BAB 28

Putra kembali memakai baju sut labuhnya dan dalam perjalanan menuju ke rumah Suriana.Semenjak Suriana memintanya tinggal di rumah itu Putra tidak lagi berasa kekok tinggal sebumbung dengan Suriana.Tambahan pula Suriana adalah neneknya.Dia mengambil peluang ini untuk menjaga Suriana.
Hampir pukul 3 pagi,Putra baru tiba di rumah itu.Dia memasukinya dengan perlahan-lahan.Tapi,kebetulan pula pembantu rumah juga belum tidur.Dia sekadar duduk di sofa dengan riak wajah yang cemas.Putra mendekatinya.
"Kenapa makcik belum tidur lagi?"
Putra bertanya pelik.Dia segera bangun dari sofa setelah mendengar suara Putra.
"Encik ada nampak puan tak tadi kat luar?"
Persoalan daripadanya menyentakkan Putra.
"Tak ada.Kenapa...puan ada keluar dari rumah kah?"
Putra mulai cemas.Terdiam sebentar pembantu rumah itu.
"Puan keluar sekali lagi.."
"Apa maksud makcik puan keluar lagi?"
"Sebenarnya...puan ada penyakit Alzheimer..."
"Apa?!"
Putra sangat terkejut mendengarnya.Putra semakin cemas.
"Saya kena cari dia.."
Putra sekali lagi bergegas keluar dari rumah.Dia mencari-cari Suriana di mana-mana.Masih tidak kelihatan.Dia asyik berlari-lari mencari Suriana pada pagi itu.Sehinggalah Putra ke taman permainan yang berdekatan di kawasan itu.Dia memandang sekeliling kawasan itu.
"Putra..."
Kedengaran suara Suriana.Terhenti langkah Putra.Apabila dia menoleh,dia terlihat Suriana sedang duduk di atas buaian.Kelihatan Suriana duduk di situ dengan berpakaian baju tidur.Suriana asyik tersengih bila memandang gelongsor di taman permainan itu.Putra hampir menangis melihat keadaan Suriana begitu.
Dia menghampirinya dengan langkah berat.Suriana yang sedar ada bunyi langkah mendekatinya segera memandangnya.
"Puan...kenapa puan ada kat sini?"
Putra bertanya dengan nada lemah.Suriana memandangnya tetapi kelihatan seperti Suriana tidak mengenalinya.
"Siapa awak ni?Saya tunggu cucu saya lah.Jangan kacau saya.."
Suriana berkata selamba.Putra amat memahaminya kerana masa ini Suriana tidak sedar dan lupa buat sementara.Putra pun turut serta duduk di sebelah buaian itu.Suriana kembali tersenyum lagi memandang gelongsor itu.Apabila Putra melihat ke arah gelongsor itu,tiada siapa di situ.Putra berasa Suriana seperti sedang membayangkan seseorang.
"Puan,puan kena balik.Kat sini sejuk."
Katanya sambil membuka baju sutnya lalu dipakaikan kepada Suriana.Suriana pada mulanya takut melihat dia mendekatinya.
"Pergilah dari sini.Siapa awak ni?!Awak nak bunuh saya kah?"
Suriana tiba-tiba berasa takut melihatnya.Putra masih tenang memandangnya.Suriana seperti ingin melarikan diri daripadanya.Putra segera memeluknya erat.
"Puan,saya ada kat sini..Puan jangan risau.."
Putra memeluknya walaupun Suriana meronta-ronta meminta melepaskannya.
"Jangan sentuh cucu saya..Saya nak bersama dengan dia..saya nak cucu saya..lepas..lepaskan sayalah."
Suriana memukul belakang badan Putra sekuatnya tapi Putra menahan.Kasih sayangnya terhadap neneknya selama ini akan dilepaskan melalui pelukan.Putra cuba menenangkannya.Suriana menangis sekuat-kuatnya.
Beberapa minit mereka berpelukan,Suriana sedar dalam pelukannya.
"Redzuan.."
Setelah mendengar Suriana menyebut namanya,dia segera melepaskan pelukannya.Putra menatap matanya.
"Puan tak apa-apa kah.."
Kata Putra menyembunyikan riak wajah kebimbangannya.Suriana sekali lagi menangis.
"Redzuan...apa saya nak buat.."
Suriana menangis setelah memandang wajah Putra.Sekali lagi mereka berpelukan.
"Tak pah,puan.Saya ada kat sini.Saya janji..saya akan jaga puan."
Janji Putra untuknya.Suriana menangis dalam pelukannya.Kesedihan dan keperitan mereka bersama di situ hanya Tuhan sahaja yang tahu.Putra memejamkan mata.Dia sangat bersimpati dengan Suriana.
***
Nizam seperti biasa akan keluar dari rumah untuk pergi ke kerja setiap pagi.Cahaya matahari menyinarinya.Nizam berjalan keluar dari rumah diiringi dengan Ezam.Namun,setelah Nizam memandang kereta Zamri,dia terkejut.Dia pantas berlari masuk ke dalam semula dan berjumpa dengan Zamri di bilik.Kelihatan Zamri baru selesai berpakaian.
"Papa,papa kena tengok ni.."
Kata Nizam berasa pelik.Zamri yang mendengarnya segera melangkah keluar dari bilik itu dan mengikut jejak langkah Nizam.
"Kereta papa..."
Kata Nizam menunjukkan kepada Zamri.Zamri juga terkejut melihat cermin keretanya hancur.Sana sini penuh dengan cecair berwarna merah.Kelihatan amat menyeramkan.
"Kamal..Kamal!"
Zamri menjerit nama Kamal.Kamal bergegas mendekatinya.Dia dari dalam rumah itu.
"Ada apa,tuan.."
"Apa ni...Siapa yang buat macam ni arh?!"
Zamri naik angin.Nashita dan Zetty segera keluar juga menjenguk mereka.Zetty juga terkejut melihatnya manakala Nashita sekadar memandang reaksi Zamri.
"Saya akan siasat pasal ni,tuan."
Kata Kamal sebelum pergi menuju ke bilik rakaman CCTV.Zamri berasa geram.
"Papa,tengok..Ada kertas kat situ.."
Kata Zetty pula sedar ada sekeping surat yang berlipat diletakkan di situ.Pantas Zamri mencapainya dan membuka surat itu.
'Mana ayah saya?Hidup awak akan hancur oleh saya!'
Itulah yang dicatat dalam surat itu.Perkataan penuh dengan warna merah.Ini seperti surat ugutan.Nashita tidak menunjukkan riak wajah cemas.Dia sekadar selamba.
Kamal mulai menghampiri mereka.
"Tuan,saya tak jumpa apa-apa..Tak ada apa-apa yang berlaku dalam rakaman CCTV,tuan."
Kata Kamal menyampaikan berita.Zetty dan Nizam masih terkelu untuk berkata apa-apa sekarang.
"Siapa yang buat macam ni,abang.."
Nashita berkata berpura-pura tidak tahu.Zamri merenyukkan kertas itu.Wajahnya berubah menjadi merah padam.
"Putra!!!"
Zamri dapat menekanya.Dia menjerit sekuatnya.Nizam dan Zetty terkejut mendengar nama itu disebut.Selama ini,mereka langsung tidak mendengar apa-apa berita daripada Putra.Kini,mereka mendengar lagi.
'Jeritlah sesuka hati awak,Zamri..Awak kena diusik biar sikit supaya awak sedar kedudukan awak sekarang.Awak tak layak langsung menggantikan tempat Suriana.'
Nashita berkata dalam hati.Dia berasa puas hati.Tiada siapa pun yang tahu tentang dalang di sebaliknya.
***
"Apa?!Awak kata air dalam pek dia beracun?"
"Ya,menurut analisis saya..ada sedikit cecair yang membuatkan seseorang maut dalam masa singkat.Nampaknya,cecair yang saya maksudkan tu..ada dalam pek air dia.Malah,kesan tikaman masih ada.Ini macam kes pembunuhan yang disengajakan."
Kata doktor forensik kepada Rayyan.Kini,Rayyan dapat mengetahui punca Zam mati.
"Terima kasih,Kevin."
Katanya kepada doktor itu sebelum berlari keluar.Dia merancang ingin pergi ke hospital kali ini.
Rayyan pergi ke bilik rakaman CCTV di hospital tempat Zam dirawat.Dia ingin menyiasat lebih lanjut lagi.Dia mengetuk pintu bilik itu.
"Ya.Awak siapa?"
Kata kakitangan yang menjaga bahagian keselamatan di situ.Rayyan dengan seorang diri segera menunjukkan lencana rasminya sebagai anggota polis.
"Saya Inspektor Rayyan.Saya nak tengok sekejap rakaman CCTV di sini.Sila beri kerjasama."
Kata Rayyan serius.Kakitangan itupun berikan kerjasama.Rayyan segera mencari rekod rakaman pada masa kejadian Zam meninggal dunia.
Setelah menjumpainya,dia melihat dengan teliti di skrin monitor itu.Pada mulanya tiada apa-apa berlaku namun dalam beberapa jam dia melihat Kamal sedang berhati-hati memasuki bilik itu.Rayyan memandang masa dia masuk.Kamal akhirnya keluar dari bilik itu dengan terburu-buru setelah tiga minit.Memang mencurigakan.Rayyan dapat menangkap dalangnya.
"Berikan saya salinan rekod rakaman ni."
"Baik.."
Kakitangan di situ memberikan kerjasama.Salinan sekarang berada di genggaman Rayyan.Rayyan dapat bukti baru.
***
Rayyan dalam perjalanan menuju ke ibu pejabat.Dia masih berfikir mengenai kes itu.
Telefonnya tiba-tiba berdering.Dia segera mengangkatnya.
"Hello.."
"Rayyan,rekod panggilan ada dengan saya sekarang.Saya nak bagitau awak,ada seseorang yang pernah berjumpa dengan mangsa sebelum mangsa dibawa ke gudang."
Kata rakannya di panggilan.Rayyan sekadar menjawab panggilan melalui bluetooth.
"Siapa?"
"Tertera di sini..Puan Nashita.."
"Baiklah,awak uruskan semuanya.Saya dalam perjalanan untuk berjumpa dengan dia sekarang."
Kata Rayyan tegas.
"Baik."
Rakannya mematikan panggilan.Maklumat baru lagi diterima Rayyan hari ini.Rayyan mula beroperasi.Tanpa berlengah,Rayyan segera menekan nombor Putra.
Kini,telefon Putra pula berdering di pejabat.
"Hello,Rayyan.Ada apa ni?"
"Putra,awak kenal kah dengan Puan Nashita?"
"Kenal.Dia isteri kepada Zamri.Kenapa awak sebut nama dia?"
"Dia salah seorang suspek dalam kes pembunuhan pakcik awak."
"Apa awak cakap?Suspek?"
Putra terkejut dalam panggilan.Apa sebenarnya yang terjadi sehinggakan Nashita dianggap sebagai suspek dalam hal ini?Putra masih berteka-teki.

Book Comment (796)

  • avatar
    MomtazSalah din

    كتاب رائع وعميق🤯

    23h

      0
  • avatar
    Difah Cah

    yyyyyyyy

    2d

      0
  • avatar
    Angelo Hermoso

    it is so beautiful

    2d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters