logo text

35; Kian Berputik

*HYERA NG.’S POV*
"Dude. Kau okay tak?" Tanya Kei setelah memerhati muka aku.
"Aku okay je. Asal? Comot ke?" Aku pandang mata dia.
Dia mengangguk.
"Aiskrim kau ade dekat pipi. Sini aku tolong lapkan." Tisu yang berada di tangan kiri aku dia ambil dan lapkan di tempat yang terkena aiskrim tadi.
"Sayang jugak kau kan dengan aku." Balasku sambil memandang ke tempat lain. Mulut pulak disuapkan dengan aiskrim batang yang hampir separuh aku makan.
"Aku bukannya sayang kau pon. Aku malu jalan dengan orang yang comot macam kau tadi. Dah lah makan macam budak." Kei juga memandang ke arah laut yang terbentang luas di depan mata. Boleh fikir kami dekat mana?
Pulau Redang! Pulau yang ada dekat Malaysia tu. Saja nak berjemur. Nak rasa jugak bahang mentari petang ni.
"Kau lambat lagi kan nak balik?" Tanyaku kepada Kei.
Dia mengangguk.
"Kau duduk ah sini. Aku nak gi skuba kejap." Aku bangun tetapi tersekat. Sebab?
Encik Kim ni tahan tangan aku.
Aku angkat sebelah kening aku.
"Nak ikut." Dah mula dah dia buat puppy eye dia. Aku mengulingkan mata.
"Jom lah." Belum sempat aku bersedia, dia dah tarik tangan aku. Suruh aku tampung daya graviti dia.
Akhirnya, bukan dua dua bangun. Tapi dua dua jatuh. Aku terbaring atas badan Kei. Terdiam jugaklah sesaat. Tapi bila fikir semula yang ni negara orang, terus aku bangun berdiri tegak.
Aku hulurkan tangan ke arah Kei.
"C'mon best friend. Take my hand." Kei memaut tanganku dan aku dah buat persediaan. Jadi tak jatuh lagi!
Kami kemudiannya bergerak ke arah chalet yang terdapat peralatan skuba. Dah siap daftar segala bagai, kami diajar berenang pulak. Bagus jugak pelatih ni ajar. Kalau tak, aku tak tahulah ape nasib aku tengah laut nanti. Entah cukup oksigen ke tak.
Aku sarungkan swimsuit dan pasangkan oxygen tank dengan tiub dia. Kei pun buat sebijik macam aku buat. Haih. Sibuk betul nak tiru aku.
Kami naik bot untuk sampai ke tengah laut. Abang tu cakap, kalau kita pergi tengah sikit, coral banyak boleh nampak. Aku dah excited gila time Abang tu cakap macam tu.
Kei?
Dia diam je dari tadi. Mabuk laut mungkin?
Jadi, aku speaking jelah dengan Abang hensem tu. Badan dia? Tak usah cakap. Memang aumm. Kalah badan Kei.
"Here we are." Abang tu matikan enjin boat.
"Now, you guys can put that tank at your back and put this one into your mouth." Aku hanya mengangguk sambil mengikut arahannya. Dah ambil oxygen tank, masukkan bende petak tu dekat dalam mulut.
"Ouh. I forgot to hand it to both of you." Abang tu hulurkan goggle kepada kami.
Aku pakaikan untuk halang mata aku dimasuki air laut.
"So, you can jump now. Please take care yourself down there." Kata Abang itu lagi sebelum aku menterbalikkan diri sendiri untuk masuk ke dalam laut.
___________________
*KEI KIM’S POV*
Selepas aku tengok Hyera masuk laut, aku tanya abang tu.
"Bang, you are not join us right?"
Dia mengangguk. Ouh. Okay. Maknanye aku dengan Hyera jelah yang ada dekat bawah ni?
"I'll go now. Bye, bang." Kataku sebelum melompat masuk ke dalam laut.
Aku berenang jauh dari boat dan mula mendekati Hyera. Dia sedang ralit melihat coral coral berwarna tu. Haih. Sejak bila dia suka dengan hidupan laut ni?
Aku menepuk bahunya dan aku melepaskan bende petak tu dari mulut aku. Hahaha. Saje nak gelabahkan dia.
Dan yup.
Mata dia dah terbeliak. Tangan dia kalut ambil bende petak tu semula dan sumbat dalam mulut aku. Bebola udata mula terbentuk apabila aku lepaskan gas dari hidung.
Kemudian dia bercekak pinggang.
Dia ambil board kecil yang tersangkut di lehernya dan tulis dekat atas tu. Dia tunjuk dekat aku.
‘Jangan main mainlah. Kalau awak mati, siapa nak jaga saya? Dah lah kita datang ni secara haram.’
Aku tersenyum. Aku cubit pipi dia sebab dia macam mummy dah. Aku ambil board dia dan padam balik tulisan dia. Lepas tu, aku gantikan dengan tulisan aku.
‘Sebab tu saya sayang awak. Dan mulai sekarang, tolong tukar panggilan kita berdua. Hanya saya dan awak sahaja dibenarkan. Okay babe?’
Kalini dia pulak tersenyum. Ah sudah! Kalau macam ni sampai esok pon aku sanggup tunggu.
Hyera sangkut semula board tadi ke tali oxygen tank dan dia terus berenang meninggalkan aku yang terpinga.
Wanna play huh? I'm in.
________________
Kei dan Hyera berenang beriringan menuju ke tempat lebih dalam. Tempat yang mempunyai lebih banyak batu karang dan ikan ikan kecil.
Tiba tiba Hyera berhenti. Kei juga terikut dengan gerak Hyera tadi. Keningnya diangkat sebelah. Menunjukkan bahawa dia kebingungan.
'Ikan.' Hyera menggerakkan tangannya mengikut rentak ikan berenang. Kei tersenyum. Aduhai bestfriend. Kenapa comel sangat?
Kei menggeleng. Dia menunjuk ke arah atas. Kemudiannya dia menarik tangan Hyera untuk sekali naik ke daratan.
"Kenapa?" Hyera mengembungkan pipi.
"Dah nak gelaplah sayang. Jom lah balik." Kei sudah memasukkan semula bende petak tu dalam mulut dia.
"Tapi... aku nak tengok ikan badut lagi." Hyera menunduk. Kei melepaskan semula bende petak tu dari mulutnya.
"Aku? Kan dah cakap suruh tukar panggilan. Jom lah balik. Dah malam dah ni." Kei masih berlembutn takkan dengan best friend nak kasar macam selalu. Hyera tengah merajuk kot.
"Kita datang lain kali lagi ye. Jomlah balik." Kei memimpin Hyera naik semula ke dalam boat yang dinaiki mereka tadi. Bro tu pon dah tertidur dah tunggu mereka berdua muncul.
"Okay then."
'bye heart. Bersemadilah dengan aman.'
_________________
*HYERA NG.’S POV*
Balik je dari Pulau Pangkor, terus aku masuk tidur. Kei aku dah tak kisah. Biar dia lah. Dah besarkan.
Aku berselimut satu badan sebab sejuk sangat. Pening kepala menyerang dan perkara terakhir yang aku ingat sebelum mata aku tertutup adalah bayangan indah :)

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters