logo text

36; Kebah

*HYERA NG.’S POV*
Sebaik sahaja aku bangun, aku meraba kepala aku.
Kain tuala basah?
Siapa yang basahkan?
Macam mana boleh ada atas dahi aku?
Tapi semua tu tak terluah keluar. Hanya terbuku di dalam hati yang makin mengecil.
Bunyi pintu bilik terbuka dari luar kedengaran. Jadi aku pandang pintu tu. Manalah tahu ada penyangak ke nak jemput ajal aku. Berserah je lah.
Dan...
Sangkaan meleset.
Kei datang bersama sedulang makanan di tangannya. Kakinya menutup pintu dari belakang. Kuat jugaklah bunyi yang terhasil bila dia terhempas pintu tu.
"Morning bestfriend. Saya dah masakkan untuk awak." Di akhir kata, sebuah senyuman dihadiahkan kepada aku. Dia mengambil tempat di birai katil dan rapat sangat dengan aku.
Kejap.
Dia memang nak bagi aku cair ke?
Dan...
"Kei, sejak bila awak masuk?" Tanyaku. Curious jugak. Rasanya semalam aku dah kunci pintu.
"Semalam. Sebelum kau tak sedarkan diri?" Balasnya selamba sambil tangannya ligat mengacau sup yang masih panas. Uwah! Aromanya... memenuhi ruang kamar. Ececeh.
"Say ahh." Dia mencelupkan roti bakar ke dalam sup dan menyuap aku. Weh! Crush suap ni. Bukan senang.
"Hmm. Not bad. Boleh tahan masinnya." Komenku sambil menggigit cebisan roti itu supaya menjadi molekul yang lebih ringkas.
"Saya belajar sebab awak tahu. Bukan senang nak masak sup ni." Dia mencebik. Dude. Dia belajar sebab aku sakit? Huaaa. Caringnya!
"Tengok ni." Dia tunjuk tangannya yang terkena percikan minyak.
"Alah. Sikit je ni. Mama pernah kene lagi banyak dari ni." Balasku. Terus dia terdiam. Terjuih juih bibir dia.
"Alah. Nini kita merajuklah." Terus aku cubit pipi dia. Wahai crush, ketahuilah bahawa hati aku dah terpaut lama dekat kau.
"Euww. Gross." Katanya sambil menolak tangan aku jauh dari pipi dia.
"Dah dah. Makan ni sampai habis. Sup ni dah sejuk dah." Mukanya dimasamkan kembali.
"Nini, suapkanlah kawan awak yang sakit ni. Uhuk uhuk." Aku acah acah batuk. Hahaha. Bahagianya rasa kalau setiap hari macam ni.
"Mengada. Nganga mulut cepat." Dengan sekali arahan, aku buka mulut,aku seluas boleh supaya dia senang nak masukkan roti ke dalam mulut aku.
"Nah. Last one. Lepas ni makan ubat." Sedang molek mulut aku terbuka, terus aku tutup bila dengar perkataan ubat.
"Ubat? Taknak." Gelengku perlahan.
"Nanti suhu naiklah. Makanlah ubat."
Aku menyilangkan tangan di dada. Mulut dimuncungkan lebih panjang. Sayang, ai tak nak makan ubat. Tolonglah paham. Ubat is euww.
"Kalau tak nak makan ubat, Kei balik dulu lah." Dia meletakkan mangkuk sup ke dalam dulang. Dan dia bangun.
Dia tarik selimut aku ke atas sampai dagu. Dan yang paling aku tak sangka, dia lepaskan ciuman di dahi aku. Huaaaa! Can I cry now?
"Bye honey. Esok saya datang lagi. Harini ada date perlu attend. Ai nak cari girlfriend baru." Dia cium pipi aku dan terus angkat dulang bawak keluar dari bilik.
Aku harap penulis dapat buat aku demam selama lamanya.
Kalau terdesak aku buat okay?
Okay babe. Tapi kejap. Kei cakap ape tadi? Nak cari gf baru?
Hmmm.
Tabahlah jiwa. Jangan menangis ye.
________________
*KEI KIM’S POV*
Selepas aku jenguk Hyera tadi, aku terus balik ke rumah mummy. Sian mummy aku tinggal dia sorang sorang. Nasib ada maid yang boleh bersembang dengan dia. Uni tu sekarang ni aku yang uruskan memandangkan mummy dah tak larat nak berjalan. Tapi...
Aku rasa uni tu dah terbengkalai. Sebabnya aku jarang pergi.
"Mummy!" Aku memeluk mummy dari belakang. Dia sedang sibuk membaca surat khabar. Haih. Dah tua tua nak baca lagi ke?
"Kei pergi mana semalam?" Tanya mummy. Lepas ni bolehlah satu geng dengan auntie Park tu. Bertanya je mengalahkan polis.
"Rumah Hyera. Dia demam semalam. Tadi Kei masakkan sup dekat dia." Aku melepaskan pelukan. Kemudian, aku duduk bersila di hadapannya.
"Ouh really? How sweet are you Kei. Kei masakkan sup je ke? Tak buat mende lain dah?" Kening mummy diangkat berkali kali.
Dan semestinya aku lelaki dapat menangkap perkara tersirat yang cuba disampaikan oleh mummy.
"Mummy, Kei dah baiklah. Tak mainlah kacau anak dara orang ni." Kepala aku diletakkan di pehanya. Haih. Rindunya nak bermanja manja dengan mummy.
"Macam mana uni? Still under control?" Tangannya mengusap rambut aku perlahan lahan. Sesungguhnya, Kei rindu belaian mummy.
"Not sure. Petang ni Kei selesaikan ape yang patut. Okay mummy?"
"Hmm."
Aku alihkan kepala dan mencium tangan Mama. Kemudiannya, aku meminta diri untuk naik ke atas. Nak bersihkan diri dan seangkatan dengannya.
_______________
Aku mengelap rambut yang masih basah dengan tuala bersih. Kemudian, diri dihempaskan di atas katil. Nak call someone.
Hello...
Can you here me...
Hadui. Sejak bila kau tukar ringtone ni Oh Xihun?
"Hello."
"Ni Oh Xihun ke?"
"Ye saya bercakap."
"Saya nak bagitahu--"
"Kei. Kau tak payah nak game aku lah."
"Okay okay. Kau kat mana ni?"
"Indon? Lol. Kidding. Aku kat rumahlah. Tengah jaga anak."
"Aik? Anak?"
"Anak buah sengal. Ape hal call?"
"Kau free kan? Aku nak ajak kau gi uni. Mummy suruh tengok tengokkan ape yang patut."
"Okay bruhh. Kau datang rumah aku macam biasa. Pengangkutan tak de ah." TIPICAL OH XIHUN.
"Okay. Aku datang. Make sure kau dah siap eh nanti."
"Ye ye. Aku letak dulu. Kredit nak habis ni."
Terus dia tutup. Eh. Eh. Eh. Lawan tauke nampak. Padahal aku yang call dia. Haih. Nak je aku cepuk nanti.
Alang alang dah pegang fon ni, baik aku mesej Hyera.
To: Hyera cold
Awak sihat belum? Dah makan ubat? Lol. Saya lupa awak tak minat ubat. Nanti paKei coolfever. Saya ada belikan semalam. Makan nasi sikit. Or something yang boleh alaskan perut awak tu. Okay. Bye honey.
Butang 'sent' aku tekan.
Semoga awak sembuh, sayang.
Aku bergegas bangun dan terus berlalu keluar dari rumah.
"Mummy Kei pergi dulu. Annyeong!" Jeritku dan terus start kereta.
Destinasi: rumah pakcik Oh dan uni.
________________
"Oh Xihun!"
"Kim Jongin!"
Kedua dua sahabat itu bergelak sakan dan akhirnya, Kei terlanggar seorang wanita yang elok paras rupanya.
// okay. Ni part clisée//
"Kwaencahana miss?" Tanya Kei prihatin. Tangannya dihulurkan kepada wanita itu.
"Its okay. Im still alive. Thanks M--Kei?!" Wanita itu mengangkat mukanya dan dia memaparkan ekspresi terkejut.
"Ouh. Hai Krys." Sapa Xihun. Kei masih berada di dalam keadaan terkejut.
"Busy now? Kalau tak, jomlah kita minum minum dulu." Wanita itu mengajak. Xihun sudah tersenyum. Hanya untuk cover kawannya yang sedang kecut perut.
"Jom lah."

Book Comment (32)

  • avatar
    Keiteu Dump

    i love the story

    16/06/2022

      0
  • avatar
    SolermoRicsamae

    so interesting

    26/10/2023

      0
  • avatar
    NoepRoslin

    👍👍🥰🥰

    24/05/2023

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters