Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 25
"Wah..saya tengok awak ni makin handsome lah.."
Kata Rayyan memuji.Putra sekadar tergelak kecil.
"Awak pun apa kurangnya.Kalau dulu bukan main lagi tembam-tembam comel.Sekarang,sadonya boleh pikat hati semua perempuan."
Putra lebih memuji.Mereka sama-sama ketawa.Persahabatan mereka masih kekal erat biarpun sudah bertahun lamanya tidak berjumpa.
"Oh ya.Masa tu,mereka kata awak pergi ke luar negara melarikan diri dengan ayah awak.Betul kah?"
"Sebenarnya..itu sebaliknya.."
Putra mengeluh.Rayyan pula berkerut dahi.
"Apa maksud awak?"
Rayyan berminat ingin tahu.Mereka saling memandang antara satu sama lain.
"Saya tak lari ke luar negara dengan ayah saya.Apa yang awak cakapkan tu,memang betul.Tapi,kebenaran yang awak dengar tu semua mengarut."
Rayyan berasa keliru.
"Saya dibawa lari ke luar negara..tanpa ayah saya."
Putra berterus-terang.
"Apa?!Jadi,apa yang mereka cakapkan tu..hanya ditokok tambah sahaja kah.."
Rayyan mulai memahami.Putra sekadar mengangguk.
"Jadi,cerita yang betul dalam hal ni..apa?"
"Masa saya kecil,malam tu ayah saya diculik depan mata saya.Saya selamat sebab pembantu saya datang melindungi saya tapi sayangnya ayah saya tak dapat diselamatkan."
Rayyan mendengar ceritanya.
"Sejak kejadian tu,pembantu saya pun bawa lari saya ke rumah tetapi...tanpa sengaja,dia terdengar perbualan makcik dan pakcik saya dalam rumah tu.Mereka bercakap pasal rancangan mereka nak hapuskan ayah saya."
"Pembantu saya ada laporkan pada polis,tapi pakcik saya buatkan laporan tu menjadi palsu.Pembantu saya tak mampu nak menentangnya."
Putra menceritakan segalanya.
"Jadi,bila dia tahu kebenarannya..dia cepat-cepat bawa lari saya berjumpa dengan pembantu saya yang selama ni menjaga saya dari kecil.Dan malam tu juga,saya dibawa lari ke luar negara sebab bimbang dengan keselamatan saya.Cerita ni pun saya dengar sendiri daripada pembantu saya sekarang."
Rayyan tiba-tiba berasa geram mendengar cerita Putra.
"Mereka semua tu dah gila agaknya?!Jadi,awak dapat jumpa ayah awak?"
"Rayyan,sebab itu lah saya datang ke sini.Nak buat laporan pasal pembantu saya.Saya rasa..kejadian yang berlaku pada pembantu saya sebenarnya satu pembunuhan.Dia dibawa ke gudang yang terbiar.Jadi,tolong siasatnya untuk saya ya.."
Rayyan menganggukkan kepala.
"Dan ayah saya pula,saya tengah mencari dia sekarang.Saya tak tahu dia kat mana sekarang,tapi saya harap..saya dapat jumpa dia."
"Bersabarlah,Putra.Apa yang awak terima ni adalah satu ujian untuk awak tanganinya.Bila awak dah mengharungi semua ni,awak pasti akan jumpa kekuatan sebenar awak."
Kata Rayyan menepuk bahu Putra.Rayyan amat memahaminya.Malah memberikan semangat kepada Putra.Putra menghargainya.Dia pasti akan dapat sesuatu yang lebih baik daripada ini.
***
Putra kembali ke syarikat.Wajahnya masam kerana mengenang nasib yang diterimanya.Dia dengan selamba memasuki bilik pejabat Suriana.Suriana yang tersedar kedatangannya pantas mendekatinya.
"Macam mana?Kamu dah laporkan kepada polis kah pasal Encik Zam?"
"Dah,puan.Tinggal tunggu berita sahaja daripada pihak polis."
Suriana bernafas lega.
"Siapalah yang sanggup buat macam ni?"
Suriana memikirkannya.Begitu juga dengan Putra.
"Eh kejap.Zamri kat mana sekarang?"
"Setahu saya..Tuan Zamri sekarang ada kat rumah.Kenapa puan?Puan syak Tuan Zamri kah yang buat?"
"Saya rasa macam tu lah.Encik Redzuan,tolong siasat dia sekarang.Saya pasti,dia yang buat semua ni."
Suriana tersangat yakin.
"Baik,puan.Serahkan saja pada saya."
Kata Putra sebelum berlalu keluar dari bilik itu.Suriana betul-betul yakin dengannya.
Namun,tanpa disedari Kamal juga berada di situ memasang telinga mendengar perbualan mereka.Kamal yang sedar Putra akan keluar dari bilik itu segera bersembunyi di sebalik dinding.Kini,Kamal mengetahui sesuatu.
***
"Apa?!Mereka buat laporan polis pasal Zam?!"
Zamri kelihatan marah.
"Maafkan saya,tuan."
Kamal berasa bersalah.Zamri dengan pantas dia menumbuk wajah Kamal dengan kuat.Habis lebam jadinya.
"Macam mana awak buat kerja ni arh?!"
Zamri semakin geram.Dia menumbuk sekali lagi.Kamal terduduk di lantai kerana menerima tumbukannya.
"Maafkan saya,tuan.Maafkan saya..."
Kamal ketakutan.
"Sekarang,saya nak awak hapuskan dia!Ingat,kalau awak masih buat kesilapan yang sama,saya tak teragak-agak akan bunuh awak!"
Zamri mengugutnya.Kamal yang ketakutan segera keluar dari bilik bacaan itu setelah memberi jawapan kepada Zamri.Zamri masih marah.
"Tak guna!Tunggulah awak,Suriana!"
Zamri menjerit marah.Bergema seluruh bilik itu dengan suara garaunya.Wajahnya berubah merah padam.
***
Malam yang sepi,Putra meminta kebenaran untuk keluar dari rumah.Suriana membenarkannya.Maklumlah waktu pulang dari kerja.
Putra pun berjalan mencari teksi untuk ke rumah kecilnya.Dia sekadar melihat keadaan.
Apabila tiba di rumah kecilnya,saat dia berjalan maju ke hadapan dia terlihat seorang wanita yang sedang berdiri di depan pintu rumahnya.Dia segera menghampirinya.
"Puan,puan buat apa kat sini?"
Akhirnya Putra mengenalinya.Nashita memandangnya dengan senyuman.
"Boleh kita bercakap sekejap?"
"Maafkan saya,saya tak ada masa nak bincang dengan puan."
Putra menolak.Dia sekadar berlalu daripadanya untuk ke pintu Dia membuka kunci.
"Dah lama kita tak berjumpa kan..Putra."
Nashita berkata.Tersentak Putra mendengarnya.Dia segera berpaling memandang Nashita.
Apa maksud senyuman itu kepada Putra?Adakah dia juga berniat jahat pada Putra?Bagaimana dia tahu identiti sebenar Putra?
Timbul segala persoalan dalam fikiran Putra.Mereka saling memandang.Senyap di situ terlalu lama.
*****
Mereka kini saling duduk bersemuka di rumah kecil Putra.Putra sempat menyediakan minuman untuk Nashita.Dari tadi mereka tidak berkata-kata.
"Siapa yang bagitau makcik pasal ni?"
"Zam yang bagitau saya pasal awak.Saya ingat awak memang takkan kembali ke sini lagi."
Nashita berkata dengan serius.Begitu juga dengan Putra.
"Kenapa makcik datang ke sini?"
"Saya datang sebab saya nak bagitau awak sesuatu.Pasal Zamri,suami saya."
Nashita berkata.Putra sekadar memandangnya.
"Saya tak boleh nak sabar lagi dengan perangai dia sekarang.Kalau awak nak tahu,apa yang berlaku sekarang ni angkara Zamri..Dia yang buat semua ni semata-mata nak dapatkan apa yang dia nak."
"Baiklah,saya dengar sekarang.Makcik kata Zamri yang buat semua ni..Mungkin makcik tahu siapa yang buat ayah saya..hilang dari dunia ni."
Nashita terdiam.Putra berasa kecewa.
"Makcik datang sini hanya sebab nak bagitau saya pasal tu?Saya tahu semuanya tanpa makcik bagitau.Saya dah hilang kepercayaan pada keluarga saya sendiri..sebab masing-masing asyik fikirkan pasal harta.Segala kasih sayang dalam keluarga..hancur hanya sebab berebut kemewahan.Keluarga saya memang gila."
Putra bernada tinggi.Nashita berasa bersalah.
"Sebab itulah makcik datang ke sini.Makcik nak bantu awak menentang keluarga awak yang dah hancur tu.Tolonglah percayakan makcik.Makcik tak tahu pasal ni sebelum makcik kahwin dengan Zamri.Tapi sekarang makcik dah tahu,Zamri tak ada hati perut langsung.Selama dia berhenti bekerja kat syarikat tu,dia asyik mempergunakan Nizam sebagai alat dia untuk dapat apa yang dia nak.Awak nak tutup mata saja kah bila nampak Zamri menang?"
Nashita meyakinkannya.Putra dapat merasa keikhlasan Nashita.Putra berfikir semula.
"Sebenarnya,saya dan Zam dah bekerjasama nak menentang dia..Tapi kami tak ada dorongan kuat.Hanya awak dorongan yang kuat untuk kami maju ke hadapan.Fikirkan lah Putra."
Nashita berkata lagi.Putra terdiam.Dia memandang Nashita.
"Kalau macam tu,bantu saya buatkan Zamri dan Shira saling bermusuhan.Saya dah fikirkan rancangan ni,tapi saya juga langsung tak berpengaruh nak menentang mereka semua.Saya harap..makcik tak kecewakan saya."
Harapan Putra.Dia takut dia akan dikianati akhirnya seperti mana sikap Zamri dan Shira.Mereka saling bertatap mata.
"Baiklah,makcik sanggup lakukannya demi anak makcik.Tapi,awak jangan salahkan Nizam dalam hal ni.Dia hanya ikut saja kata Zamri tu."
Nashita merayu.Putra sekadar menganggukkan kepala.
"Tapi mungkin makcik tahu siapa yang buat ni.."
Tiba-tiba,Putra berasa yakin tentang sesuatu.Nashita berkerut dahi.
"Apa maksud awak?"
Nashita masih keliru.Mereka bertatapan lagi.Sunyi jadinya di dalam rumah itu.
***
Putra membawa Nashita ke bilik wad Zam.Nashita tidak menyangka bahawa Zam dimasukkan ke hospital.Dia menghampiri Zam yang terlantar di atas katil.Lalu duduk di kerusi yang disediakan di situ.Putra sekadar berdiri memandang Zam.Dia juga berasa sayu melihat keadaan Zam.
"Zam,apa dah jadi pada awak?"
Kata Nashita hampir mengalirkan air mata.
"Saya minta maaf,Zam.Saya minta maaf.Saya tak tahu Zamri sanggup buat awak macam ni..Saya tahu dia yang buat semua ni..Saya betul-betul minta maaf,Zam."
Nashita berasa sangat bersalah.Akhirnya,kesedihan tidak dapat bertahan lagi.Nashita menangis.
"Saya takkan berdiam diri lagi.Dia dah melampau sekarang.Saya akan pastikan dia menyesal dengan perbuatan dia sekarang.Dia memang lelaki keji!"
Nashita berasa marah.Putra sekadar mendengar sahaja bisikan Nashita.Mata dia leka memandang Zam.
'Bertahan sedikit lagi,Zam.Saya akan pastikan dia terima balasannya.'
Putra berkata dalam hati.Kini mereka berdua akan membuat perancangan untuk membalas kejahatan Zamri.Tidak lepas lagi,Shira juga turut sama akan menerima balasan kerana sikap tamak mereka.Itu janji mereka.
***
Awal pagi lagi,Putra bersenam di taman.Dia mendengar lagu 'Bukan Untukku' daripada kumpulan Hyperact.Nyanyian merdu itu hanya bergema di fon telinga nya.
Sambil-sambil dia mendengar,dia terikut emosi mendengar lagu itu.Dia mengimbas kembali kesemua memorinya.Darilah dia kecil dilarikan ke luar negara hinggalah kini dia dihina.Dia asyik berlari sahaja di sekitar taman itu.
Putra merasa,lirik lagu itu amat sesuai dengan cerita hidupnya.Walaupun dikaitkan unsur percintaan,tapi Putra menganggap lagu itu sebagai tema hidupnya yang bermula dengan perebutan harta.Harta bukanlah bermakna baginya.Tapi,kasih sayang itulah menjadi sumber kebahagiannya.Dia berhenti berlari saat lagu itu masuk bahagian korus terakhir.
Lalu dia memandang langit.Dengan tercungap-cungap,dia pasti akan mengingati kesengsarannya selama ini.
***
"Itu dia,puan.Dia dah sampai."
Kata pembantunya setelah melihat Putra masuk ke rumah Suriana.Putra yang memakai jaket sukan dan berseluar sukan berwarna hitam,nampak sesuai dengan dirinya.Dia segera ke ruang makan.
"Selamat pagi,puan."
"Kamu dari mana tadi?"
"Saya bersenam sekejap kat taman,puan."
Putra melapor diri.Suriana sekadar mengangguk.
"Puan,saya nak mandi dulu ya.."
"Hmm yalah."
Suriana membenarkannya.Suriana berasa pelik.Wajah Putra asyik serius sahaja dengannya.Selalunya,Putra pasti menyebarkan senyumannya.Lagi-lagi awal pagi.Suriana berasa seperti ada sesuatu yang merunsingkan Putra.
***
Di wad Zam,tersangat sunyi tanpa kehadiran orang.Tiba-tiba,ada langkah seseorang masuk ke dalam wadnya.Dia menghampiri Zam yang masih tidak sedarkan diri.
"Kalau awak ikut cakap saya,awak takkan jadi macam ni..Sekarang,lenyaplah di mata orang ramai....sebab saya akan bunuh awak."
Dia berkata putus.Lalu dengan segera,dia memasukkan sedikit cecair ke dalam pek air Zam.Cecair itu mengalir dengan perlahan dalam saluran kecil sehingga ke dalam tubuh badan.Bagi mengelakkan dia tertangkap,dia segera keluar dari bilik wad itu tanpa diketahui orang ramai.
Cecair itu bertindak balas terhadap tubuh badan Zam.Dia meronta-ronta.Nadinya semakin lemah.Doktor yang mengesan pesakitnya sedang dalam masalah segera ke wad itu untuk dirawat.Mereka saling berlalu sahaja.Dia akhirnya berjaya keluar dari situ dengan selamba.
***
Rayyan memandang lama gudang terbiar itu.Memang tersangat lama.Dia pergi ke sana dengan rakan sepasukannya dalam anggota polis.
"Rayyan,ini kah tempat yang awak cakapkan tu?"
Kata rakan setugasnya.Mereka masih berdiri di luar gudang.
"Ya,inilah tempatnya.Mari kita masuk ke dalam.Mana tau ada bukti yang kita boleh cari kat sini?"
Rayyan berkata sebelum bergerak ke arah gudang itu.Rakannya sekadar mengikut jejak langkahnya.
Beberapa langkah sahaja,mereka semakin hampir dengan tapak Zam yang rebah di lantai.Rayyan dapat mengesan.Dia terlihat ada telefon pintar dibiarkan di situ.Nampaknya Putra dan Danish tidak sedar telefon Zam di letakkan di situ ketika mereka membawa keluar Zam.
Rayyan pula mendapatkan telefon itu.Dia cuba menghidupkan telefon itu tapi kelihatan telefon itu rosak.Skrinnya pecah.Telefon itu langsung tidak hidup.
"Baiki telefon ni.Dan rekod semua panggilan yang ada dalam telefon ni."
"Baik,serahkan saja pada saya."
Kata rakannya.
"Tapi,ini telefon siapa?Kenapa ada kat sini?"
Rakannya bertanya.Rayyan pula berfikir sejenak.
"Rasanya..ini telefon pakcik dia.Cuba bertanya dengan orang di kawasan ni.Saya nampak,ada sebuah kampung di sekitar sini.Mungkin ada saksi yang nampak kejadian ni."
Rayyan berkata.Rakannya sekadar berkerut dahi.Rayyan betul-betul serius menyiasat perkara ini.Dia asyik memandang sekeliling gudang itu.Dia dapat merasakan,ada kejadian yang berlaku di situ.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (796)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
كتاب رائع وعميق🤯
1d
0yyyyyyyy
2d
0it is so beautiful
3d
0View All