logo text

28; Perancangan

*HYERA NG.’S POV*
Selesai menjawab semua soalan, aku masih ditahan di wad untuk melihat jika ada perubahan emosi dan trauma. Perlu juga menjalani beberapa rawatan untuk memulihkan mental yang sudah terganggu. Well, sedikit terganggu. Aku juga tidak tahu bagaimana aku boleh melalukan perkara begitu, fight or flight response.
Aku menarik selimut yang aku rasa hak aku sambil menutup mata.
Bestnya dapat tidur semula.
Agak ngeri juga bila diingatkan kembali perkara itu. Bagai dihipnotis untuk mengikutnya, tiba tiba sahaja diikat di atas katil—syukurlah aku sempat belajar sedikit seni mempertahankan diri. Haih.
Aku harap yang tadi tu mimpi. Tapi, jika mahu katakan sebagai mimpi, tidak boleh juga. etakan jantung aku masih lagi laju dari paras normal, bibir juga membengkak sedikit dan pecah di bahagian hujung akibat ditampar dengan kuat. Bukan sekali dua, tetapi rasanya lebih lima kali aku ditampar. Mujur juga lelaki L itu tidak mempunyai mana mana peralatan tajam di sekitarnya semalam. Jika tidak, masak jugalah aku jikalau tertikam atau tergores mana mana bahagian kulit. Sudahlah darah aku jenis cair.
Bunyi ketukan di pintu wad aku kedengaran. Pastinya lelaki berkulit sawo matang itu yang mengetuknya. Dia ada beritahuku yang dia mahu keluar sebentar untuk membeli makanan dan minuman buat kami berdua. Di kedai Kak Nani katanya.
"Hye sleeping ugly. Dah bangun pon kau. Ingat dah takda tadi." Ujar Kei. Di tangannya ada seketul ayam bahagian peha. Sedapnya.
Aku duduk bersandar di kepala katil.
"You really wish me to die, huh? Can you atleast be gentle for a minute?"
Kei hanya tersenyum. "I am." Diangkat plastik yang berada di tangan sambil memenuhkan kerusi di sebelah katilku.
Dia menghulurkan semangkuk bubur berlauk kepadaku.
"Makan. Aku tahu kau lapar." Aku mengambil dari tangannya tapi yeah. Sikit lagi nak jatuh.
"Sinilah aku suapkan." Dia mengambil semula mangkuk itu dan terus memegang sudu.
"Saya tak sakitlah."
"Kau tak sakit? Tepi bibir kau tu pecah. Takkan tak rasa? Kaki kau tu dah berkesan dengan ikatan tali yang ketat tu. Tengok tangan kau." Dia letakkan mangkuk yang dipegangnya ke tepi. Tangan aku dipegang.
"Tak nampak ni kesan ikatan tali? Masih berkesan ni, Nampak kan?" Terangnya panjang berjela. Apa dia ni mengarut? Panjang sangat.
"Jadi semua tu bukan mimpi?" Aku memberi pandangan keliru.
Dia menggeleng. “The best decision you be warded here.”
Kei sudah mencapai kembali mangkuk bubur dan sudu ditalakan kepadaku.
"Cepat. Kapal terbang dah berlepas. Bukak mulut."
Aku ketawa sedikit sebelum membuka mulut. Aku menutup mata. Sedapnya. Dengan kuah yang tak berapa pedas tu. Wah.
"Say Ahhh." Suapan kali kedua aku terima. Hmm. Kan best kalau tiap tiap hari Kei layan aku macam ni. °3°
Kami berkongsi makanan itu dan yeay! Habis semangkuk. Perut dan kenyang. Hati pun senang.
"Jadi, sedap kau kena kiss dengan lelaki L tu?" Kata Kei. Matanya masih memandang telefon yang berada di tangan.
Ape punya soalan lah dia ni. Carilah soalan yang berfaedah sikit. Contohnya ' Awak dah kenyang?' Or 'Nak saya suapkan lagi?' Or 'Saya perlu pergi sekarang.'
"Jadi, sedap kau kene kiss dengan lelaki L tu? Sampai bibirkau bengkak" Soalan itu ditanya sekali lagi. Lol. Aku kene paksalah. Bukannya aku suka bende tu.
"Awak rasa?" Aku angkat sebelah keningku.
Dia hanya diam. Lol. Fikir best ah tu.
Tiba tiba dia hulurkan sebotol kecil krim.
"Sapu kat bibir kau tu. Tepi bibir kau tu sekali."
Aku menyambut dan buat seperti disuruh.
"Caring jugak ek awak dekat saya."
Aku check bibir aku di hadapan cermin. Mak aih. Merahnya.
Patut sakit semacam.
"Kalau aku tak caring pasal kau, siapa lagi nak caring." Matanya masih menatap skrin telefon.
Aku pergi ke arahnya dan kemudian merampas telefon dia.
Aku menahan gelak. Dude. He weird~~.
"Daripada awak tengok gambar ayam, baik awak tengok muka saya." Aku bercekak di hadapannya.
"Sekurang kurangnya, kalau aku tengok ayam ni, kenyang jugak perut aku. Daripada aku tengok kau..." Jari telunjuk diturunkan dari atas sampai bawah dan ke atas semula.
"Yang kurus keding serupa cicak ni, aku tak boleh makan. Sebab isi kau sikit. Tengok ayam ni. Sedap je mata memandang."
Aku mengetap bibir. Aku yang cantik serupa model ni dia serupakan dengan ayam? Rendahnya lah aku.
"Ouch." Adunya. Aku cubit lengan dia berkali kali. Biar padan muka. Rasakan.
"Sape suruh awak samakan saya dengan ayam. Tu padahnya." Aku berhenti menyeksa lengannya yang kelihatan sedikit merah. Jap. Nampak ke merah? Dia kan gelap. Hahahaa.
"Kei, kalau saya cakap saya suka awak, awak percaya tak?" Aku memandang matanya.
Tapi dia tidak membalas.
"Kei~"
"Ape?" Balasnya lemah.
"Awak dah ade orang lain ke? Sebab awak tak nak cakap dengan saya kan?" Tekaku.
Kalau dia ada orang lain, maknanya aku dah tak penting dalam hidup dia.
Dan...
Dia kene lepaskan aku.
Hmmm.
"Kenapa cakap macam tu?" Kei bertanya. Aku hanya diam.
"Saya keluar dulu eh. Take your time to think." Aku senyum kepadanya. Senyuman terpaksa.
Tangan aku laju memulas tombol pintu bilik dan menutupnya perlahan.
Dan apa yang aku harap memang tak akan berlaku.
Kei tak kejar aku semula.

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters