*HYERA NG.'S POV* Mesti kalian sudah penat menghadap saya kan? Harini aku kene pergi kelas yang tiba tiba wujud. Cis. Sir dengki kot aku nak dating dengan selimut ni. Ouh ya! Demam ai dah kebah. Bolehlah berjalan tanpa bantuan. Dan sekarang ni aku on my way to AOY. Aku parking Jongin di tempat biasa dan terus naik ke atas. I mean bilik tarian. Bilik 'larangan' dah lama aku tak masuk. Lagipun aku malas nak pecah masuk. Nanti nantilah aku jadi perompak semula. Aku buka pintu bilik tarian dan kemudiannya masuk ke dalam. Yeah. First again. And bored. Aku duduk di tempat yang aku biasa duduk tu. Tempat yang aku rasa aku sorang je boleh duduk. Aku mengeluarkan telefon dari beg tepiku. Earphone aku pasang di telinga. Dan kemudiannya menekan aplikasi Spotify. Selepas tu aku pergi semula ke home. Pergh. Banyaknya mesej dari Kei dengan nombor tak dikenali. Dan aku rasa tertarik dengan nombor tak bernama tu daripada Kei. Satu mesej dari nombor itu aku buka. Shin Young Do, I still love you. Okay. Ini pelik. Mungkin orang ni salah nombor kut. Aku buka mesej lain. Kesemua mesej tu lima. Daripada Kei pula, hanya empat. 'Hey babe. Kenapa diam? Seronok dengan lelaki baru ke?' Nombor yang sama hantar mesej. Aku syak lelaki ni gila. 'Hoi. Balaslah! Aku bukan tunggul. Yah Shin Young Do!' Dia ni kenapa? Ada masalah dengan girlfriend ke apa ni? Aku buka mesej Kei pula. Dan yeah. Si cheesy tu mesej memang cheesy. 'Yeila. I missssss you. Nanti dating nak?' Okay. Dah malas nak baca. Buang je semua ni. Sebab... jawapannya still sama. Aku tak tahulah apa yang sampuk Kei jadi macam ni. Aku mendongak ke hadapan apabila aku nampak sepasang kaki di depan aku. Cuba teka siap? Lelaki bernama L. Yup. Dan dia mula menegur aku. "Hai." "Hai." Balasku sambil mata kembali fokus ke telefon. "Tengah buat apa?" "Memasak." Kataku lagi. Dah rabun gamaknya. Macam ada kuali je depan aku ni. Dia tergelak sedikit kemudian duduk di hadapan aku. Aku pandang dia pelik. Yelah. Macam tak ada tempat lain nak duduk. Ouh lupa. Semenjak aku masuk bilik ni, mana ada orang lain lagi yang datang. "Boleh berkenalan?" Tanyanya. Aku memandangnya sambil menggerotkan mulut sedikit ke tepi. "Tak boleh." Ujarku sambil menggeleng. "Alah. Bolehlah." Dia menyengetkan kepala sambil mengembungkan pipi. Tsk. Kau fikir aku terpikat dengan aegyo kau tu? "Ask him." Aku mendail nombor Kei dan menayangkan kepadanya. Betul betul depan muka. "Hey babe. Miss me much, baby?" Suara Kei mula kedengaran setelah bunyi beep beep beberapa kali. "Ouh. Hai. Boleh aku berkenalan dengan pemilik telefon ni tak?" Lelaki L ini memandang tepat mataku ketika dia menyatakan soalan itu. "Aik? Kau siapa? Mana Hyera aku?" Kei seperti kebingungan. "Aku Minsoo Kim. Budak baru tu. Izinkan aku berkenalan dengan Shin Young Do kau ni." Ujar L sebelum dia menutup talian antara aku dengan Kei. _____________ "Sape Shin Young Do?" Hyera memaparkan muka kosong. "Nama sendiri takkan tak tahu." L menyilangkan lengan. "Nama sendiri? Ape ni? Kau ni kenapa?" Hyera mula mengemas begnya. "Tsk. Kau hilang ingatan ke? Atau... kau buat buat lupa?" Kening sebelah kanan diangkat. "What da. Kau ni siapa? Ape masalah kau? Dari tadi nak provoke aku apehal?" Kening Hyera bertaut. Tah pape mamat ni. Dia mula berdiri. Tetapi malangnya, L dengan mudah menghalangnya dan meletakkan tangannya di leher Hyera. "Kau jangan main main dengan aku! Kau dah lupa apa yang kau buat dekat aku ke?! Atau kau nak suruh aku ingatkan kau semula?!" L menghumbarkan kata kata itu di muka Hyera. Tangannya mencengkam kuat rahang Hyera. Hyera hanya menutup mata. Giginya diketap. Menahan segala rasa yang mula muncul. Kalau ikutkan hatinya, memang lelaki yang berada di hadapannya ini sudah terpelanting ditumbuk olehnya berkat ajaran mahaguru Chen tempoh