logo text

22; Prom

*HYERA NG.'S POV*
Aku menilik baju yang dipakai buat kali terakhir. Crown berbunga aku pakaikan di kepala. Slingbag yang ada telefon dan purse aku ambil. Tak lupa juga topeng untuk sembunyikan identiti aku nanti. Kaki aku melangkah laju ke bilik si abang.
"Weh geg---Wooh. Smart ah kau." Kataku sambil menepuk tangan seperti budak kecil dapat lolipop.
Abang aku pakai tux yang urgh. Mahal gila baju ni. Dia beli pun sebab 'dulu' dia kena attend majlis grand dengan kekasih hatinya.
Aku tarik tangan JiKwang supaya dia tidak berdiri lama di hadapan cermin tu.
"Woi dik. Sabarlah. Aku tak siap lagi ni." JiKwang cuba melepaskan diri dari aku.
Aku menggeleng kepala.
"No no. Nanti lambat. Lepas tu nombor dapat last. Memang tak lah, gege."
Aku pandang menyeluruh penampilan lelaki di hadapanku. Wah, tangan kosong je? Dia tak pegang apa apa pun ni?
"Mana topeng kau?" Tanyaku.
Dia menepuk dahi. Lepastu dia lepaskan tangan aku dengan kasar dan berlari ke biliknya semula.
"Dah ambil. Kau ah ni dik. Main tarik je aku tadi." Dia mengetuk kepala aku
"Woi. Tiara aku." Aku membaiki crown aku yang dah senget sikit.
"Tak yah lah baiki. Kau nampak cute tadi."
Aku menggulingkan mata.
Kami berjalan beriringan dan turun tangga dengan slow. Ala ala queen gitu.
"Amboi. Ni anak omma ke?" Aku pandang omma dan appa silih berganti. Muka blur yang ditayang diganti dengan muka senyum seribu makna.
"Mama. Ayah. Hyera dengan JiKwang gege pergi dulu eh." Pamit aku setelah menyalami kedua dua orang tua kami.
Aku dan JiKwang gege melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Destinasi: Universiti Art Of Young
_____________
"Bang. Kau gi ambil nombor tu. Dan jaga topeng kau. Lepas tu kau masuk dulu. Nanti sampai dalam aku call kau eh." Aku menepuk bahu lelaki tinggi itu perlahan. Nak gi toilet jap.
Lepas aku lap muka, aku pasang semula topeng di muka. Aku melangkah keluar dari toilet dan menuju ke meja pendaftaran.
Sebenarnya ni idea jejaka kulit sawo matang tu. Katanya kalau ambil nombor awal, orang luar tak boleh join. Tapi kalau nak masukkan orang luar jugak (macam JiKwang dengan Min tu) kami berdua kena masuk lagi lambat.
So, nombor aku 48. Aku masuk ke dalam dewan yang aku dan beberapa orang masih menghias dalam keadaan menundukkan kepala. Nak tahu sebab apa?
"Hoi dik. Agak agak ah nak main fon sambil jalan." Aku pandang ke hadapan. Abangku dah bercekak pinggang.
"Eleh kau. Membebel mengalahkan mama." Aku menggulingkan mata.
"Kau dapat nombor berapa dik?" Tanyanya yang masih
memandang aku dalam keadaan tersenyum 'bahagia'.
"48. Gege?"
"Malas nak ambil. Aku nak jadi MC malam ni."
"Eleh. Cakap je lah tak pandai menari. Oh anyway, brother. Kau nampak tak Kei?" Aku pandang lelaki tinggi di hadapanku yang sedang melilau mencari Kei. Alang alang paling tinggi, guna sahajalah khidmat ya untuk menjadi binocular manusia.
"Ouh hey. Nombor kita sama." Ada seorang lelaki menegur aku. Aku memandang nombor yang ditampal di dadanya.
Aku cuit abangku. Aku mendekatkan diri dengan telinga dia.
"Kalau hyung jumpa Kei, cakap aku nak jumpa dia lepas ni." Bisikku.
Mata aku teralih ke lelaki yang sedang hulurkan tangannya. Menyuruh aku sambut.
Tangan itu aku ambil. Dia membawa aku ke tempat yang ada lampu chandelier di atas kepala kami.
Mata aku memandang hyung yang telah berlalu pergi ke atas pentas.
"Lets rock the night!"
Hyung dah pegang mic. Haduh. Sengal betul dia ni. Prom night je pon. Bukannya parti dan seangkatan dengannya.
DJ yang diupah atau lebih femes dipanggil kemari memasang lagu yang bergenre SANTAI. Kim JongDae in the house!
Lelaki itu meletakkan tangannya di pinggang aku. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang dari tadi. Duh. Semacam je mamat ni.
Kami mula menari seperti tarian yang aku dan Kei menari tempoh hari. Dia yang aku tak tahu nama segak mengenakan tuxedo seperti hyung. Tapi lelaki ini pakai kemeja hitam di dalam dan coat putih di luar. Ditambah pula dengan bow tie merah yang dipin di sekitar kolar baju.
"You don't remember me?" Lelaki itu bersuara setelah lama kami mendiamkan diri. Mungkin hanyut di dalam tarian yang mengasyikkan tadi.
Aku menggeleng. Dia tersenyum senget.
"Minsoo. You dont remember?"
Alamak! Lelaki psycho ni.
"Tapi macam mana boleh kenal?" Tanyaku. Mata masih memandang mata dia yang hampir tak nampak disebabkan topeng itu.
"Aku dah lama follow kau." Badan aku ditolak slow supaya kami berubah kedudukan.
Okay. Weird.
"Dan aku akan follow kau sampai aku puas."
Dia bisikkan di telinga aku.
Aku jauhkan diri sedikit dari dia.
"Change partner." Suara gege yang ada dekat pentas beri arahan.
Dia senyum senget dekat aku dan kemudiannya menukar pasangan dengan orang sebelah.
Dan aku pulak?
Terhenti sekejap. Mungkin sebab pening.
Sepasang tangan menjalar di pinggang aku. Kepala aku separas dengan dada bidangnya. Aduhai. Ni siapa pula.
Aku cuba untuk lepaskan pelukan tu tapi bila aku nampak simbolik smirk yang tertampal di mukanya, aku tahu aku tak boleh lari dari manusia ni.
DJ menukar muzik. Lagu yang dikeutarakan agak rancak. Dan hey. Aku suka lagu genre ni.
Aku hentakkan kaki berkali kali dan memusing musingkan badan aku ke kiri ke kanan dalam keadaan cepat.
Lelaki itu pon tak kurang hebatnya. Hahaha. Dancing machine is here.
Kami menepuk tangan mengikut rentak. Dan kadang kadang kami ketawa bersama sama.
"Freestyle." JiKwang dah menjerit guna mic. Ish ish ish. Bukan dia lah kalau tak membuat perkara memalukan.
Aku pegang tangan lelaki itu dan aku berjalan gaya peguin. Lelaki tu pon ikut serta.
"Malam ni kau aktif eh Hyera."
______________
*KEI KIM'S POV*
"Saya mengumumkan King dan Queen pada malam ini ialah Oh Xihun dan Choi Min Ah." JiKwang mengumumkan anugerah yang ditunggu tunggu oleh kami, warga dewan yang sedang bersantai.
Xihun dan Min naik ke atas pentas sambil berpegangan tangan. Serius cantik Min waktu tu. Si pelat tu ape kurangnya. Makin hensem dari aku. Well. Mungkin sebab putih kot.
"Semua boleh buka topeng dan pandang pasangan masing masing."
Aku buka topeng seperti yang disuruh. Dan aku pandang tepi. Aik hilang dah minah ni?
Seseorang telah menepuk bahu aku.
"Im here Nini. Tak yah ah risau." Kata Hyera sambil tergelak. Nak tahu macam mana dia boleh ada dengan aku?
Aku culik dia senyap senyap dari pasangan dia. Dan pasangan aku tu aku suruh dia change dengan Hyera. Kihkihkih. Aku nak Hyera safe dari lelaki L tu je.
"Date, love?" Kataku sambil pegang tangan dia.
Dia pandang ke arah tangan dia. Lepas tu pandang aku semula.
"Tak habis habis lagi ke dengan 'no skinship' tu?" Aku pout. Tangan dia masih aku pegang.
Dia menggeleng.
"Asal geleng?"
"Tak nak pergi det."
"Kenapa tak nak?"
"Sebab saya nak awak pergi jumpa mama dengan ayah dulu. Lepas tu baru boleh gi det."
Aku mengangguk. Bagus budak ni. Utamakan keluarga dulu.
"Opps. Wrong timing again. Gege balik dulu eh. Hyera balik dengan Kei." Jikwang gege datang dari ceruk mana pon aku tak tahu, cuma untuk mengacau aku dengan Hyera.
Hyera memandang abangnya dia dan menunjuk muka kesian.
JiKwang hyung mengeluh.
"Sorry Kei. Lain kali lah kau sembang dengan budak kecik ni. Aku bawak dia balik dulu." Hyung menarik tangan Hyera.
Aku hanya mengangguk. Tapi sempat aku bisik dekat telinga dia satu ayat.
"Malam nanti saya ceroboh bilik awak."

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters