BAB 27

"Encik pasti kah Tuan Zamri orangnya?"
Danish bertanya.Aisyah sekadar memandang mereka.
"Siapa lagi kalau bukan dia..Mesti dia punca semua ni.Sekejam manusia pun,dialah orangnya.Saya dapat rasakan yang dia betul-betul terdesak nak singkirkan orang yang cuba menghalangnya."
Begitu pula kata Putra.Aisyah juga memikirkan berkemungkinan begitu.
"Jadi,apa kita nak buat sekarang?"
Danish bertanya lagi.Putra senyap seketika.
"Saya tahu..dia sedang sasarkan awak dalam hal ni.Awak kena berhati-hati mulai sekarang."
Putra mengikut kata hati.Danish berasa cemas mendengarnya.
"Macam nilah..Saya ada idea untuk ni."
Danish dan Aisyah memasang telinga.
"Dengar ya..Awak kena ikut arahan saya.."
Kata Putra fokus.Danish menumpukan perhatian.Kelihatan Putra ingin berkata sesuatu yang penting.Aisyah juga mendengarnya di situ.
***
Hari semakin gelap,Rayyan dalam perjalanan menuju ke restoran yang dicadangkan Putra.Mereka berjanji untuk berjumpa di sana bagi membincangkan sesuatu.Kini,Rayyan tiba di tempat yang ditujunya.
Dia segera masuk ke dalam restoran itu.Dari jauh lagi,Rayyan dapat melihat Putra yang sedang duduk tenang di kerusi.Dia mendekatinya.
"Maaflah saya lambat."
Rayyan memohon maaf.Putra sekadar tersenyum melihatnya.
"Ada apa-apa yang awak jumpa?"
Putra bertanya.
"Saya ada jumpa telefon pakcik awak.Telefon dia ditinggalkan kat gudang tu.Tapi sayangnya,telefon tu rosak.Tapi awak jangan risau..kawan saya akan uruskannya.Sekejap lagi mungkin ada sesuatu yang boleh saya jadikan bukti dalam kejadian tu."
Rayyan menjelaskannya.Putra sekadar mengangguk.
"Oh ya..Macam mana dengan pakcik awak?Dia dah sedar kah?"
"Pakcik saya baru saja meninggal dunia siang tadi..Saya rasa..awak dah terlambat untuk mendapatkan keterangan dia."
"Saya bersimpati ke atas pakcik awak,Putra.Saya minta maaf.."
Rayyan berasa bersalah.
"Tak pahlah.Awak tak ada buat salah pun.."
Kata Putra rela.Tiba-tiba Rayyan berasa janggal.
"Rayyan,saya nak minta awak jalankan autopsi dengan mayat pakcik saya.Boleh kah,Rayyan?"
"Boleh,saya akan uruskannya."
Rayyan peramah.Putra kembali memikirkan sesuatu.Rayyan dapat membaca riak wajah itu.
"Kenapa ni,Putra?Ada apa-apa yang tak kena kah?"
"Saya rasa pelik.Pakcik saya..boleh sembuh dengan keadaannya dia yang kritikal.Tapi,tiba-tiba saja dia..pergi meninggalkan saya.Saya syak..Zamri yang buat semua tu."
Putra berasa pelik.Rayyan juga berasa begitu.Tetapi dia berfikiran positif.
"Mungkin itu adalah takdir pakcik awak.Putra,janganlah terlalu kenangkan dia..nanti dia juga pasti rasa susah hati bila nampak awak macam ni.."
"Terima kasih,Rayyan.Awak memang sahabat yang baik."
Rayyan tersenyum.
"Saya nak minta tolong awak sikit.."
Putra membuat permintaan.
"Tolong apa?"
Rayyan berkerut dahi.Putra senyap seketika.Kelihatan seperti Putra ada rancangan baru untuk Rayyan lakukannya.
***
Setelah berurusan dengan Rayyan,Putra segera menghantar Suriana pulang ke rumah.Suriana pula pada masa itu sangat letih kerana kerjanya yang banyak.Sunyi dalam kereta kerana tiada perbualan.Putra sekadar berdiam diri sambil memandu.Begitu juga dengan Suriana.
Sampai sahaja di rumah,Putra bergegas membukakan pintu kereta untuk Suriana.Suriana berasa lemah selepas pulang dari kerja.
"Puan,saya nak minta kebenaran lagi dengan puan."
Putra tertib.Suriana pun segera memandangnya.
"Apa dia?Cakaplah.."
"Saya nak keluar sekejap malam ni..sebab ada sesuatu yang saya kena selesaikan."
"Yalah..Kamu pergilah."
Suriana memberikan kebenaran sebelum dia berlalu pergi dari situ.Putra menghormatinya.Dia sekadar memandang gerak geri Suriana masuk ke dalam rumah.Kemudian,pergi dari situ dengan menggunakan kereta yang dipandunya tadi.
***
Rupanya,malam ini ada rancangan lain yang Putra perlu selesaikannya.Memandangkan Nashita sanggup membantunya,Putra menggunakan peluang ini untuk mencabar Zamri.Tanpa menggunakan keretanya,Putra berpakaian serba hitam bertopi hitam dan bertopeng separuh muka berwarna hitam kelihatan tidak dikenali sama sekali.Dia datang ke rumah Zamri dengan membawa kayu besbol.Apa yang dia akan buat dengan kayu besbol itu?
Hampir tengah malam,rancangan mereka dimulakan malam itu.Nashita yang masih sedar segera pergi ke bilik rakaman CCTV.Sambil-sambil itu pula,Zamri sedang tidur nyenyak di katil.Inilah peluang Nashita membantu Putra.Putra menanti isyaratnya di depan pagar rumah mereka.
Setelah dia sedar kehadiran Putra melalui rakaman CCTV itu,dia segera mendail nombor Putra.Putra sekadar menjawab panggilan itu menggunakan bluetooth.
"Makcik nampak saya kah?"
Kata Putra separuh berbisik.Jalan agak gelap masa itu.
"Ya,saya nampak awak sekarang.Awak tunggu isyarat saya.Saya akan buka pagar tu untuk awak."
Nashita berkata.Dia segera menekan alat kawalan jauhnya untuk Putra.Pagar terbuka akhirnya.Putra dapat memasukinya.
"Macam mana dengan kereta ni?Tak berbunyi kah?"
"Kereta tu tak berbunyi langsung.Awak boleh mulakan,Putra."
Nashita berkata.Putra bersedia dengan kayu besbolnya.Dia memandang kereta Zamri yang diletakkan di luar rumah itu.
"Bersedialah..menghadapi penderitaan dari saya."
Putra dengan berkata sambil memukul cermin kereta itu dengan kayu besbol.Retak sedikit.Nashita fokus menjaga sekeliling.
"Ini..sebagai balasan awak cuba bunuh Zam."
Putra memukul lagi.Semakin merebak retaknya.
"Ini pula,awak dah cuba bunuh ayah saya."
Dengan membawa emosinya,pukulannya semakin kuat dirasakan.Habis cermin kereta itu pecah.Dia menghancurkan kereta Zamri.Zamri masih tidak sedar dari tidurnya.
***
Sebelum itu..
"Zamri ada kat rumah kah malam esok?"
"Dia selalu ada kat rumah.Tak mungkin dia akan keluar melainkan dia ada urusan penting.Kenapa awak tanya?"
"Malam esok,saya akan buat ugutan pada dia.."
"Ugutan?Macam mana?"
Nashita berkata.Putra mengukir senyuman.
"Dia tu kenalah dicabar biar sikit kalau nak tengok 'belangnya'."
Kata Putra.Nashita berkerut dahi.
"Zamri..Zamri.Saya tahu awak betul-betul terdesak nak cari saya..Baiklah,saya akan tunjukan diri saya.Tapi kenalah usik awak dulu.Barulah seronok.Kereta mewah dia pun,tak mampu nak lawan kemarahan saya."
Putra berkata seolah-olah berkata dengan Zamri.Nashita sekadar mendengarnya.
***
Itulah rancangan mereka semalam di rumah Putra.Semuanya berjalan lancar.Nashita uruskan segalanya.Mematikan lampu di sekitar rumahnya membuatkan Putra begitu mudah melakukannya.
Akhirnya,kereta mewah Zamri hancur berkecai kerananya.Dia segera keluar dari situ sebelum diketahui orang lain.
Putra pulang dengan perasaan berpuas hati.Dia dapat melepaskan kemarahannya.Setelah Putra keluar dari situ,Nashita pun mengembalikan semula suasana di luar rumahnya seperti sedia kala.Tiada apa pun yang terjadi.Nashita segera tidur semula sebelum Zamri tersedar dari tidurnya.

Book Comment (796)

  • avatar
    MomtazSalah din

    كتاب رائع وعميق🤯

    1d

      0
  • avatar
    Difah Cah

    yyyyyyyy

    2d

      0
  • avatar
    Angelo Hermoso

    it is so beautiful

    3d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters