*HYERA NG.’S POV* Aku membuka mata apabila Kei menyuruh. Pelukan di badannya aku lepaskan kemudian diri yang serba kecil ini menjarakkan diri. "Italy." Kataku sepatah sambil mata memandang sekeliling. Mata aku kembali melihat Kei yang sedang berpeluk tubuh. Aku menjerit sebab happy gila dapat pergi sini. "Thanks." Ucapku ringkas. "Thanks je?" Aku mengangguk. Mata aku masih memandang sekeliling tempat yang asing bagi aku. Terasa macam dalam filem. Dengan duduk dekat tempat tingginya. Dengan angin yang sepoi sepoi bahasa meniup rambut aku ni. Dengan... dengan... apa apa sahaja yang menggambarkan Itali ketika ini, terasa begitu nyata di depan mata. "Kenapa bawa saya dekat sini?" Tanya aku kepada Kei. "Sebab ni salah satu tempat yang kau nak tengok jugak kan?" Mukanya dihiasi dengan simbol muka yang selalu dia tampal. "Macam mana awak tahu?" Clueless juga aku. Takkan dia hentam je. "Aku check kau punya diary haritu." Katanya selamba. Aku menjengilkan mata ke arahnya. "Awak ceroboh privasi saya?" Aku dekatkan diri dengannya. Dia hanya memandang aku kosong. Senyuman terukir di bibinya perlahan lahan. "Jom makan. Aku lapar." Katanya sambil menarik tangan aku perlahan lahan masuk ke dalam sweater yang dipaKeinya. _______________ "Spaghetti aglio olio and one beer, please." Kata Kei sambil matanya dikunci pada menucard. "Same with him but one coconut shake plus a pan of Hawaiian pizza." Hyera tersenyum pendek ke arah pelayan tadi. Pelayan itu berlalu ke kaunter dan mula melakukan kerjanya. "Awak nak ambil beer?" Hyera pandang Kei. Kei hanya mengangguk. "Kenapa? Kau nak jugak?" Kei pula pandang Hyera. "Saya tak nak pon. Dan kalau awak minum beer, awak boleh ke guna kuasa awak tu nak balik?" Kei mengangkat bahu. "Tengoklah keadaan. Tapi siapa kata nak balik? Aku nak stay sini. Kalau kau nak balik, kau baliklah sendiri." Dia memeluk tubuh. Hyera hanya mencebik. Nilah yang dia malas kalau keluar dengan lelaki berfigura menarik ini. Dah lah culik dia sesuka hati. Lepas tu buat perangai. Keadaan bising di restoran lima bintang itu tidak mematahkan suasana diam yang dihadapi oleh Kei dan Hyera. "Here your orders, sir, miss." Pelayan itu meletakkan hidangan yang diminta oleh mereka tadi di atas meja. Dia kemudiannya berlalu semula ke kaunter. Mereka makan dengan senang hati. Dan hey! Yang paling mengejutkan, mereka berlari keluar selepas siap makan. Tanpa bayar bil makanan. Lol. Rude visitors. ___________ *KEI KIM’S POV* Dude. Aku tak sangka aku boleh lari laju macamtu. Tsk. Melakukan kerja haram di malam hari. Totally daebak. Tapi jangan salahkan aku. Salah Hyera. Sebab idea lari tu dia punya otak yang bagi. "Canoe jom!" Hyera menarik tangan aku dan suruh aku berhenti di tepi jeti. Teksi air a.k.a canoe sudah ada depan mata. Jadi, kami naik canoe itu. Takkan nak bagi orang lain pulak. Penat daku menunggu. Sini aku nak cerita sikit pasal Italy ni. Sekarang ni aku ada dekat daerah Venice. Mesti pernah dengarkan? Italy ni sebenarnya bandar yang dikelilingi air. Dan pengangkutan utama negara ini ialah boat dan canoe. Kalau tak silaplah. Dan... dan... cheese pon berasal dari sini kan? Pizza pon kan? Okey. Kembali ke tempat asal. Aku lihat Hyera yang sedang mendepakan tangannya di hujung canoe. Ala ala titanic. Duh minah ni. Naik canoe je pon. Bukannya naik ship. "Eh budak. Duduklah diam diam. Kau tu berat. Kang terbalik pulak canoe ni." Dia mendengus kasar. Mulutnya pula dimuncungkan. "Ape muncung muncung. Jangan sampai aku letak mulut aku dekat muncung kau tu." Hyera mengubah air mukanya kembali. Mulutnya sekarang ini lebih herot dari biasa. Dude. Serupa budak tak cukup sel otak aku tengok. "Kene stroke betul betul baru tahu. Biar tak de orang nak kahwin dengan kau." "Eleh. Cakap dekat orang. Dia pon sama jugak. Kalau perangai serupa gini, memang tak de sesiapa nak dekat awak." Jari runcing Hyera menunjuk ke arah aku dan digerakkan ke atas dan kebawah. Aku membulatkan mata. Hyera gelak mengejek. Aduh minah ni. Kadang kadang aku boleh mental breakdown sebab perangai gila dia. "Sir. Miss. You can go now." Bro yang dayung canoe tu bersuara. Mungkin dah penat kut tengok kami berdua bertekak dalam bahasa yang dia tak paham. "Thank you. Here the payment." Aku hulurkan duit kepadanya kemudian turun dari canoe itu berhati hati. "Oit budak! Tunggulah!" Aku berlari ke arah Hyera yang telah berjalan laju ke hadapan. Sampai ke arahnya, aku meng'head-lock'nya. "Sakitlah!" Hyera meronta minta dilepaskan. Tapi sorry. Aku takkan lepaskan kau macam tu je. " one kiss per one movement." Kataku sambil mengetatkan lagi kunci di kepala. Harap anda paham. "Yah Kei! Sakitlah! Let me out from your ugly arm!" "Okay!" Aku menggerakkan perlahan tangan tadi. "One move." "Two move." "Three move." "Four move." "Empat pergerakan sendi semuanya. So, bila diconvertkan kepada kiss yang aku akan dapat adalah empat kali." Aku sudah tersenyum selepas aku cakap macam tu. "Ha. Ha. Ha." Hyera gelak dalam satu nada. "Ha. Ha. Ha." Aku mengikutnya. Copycat bro! Tapi aku dekatkan diri aku dengan dia. Pinggangnya aku peluk. But hey. Im not kiss her lips. Aku mendekatkan lagi diri aku ke arahnya. "K-Kei." Hahaha. Baru aku buat macam ni. Dah takut? Bibirku singgah ke pipi kanannya. Aku kucup sebanyak dua kali. "One kiss." "Two kisses." Kemudian aku beralih ke pipinya sebelah kiri. "One kiss." "Two kisses." Aku melepaskan pipinya. Haha. Bahagianya aku rasa! "Huhu. Tengok Hyera kite ni. Dah merah dah pipi dia." Kata aku sambil ketawa mengekek. Hyera cepat cepat menutup mukanya dengan tapak tangannya. Aku pandang muka dia. "Cukup tak tangan tu? Nak suruh aku tolong tutupkan tak? Tambah tangan aku ni ke?" Aku acah acah nak tutup muka dia dengan tangan aku. "Yah Kei. Saya mana ada blushing. Pipi saya memang semula jadi merahlah." Katanya di sebalik tapak tangannya. Aku memeluk badannya yang kecil itu. "Dah dah. Jom balik. Kang gege bunuh aku tak pasal pasal kau tak berlaki nanti." Kata aku sebelum memikirkan pokok epal dan ssup. Kami dah sampai di pokok epal tu. "Kamsahamnida Kei." Hyera menunduk nunduk kepadaku. "Pergh. Hyera kita ni dah pandai cakap trimas. Ada kemajuan." Aku menepuk tangan aku. Dan Hyera hentikan tepukan aku. "Adakah ini bermakna 'no skinship' telah dihapuskan?" "Totally..." Aku mengangkat sebelah kening aku. "Totally no, idiot!" Hyera tergelak. Tangannya laju menyekeh dahi aku. Dan dia terus memecut laju lari jauh dari aku. "TUNGGULAH ESOK!"
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
i love the story
16/06/2022
0so interesting
26/10/2023
0👍👍🥰🥰
24/05/2023
0View All