logo text

21; Persiapan

Kei melangkah laju ke bilik larangan. Dia perlu cari Hyera. Mesti. Pelbagai persoalan yang mesti ditanya kepada Hyera.
Firasatnya kuat mengatakan Hyera ada di bilik itu. Jadi, setelah dia merasakan tiada sesiapa yang berada di koridor itu, dia menggunakan kuasanya untuk ke sana dengan lebih cepat. Walk like a cat is not my style bro!.
_____________
*KEI KIM'S POV*
Aku dah masuk dalam bilik 'bahagia' aku. Dan yeah. Dah jumpa pemilik jantungku ini. Aku menekan suis kipas. Baru romantik.
"Hyera." Panggilku.
Dia duduk di hujung tanjung. Hamboi kau penulis. Makin lama makin melalut eh kau.
Aku mendekati Hyera yang sedang memeluk lutut. Bercangkung di hadapannya.
"Are you okay, baby?"
Dia mengangkat muka.
"Dah awak tengok saya sekarang ni tengah bersuka ria ke? Tengah main waterpark dekat sini?" Haduh marah pulak dah. Aku tanya elok elok. Bukannya marah dia.
Dia menundukkan mukanya semula. Bersembunyi di kepala lutut.
"Aku tahu tak boleh skinship tapi... aku nak jugak peluk kau. Dan kau kene bagitahu aku apa masalah kau." Sebaik aku menghabiskan kata kata, aku menariknya ke dalam pelukan dalam keadaan melutut.
Pada mulanya dia menolak nolak badan aku tapi mungkin tenaga yang banyak dia gunakan menyebabkan dia berhenti memukul. Leher aku dirangkul dan yeah. Dia menangis.
"Lemah ye kau. Aku ingat kau kuat sangat." Aku menampal senyuman senget di muka.
Dia hanya diam. Tak nak balas lah tu. Baru aku nak psiko sikit. Dah fed up.
Dia melepaskan pelukan. Dan memandang aku tajam.
"Care to explain?" Tanyaku sambil mengesat pipinya yang basah dek air mata yang dah turun seperti waterfall.
"Awak pergi jumpa lelaki L tu ke?" Tanyanya dalam sedu.
Aku mengangguk.
"Awak buat apa dekat dia?" Dia pandang aku dengan amata berair dia tu.
"Ingat nak tumbuk. Tapi dia ada buat apa apa ke dekat kau?" Tanyaku prihatin. Yelah. Yeila sedih. Aku kenalah tanya sebabnya apa.
"Dia tak buat apa apa pon dekat sayalah. Eh. Kelas dah mula ke?"
"Eleh. Ada hati nak gi kelas dengan keadaan macam ni. Dengan rambut serabainya, eyeliner bersepah dekat pipi serupa nenek kebayan. Macam ni nak gi kelas?" Aku paparkan muka berkerut sambil tangan terawang awang di muka dia.
"Class cancel lagi. Sir tu tetiba tak boleh datang pulak."
Dia hanya mengangguk.
"Mana Xihun? Dah lama saya tak nampak dia." Dia menyelongkar beg miliknya. Mungkin mencari tisu.
"Ada dekat atas kut. Nanti sampai lah tu." Aku menayangkan muka menyampah. Sikit sikit Xihun. Sikit sikit Xihun. Macam nama aku panjang sangat nak sebut.
Lah, marah. Perasaan apakah ini?
Tiba tiba pintu terbuka. Dan yeah. Oh Xihun dah sampai. Aku nampak Hyera tersenyum.
"Hai bro." Xihun menghalakan penumbuk ke bahu aku.
"Thakit thengal." Ejekku. Dia mencebik. Aku balas balik penumbuk dia di tempat yang sama.
Hyera sudah tergelak. Eleh. Sukalah Xihun ada tu.
"Sir memang tak masuk kan?" Aku memandang Xihun. Dia mengangguk.
"Tapi tadi ada thuara mummy kau. Beliau bagi pengumuman. Katanya beliau mahu anjurkan Prom Night. Dan yang paling penting, aku boleh ajak Min. Hahaha. Tak sabarnya aku." Xihun sudah menunjukkan riak riak penyakit lamanya datang kembali. Ya. Penyakit gila yang dihadapinya selama 5 saat.
Aku menghempuk kepala Xihun dengan buku yang entah dari mana aku dapat. Dia mengadu dekat Hyera. Ni nak buat aku marah ni.
Dan nak tahu ape yang lebih sakitkan hati?
HYERA GOSOK KEPALA XIHUN!
Tolong! Ada sesiapa boleh culik Xihun ni sekarang tak?
"Bila mummy nak buat majlis tu?" Tanyaku bila jantung dah pam darah dengan elok.
"Seminggu dari sekarang. Dan dewan besar belakang tu beliau nak buka semula. Tapi kau jangan risau. Mummy kau cakap, dewan tu kau yang kena uruskan." Xihun mendabik dada.
"Aku? Asal aku pulak?"
Xihun mengangkat bahu.
"Kalau awak uruskan saya boleh tolong." Ujar Hyera sambil tersenyum. Muka dia dah bersih dari celak yang cair tu.