hari. Tapi kes ini tidak serius mana. Jadi dia akan bertindak apabila L mula mengganas sahaja. "Hoi! Jawablah! Aku tanya kan! Kau nak aku bunuh kau ke?!" L sudah hilang sabar dengan perangai Hyera. Tangannya ditekankan lagi kuat di tengkuk Hyera. "Aku tak tahu topik apa yang kau bualkan ni." Muka Hyera kemerahan. Dia menggenggam penumbuk. Muka L tiba tiba berubah. Lebih kepada reaksi kesian. Dia melepaskan cengkaman di leher Hyera dan terus memeluk Hyera. "Sorry. Sumpah saya minta maaf." Belakang Hyera diusap lembut. Hyera hanya membatu. Otaknya seperti tidak mampu memproses situasi mereka ketika ini. "You good?" Kedua dua belah pipi Hyera dipegang. Jelas kelihatan kerisauan di wajah L. Keningnya diangkat, bersama dengan mata bundar dipamerkan. Hyera hanya mengangguk. Dia perlahan lahan mengambil begnya dan kemudian terus berlari keluar dari bilik tarian. Kini, kakinya melangkah laju ke bilik larangan. __________ *MINSOO POV* Aku tersenyum sendirian. Akhirnya! Aku dah jumpa dia. Ya. Shin Young Do, kekasih dan buah hati aku yang telah lama menghilang. Aku duduk semula di tempat tadi. Tiba tiba air mata mula keluar dari kantung mata. "Minsoo." Panggil Young Do dari jauh. Aku sudah lama menunggu dia di taman belakang sekolah ini. "Chagi." Aku memeluknya apabila dia telah sampai dihadapanku. Di belakangnya ada seorang lelaki. "Kenapa nak jumpa saya dekat sini?" Aku memandang mukanya. "Soo... saya nak putus dengan awak." Kata kata Young Do menyebabkan aku melutut ke tanah. "Pu..pu..putus? Kenapa?" Tanyaku kepada insan yang telah mencuri hati aku buat kali pertama. Yang ni first time aku bercinta. Sebelum ni aku tak pernah bercinta dengan sesiapapun. "Maaf. Saya tak boleh teruskan lagi semua ini. Tiada guna kalau awak sorang je yang cintai saya." Young Do berlalu ke arah lelaki yang berada di belakangnya. "Tapi... awak cinta pertama saya." Air mata dah bercucuran turun. "Please. Just. Break with me." Aku melihat Young Do memeluk lengan lelaki itu tanpa segan silu. Dia berjengket sedikit dan mencium lelaki itu dibibirnya. "Maaf bro. Dia cintakan aku lebih dari dia sayangkan kau." Lelaki itu bersuara. Tsk. Nak je aku tumbuk dia ni. Tapi nanti kene tumbuk balik. Sebab aku ni budak biasa yang tak lasak. Dan dia, seorang player rugby yang badannya ketak ketak. "Bye Minsoo." Young Do berkata sebelum menyandarkan kepalanya di bahu lelaki itu. Dia berlalu meninggalkan aku keseorangan di sini. "Yah Young Do! Aku akan balas balik apa yang kau buat dekat aku nanti. Slut!" Ujarku sambil bangkit dari melulut di atas pasir. Aku balik dari sekolah seorang diri lagi. Selalunya aku balik dengan bekas teman wanitaku tu. Ingatkan perjalanan balik ni aku okey tapi rupanya tidak. Geng geng rugby tu datang pukul aku dan yeah. Aku cedera parah. So suck. Makin membara api dendam aku dekat perempuan tu. Dan bila aku jumpa dia semula nanti, tahulah nasib dia macam mana. Aku mengesat air mata. Tak de guna ingat benda yang lama ni. Pintu bilik tarian dibuka dengan kasar. Aku pandang pemilik susuk tubuh yang datang ke arahku dengan tergesa. "Mana Hyera aku?" "Entahlah." Jawabku sambil menayangkan muka menyampah. "Aku tanya sekali lagi. MANA HYERA AKU!" Kolar baju aku dicengkam kuat. Penumbuk dia genggam sehingga urat tangannya timbul. "Aku tak tahu. Dan sekarang tolong lepaskan aku." Ujarku tenang. Dia melonggarkan pegangan tapi slow slow melepaskan kolar bajuku. Jelingan tajam dia hadiahkan buat aku. Aku melemparkan senyuman senget kepadanya. Dia mula melangkah pergi tapi dia terhenti bila aku cakap ayat ini kepadanya. "Pandai kau jaga awek kau. Manis macam madu. Terima kasih bagi aku rasa." Dia pandang aku semula dan terus melangkah pergi meninggalkan aku seorang di dalam bilik ini.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All