Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 24
Putra dan Danish bergegas ke gudang untuk berjumpa dengan Zam.Mereka menaiki kereta milik Danish yang akan dipandu oleh Putra.
Senyap sekali suasana dalam kereta.Mereka berdua dibelenggu kebimbangan.Masing-masing meneka persoalan terhadap Zam yang sudah lama menghilang diri selama tiga hari akhirnya dijumpai malah di kawasan yang mencurigakan.Putra memandu dengan serius.
Mereka tiba di sana selama 20 minit,mereka pun segera keluar dari kereta lalu berlari anak ke gudang itu.Kawasan itu sangat sepi dan gudang itu sudah terbiar lama kerana pembinaan yang tergendala.Mereka berdua sangat cemas.
"Zam!Zam!"
Putra memanggil ke serata kawasan.Begitu juga dengan Danish.Mereka mengambil keputusan untuk berpecah.Putra menghala ke kanan manakala Danish menghala ke kiri.Masing-masing menumpukan perhatian.
Putra melihat pintu masuk ke dalam gudang itu.Sayangnya,pintu itu dikunci.Putra cuba menggoyang-goyangkan kunci itu namun tiada yang berubah.Putra segera mencari jalan.Melihat sahaja sekeliling dipenuhi batu-batu yang agak besar,Putra dengan pantas mengambil batu itu lalu mengetuk ke arah kunci itu berkali-kali.Usahanya membuahkan hasil.Putra berjaya memasuki pintu itu.
Dia sekali lagi meliarkan matanya memandang sekeliling.Berjalan maju ke hadapan,dia terlihat seperti ada seseorang yang terbaring di lantai dengan berlumuran darah.Dari jauh,Putra dapat mengesannya.
"Zam!"
Putra berlari ke arah Zam.Kelihatan Zam tidak sedarkan diri.Dia juga melihat perut Zam ada kesan tikaman.Putra memegang perut Zam.Darahnya hampir kering di lantai.Memang dapat diduga,Zam dibiarkan lama di situ.Putra hampir menangis.
"Zam,bangun Zam..Zam!"
Danish baru menjumpai pintu itu.Dia juga segera berlari ke arah mereka setelah melihat Putra terduduk melihat Zam.
"Zam..."
Danish terkejut melihat keadaan Zam yang cedera parah.Danish juga dapat mengesan tikaman di perutnya.
"Kita kena bawa dia ke hospital."
Kata Putra cemas.Dia pun memapa tangan Zam lalu berjalan keluar dari situ.Hanya beberapa langkah sahaja,mereka sampai ke kereta.Danish membukakan pintu kereta untuk Putra.Zam selamat dibawa ke kereta.Dengan cemas,Putra dan Danish pun bergegas dengan kereta untuk pergi ke hospital.
***
Selepas tamat mesyuarat,Nizam berhasrat untuk pulang ke rumah berjumpa dengan ayahnya.Keretanya dipandu oleh Ezam.
Zamri pula berada di ruang tamu sambil menonton televisyen.Dia begitu seronok menonton rancangan realiti.Dia tidak tahu apa yang akan mengejutkan dia sebentar lagi.
Nizam sampai ke rumah.Dengan diiringi Ezam,Nizam berjalan masuk ke dalam rumah.Dia juga terlihat Zamri sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.Dia segera menghampirinya.
"Papa..."
Mendengar suara itu,Zamri segera berpaling memandangnya.Kelihatan Nizam berpakaian baju sut bersama dengan Ezam di sampingnya.Berubah riak wajah Zamri setelah melihat mereka berdua.
"Papa,saya nak cakap sekejap."
Katanya sebelum duduk di sofa itu.Zamri pantas mematikan televisyen itu.
"Ada apa?"
"Papa,masa malam majlis ulang tahun syarikat..saya nampak ada lelaki yang berdiri di depan pintu majlis itu.Dia cuba menghalang papa dan Makcik Shira daripada masuk.Apa yang dia cakap pada papa.."
"Kenapa kamu tanya pasal dia?"
"Saya dapat tahu yang dia tu pekerja baru nenek kat syarikat.Dia sebenarnya pengawal peribadi nenek selama ni."
"Apa?Sejak bila pula dia ada ambil pekerja ni.."
"Dah agak lama..Tapi,saya rasa curiga pula dengan dia.Dengan pangkat dia yang rendah,dia berani berkata dengan papa dan Makcik Shira pada malam tu."
Zamri mendengar dengan teliti.
"Dah tu,kenapa?"
"Saya dah siasat tentang dia,tapi dia tu hanya orang biasa saja.Jadi,saya nak tanya papa.."
Nizam ingin tahu.Zamri menanti soalannya.
"Sebelum ni,papa ada bermusuh dengan sesiapa kah?"
Soalan itu menyentakkan Zamri.Dia segera memandang Nizam.
"Jangan nak masuk campur dalam hal papa..Buat saja kerja kamu."
Zamri berkata tegas.Dengan janggal,Zamri segera berlalu dari situ meninggalkan Nizam.Nizam sekadar mengeluh.Dia ingin tahu perkara sebenar.Sepertinya Zamri dalam diam ada melakukan sesuatu yang tidak dapat diduga.
***
Zam sedang dalam proses membedah.Putra telah menghubungi Suriana selepas menghantar Zam ke hospital.Putra sangat tegang kerana bimbang.Dia sekadar duduk dan berdoa di luar bilik itu.Danish pula berlalu dari situ bagi mengelakkan dirinya diketahui oleh Suriana.Suriana pasti dalam perjalanan ke sini.
Berjam lama menunggu,Suriana tiba di sana.Dia melihat Putra sedang duduk kecewa.Suriana menghampirinya.
"Macam mana dengan Encik Zam?"
Putra segera berdiri setelah mendengar pertanyaan Suriana.
"Saya masih menunggu,puan."
Suara Putra seperti cemas.Suriana juga bimbang dan berdoa.Masing-masing menunjukkan riak wajah yang membimbangkan.
"Apa yang dah berlaku ni?Kenapa tiba-tiba Encik Zam berada di hospital?"
"Saya tak tahu apa yang berlaku pada dia,puan.Saya jumpa dia di sebuah gudang yang terbiar."
"Gudang?"
Suriana juga terkejut.
"Bila saja saya sampai ke sana,dia dah terbaring kat lantai.."
Suriana terkejut lagi.Dia tidak berkata-kata.Membayangkan sahaja,Suriana sudah berasa cemas.Mereka hanya mampu berdoa.
Akhirnya,doktor bedah keluar dari bilik itu.Mereka berdua segera menghampirinya.
"Macam mana dengan keadaan dia,doktor?"
"Apa yang saya tengok pesakit ada kesan tikaman di perutnya.Pesakit juga banyak kehilangan darah dan tubuhnya agak lemah sekarang."
"Jadi,doktor..dia baik saja kan.."
Putra pula bertanya.
"Pesakit dalam keadaan kritikal sekarang.Pesakit perlu ditahan untuk membuat rawatan selanjutnya."
Doktor berkata.Suriana hampir menangis mendengar keadaan sebenar Zam.Putra pula berfikir sesuatu.
Mereka berdua dibenarkan melawatnya sebentar di wad.Sayu hati mereka melihat Zam terlantar di katil dan tidak sedarkan diri.Zam menerima bantuan alat pernafasan.Putra berasa kecewa bercampur marah.
'Siapa yang buat awak begini,Zam?'
Itulah kata-kata dalam hatinya.Dia berasa geram melihat Zam diperlakukan sebegini.Tunggulah bila dia dah dapat tahu orangnya,dia akan pastikan dalangnya juga menerima balasannya.Putra tekad.
*****
Danish berjalan masuk ke sebuah kafe.Pada masa itu juga,telefonnya berdering.Dia segera mengangkat panggilan itu.
"Ya.."
"Danish,awak kat mana sekarang?"
Kata Putra di luar bilik wad Zam.
"Saya kat kafe ni.Oh ya,Puan Suriana dah sampai ke sana kah?"
"Ya,dia dah sampai.Dia ada kat dalam wad sekarang."
"Pasti puan tengah risau kan.."
"Ya,dia betul-betul risau sangat dengan Zam."
"Jadi,Encik Zam macam mana?Dia baik saja kah?"
"Doktor cakap dia dalam keadaan kritikal sekarang.Dia akan baik kalau dia dirawat sepenuhnya di sini."
"Ini memang betul-betul tak masuk akal.Macam mana dia boleh ke sana seorang diri?Ada sesuatu yang tak kenalah."
Danish duduk di kerusi.Telefon masih dipegang.
"Ya,saya rasa macam tu juga.Tolong saya siasat dalangnya.Saya rasa...orangnya sebenarnya berada dekat dengan kita selama ni.."
Putra juga masih memegang telefon sambil berdiri.Senyap sebentar dalam panggilan.
"Baiklah,saya akan uruskannya.Saya harap encik jaga diri ya di sana."
"Baiklah,awak pun jaga diri."
Kata-kata putus untuk menamatkan panggilan.Danish sekadar mengeluh keras.Dia juga berasa bimbang dengan kejadian yang tidak tentu arah ini.
Takdir menyebelahinya,Aisyah juga memasuki kafe itu.Dia baru selesai melakukan kerjanya di pejabat.Waktu begini,Aisyah akan merehatkan diri di kafe.Tanpa sengaja,mata mereka bertembung.
"Oh,pakcik ni..pakcik Putra kan.."
Kata Aisyah segera mendekatinya.Danish sekadar tersenyum gembira.Dia juga tidak menyangka dia akan berjumpa dengan Aisyah di kafe itu.
***
"Wah,saya tak sangka pula saya dapat jumpa pakcik kat sini..Pakcik apa khabar?"
"Pakcik sihat ja.Pakcik pun tak sangka juga kita dapat berjumpa kat sini.."
"Pakcik,pakcik masih bersama dengan Putra kah.."
"Oh ya.Kenapa kamu tanya?Kamu ada jumpa dia?"
"Ahm sebenarnya saya ada jumpa dia baru-baru ni..Tapi,saya agak pelik lah,pakcik."
Aisyah berkata meragukan.Danish cuba membaca riak wajah Aisyah.
"Apa yang pelik?"
"Saya jumpa dia..kat syarikat kawan ayah saya.Saya ingat dia..kerja apa kah kat sana,tapi rupa-rupanya..."
Aisyah sengaja menggantungkan ayatnya.
"Dia kerja sebagai pengawal peribadi Puan Suriana.."
"Apa kamu cakap tadi?Puan Suriana?Kamu kenal dia?"
"Ya,Puan Suriana sebenarnya kawan ayah saya.Saya kadang-kadang saya akan jumpa dia selalu sebab yalah..saya kan dah ambil jawatan macam ayah saya.Jadi,saya kenalah minta tunjuk ajar pada dia untuk menguruskan syarikat."
Aisyah berkata panjang lebar.Danish sekadar menganggukkan kepala.
"Pakcik,pasal Putra tu...pakcik tahu kah dia bekerja kat sana?"
"Ya,pakcik sangat tahu."
"Apa?Bukankah pakcik tahu dia ambil bidang perniagaan kat luar negara tetapi dia kerja lain kat sini?Pakcik tak rasa pelik kah?"
Aisyah belum tahu perkara sebenar.Danish mengeluh.
"Sebenarnya,dia bekerja kat sana pun..ada sebabnya."
"Ada sebab?Maksud pakcik?"
Aisyah berminat ingin tahu.Danish memandangnya.Senyap sebentar antara mereka.Mungkin Danish akan beritahu segalanya kepada Aisyah dari awal sampai akhir.
***
Maisarah keluar lagi bersama dengan teman lelakinya.Maisarah menanti di bawah pokok dalam taman itu.Dia tidak sabar ingin berjumpa dengan teman lelakinya.
Telefon berdering.Maisarah segera mengambil telefonnya di dalam beg tangan.Skrin telefon menunjukkan lelaki yang dinantinya.Dia mengangkat panggilan itu.
"Ya,sayang.Awak kat mana?"
Maisarah berkata.
"Ahm,awak.Saya rasa..saya tak dapat datanglah hari ni..Saya sibuk dengan kerja.Maaf ya.."
"Ah,yakah.Tak pahlah kalau macam tu.Lain kali ja lah kita jumpa."
"Okey,hati-hati ya balik tu.."
"Hmm.."
Mereka memutuskan panggilan.Maisarah kecewa.Harapannya luntur untuk berjumpa dengan lelaki itu.
"Hmm,dia ni asyik sibuk dengan kerja ja..Tak ada kerja lain kah nak buat selain sibuk."
Maisarah panas hati.Dia pun berjalan pulang ke syarikat semula.
***
"Siapa tu?"
Kata perempuan itu bertanya.Rupanya teman lelaki Maisarah sedang bersama dengan perempuan lain di sebuah restoran.Dia memberikan senyuman.
"Tak ada apa-apalah.Ada orang silap nombor tadi.."
Dia memberikan alasan.Perempuan itu sekadar menganggukkan kepala.
"Awak kena ingat tau..Kita ni dah nak kahwin hujung bulan ni.Awak jangan lupa pula."
Kata perempuan itu mengingatkannya.Dia memberikan senyuman palsu.Nampaknya,Maisarah dianggap sebagai bonekanya sahaja untuk melepaskan kebosanan.Dalam diam,lelaki itu sudahpun berpunya malah dalam proses berkahwin.Maisarah pasti akan berasa kecewa bila dapat tahu nanti.
***
"Kejamnya mereka buat Putra macam tu?!Mereka ni manusia ke apa?!"
Aisyah juga marah mendengar cerita Putra daripada Danish.Danish sangat bersimpati terhadap Putra.
"Itulah..Dia sekarang tekad nak cari ayah dia yang hilang selama bertahun-tahun.Saya tak tahu nak bantu dia macam mana lagi.Dia sendiri pun tabah dalam menghadapi hidup dia yang sengsara ni."
"Kesian,Putra.Jahatnya mereka semua.Hanya sebabkan harta,mereka sanggup memecah belahkan keluarga sendiri.Mesti Putra banyak sakit hati dengan semua ni.Saya rasa bersalah pula dengan dia.."
Aisyah baru memahami perasaan Putra selama ini.
"Kalau macam tu,saya juga akan bantu dia,pakcik.Dia tak boleh jatuh macam tu saja.Saya akan bagi dorongan pada dia selagi saya mampu berada di sisi dia."
Aisyah ingin membantu.Danish amat berbesar hati mendengar semangat Aisyah.Dia tersenyum manis.Putra pasti dapat jatuhkan mereka semua apabila dia mempunyai rakan yang setia padanya.Aisyah berjanji untuk memberikan kerjasama kepada Putra.
***
Putra tidak akan berdiam diri setelah melihat Zam diperlakukan sebegitu.Selepas dia menghantar Suriana ke pejabat,dia pun segera pergi ke balai polis untuk melaporkannya.Dia tiba di sana dalam beberapa minit.
"Ya,encik.Ada apa yang saya boleh bantu?"
"Maafkan saya.Saya nak laporkan sesuatu pasal pakcik saya."
"Baiklah,encik.Siapa nama encik?"
"Nama saya Red..tak..nama saya Putra."
Putra melaporkannya sebagai nama sebenar.
"Tunggu sekejap ya,encik.Inspektor Rayyan,boleh datang ke sini sekarang?"
Tiba-tiba Putra tersentak.
'Inspektor Rayyan?Macam pernah dengar nama tu?'
"Ya,saya.Ada apa ni?"
Dia segera datang menghampiri mereka.Putra menenung lama padanya.Kelihatan dia agak gagah dan tinggi
Putra ingin mengenal pasti.
"Ini Encik Putra,dia nak laporkan sesuatu."
"Oh,yakah..Saya Inspektor Rayyan.Ada apa yang boleh saya bantu?"
Katanya menghulurkan tangan kepada Putra.Putra seperti mengecamnya.
"Awak ni..Rayyan yang gemuk masa kecil tu kah.."
Putra mengingatkannya.Rayyan berkerut dahi.
"Kita pernah berjumpa kah.."
"Eh yalah.Saya ni Putra.Kawan awak masa kecil.Awak tak ingat kah.."
Putra semakin teruja.
"Putra...Oh,Putra!Awak yang selalu dibuli tu kah masa kecil?"
"Ya,saya."
Mereka pantas berpelukan.Sahabat baik bertemu antara satu sama lain.Putra berasa gembira.Begitu juga dengan Rayyan.Riuh rendah balai polis itu dibuatnya.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (797)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Muito bom
3h
0كتاب رائع وعميق🤯
1d
0yyyyyyyy
2d
0View All