"Dan aku rasa memang ramai akan tolong kau." Xihun menyakat. Aku tahu apa yang dimaksudkan dengan 'ramai' tu.
___________
Keesok esok esokkan harinya,
Hyera mengangkut barang keluar dari kereta Kei. Sebelum penulis terlupa, JiKwang juga turut diheret Hyera. Katanya dia (JiKwang) tiada kerja yang boleh dibuat selain menolong.
Sehun juga turut serta dalam pekerjaan ini. Dan beberapa orang diehard fan Kei juga menolong mereka menyiapkan dewan yang usang ini.
Satu lampu chandelier yang besar telah digantung di tengah tengah dewan. Di situlah akan berlaku segala jenis tarian di situ. (i dunno how to describe it. Bayangkan jelah dewan ni macam movie Cinderella tu.)
Hyera memanjat tangga seorang diri. Hajatnya untuk gantung kain di dinding yang dah ada paku. Tapi tersilap langkah dan merana akhirnya. Putera pulak tak sempat nak sambut. Alih alih dah terjatuh macam nangka buruk tersadai dekat tepi jalan.
"Omma! Sakitnya pinggang Hyera." Hyera bangun sambil menggosok pinggangnya. JiKwang pula dah berlari mendapatkan adiknya yang sorang itu.
"Kau okay tak dik?" Tanya si abang yang ajet ajet prihatin. Dibelek badan si adik.
"Ish. Kau pehal bang nak tengok badan aku macam tu. Kang ada yang balik rumah nanti berlebam sebijik mata." Hyera menayangkan penumbuknya di hadapan muka si abang. JiKwang hanya tersenyum.
"Dah ah. Aku nak sambung kerja. Kau. Buat sana." Hyera menunjuk ke arah meja yang tidak tersusun itu. JiKwang dengan malasnya melangkah pergi ke sana sambil mulut tidak henti henti terkumat kamit menyumpah 'baik' adiknya.
Hyera memandang segenap dewan. Dia tersenyum. Tak sia sia dia bersengkang mata siang dan malam untuk dewan ni. Nasib baik banyak bende dah siap. Kalau tak, naya nak siapkan. Lagipun lagi 3 hari majlis itu akan diadakan.
Kei yang datang entah dari mana telah menemui target untuk dia kenakan. Dia smirk. Melihat target seorang diri melakukan kerja dengan khusyuknya.
"Bhaa!" Bahu Hyera ditepuk menyebabkan satu bekas glitter terpelanting ke udara dan jatuh di atas mereka berdua.
Kei tersenyum sambil menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Dan menjatuhkan segala 'salji' yang terkumpul di atas kepalanya. Tetapi malangnya, 'salji' itu terjatuh di atas kepala Hyera pula.
Hyera hanya mendiamkan diri. Mungkin masih terkejut dengan sergahan tadi. Jantung Hyera ni lemah sikit. Asal terkejut sikit pam laju. Asal pam laju sikit blushing. Eh? Salah.
Kei memandang Hyera. Dia memusingkan badan Hyera supaya menghadapnya. Dagu Hyera di angkat supaya pandangan mata mereka berdua bertemu.
"You good, love?"
Hyera mengangguk.
Tiba tiba datang pulak malaun yang mengacau suasana romantik ciptaan mereka.
Sape lagi kalau bukan JiKwang, abang kepada heroin kita. Bagi tepukan sikit.
"Terima kasih. Terima kasih." JiKwang mengangkat kedua dua belah tangannya ke udara. Hyera dan Kei memandang lelaki itu dengan pandangan pelik.
"Kau pehal bang?" Hyera menjarakkan dirinya dari Kei. Wajah kacak abangnya dipandang tanpa rela.
"Tadi ada orang tepuk. Sebab tu aku cakap terima kasih." JiKwang memaparkan senyuman bangga.
Krikk krikk
Kei memandang kiri kanan. Batang hidung manusia pon dia tak nampak. Al maklumlah dah malam. Jam 2100.
"Kau biar betul hyung. Kita bertiga je ada dekat sini. Yang lain semua dah balik." Kei menelan air liur dengan payah.
JiKwang pula kelihatan terkedu dengan jawapan yang diberikan Kei.
Hyera? Dah peluk kemas lengan hyung dia.
"Jom lah balik hyung. Jap aku nak tutup suis dewan ni dan kunci dewan ni sekali. Hyung pergilah tunggu dekat sana." Kei mengambil kunci dari poket. Dan dia menuju ke belakang pentas. Suis utama ditutup dan kemudiannya dia mengunci dewan itu.
"Jom balik." Memandangkan Hyera tak bawa Jongin, jadi dia naik kereta Kei dengan sepantas kilat.
JiKwang masuk dan duduk di sebelah tempat pemandu. Kei memulakan perjalanan pulang mereka.

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters