar tu ada tarikh. Tarikh yang istimewa bagi hidup dia.
25 Oct. 2015.
Hari yang paling bahagia dalam hidup. Finally im turn 24 . Tapi malangnya prince aku lama tak datang. Pakwe.nanti kita jumpa ye.
Hyera bersama dengan belon hitam dan putih yang banyak dan aku nampak sinar bahagia dekat muka dia. Dalam gambar dia tu pakai baju kemeja petak petak dan berseluar ripped jeans. Kasut dia tak soh cakap. Flipper je.
Aku tengok lagi muka surat seterusnya sampailah ke belakang. Aku simpan semula album itu di tempat asalnya. Pulanglah kau ke tempat asal! Haha. Maaf. Penulis gila ni dah buat perangai. Jangan kecam.
"Nini. Lapar." Hyera berbunyi. Fuh. Nasib sempat simpan. Kalau tak memang menyingalah minah ni.
Aku berjalan ke arahnya. Bubur yang masih hangat itu aku pegang.
"Kau nak suruh aku suap ke kau nak makan sendiri?" Tanyaku. Dia hanya mencebik.
"Bak lah sini. Eleh. Tadi cakap nak jaga saya." Dia merampas bubur dari tangan aku.
Aku bangun dari katilnya. Kaki melangkah laju. Nak keluar kejap.
"Eh. Nak pergi mana?" Hyera bertanya. Hamboi. Tadi macam halau aku. Ni macam tak nak lepaskan aku pulak.
"Nak pergi dekat hati kau. Naahh. Tipu je. Aku nak jumpa mak kau kejap. Nak ambil air. Kang terlekat kau, tak sempat aku nak kahwin dengan kau." Tangan memulas tombol dan terus aku memboloskan diri daripada disoal lagi oleh polis pencen ni.
Destinasi:Dapur
Aku melihat auntie sedang sibuk menyumbang suaranya sambil tangan lincah menghiris daging.
"Auntie..." Aku memegang bahunya. Hampir saja pisau itu terpelanting dari tangannya.
Aku segera tunduk meminta maaf.
"Kwaenchana. Ni kenapa berdiri dekat sini? Bukan Kai jaga Hyera ke?"
Aku mengangguk.
"Nak ambil air. Tu yang turun ni. Mana cawan?" Tanyaku. Psst. Padahal dah nampak depan mata.
"Tu." Auntie menunjuk ke arah cawan yang disusun berderet. Aku ambil dua beserta dulang.
"Auntie. Kai buka peti eh." Pintaku. Dia mengangguk.
Aku mengambil satu karton jus oren dan susu. Campurkan dalam satu gelas. Yang tu untuk aku. Yang Hyera punya air kosong je. Orang sakit tak yah minum pelik pelik sangat. Biar orang sihat ni minum yang pelik pelik.
Aku angkat dulang dan menuju ke atas.
______________
*PARK HYERA POV*
"Hyera-shi bukak pintu." Suara Kai didendangkan dari luar. Hadui. Malas betul aku.
Aku meletakkan mangkuk bubur yang dah habis di atas meja semula. Aku kemudiannya menarik selimut sekali dan bangun ke pintu. Tombol dipulas perlahan lahan. Almaklumlah. Ai penat. Ngantuk. Demam. Semua jenis penyakit ringanlah wujud sekarang.
Kai masuk dan menutup pintu dengan kaki. Hadui mamat ni. Aku tembak dengan senapang appa kang.
"Rosak pintu saya awak bayar." Kataku sambil menarik selimut kembali ke katil.
"Eleh. Ade hati nak cari gaduh lagi. Tak padan dengan sakit." Kai menjentik dahi aku setelah dia meletakkan dulang yang ada air elok elok.
"Appo!" Aduku. Masuk kali ni dah lima kali dia jentik dahi aku. Harini sahaja!
Aku pandang Kai dengan pandangan tajam. Dia hanya buat muka bahagia sambil tangannya mengangkat air yang aku tak tahu dia ambik dari mana berdasarkan warna yang pelik itu. Anak tekaknya bergerak ke atas dan ke bawah semasa dia minum. Okay. Yang ni seksi. Dan menyeksa jiwa haku. Aku pantas mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Nini. Nak nombor fon awak." Pintaku.
"Tapi bukan saja saja. Ni kalau kes kecemasan, sananglah saya call awak." Bidasku sebelum dia bertindak. Aku memandang ke arahnya.
"Ala. Baru nak perasan sekejap." Dia mencebik.
Aku bangun. Dia pandang pelik.
"Nak gi mana? Kau tu dah lah tak sihat."
"Nak ambil penyepit. Nak sepit mulut itik awak tu." Balasku. Dia menarik tangan aku. Suruh duduk semula.
"No skinship again Jongin." Kataku sebagai amaran.
"Habistu. Bila nak skinship dengan kau?" Tanyanya. Muka mintak penyepak ditayangkan.
"Tunggu awak kahwin dengan saya lah baru dapat skinship tu." Aku menyilangkan lengan. Malaslah layan pakcik tua ni.
Segelas air kosong aku ambil dan minum untuk basahkan tekak. Layan lelaki sengal ni makin sengal jadinya.
Kai menarik tangan aku suruh bangun. Aku mengetap bibir. Alunan piano mula kedengaran dan yang pasti ia berpunca dari telefon Kai.
Dia membawa aku ke tengah bilik. Tempat yang tiada barang barang yang menyesakkan.
Dia memegang pinggang aku. Kaki aku dengan automatik memijak jari kakinya. Automatik okay. Bukan manual.
Tapi dia masih membuat muka selamba. Tangannya meletakkan tangan aku di atas bahunya. Shit. Dengan pandangan mata dia dia macam tu. Tolonglah Kai. Aku tak kuat.
Badan dia mula bergerak ke kiri. Kemudian ke kanan. Tarian slow. Tarian yang biasa ditarikan ketika majlis besar berlangsung. Tanpa aku sedar, aku turut terikut dengan rentak dia.
Dia menutup mata. Mungkin menghayati tarian ini. Jantung aku makin laju mengepam. Shit you Kai. You just--urghh. I hate you.
Mata aku yang gatal ni semakin berani mengintai muka Kai. Well. Dia memang hensem. Memang tak dinafikan. Patut ramai fans kejar.
Kami bertukar posisi. Dia memusingkan badan aku. Sekali. Dua kali. Dan kembali menekapkan tangannya di pinggang aku. Mata dia memandang aku. I just hate his stare. Pandangan redup.
"I love you Hyera." Dahihya direhatkan di kepala aku. Membuatkan ruang antara kami semakin mengecil.
"Are you trying to seduce me, Jongin?"
Dia hanya diam. Tidak mengangguk mahupun menggeleng.
"Let just end this. I'm hungry." Aku melepaskan pelukan di leher. Dan berjalan keluar dari bilik sendiri.
»KAI MAKIN HANDSOME AHJDBDGSJN«

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters