Homepage/Takhta Tiga Kuasa/
BAB 26
Suriana sangat sibuk pada masa itu.Dia asyik membelek-belek fail itu dan menandatangani.Putra pula sekadar berdiri di luar untuk menjalankan tugasnya sebagai pengawal peribadi.Sepi kerana ketiadaan Zam.Selalunya,masa-masa begini mereka pasti berbual-bual di bilik stor.Putra sekadar mengeluh.
Bunyi deringan di telefonnya.Dia segera mengambil telefonnya di dalam poket baju sutnya.Lalu menjawab panggilan itu.
"Ya.."
Katanya bersuara.
"Ya,ini saya.Ada apa ya.."
Putra bertanya.Kedengaran seperti dia dicari.Namun,tiba-tiba sahaja riak wajahnya berubah.Dia kelihatan terkejut.
"Baiklah,saya akan ke sana sekarang."
Katanya cemas.Dia segera berlari dari situ tanpa memberitahu Suriana.Wajahnya agak tegang sambil berlari keluar dari syarikat itu.Berkibar-kibar baju sut labuhnya.
Pada masa itu juga,Maisarah baru melangkah masuk ke dalam.syarikat itu.Dia melambai ke arah Putra tapi Putra seperti tidak nampak dia.Dia sekadar berlari tanpa memandang sekeliling.Maisarah berasa pelik.Terhenti langkahnya.
"Kenapa dengan dia tu?Berlari-lari..Ada masalah kah.."
Kata Maisarah.Lalu dia pun menghiraukan sahaja.Dia menyambung kembali langkahnya.Dia sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi sebenarnya.
***
Putra tiba di hospital setelah menaiki teksi.Dia segera berlari masuk ke dalam hospital menuju ke arah bilik wad Zam.Hatinya berasa berat.
Dia segera berhenti berlari apabila tiba di dalam wad Zam.Kelihatan Danish menangis di dalam wad itu.Zam ditutupi oleh kain putih.Mata Putra bergetar-getar kerana takut dengan apa yang difikirkannya.Dia melangkah maju ke katil Zam dengan perlahan.
Lalu dia membuka kain itu.Kelihatan Zam berwajah pucat lesi.Putra memandang Danish yang menangis di tepi katil itu.
"Danish,doktor cakap apa?Kenapa dia ditutup kain putih ni?"
Pertanyaan Putra kepada Danish.Air matanya hampir mengalir.Danish tidak memberi reaksi.Dia asyik menangis.
"Tak..tak mungkin dia..."
Putra ingin tidak mempercayai dengan apa yang dilihatnya.Dia memandang sekali lagi ke arah Zam.Zam berwajah tenang.
"Tak..bukan ini yang saya nak.Bukan ini...Zam,bangunlah.Jangan bergurau dengan sayalah.Zam,bangunlah.Jangan tinggalkan saya di sini.Saya tahu awak hidup lagi kan.."
Putra mengalirkan air mata.
"Tak,Zam.Bangun sekarang!Tolong selamatkan dia,doktor.Zam,tidak!Awak tak boleh macam ni.Awak tak boleh macam ni!"
Putra sangat tekad ingin membangunkan Zam.Zam tidak bergerak sama sekali.
"Tidak..Tidak!"
Danish menghampiri Putra yang asyik membangunkan Zam yang sudah tidak bernyawa lagi.Dia memeluk belakang Putra.Putra menangis teresak-esak.Dia berusaha membangunkannya.
"Tak,dia masih hidup lagi.."
Kata Putra terduduk di lantai kerana sedih yang teramat sangat.Danish juga turut bersedih.Mereka saling berpelukan.Wajah Putra berubah menjadi merah padam.
"Zam,awak tak boleh..."
Putra tiba-tiba pengsan.Danish memandangnya.
"Encik Putra?!"
Danish terkejut melihat Putra pengsan dalam pelukannya.
"Doktor!Doktor!"
Danish menjerit meminta pertolongan.Danish memang mengagak perkara ini pasti akan berlaku tiap kali Putra berasa tertekan.Putra tidak sedarkan diri.
***
Aisyah datang ke hospital setelah menerima panggilan daripada Danish.Dia bergegas ke arah bilik wad Putra.
Setelah tiba di bilik itu,dia terlihat Danish sekadar berdiri di tepi katil Putra.Putra masih tidak sedarkan diri di katil.
"Pakcik,macam mana dengan Putra sekarang?"
Aisyah berasa risau.Danish segera memandangnya.
"Dia baik saja.Cuma doktor kata,dia kena berehat.Dia tak boleh tertekan sangat..."
Kata Danish memandang Putra.Aisyah juga begitu.
"Kenapa dia jadi macam ni?"
"Dia terkejut sangat bila dia dapat tahu..pembantu dia..meninggal hari ni."
Danish berasa simpati.Aisyah juga terkejut mendengarnya.
"Pasti dia sangat sengsara..Dia takkan jadi macam ni kalau dia betul-betul sayangkan orang tu.."
Kata Aisyah turut bersimpati.Dia amat memahami perasaan Putra.Mereka berdua senyap kembali.Tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
***
"Tuan,saya dah uruskan dia."
Kata Kamal memberi berita.Zamri tersenyum.
"Bagus kerja awak.Dia ingat,dia boleh lawan saya kah.."
Kata Zamri senang hati.Dia tergelak besar.Rancangan berjaya.Dia yakin tiada siapa yang akan tahu kejadian itu adalah dalangnya.
"Sekarang,awak tahu kan tugas awak.Cari Danish dan tanya dia pasal Putra..Kalau dia cuba melawan,nasib dia akan sama macam Zam.."
"Baiklah,tuan."
"Putra..Putra.Awak nak lari ke mana?Saya tahu awak ada di luar sana..Awak kenalah disingkirkan sebelum hari awak tiba untuk menghancurkan saya.Saya akan pastikan..ajal awak semakin dekat."
Kamal bergegas ke luar dari situ setelah menerima arahan.Selama ini,jika ada urusan Zamri akan berbincang sahaja di bilik bacaan kerana dia yakin tidak ada siapa yang akan masuk kecuali kebenarannya.Zamri tergelak besar lagi.Dia begitu gembira.
Namun tiada siapa yang tahu,Zetty secara tidak sengaja dia terdengar perbualan mereka.Dia bersembunyi di sebalik pintu bilik di situ.Akhirnya,Zetty juga tahu kebenarannya.
'Betulkah apa yang saya dah dengar ni?'
Zetty berkata dalam hati.Dia amat terkejut sehinggakan dia menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya.Dia pasti dia tidak silap dengar.
'Apa saya nak buat ni?'
Zetty berkata dalam hati.Dia tidak tahu bagaimana nak lakukannya.Adakah dia patut beritahu Nashita?Atau dia harus berdiam diri tentangnya atau sebaliknya?Zetty berasa keliru.Dia dengan segera pergi dari situ sebelum Zamri mengetahuinya.
***
Suriana juga tahu tentang keadaan Zam.Putra menghubunginya sahaja kerana Suriana tidak dapat ke sana kerana kesibukan kerja.Suriana bersedih setelah mematikan panggilan.
"Aduhai,Zam.Kenapa awak pergi terlalu awal?"
Suriana sayu.Dia turut bersedih atas kematian Zam.Dia merenung lama pemandangan di luar tingkapnya.
***
"Bersabarlah,Putra.Saya pasti semua ni ada hikmahnya.Awak bertabahlah ya.."
Kata Aisyah memegang bahu Putra yang sedang berdiri di luar bilik wad Zam.Dia baru selesai menghubungi Suriana.
"Saya tak mampu kata nak apa-apa lagi.Harapan saya..dah hancur sekarang."
"Janganlah cakap macam tu.Putra,setahu saya..awak ni lelaki kuat tau.Awak kenalah cari tahu kebenarannya.Jangan cepat mengalah,Putra.Dalang yang buat semua ni pun pasti suka bila tengok awak mengalah macam ni.Kuatkan semangat awak,Putra."
Kata Aisyah meyakinkannya.Mereka berdua duduk di bangku luar bilik wad itu.
Mendengarkan keyakinan Aisyah,Putra berfikir semula.Dia berasa kata-kata Aisyah tadi adalah benar.Dia memandangnya.
"Terima kasih,Aisyah.Awak masih berikan saya motivasi dalam keadaan yang macam ni.Saya rasa..saya dapat 'berdiri' semula disebabkan awak.
Putra berkata kerana terharu.Aisyah memberikan senyuman.
" Dahlah,sekarang ni..awak kena fikir siapa yang buat macam ni.Mustahil lah Zam tiba-tiba macam ni.."
Kata Aisyah menukar topik.Putra berfikir sejenak.
"Saya rasa..saya tahu siapa yang buat semua ni.."
Kata Putra dapat meneka.Danish baru keluar dari bilik wad Zam.Dia mendekati mereka.
"Siapa?"
Aisyah bertanya.Senyap sebentar di situ.
"Zamri..."
Kata Putra menjawab.Aisyah dan Danish terkejut mendengarnya.Tapi,Putra berkata benar.Dalangnya semua ni adalah Zamri dan Kamal pembantunya.Memang tidak dapat dinafikan lagi.Putra mulai berasa marah.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (796)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
كتاب رائع وعميق🤯
1d
0yyyyyyyy
2d
0it is so beautiful
3d
0View All